Gun Fighter Part 2


Author P.O.V.

"Apa yang kamu perlu buat adalah, daftar ke sebuah sekolah bernama Seoul Paradise Private Highschool. Apa yang kamu perlu buat ? Mudah. Menyamar sebagai seorang murid di sekolah itu. Apabila kamu sampai di sana nanti, 
cari lagi empat orang ejen K.P.I. yang turut menyamar sebagai pelajar biasa. 

Jika tidak pasti, tolong jangan terus tegur pelajar yang awak syak sebagai seorang ejen itu kerana ditakuti posisi awak diketahui musuh. 
Pihak K.P.I. juga telah menghantar seorang professor dari sini ke Seoul Paradise dan awak perlu mencarinya apabila tiba nanti. 

Kami tidak akan memberitahu nama profesor tersebut mahupun jantina. 
Itu adalah menjadi tanggungjawab awak untuk mencari profesor itu sendiri yang juga menyamar sebagai seorang guru di Seoul Paradise. 
Dia akan kumpulkan kesemua ejen K.P.I. dan akan elaborate mengenai tujuan misi ini dengan lebih terperinci lagi apabila semua ejen sudah berkumpul. 

Satu sahaja pesanan saya untuk awak Agent 01 Jeon Ji Yoon, 
berhati-hatilah dengan siapa awak tegur. Trust no one."

~~~~~

Ji Yoon P.O.V.

Aku melangkah masuk ke dalam sekolah Seoul Paradise Private Highschool itu. 
Hati aku terasa berat. 
Kata-kata Major Monogram T.O.P. tadi telah berjaya membuat aku takut. 
Tapi aku tahu aku tak boleh takut. 
Ini adalah tugas yang telah ditanggungjawabkan ke atas aku. Aku perlu berani. Aku perlu.

Aku berjalan di sepanjang koridor sekolah itu. 
Dengan pakaian  seragam sekolah orang kaya yang lengkap, 
aku menggalas beg sepanjang koridor menuju ke satu kelas yang telah ditempatkan untuk aku. Untuk aku belajar nanti, untuk aku menyamar sebagai budak sekolah.

Bagaimana aku masuk ke sini ?
Senang.
K.P.I. yang menguruskan segala-galanya. Fake register file, fake parents, fake documents and fake of everything. Aku tak perlu risau sekiranya tertangkap kerana jaminan 100 peratus diberi ke atas kami, ejen yang akan melengkapkan misi mustahil ini.

Kertas yang diberi oleh missy kerani itu tadi aku tatap.

"Kelas 3-1, Puan Lee, subjek World Geography"

Geography?? Ah~ Terasa badan aku sudah menjadi lembik seperti agar-agar atau bahasa orang putihnya JEL-LY.

Sudah sampai di hadapan pintu kelas. Perlukah aku masuk? Aku menekan loceng di tepi pintu itu. Selepas beberapa saat, pintu jenis auto-sliding door itu terbuka sendiri.

Aku disapa oleh seorang guru cantik yang aku tidak ketahui namanya. Kertas itu ku rujuk buat kali kedua. 

"Kelas 3-1, Puan Lee, subjek World Geography"

Puan Lee. Ya ! Puan Lee. Aku kena hafal nama itu.

Puan Lee mempelawa aku masuk. Aku melangkah masuk ke dalam kelas 3-1. Semua mata di dalam bilik itu mengekori langkah ku. Aku masih mengekalkan wajah serius. Langsung tiada senyuman di bibir aku. Tak juga berminat untuk beramah mesra dengan mereka. Lagipun, aku bukannya akan menetap lama di sini. 

Mungkin beberapa minggu, apabila misi tamat nanti, tak perlu lagi aku tinggal di sekolah ni. Aku boleh fokuskan kepada misi ku untuk menjejak pembunuh ayah.

"Beri perhatian kelas." kata Puan Lee menggamit perhatian setiap pelajar di dalam kelas. "Perkenalkan, ini pelajar baru di sekolah ini. Dia baru sahaja mendaftar semalam dan saya harap sangat-sangat kamu boleh memberi kerjasama memberi dia tunjuk ajar. Sesiapa nanti sila jadi tourist guide dia di sini ya," dengan penuh ceria Puan Lee membuat pengumuman. 

