Gun Fighter Part 3


Ji Young P.O.V.

"Korang ejen rahsia dari K.P.I. kan?" tanya perempuan itu kepada kami berdua. Aku sungguh tersentap mendengar pertanyaannya. Bagaimana pula dia boleh tahu mengenai K.P.I. ? Selama di sekolah ini, aku memang pasti aku tidak pernah memberitahu walau sesiapun tentang K.P.I. kecuali empat orang ejen yang aku kenal termasuk Sungyeol.

Ekspresi ku bertukar serius. "Apa yang kau nak ? Kau siapa ? Apa kena-mengena kau dengan K.P.I. ? Kau orang kuat Cho Junho kan? Kau datang sini untuk serang kami?" Bertalu-talu soalan aku utarakan kepada perempuan misteri itu.

Aku menjangkakan dia akan berkata sesuatu seperti 
"Ya, aku adalah orang suruhan Cho Junho, yang akan membunuh kamu berdua di sini dan bukan di tempat lain. Bersiap sedialah !" Tetapi lain pula yang jadi. 
Dia cuma gelak terbahak-bahak di hadapan kami. 

Mengapa dia gelak ? Did she find it hilarious ? Ah ~ Aku benar-benar mahu melepaskan tumbukan ke mukanya.

"Hoi ! Kenapa kau gelak ?! Jawab pertanyaan Ji Young! Kalau tidak, aku belasah kau di sini juga !" ugut Sungyeol. Matanya dibuntangkan dan jarinya di tuding tepat ke dahi perempuan itu.

"Aduh~ Lawaklah kamu berdua ni. Baru sahaja aku tanya soalan begitu, dah nak gabra. Hah! Inilah pengajaran untuk kamu berdua. Lebih-lebih lagi kau Ji Young~" kata perempuan itu lagi. 

Dia menyambung lagi ayatnya. "Lain kali, kalau sudah dikatakan rahsia, janganlah pula kau bangkitkan soal K.P.I. di public. Cuba kalau aku musuh yang ingin menyerang? Pasti sudah calar-balar muka kau aku kerjakan. Nasib baiklah aku cuma kakitangan K.P.I. tau!"

Kakitangan K.P.I. ? Kaki tangan K.P.I.?? KA-KI-TA-NGAN K-P-I ? 

Maksud dia apa ? Mungkinkah maksudnya…. Maksudnya…. Oh ! Sekarang aku faham apa maksud dia ! Dialah Agent 01 ! Agent 01 - Jeon Ji Yoon sekiranya aku tidak silap. Wah ! Jadi inilah rupanya agent yang dibangga-banggakan K.P.I. ! Sudahlah belagak, pandai pula menyakitkan hati orang. 

"Hoi. Cakap baik-baik sikit. Aku tahulah apa perlu dibuat dan apa yang tak perlu dibuat ! Kau tak payah memberi ceramah percuma kau di sini !" bentak aku dengan nada marah.

Sungyeol pula kelihatan keliru dengan situasi yang baru sahaja berlaku. Dia menggaru kepalanya beberapa kali. "Maaf~ Maaf menganggu ~ Tapi saya sebenarnya tak faham dengan apa yang berlaku sekarang ini. Awak cakap awak kaki tangan K.P.I. ? Awak kerja bahagian mana ya ?" 

"Oppa !" Aku memukul badan belakangnya dengan lollipop besar sebesar tapak tangan. "Kenapa oppa blur sangat ni?? Hish~ Bukankah perempuan gedik ini sudah kata yang dia adalah kakitangan K.P.I. ?"

"So? Apa kena-mengena dia dengan kita?" Sungyeol menggaru-garu dahinya. 

Aku beberapa kali menepuk dahi ku yang tidak berapa jendul. "Oppa ! Dialah Agent 01 ! Dialah Jeon Ji Yoon ! Dialah agent terakhir yang sampai di Seoul Paradise ! Sekarang oppa dah faham kan? Dia adalah agent terakhir yang kita perlu cari tu!" Aku menerangkan kepada Sungyeol.

