Black Pearl Part 5

Pada asalnya, fanfic nih half Winner fic and half Team B fic. Tapi disebabkan aku rasa ini mungkin peluang terakhir aku untuk buat Team B fic as OT6, aku cepat2 ubah beberapa characters untuk fit kan dorang berenam dalam nih. Lagi pun, katakanlah dorang akan berpecah lepas survival show tu, nanti time tuh mesti rasa tak kena nak buat fanfic OT6 memandangkan dorang dah tak sama2 lagi. The feels might not be the same anymore so yeah. Enjoy :))











Author P.O.V

Perempuan itu berjalan menyusuri koridor sekolah. Kedua-dua belah tangannya di dalam kocek. Berjalan tanpa arah tujuan. Masih samar-samar akan destinasinya. Waktu rehat memang waktu yang sibuk bagi semua pelajar sekolahnya. Dia sekadar mahu menjauhkan diri dari pencemaran-pencemaran bunyi itu semua.

Seperti biasa, Jung Yoojin memang tidak berselera mahu makan setiap kali waktu rehat. Perut terasa berkeroncong sepanjang masa namun sengaja dibiarkan kosong.

Setelah agak lama berjalan di koridor yang kosong itu, Ujin membuat keputusan untuk naik ke bumbung sekolah. Kawasan yang paling sesuai untuk dia menangkan fikirannya.

Fikirannya semakin membejat tatkala mengenangkan masalah demi masalah yang menimpa dirinya kelmarin. Malam semalam merupakan salah satu contoh yang terdekat. Sakit hati juga apabila dia mengenangkannya.

Dia dimarah teruk oleh Puan Jung.  Namun kali ini segala-galanya berpunca daripada pengawal peribadi baru yang bernama Lee Seunghoon.

Ujin menggelengkan kepalanya beberapa kali. Cuba menyingkirkan imbasan-imbasan yang terjah dalam kotak memorinya sebentar tadi. Dia memulas tombol pintu. Menuju ke arah bumbung sekolah yang penuh dihiasi dengan pokok-pokok bunga. Umpama taman tergantung Babylon.

“Aku rasa kau tak perlu pun beriya-iya melukis apa semua. Buang masa. Bukannya benda-benda ini boleh tolong kau dalam pelajaran pun!” Satu suara yang agak kuat frekuensinya menerjah telinga.

Ujin yang baru sahaja tiba di taman tergantung itu, tertoleh-toleh mencari arah suara tersebut. Di hujung penjuru taman itu Ujin terlihat tiga orang lelaki sedang berkumpul. Berasa tertarik, dia menapak diam-diam mendekati. Tangan masih di dalam kocek.

“Walau lawa mana pun lukisan ini semua bagi pandangan cikgu, aku tetap nampak benda ni macam sampah. Lebih kurang macam kau jugalah. Sampah.” Satu lagi manusia dalam kelompok mereka bersuara. Rakannya lagi dua orang berdekah-dekah ketawa.

“Macam lawak sangat,” desis Ujin, mencebik. Dari jauh, Ujin sudah dapat mengagak identity lelaki-lelaki tersebut berdasarkan susuk tubuh mereka. Tiga orang lelaki yang perangainya lebih kurang macam Bobby. Jelek dan bodoh.

“Sia-sia rasanya parents kau hantar kau pergi sekolah. Sebenarnya aku angin dengan engkau ni kadang-kadang. Cikgu-cikgu semua bukan main lagi bangga-banggakan kau apa semua. Aku jadi menyampah. Lagi-lagi Cikgu Yoon. Tak habis-habis puji kau melambung lagi-lagi waktu aku dengan kawan-kawan aku kena denda. Aku cadang kau angkut buku-buku kau ni semua, pergi berambus dari sini,” ujar yang ketiga. Buku-buku yang tersusun kemas di atas bangku taman itu ditolak kuat menyebabkan kesemuanya jatuh berselerekan. Seorang pelajar yang berbadan agak kecil melihat sahaja bukunya jatuh berselerak di atas lantai. Dia yang sudah lali dibuli oleh manusia bertiga ini, tidak memberi sebarang respon. Renungan matanya kosong.