Pelik apabila melihat pelajar kelas ini terpinga-pinga mendengar pengumuman Puan Lee. Adakah menjadi suatu kejanggalan apabila ada pelajar baru yang mendaftar ? aku berfikir sendiri.

Aku memberi tunduk hormat."Anyaeongsumikka. Nun Jeon Ji Yoon ibnida." 
Nada suara aku langsung tiada keceriaannya seperti Puan Lee. 
Aku masih mengekalkan ekspresi serius. Tanpa secalit senyuman. 

"Baiklah Ji Yoon. Kamu boleh ambil tempat duduk di belakang sekali itu ya." Puan Lee meraih bahuku. "Belakang sekali barisan tengah. Meja kosong itu."

"Baik cikgu." Aku mengangguk meneruskan langkah. Tempat duduk kosong  barisan tengah , aku mengulanginya dalam hati. Sudah sampai di meja tersebut, aku menghempas beg galas Louis Vuitton ku ke atas lantai dan melabuhkan punggung di tempat duduk kosong itu di sebelah seorang lelaki yang berambut seperti ais krim.

Aku memandang sekilas lelaki di sebelah ku. Matanya yang sepet menarik perhatianku. 
Aku merenungnya lagi.

Rambut ais krim~ aku bisik sendiri dalam hati. Entah kenapa. Hati ku tercuit tatkala menatap rambutnya. 

Selaju pintasan takdir, anak mata kami bertembung secara tidak sengaja. 

Apabila menyedari dia turut memandang ke arah ku, cepat-cepat aku melarikan pandangan. Aku mengurut dadaku. Terkejut betul aku tadi. Tiba-tiba sahaja dia membalas pandangan ku. 

"Kelas ! Kelas ! Sila beri perhatian ! Dengar sini ya, lepas ini, Cikgu akan keluar daripada kelas kerana ada mesyuarat sidang yang cikgu perlu hadiri." Kelas mula riuh. Pelajar berbisik-bisik gembira. 

"Ada syarat untuk kamu apabila cikgu keluar nanti. Pastikan kamu siapkan latihan m/s 100 hingga m/s 200. Cikgu nak minggu depan. Tiada alasan tak siap kerja sekolah kerana kamu adalah kelas pertama dan paling senior di sekolah ini. Kamu sepatutnya memberi contoh kepada adik-adik junior kamu. Faham? Cikgu pergi dulu ya. Anyaeong~" Puan Lee meninggalkan kelas.

"Anyaeongirago... Naege malhaaajimaaaa~" Tiba-tiba satu kelas menyanyi verse dalam lagu Don't Say Goodbye nyanyian Da Vichi. Gempak sungguh kelas ini. Semua pelajar sehati sejiwa nampaknya. Ah~ Tension sungguh jadi pelajar baru~

Kelas 3-1 menjadi gegak gempita apabila tiada cikgu. Masing-masing membuat kecoh di dalam kelas. Ada juga beberapa kumpulan yang rajin menyiapkan homework Geography Puan Lee yang melampau banyaknya. Aku tidak berminat langsung mahu menyentuh buku sekolah. Aku terasa sungguh tua apabila ditempatkan di kelas pelajar-pelajar berumur 17 tahun sedangkan aku muda setahun dari mereka semua. Bila fikir semula, aku mana tahu apa-apa mengenai subjek Geografi 11th Grade ?? Bala datang bertimpa-timpa hari ni.

Pandangan ku tiba-tiba di halang oleh tiga tubuh langsing di hadapan mata. Aku mendongak muka memandang mereka bertiga. Ketiga-tiga mereka  menghisap lollipop.

"Salam perkenalan, nama aku Na Eun. Kawan aku yang berdua ini pula nama mereka Eunjee dan Namju. Kami memegang tiga jawatan tertinggi dalam kelas ni. Harap kita boleh menjadi kawan." Nae Eun tersenyum manja memandang aku sambil memintal-mintal rambutnya.

"Salam perkenalan, nama aku Jeon Ji Yoon seperti yang aku cakap dekat depan tadi." Aku menjawab acuh tak acuh sambil memandang bosan ke arah mereka bertiga.

"Oh... Ji Yoon..." kata Na Eun. "Namju ! Cepat ambil gambar dia !"

