Gun Fighter Part 1

Mystery P.O.V.

Malam itu terlalu hening bagi aku. Sangat pahit untuk aku telannya sendiri. Perasaan aku pula berkocak melihat tragedi yang berlaku di hadapan mata aku. Pada mulanya aku fikir itu suatu mimpi, tetapi melihat ayah terbaring kaku, aku tahu ini bukan mainan tidur.

Segala-galanya bermula pada suatu malam yang mencatat sejarah hitam dalam memori. Ketika itu, aku, ayah dan adik aku Ji Na sedang menonton televisyen pada malam minggu. Kami selalu menonton televisyen bersama-sama. Bukan sekadar pada malam minggu tetapi bahkan setiap hari.

Kadang-kala ayah dengan fikiran gilanya mengajak kami ice-skating malam-malam buta di tasik yang dah beku berdekatan dengan rumah waktu musim salji. Ayah selalu mengajak kita berdua melakukan aktiviti bersama-sama.

Aku tahu ayah sunyi. Hanya aku dan Ji Na sahaja penyeri hidup ayah. Sejak emak meninggalkan ayah dalam kemalangan, ayah menjadi bapa tunggal. Ayahlah yang selalu mencurahkan kasih sayangnya kepada aku dan Ji Na.

Masa mula-mula ibu meninggal, aku selalu jugak lihat ayah menangis di taman bunga belakang rumah. Arwah mak selalu berkebun di situ. Tapi aku tak faham kenapa ayah sedih sangat sebab waktu itu aku kecik lagi.

Selepas dua tahun, ayah semakin pulih dan dia semakin menerima pemergian ibu. Dan setelah pemergian itu, bermulalah satu episod tragedi dalam hidup aku.

Ketika kami menonton televisyen bersama-sama, tiba-tiba ada ketukan pada pintu.

"Ayah, siapa pulak yang datang ni ? Kita kan tengah tengok tv nih... Biarkan jelah orang tu. Buat kacau je." Ji Na merungut sambil mengunyah pop corn.

Ayah bangkit daripada kerusi menuju ke pintu.

"Ayah... Elok-elok bukak pintu... Nanti hantu yang keluar tangkap ayah nanti~ Akak tak tahu~" Aku saja takut-takutkan ayah.

Ayah tersengih. "Kalau hantu yang tangkap ayah, kakaklah kena tolong ayah tembak hantu tu. Kan?" Kata-kata ayah.

Ji Na masih membebel-bebel sendiri sambil mengunyah makanan. Aku pulak mengekori ayah dari belakang. Aku sengaja mahu tahu siapa yang ketuk-ketuk pintu waktu-waktu begini.

Aku menyorok di belakang tembok dinding. Ayah membuka pintu dengan senyuman lebar, menjangkakan kenalannya yang datang melawat.

Meleset. Rupa-rupanya seorang lelaki mengacukan pistol ke arah ayah. Aku memang pasti itu bukan kenalan rapat ayah. Lelaki itu seolah-olah mengira detik sebelum melepaskan tembakan mautnya.

Aku terlalu takut pada waktu itu untuk melihat dan aku terus pejamkan mata mengharapkan segala-galanya adalah suatu mimpi sehingga aku mendengar bunyi tembakan.

TAMM !

Bunyi tembakan itu bergegar ke segenap ruang. Masa seolah-olah berhenti. Jantung ku hampir gugur. Mataku terbuka meluas. Aku melihat ayah. 

Segala-galanya berlaku dengan terlalu pantas seperti tiada ruang untuk aku bernafas. Aku tahu ini bukan mimpi. Aku meluru ke arah ayah sambil menggoncang-goncangkan badannya. Lelaki pembunuh itu sudah pergi tanpa meninggalkan jejak.

Darah berwarna merah pekat mengalir perlahan dari tubuh ayah. Air mata ku berjurai-jurai tumpah. Ji Na yang baru menyedari apa yang berlaku terus mendapatkan ayah. Dia memeluk ayah sekuat hati. Fikiran kanak-kanaknya pasti sudah faham apa yang telah berlaku. Dia juga tidak tahan sebak dan mengalirkan air mata.