“Aku serious fed-up dengan semua orang yang agung-agungkan kau ! Aku rasa lebih baik kau mampus dari menyusahkan hidup orang !” Lelaki bernama Kim Namjoon itu menolak badan pelajar malang tersebut. Pelajar itu terhuyung ke belakang sebelum badannya berlaga dengan dinding. Dua orang rakan Namjoon segera memegang badan dan tangan pelajar itu. Namjoon mengepal penumbuk. Seolah-olah sedang membukukan segala dendamnya dalam genggaman penumbuk itu. Lelaki itu mengangkat buku limanya, bersedia menumbuk pelajar malang itu namun disergah Ujin.

“Woi!”

Tiga orang pembuli itu tersentak tatkala melihat kelibat seorang perempuan tidak jauh dari mereka.

“Kau pahal ?!” Taehyung lantang bersuara. Dialah yang bertanggungjawab menolak buku-buku pelajar yang malang itu. Taehyung meleraikan tangannya daripada mencengkam mangsa lalu pelajar yang sadis itu ditolak ke tepi sehingga terjatuh.

“Kau ada masalah ke ???” soal Taehyun. Lagaknya tidak ubah seperti lelaki pondan yang berlagak samseng.  

“Tiga lelaki bodoh lawan dengan seorang lelaki yang malang? Nice.” Ujin menepuk tangannya. Menyindir. “Aku tak sangka lelaki dayus ada lebih daripada satu dalam sekolah ni.” Ujin menyambung kata sambil menyelukkan semula tangannya ke dalam kocek. “Sorang cuba cari gaduh dengan perempuan. Tapi berakhir dengan tragedy. Yang ini pula? Lebih tragis daripada yang aku sangka.” Perangainya yang selamba membuatkan tiga orang manusia itu berasa lebih tercabar.

“Kau jangan main-main dengan kitorang. Kau itu perempuan. Elok-elok sikit perangai,” tingkah Yoongi. Dia menyingsing lengannya dan mematah-matahkan jari seolah-olah memanaskan badan sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Ujin terasa diperkecilkan. Kata-kata lelaki yang tidak dikenalinya pada malam kelmarin terngiang-ngiang dalam kepala.

“Because first of all you’re a girl and you’re walking around alone.”

Dia mengepal penumbuk. Namun tidak dapat dilihat kerana tersorok di dalam kocek.

“Kau jangan main-main dengan kitorang. Kau itu perempuan. Elok-elok sikit perangai”

Pandangan Ujin yang kosong bertukar tajam tatkala kata-kata itu meluncur keluar dari mulut Yoongi. Boleh dikatakan ayat-ayat seumpama itu merupakan “trigger word” Jung Yoojin.

“Wow.” Ujin mencebik. “Sexist dan juga pembuli. Sesuai dengan penampilan kau yang selekeh tu,” ujar Ujin. Aura syaitan Ujin sudah semakin meresap keluar. Tangannya terasa semakin ringan. Namun apabila terkenangkan Cikgu Yoon dan Puan Jung, dia mengawal dirinya daripada lepas laku seperti memecahkan muka Yoongi.

Namjoon yang naik berang menapak mendekati Ujin dan menolak bahunya. Ujin teranjak ke belakang

 “Kau fikir kau siapa ???” jerkah Kim Namjoo. “ Yang kau kisah sangat apa yang kitorang buat pahal ?? Tak ada kerja lain ?? Sedar diri tu sikit ! Sekali penumbuk aku melayang pergi muka kau, bersepai nanti ! Jangan nangis !” Namjoo mula cakap besar. Matanya kemudian melorot ke arah tag nama pelajar perempuan yang berada di hadapannya itu. Dia teringin hendak tahu perempuan mana yang berani melawan kata dengan mereka bertiga. Namjoo membaca tag nama tersebut.

JUNG YOOJIN

Dia terkedu sebentar.

“Jung Yoojin ?” bisik Namjoo.

Ujin memandang Namjoo tajam ke dalam mata. “Ya. Aku Jung Yoojin. Masalah?”

Namjoo menelan air liurnya.

“Pehal bro ? Kau okay ke ? Kenapa muka kau macam ayam berak kapur ?” soal Taehyung apabila tersedar tingkah laku rakannya berubah.