Namju mengeluarkan kamera digital nya dan cepat-cepat mengambil gambar aku yang langsung tak bersedia untuk posing. Baru awal-awal hari, aku sudah dianiaya oleh mereka bertiga nih. *mengeluh*

"Jangan risau, sebenarnya Namju ambil gambar awak kerana dia adalah ahli sidang redaksi majalah sekolah. Setiap kali ada pelajar baru yang mendaftar, Namju akan mengambil gambar mereka dan akan dimuatkan dalam majalah sekolah. Awak akan menjadi glamor nanti~" Na Eun memberi jaminan. 

"Macam Cik Sunggyu dekat sebelah awak ni. Dia pun budak baru juga... Baru sahaja mendaftar tiga hari yang lepas." Na Eun melemparkan senyuman semanis gula ke arah Sunggyu. Lelaki berambut ais krim itu melemparkan senyuman riang ke arah Na Eun.

Tak senang pula aku melihat mereka berdua ni.

Tiba-tiba saja pelajar-pelajar perempuan di dalam kelas menjerit dan meraung seperti orang histeria. Masing-masing tidak dapat menahan rasa teruja mereka dan terus berlari ke arah tingkap, terloncat-loncat melihat gerangan tiga orang jejaka sekolah yang lalu di hadapan kelas kami. 

Tiga orang minah di hadapanku tadi juga sudah tiada. Pasti sibuk mengambil gambar jejaka-jejaka itu menggunakan kamera Namju.

Pelajar lelaki kebanyakannya membuat muka meluat melihat telatah pelajar-pelajar perempuan di kelas 3-1. Ada yang menjelir-jelir lidah sambil menjulingkan mata menunjukkan rasa tidak senang hati. Sedangkan semua pelajar perempuan sibuk dengan 3 jejaka itu, aku saja yang tak berminat melihatnya.

"Oh my god ! Woohyun! Woohyun ! I love you ! Please be my baby!" jerit seorang pelajar perempuan dari kelasku. 

"Myungsoo yang handsome ! Ah!!! Saya suka dekat awak sangat !!!" Seorang lagi pula bersuara.

"Comelnya Sungjong !!!! Macam puppy !!"

"Oh tidak ~ Aku rasa macam nak pengsan !" *Sekiranya perempuan ini mahu pengsan sekali pun, aku tak akan ambil kisah.* 

"3 orang jejaka glamor berjalan di hadapan kelas terasa seperti fantasi !" Kata seorang lagi rakannya sambil menjerit riang.

Jujur cakap, aku meluat. Mujur saja aku tak mengeluarkan pistol dari kasut aku ini dan menembak mereka semua. Aku sebenarnya menyeludup pistol masuk sekolah. Arahan dari Major Monogram T.O.P Bukannya aku suka-suka. Nama pun arahan.

Tiba-tiba lelaki berambut ais krim di sebelah ku bersuara. "Kenapa kau tak pergi sana melihat budak lelaki bertiga tu?”

Eh ?. Aku terpinga-pinga seketika. Menoleh ke kiri dan ke kanan. Dia ni... bercakap dengan aku ke ?

"Kau bercakap dengan aku ke?" tanya aku.

"Eh taklah. Sebenarnya, aku bercakap dengan kerusi dengan meja ni tau. Kau tahu, hari-hari aku bercakap dengan perabot-perabot dalam kelas ni sebab aku bosan."

Ceh. Terang-terang dia memerli aku. 
Lalu aku menjawab, "Aku tak pergi dekat sana sebab aku tak berminat." 
Aku menyilangkan tangan. 
"Aku tak berminat dengan jejaka popular kerana mereka semua tak guna."

Sunggyu kelihatan terkejut mendengar kenyataan aku. "Tak guna? Kenapa pula tak guna? Kan mereka bertiga tu kacak?" Sunggyu tersenyum. "Kau ni memang lainlah.. Dekat sekolah ini, kalau tiga jejaka tadi lalu sahaja, semua pelajar perempuan menjerit histeria tau. Kau pula, tak pandang langsung ke arah mereka bertiga."

Aku memandang Sunggyu. 

Sunggyu P.O.V.

Muka dia.. Aku macam pernah nampak. Tapi di mana ya?

Perempuan bernama Ji Yoon itu menatap ku. "Aku memang lain. Sebab aku paling benci lelaki yang popular ataupun lelaki yang kacak. Nak tahu kenapa ? Sebab mereka semua sama. Apabila sudah popular, mereka akan rasa bahawa semua perempuan akan suka mereka kerana rupa. Kenapa aku cakap rupa ? 