Seolah-olah ada mentol imaginasi di atas kepalanya, mentol itu menyala dan Sungyeol memetik jarinya. "Oh ! Now I get it! Sekarang oppa dah faham! Jeon Ji Yoon nama kamu kan? Wah! Ejen yang paling cemerlang di K.P.I. sekarang berada di hadapan mata. Salam perkenalan~" Sungyeol menghulurkan salam perkenalannya kepada Ji Yoon.

Ji Yoon hanya melihat huluran tangan oppa tetapi langsung tidak mahu berjabat tangan. 

Aku menyilangkan tangan ku dan memandang serius ke arahnya.

Ji Yoon menghisap lollipop dengan selamba sambil bertanya sesuatu kepada kami. "Okeylah. Since we already met each other, aku tak perlulah cakap banyak lagi. Aku cuma mahu tahu saja, apa tujuan kita datang ke tempat ini sebenarnya ? Apa yang perlu dibuat? "

Kami berdua saling membalas pandangan. Aku merendahkan suara ku dan menjawab pertanyaannya. "Sebenarnya..." Aku memperlahankan suara dan melihat ke kiri dan ke kanan. Just to make sure that no one is hearing. "Sebenarnya... Aku sendiri tak pasti apa tujuan kita datang ke sini." 

Aku menarik tangannya mendekati kami berdua dan kami berbisik-bisik perlahan. "Yang aku dengar, kami sepatutnya menjejak seorang penjenayah bernama Cho Junho. Dia sudah sampai di sini lebih awal dari kami semua dan juga sedang menyamar sebagai kakitangan S.P. 

Tujuan dia adalah untuk membuat rompakan barang paling berharga di sekolah ini. Barang itu tiada siapa tahu di mana. Kami tidak tahu di mana. K.P.I. juga tidak tahu barang itu ada di mana."

"Rupa?" bisik Ji Yoon.

Sungyeol menggeleng dan membalas bisikan Ji Yoon. "Rupa juga tidak tahu. Warna apatah lagi.”

"Barang itu dinamakan Russian Red. Mungkin kerana warnanya yang kemerah-merahan dan kehitam-hitaman sedikit. Itu adalah barang yang paling dikehendaki oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang akan merompaknya," sambung aku. "Ada yang kata ia adalah berlian paling berharga yang dikehendaki di pasaran gelap. 

Tetapi tiada sesiapa tahu bentuk berlian itu. Tiada sesiapa pernah melihatnya. Tetapi berlian itu terlampau terkenal sehingga pemiliknya perlu menyorokkannya."

"Siapa pemiliknya?" tanya Ji Yoon musykil.

"Kalau kau mahu tahu, orang itu adalah pengetua sekolah ni. Sir Son Suk Hee."

Kata-kata aku tadi mengejutkan Ji Yoon. "Apa ?? Pengetua ?? Pengetua sekolah ini?" bisik Ji Yoon dalam nada terkejut.

Aku membuat muka sepuluh sen. "Yalah~"

"Tapi...kenapa pengetua tu bodoh sangat? Sorok berlian paling berharga di sekitar sekolah pula. Sekiranya masuk suratkhabar, pasti tajuknya akan jadi ‘Pengetua Tidak Berakal Melaporkan Kehilangan Berlian yang Disoroknya di Sekolah Sendiri’ "

Kata-kata Ji Yoon mengundang gelak-tawa Sungyeol di sebelahnya. Secara jujur, aku juga mahu gelak mendengar pertanyaan Ji Yoon itu tetapi aku kekalkan gesture ku. Kononnya aku tidak goyang langsung dengan kata-katanya.

"Kau ni Ji Yoon. Manalah aku tahu mengapa pengetua sekolah ini terlalu bodoh sehingga mahu menyorokkan benda paling berharga di sebuah sekolah. Pada pendapat aku, di sekolah lebih bahaya. Lebih baik dia simpan sahaja di bank~" aku memberi pendapat.