“Weyh weyh jom blah !” ajak Namjoon kelam kabut.

“Kenapa kau nih ?! Cakaplah !” Yoongi sudah mula naik angin. Namjoo menepuk-nepuk bahu mereka menyuruh mereka cepat beredar namun Yoongi dan Taehyung tidak faham mengapa.

“Perempuan ni Jung Yoojin woi jom blah !” Namjoon semakin gelabah.

“Hah ?! Dia ni Jung Yoojin ??” Taehyung tidak percaya. Jari telunjuknya menuding ke arah Ujin. Dia mengimbas perempuan itu dari atas sehingga ke bawah lalu menggeleng tidak percaya.

“Eh. Jung Yoojin yang tumbuk Bobby tu ke ? Fuh jangan main-main bro ! Jangan-jangan salah orang tak?” Yoongi masih was-was namun dia sudah berasa sedikit goyah.

“Betul dia lah ! Tak ada lagi manusia lain nama Jung Yoojin ! Jomlah blah ! Nanti kita pula jadi mangsa!” Namjoon sudah terkocoh-kocoh berlari meninggalkan mereka semua. Melihat sahaja rakannya berbuat demikian, Taehyung juga membuka langkah seribu meninggalkan Yoongi terkontang-kanting.

Pandangan mata Ujin yang menusuk menakutkan dirinya. “A-A-Ampun tuan ku ! Sembah patik harap di ampun !” Tergagap-gagap Yoongi bersuara sambil menunduk-nunduk ke arah Ujin lalu berlari pantas meninggalkan perempuan itu.

Ujin tersenyum sinis. Terasa puas sedikit. Tidak perlu membazirkan banyak tenaga. Mereka sendiri yang beredar. Selesai sudah kerjanya. Namun dia seolah-olah baru tersedar akan kelibat pelajar lelaki yang menjadi mangsa buli itu.

“Kau okay tak…” soal Ujin. Sejujurnya dia memang bersikap prihatin terhadap lelaki tersebut namun nada suaranya yang mendatar membuatkannya kedengaran terpaksa dan tidak ikhlas.

Lelaki itu sekadar mengangguk dan tersenyum kecil. Dia bersusah payah bangkit. Lelaki itu membersih-bersihkan pakaian lalu mengemas peralatannya yang berselerak. Dia mengutip pensel dan pemadamnya di atas lantai. Lelaki itu pada asalnya sedang melukis sebelum dia diganggu oleh Namjoon, Yoongi dan Taehyung. Banyak pensel dengan kepekatan berbeza bersepah di atas bangku.

Ujin mencuri pandang ke arah lukisan lelaki itu.

Cantik dan mengagumkan. Lelaki ini sememangnya ada bakat. Tidak patut si Yoongi memperkecilkan kebolehannya dan menyamakannya dengan sampah.

“Minta maaflah menyusahkan awak,” lelaki itu berkata dengan penuh santun.

“Dah lama ke mereka bertiga tu kacau kau?” soal Ujin.

Lelaki itu sekadar mengangguk. Setelah siap mengemas, dia menunduk ke arah Ujin. Lelaki itu mula membuka langkah. Entah kenapa Ujin berasa tertarik pula hendak mengenali pelajar itu. Perjumpaan mereka ini umpama kisah Cinderella dan Sleeping Beauty namun dengan sedikit plot twist. Si perempuan pula yang menyelamatkan si lelaki. 

Lelaki itu maju beberapa tapak ke hadapan dan nampak gayanya memang dia akan beredar terus tanpa berpatah balik. Ujin berasa terpanggil pula tiba-tiba.

“Siapa nama kau?” laung Ujin spontan sebelum lelaki itu benar-benar beredar.

Lelaki tersebut menoleh ke arah Ujin lalu tersenyum.