Sebab dengan rupalah sesetengah manusia boleh jadi angkuh. Kau tak lihat mereka tadi ? Jalan pun mendongak. Langsung tak pandang kiri kanan. Macam handsome sangat je~"

Wah ! Tajamnya ayat dia. T.T

"Oh.. Kalau macam tu, maknanya... Kau benci lelaki ya?" Perlahan-lahan aku utarakan soalan ku. Takut pula sekiranya dia marah. Emosinya nampak tidak tentu. Bila-bila masa dia boleh terkam aku.

"Bukan..." Dia mengeluh. Jengkel dengan aku mungkin. "Aku tak benci lelaki..." Matanya redup memandang ke hadapan. Melihat dari ekspresi wajahnya, aku tahu, dia mesti ada masalah yang membuatkan dia berkata begitu.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

"Eh Ji Yoon... Kau budak baru kan ? Kau dulu sekolah dekat mana?"

Dia berkalih menatap wajah ku. Terkelip-kelip matanya memandang. Soalan ku dibiarkan tanpa jawapan. Lalu aku membuat telahan sendiri. 'Sekiranya dia tidak menjawab soalan aku tadi, aku pasti, dialah orang yang aku cari.'

"Aku..." Matanya seperti tercari-cari jawapan yang sesuai. "Aku..."

KRIIIIIINGGGGGGGG !

Loceng rehat berbunyi memutuskan perbualan kami.

"Aku gerak dulu." Ji Yoon bangkit dari kerusinya dan melangkah pergi meninggalkan aku. Kelas aku yang riuh-rendah beransur-ansur reda apabila pelajar mula meninggalkan kelas.

Aku terpinga-pinga dengan tindakannya. Aku terpinga-pinga dengan tindakan aku sendiri. Kenapalah aku pergi tanya soalan macam tu tadi~ Kalau dia bukan orang yang aku cari, mungkin aku telah takutkan dia dan buat dia bingung. 
Tetapi sekiranya dia orang yang aku cari~

Eh kejap. Bukankah Ji Yoon baru masuk sekolah ? Dia tahukah kantin di mana ? Dia pasti sesat ! Aku kena tolong dia !

"Ji Yoon !! Tunggu !!" Aku bangkit dari kerusi dan berlari meninggalkan kelas.

Ji Yoon P.O.V.

"Ji Yoon ~~~! Budak baru~~! Tunggulah aku~~~!" Lelaki berambut ais krim itu memekik memanggil nama aku sepanjang koridor sambil berlari ke arah aku. Ah~ Malunya~ Sekarang, semua orang yang lalu lalang di koridor sudah tahu aku budak baru. Aduh~ Bala bala~

Sunggyu meraih bahuku. Nafasnya turun naik kerana mengejar aku tadi. Aku menepis tangannya.

"Hey ! Kau jangan apa-apakan aku ! Aku ada insuran tau !" Aku memberi amaran kepada Sunggyu a.k.a. lelaki rambut ais krim.

"Apanya ~ Aku cuma~" Dia menarik nafas dalam-dalam. Terlalu penat berlari. 
"Aku cuma nak jalan-jalan dengan kau~"

Eh ? Jalan-jalan ? Baru kenal aku tak sampai satu jam dah ajak aku jalan-jalan. Berani betul dia ni.

"Kau kan budak baru~ Kau mesti tak tahu mana nak pergi kan? So, aku nak tunjuk direction untuk kau. Boleh kan?" Matanya terkelip-kelip memandang aku sambil tersenyum comel.

Tetapi bila difikirkan semula, aku memang tak tahu langsung selok-belok sekolah ni. Eloklah tu sekiranya dia benar-benar mahu tolong.

"Hmm.. Boleh. Tak ada masalah. Asalkan kau tak apa-apakan aku."

"YES !" Sunggyu bersorak. "Mari tuan puteri, kita pergi kantin.." Sunggyu meraih tangan aku dan menarik aku ke kantin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suasana di kantin sungguh tenang, aku tak pernah melihat kantin setenang begini. Mungkin kerana mereka semua adalah anak-anak golongan bangsawan yang sudah educated dari kecil lagi. Kantinnya besar dan gah. Perabot-perabot kantin pula dibuat daripada perabot jati dan di cat dengan warna emas.