Aku tak sanggup melihat ayah dalam keadaan begitu. Ayah yang terbaring lemah, memeluk kami dengan erat. Aku menggenggam tangan ayah yang sudah nyawa-nyawa ikan.

"Ayah....sayang...anak...ayah..."

Kata-kata terakhir ayah sebelum pergi selama-lamanya.

Sehari selepas kejadian, adik pula yang meninggal dalam kemalangan . Kami sedang melintas jalan ketika itu apabila sebuah kereta sport yang membawa laju meragut nyawa adik. Selepas ayah, adik pula yang pergi. Aku tahu aku perlu menerima bahawa sesungguhnya ini adalah suratan takdir hidup aku.  

Kini, aku keseorangan dalam dunia. Keseorangan tanpa keluarga. Keseorangan menempuh dugaan hidup yang pasti mencabar menusuk dada. Selang beberapa hari, aku dianakangkatkan oleh keluarga Kim, keluarga yang sanggup membela aku yang sudah tidak ada siapa-siapa lagi.

Aku menjadi sangat pendendam selepas peristiwa tragis tersebut, aku nekad untuk menjejak pembunuh ayah. Demi merealisasikan cita-cita "murni" ku, aku mendaftar di syarikat K.P.I. - Korean Private Investigation. Tempat kerja ayah dulu. Ya. Ayah adalah polis persendirian, dan aku akan menggantikan tempat ayah.

Aku menjadi trainee di syarikat itu pada usia 12. Aku belajar karate, taekwando, belajar memanah, menembak dan macam-macam lagi perkara yang dilakukan oleh seorang polis persendirian. Kami juga belajar mengenali beberapa jenis pistol yang selalu digunakan penjenayah. Semuanya aku belajar sebagai persiapan aku menghadapi manusia yang bertanggungjawab ke atas kematian ayah. Pihak K.P.I. masih belum menjumpai lelaki itu. Tetapi tak mengapa, kerana aku yang akan membunuh lelaki itu sendiri suatu hari nanti. Aku akan pastikan, aku membunuh lelaki itu dengan tangan aku sendiri tanpa dibantu oleh sesiapa.

Kini, 7 tahun telah berlalu. 7 tahun sejak peristiwa hitam itu. 7 tahun sejak aku tiada keluarga selain keluarga Kim, keluarga angkat aku. Tujuan aku dalam hidup masih sama, iaitu menjejak pembunuh ayah. Dendam aku tak akan pernah terlerai sampai bila-bila.

Dan nama aku.....












Jeon Ji Yoon.

10 responses to Gun Fighter Part 1

  1. Alisa ♥ says:

    whoaaaaaaaaaa! incredible doee! aku suka xD

  2. AmyZana says:

    hehe
    trime kasih sbb bace ;]

  3. Alisa ♥ says:

    heeee :D no problemo ;3

  4. AmyZana says:

    hehe. terima kasih :]

  5. aishah says:

    ;AAAAAAAAAAAAAAAA;OMG BESTNYAAAAAAAAAAAAAAAA SAMBUNGLAH LAGI ;AAAAAAAAAAAAAAAAAAA; BILA JI YOUNG NAK MUNCUL ;AAAAAAAAAAA;

  6. AmyZana says:

    Anis Zulhas : peminat beast ya ^^

    aishah : hehe actually cerita ni dah habis. dah complete dah. boleh check dekat "list of fanfic" kemudian carik "list of chapters." klik butang tu :)

  7. Nur Najihah says:

    awak boleh pergi jauh dalam bidang penulisan
    keep it up
    #cemburu dengan orang yang pandai menulis,huhu

  8. AmyZana says:

    hehe terima kasih. Tapi saya rasa masih banyak lagi benda yg saya kena belajar untuk tingkatkan mutu penuliasn ^_^