“Jinhwan,” kata lelaki itu. “Kim Jinhwan.”

~~~

“So how’s your first day as a watchman?”

Lelaki itu mengusap pangkal leher. “Urm. Sebenarnya tak ada apa-apa yang menarik pun.”

“Iye? Amat mengejutkan.”

“Kenapa pula?”

“Because usually she’ll end up punching someone in the face on a daily basis so.. agak mengagumkan saya yang dia tak buat apa-apa harini.”

“Urm sebenarnya.. Dia hampir-hampir saja bergaduh tadi.” Donghyuk memberi tahu perkara sebenar. Dia menyeluk kocek bajunya lalu menyerahkan laporan kecil yang ditulisnya pada sehelai kertas memo.

 “Apa maksud awak dia hampir-hampir saja bergaduh?” soal Cikgu Yoon skeptikal. Cikgu Yoon Doojoon menyambut memo itu daripada Donghyuk dan membaca catatan yang terdapat pada kertas tersebut. Kemudian guru lelaki itu menatap semula pelajarnya.

“Bergaduh dengan tiga orang lelaki ? Awak kenal ke pelajar-pelajar ini siapa?” soal guru itu lagi.

Donghyuk menggeleng. “Tak. Tapi kalau cikgu suruh saya cari mereka saya boleh saja buat. Muka mereka bertiga saya cam lah tapi nama saya tak tahu.”

“Okaylah tak apa. Sekurang-kurangnya Jung Yoojin tak ada terlibat dengan apa-apa kes pergaduhan harini,” ujar Cikgu Yoon sambil tersenyum. “Awak boleh masuk kelas.”

Donghyuk akur lalu menunduk ke arah Cikgu Yoon. Dia menapak mendekati pintu bilik tersebut tetapi berhenti sejenak. Donghyuk berkalih, memandang ke arah guru lelaki itu semula.

“Cikgu. Tadi ada pelajar kena buli,” kata Kim Donghyuk.

Cikgu Yoon yang sedang ralit meneliti fail rekod disiplin pelajar mengalih pandangannya memandang Donghyuk.

“Pardon?” soal guru tersebut.

“Ada pelajar kena buli,” ulang Donghyuk. “Dekat taman tadi. Dia kena buli dengan pelajar bertiga tu,” kata Kim Donghyuk.

“Siapa ?”

“Saya tak tahu cikgu.” Donghyuk menggeleng kesal. “Tapi muka dia saya dapat kenal pasti. Pelajar senior dan tak silap saya dia pelajar kelas pertama.”

“Buli? Ini kes serius ni. Tak apa. Awak cari tahu siapa dia kemudian nanti awak beritahu saya,” arah Cikgu Yoon.

“Okay cikgu,” akur Donghyuk. Dia memberi tunduk hormat lalu beredar.

~~~

“Aku tak sangka kita akan bekerjasama lagi setelah apa yang berlaku beberapa tahun yang lampau.”

“Anggap sajalah ini takdir.”

Lelaki itu mencebik. “Takdir? Ini satu catastrophe. Bala bencana yang tidak dapat dielakkan.”

“Let’s not bring personal matters into this case shall we?”

“Personal matters ? Ini adalah hal yang berkaitan kerajaan dengan pihak swasta. Benda ini umum. Tidak ada yang personal,” bantah lelaki tersebut.

“Detective Jin Young Park. Salah satu benda yang saya tak suka adalah orang yang suka membangkitkan isu lama yang telah berabad selesai. Saya minta detective lebih professional sekiranya mahu bekerjasama dengan pihak kami,” ujar Major Choi Seung Hyun penuh tegas.

“Selesai ?Tcch. Aku tak pernah rasa kes itu selesai. Kes itu sepatutnya milik kerajaan,” ujar Park Jin Young tidak puas hati.

Choi Seung Hyun mengeluh. “Kalau detective mahu terus berhujah, kita boleh masuk forum. Tetapi tolong hormat pejabat saya. Ini bukan tempat untuk berdebat. Tetapi kita berjumpa di sini adalah untuk membincangkan tempat yang sesuai dan selamat untuk menempatkan Kim Jinwoo. Pihak polis kerajaan sendiri yang meminta kami untuk membantu mereka dalam kes ni. Jangan merumitkan keadaan.”

Park Jin Young menghela nafas berat. Dia mengalah. Bukan mati kata namun dia akur akan kenyataan Major Choi Seung Hyun. Dia memang sepatutnya lebih professional.

“Baiklah. Maafkan saya.” Park Jin Young lebih formal dalam tutur katanya. “Saya tak sepatutnya buat macam tu.”