Meja makan pula bukannya disediakan kerusi panjang seperti sekolah biasa. Sebaliknya satu meja, kuota enam kerusi seperti kerusi meja makan di rumah. Juga diperbuat daripada kayu jati yang di cat dengan warna emas. Berpinar mata aku melihat.

"Urm. Nampaknya ada beberapa meja saja yang kosong. Itupun spot tak best. Jadi macam mana ? Kau masih nak makan dekat kantin?" tanya Sunggyu. Aku berkerut kening.

"Nampak macam ada pilihan lain ke ? Lainlah kalau kau rela bersila atas lantai~" kata aku. Aku merengus bosan. Aku terperasan, setiap pelajar yang lalu di hadapan kami akan tersengih nakal. Aku pelik melihat gelagat mereka.

Kemudian baru aku terfikir. Memang patutlah semua orang pandang, Sunggyu dari tadi memegang tangan aku. 

"Jomlah JiJi ~ Kita duduk di hujung kantin yang dekat dengan kiosk sana tu." Dia menarik tangan aku menuju ke meja yang terletak betul-betul di sudut kantin. Dia melepaskan genggaman tangan ku dan menarik kerusi untuk aku duduk. Kemudian dia mengambil tempat duduk di hadapan ku.

"JiJi ? Boleh tak jangan panggil aku dengan nama tu? JiJiK aku dengar ~" kata aku menyilangkan tangan dan membuat muka masam. Benarlah, JiJi, bunyinya lebih kurang sama dengan perkataan "jijik". Hanya perlu tambah K dibelakang.

Dalam aku berfikir bagaimana mahu mencari lagi empat orang ejen yang menyamar menjadi pelajar sekolah itu, anak mata ku tertangkap imej seorang pelajar lelaki yang duduk di sebelah meja kami. Dia duduk seorang diri di meja itu. Dia memandang tepat ke arah aku. 

Walaupun aku membalas pandangannya dengan pandangan sinis, dia tetap tidak berkelip memandangku. Rambutnya menutup sebelah lagi matanya membuatkan dia tampil seperti watak dalam filem anime jepun. Aku membaca tag nama nya.

HYUN SEUNG

"JiJi~" Panggil Sunggyu. Aku memalingkan wajah daripada menatap lelaki yang misteri tadi kepada wajah Sunggyu. "Kau nak order apa?"

Di sebelah meja kelihatan seorang waitress berpakaian seperti uniform pekerja di hotel mahal bersedia untuk mencatat nota menggunakan Galaxy Tab.

"Nak order apa ?" tanya Sunggyu.

"Dekat sini ada makanan apa?" aku bertanya kepada waitress itu. Aku bingung pula. Adakah ini kantin sekolah ataupun restoran mahal yang memerlukan khidmat waitress? 

Perempuan itu menyerahkan iPad 2 kepada ku. Oh ! Rupa-rupanya menu kantin didokumenkan di dalam iPad. Aku meneliti menu iPad itu. Tertutup selera ku tatkala melihat senarai makanannya kerana semuanya terdiri daripada makanan barat. Aku mahukan kimchi dan kimbap. Bukannya spaghetti dan lasagna.

"Tak apalah. Saya tak nak apa-apa." Aku menyerahkan iPad itu kepada waitress tersebut. Aku mengerling ke arah meja sebelah. EH ?! Mamat Hyun Seung itu sudah ghaiblah ! Mana dia pergi agaknya? 

"Kalau macam tuh, saya nak pesan beef steak dengan carrot susu ya. Terima kasih~" kata Sunggyu dan waitress itu pun berlalu pergi.

"Sebenarnya aku tak selera lah nak makan makanan barat ni. Aku nak pergi beli gula-gula dekat kiosk okay? Jaga tempat aku," kata aku kepada Sunggyu. Sunggyu mengangguk. Kemudian ku mengatur langkah mendekati kiosk yang berdekatan.

Semakin dekat dengan kiosk, semakin jelas imej dua orang pelajar, remaja lelaki dan perempuan sedang bergurau senda di situ. "Sungyeol oppa ! Janganlah bergurau ! Ji Young serius ni! Bagilah balik handphone Ji Young!" teriak perempuan itu.