“Terima kasih kerana sudi bekerjsama. Saya tak nak panjangkan cerita. Kita akan terus memulakan perbincangan kita di bilik mesyuarat nanti,” ujar Choi Seung Hyun penuh professional. Telefon pejabat berdering. Seung Hyun mengangkat gagang telefon.  

“Hello.” Choi Seung Hyun bersuara.

“Tuan. Bilik mesyuarat sudah siap,” ujar Goo Hara, assistant Major Choi Seung Hyun dari hujung talian.

“Kelengkapan semua ?”

“Sudah tuan. Projector dan peralatan semua sudah dipasang. Orang-orang atasan ramai yang sudah sampai. Berdasarkan schedule, mesyuarat akan mula dalam kurang dari 3 minit lagi jadi tuan dan detective boleh bergerak ke bilik mesyuarat sekarang,” kata Goo Hara.

“Baiklah. Terima kasih,” kata Choi Seung Hyun lalu meletakkan gagang telefon. Dia berkalih menghadap Park Jin Young yang berdiri di hadapan meja pejabatnya. Sudah dipelawa untuk duduk pada mulanya namun Park Jin Young enggan malah sanggup tercegat di situ walaupun kerusi berada depan mata.

“Kontrak perjanjian ada pada detective? Kita perlu merasmikannya harini. Saya cadang kita lakukannya sekarang,” kata Choi Seung Hyun.

“Tak. Saya rasa lebih baik kita buat benda ni time mesyuarat. Lebih ramai orang, lebih banyak saksi” cadang Jin Young sesuka hati.

Choi Seung Hyun yang berasa sedikit sebal sekadar mengangguk walaupun berasa sedikit tidak setuju.

“Okay. Paling penting, benda ni settle harini,” ujar Seung Hyun.

Park Jin Young mengangguk. “Kalau tiada apa-apa lagi, saya bergerak dulu pergi bilik mesyuarat.” Tanpa menunggu jawab balas dari tuan pejabat, Park Jin Young menunduk ala kadar lalu menapak keluar dari bilik tersebut.

Daun pintu tertutup. Major Choi berasa sedikit tersentap dengan tindakan Park Jin Young yang dianggap sangat kurang ajar itu.  

“Tak sedar diri,” desis Seung Hyun. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali sambil tangannya mencapai sebuah fail dan menyelaknya secara rawak. Dalam diam dia mengeluh.

Ini lebih sukar daripada yang dijangkakan, bisiknya.

~~~

“This is KPI 481. Operation number 00690. Asking permission to land.” Juruterbang helicopter itu bersuara pada speaker. Menghantar isyarat komunikasi kepada menara kawalan KPI.  Jari jemarinya menekan beberapa butang pada system  sambil memandu helicopter itu ke arah suatu tempat.

“1378 feet above the ground. Radar on 5839.”

“Operation number 00690 has requested confirmation for landing.” Lelaki yang berada di menara kawalan KPI membalas menerusi speaker. Beberapa lagi orang lelaki menaip maklumat ke dalam computer. Mengesan kedudukan pesawat tersebut menggunakan satelit dan radar.

“Check with the headquarters,” kata salah seorang daripada mereka. Lelaki yang sedang berhubung dengan pesawat KPI itu mengangguk.

Dia bersuara lagi. Kali ini saluran diubah. Komunikasi dua hala disambung kepada headquarters KPI.

“Operation number 00690 is asking for confirmation from the headquarters.”

“Code?”  soal salah seorang petugas di bilik kawalan headquarters KPI.

“Pandora 1406.”

Lelaki di bilik kawalan itu menaip sesuatu pada komputernya. Maklum balas diberi kepada control tower KPI. Helicopter yang sedang menuju ke arah tempat tersebut telah mendapat kebenaran rasmi untuk mendarat.

Saluran diubah lagi. Komunikasi dua hala itu disambung semula kepada helicopter KPI 481. 

"Request granted. Helicopter confirm for landing."          

“Confirmation received,” balas juruterbang helicopter KPI 481.












































 “590 feet above the ground. KPI 481 landing in less than 3 minutes.”

1 Comment

« Older Posts