"Eh ! Mana boleh ! Kan oppa dah cakap, selagi Ji Young tak bagitahu oppa dekat mana Ji Young tinggal, oppa tak nak kasi telefon ni !" lelaki yang bernama Sungyeol itu mengacah-acah Ji Young.

"Oppa~ Janganlah macam nih ! Bagilah handphone Ji Young! Kalau tak~ nanti Ji Young-" Aku berdehem beberapa kali.

Mereka berdua kaku di posisi masing-masing. Terkejut kerana melihat aku mungkin? Mereka segera menjarakkan kedudukan.

"Eh ! Ada customer rupanya. Nak beli apa ya adik yang manis?" tanya Sungyeol kepada aku. Beberapa batang lollipop dan gula Chup Chup aku "ragut" dan menyerahkannya kepada Sungyeol.

"Aku nak gula-gula nih semua." Aku menyerahkan wang nota kepada Sungyeol. Mereka kembali bergurau setelah Ji Young menyerahkan aku wang baki dan langsung tidak menghiraukan aku di situ. Amboi~ Lagak seperti pasangan bercinta. Menyampah.

Sebelum aku berlalu pergi, aku sempat berpesan "Lain kali, kalau nak berniaga, buat cara nak berniaga... Faham?" Dengan kata-kata itu, aku mulai menapak menjauhi kiosk.

"Hah ! Itulah oppa ! Lain kali jangan main-main waktu tengah bekerja ! Kan dah ada customer yang MARAH!" Suara perempuan tadi sengaja dikuatkan bagi pendengaran aku.

"Okay okay. Mianhae Ji Young~ Tapi oppa tetap tak akan serahkan handphone ini semula sebab Ji Young tak nak dengar cakap oppa!" ugut Sungyeol.

"Tak apa~ Kalau oppa tak nak kasi, Ji Young repot dekat K.P.I. suruh singkirkan oppa dari syarikat nanti ! Hahahaha!"

Eh. Macam salah dengar pula. Aku memberhentikan langkah ku. Apa yang perempuan tu cakap tadi? K.P.I. ? Macam mana pula dia tahu tentang K.P.I. ni ? Adakah mereka berdua ejen rahsia yang aku perlu cari itu? Tetapi sekiranya betul, tak pula aku lihat mereka berdua sewaktu jadi trainee dulu. Aku sangsi. 

Aku berpatah balik ke arah kiosk. Mereka bingung melihat aku tercegat di hadapan mata.

"Urm... Awak ada apa-apa yang tertinggal ke?" tanya Sungyeol berkerut kening.

"Tak." Ringkas aku menjawab. "Aku nak confirm something je~"

"Apanya?" tanya Ji Young.


















"Korang ejen rahsia dari K.P.I. kan?" 

12 responses to Gun Fighter Part 2

  1. azrajamal says:

    ending kau mesti suspend cm gitu ... haha best ! tp confuse skit, hehe . :)

  2. AmyZana says:

    confuse ? :o okey2
    nanti aq try buat kurang confuse kayy :]

  3. azrajamal says:

    okay! weh , cm ne kau buat dkt comment kau AmyZana said.. yg amyzana tu boleh ditekan ?? padahal azrajamal tu mmg google acount aku.. hehe

  4. AmyZana says:

    tulah pasal ~ blog kau pun aq tak boleh access weyh :[

  5. azrajamal says:

    x pe lah ,, dah boleh dh punn,, cer kau try tekan

  6. AmyZana says:

    hehe. dah boleh dah :]

  7. MILA says:

    HAHA :) sungjung mcm puppy lah .. Ada apink pulak .aku tak suka apink :P hehe .

  8. AmyZana says:

    kau tak suka A Pink ? xD

  9. Anis Zulhas says:

    Haha ! Shumat . Takleh bela Ji Yoon , JiJik ! ^^

  10. Nur Najihah says:

    awak,nak tanya,cerita yang awk buat ni mmg 100% idea awak ek?
    sebab ala ala drama gitu

  11. AmyZana says:

    A'ah. 100% sendiri buat and inspired daripada cerita Knight and Day dengan cerita Charlie's Angels. Eden tak reti sangat nak buat cerita cinta =____=