Perempuan bernama Ji Yoon itu mengangguk setuju. "Betul sangat~"

Turut sama mahu memberitahu maklumat adalah Sungyeol di sebelah ku yang dari tadi hanya mendiamkan diri mendengar. "Lagi satu, sekiranya kamu berdua tidak tahu, selepas sahaja dia mencuri barang paling berharga itu, Cho Junho akan meletupkan sekolah ini tau~"

Aku melopong besar mendengar kata-kata Sungyeol tadi."Apa?? Bom??"

"Yalah~" Jawab Sungyeol acuh tak acuh. "Mula-mula dia akan kira... 1.......2......3....... Selepas beberapa saat, semua orang akan mendengar bunyi…………………………………….............................................................BOM !!!"

Aku terasa jantung ku seperti mahu tercabut dari tangkainya. Lelaki seorang ini sengaja mahu aku menjerit comel. "Oppaaaaaa!!!" 


Ji Yoon P.O.V.

Ji Young menarik telinga Sungyeol sekuat rasa. Aku juga rasa sebal dengan jenaka Sungyeol tadi. Adakah wajar dia terkejutkan aku dengan bunyi BOM  ?? Sudahlah secara mengejut, jerit tepat-tepat di sebelah telinga aku pula. Aku terasa seperti mahu terajangnya sekarang juga !

"Hoi Sungyeol ! Tidakkah kau tahu bahawa kau sudahpun membuat aku naik pekak? Kau rasa lawak ke ? Kalau orang ada sakit jantung tadi, dah lama mati tau! Nah! Rasakan!" Aku memulas telinganya lagi sebelah sehingga menjadi merah.

"High-five Ji Yoon!" Ji Young gave me a high-five. Kami berdua tersenyum melihat Sungyeol meraung kesakitan. Telinganya yang sudah merah semerah cili warna merah itu digosok-gosok.

"Aduh~ Korang, aku kan cuma membuat lawak , janganlah pulas telinga aku kuat-kuat. Lihat ni." Sungyeol menunjukkan telinganya yang sudah merah. "Sudah seperti mahu tercabut tau!"

Ji Young tersenyum sinis. "Oppa mahu Ji Young pulas lagi?" ugut Ji Young mengepit-ngepit tangannya seperti ketam yang mencari mangsa.

Takut dengan ugutan Ji Young, Sungyeol menggeleng-geleng laju sambil membuat isyarat tangan seperti polis trafik. Aku tertawa melihat kerenah mereka berdua. Baru sahaja tadi aku menyampah melihat mereka bermesra tetapi sekarang tidak lagi. Aku terasa mereka seperti pasangan yang sangat comel !

Eh tunggu. Macam sudah lari topik sahaja. Bukankah tadi kita semua sedang bercerita mengenai Cho Junho dan misi rahsia ?

"Eh Ji Young. Sekiranya kau tahu semua maklumat ini, kamu semua pasti sudah tahu siapa professor rahsia yang dihantar K.P.I. kan?" tanya aku mengharapkan jawapan yang boleh menghilangkan segala persoalanku.

Mereka berdua terdiam. Mereka membalas pandangan antara satu sama lain. Sungyeol mengeluh hampa. Ji Young menggeleng kepala. Aku pula tak tahu apa-apa.

"Belum lagi sebenarnya...." Ji Young memperlahankan suaranya.

Hah? Apa maksud dia belum lagi ?? Bukankah dia sudah sampai di Seoul Paradise lebih awal daripada aku ?

"Belum lagi ?? Apa maksud kau belum lagi? Kamu berdua kan ejen terawal yang sampai di sini sebelum aku, mengapa masih belum jumpa professor itu lagi ?? Aduh... Sekiranya begini, makin panjanglah misi ini nampaknya," aku melepaskan keluhan berat. 

Mereka berdua juga mengeluh hampa. Sungyeol bersuara, "Memang kami antara yang terawal sampai di sini dan memang kami sepatutnya sudah berjumpa dengan undercover professor itu, tetapi kau kena faham Ji Yoon. Misi ini sebenarnya lebih sukar daripada apa yang dibayangkan. 

Cuba kau fikir baik-baik, sedangkan menjejak ejen yang undercover pun sudah menjadi tugas berat, apatah lagi mahu mencari profesor itu?"

"Tapi Sungyeol... Major T.O.P. kata, selagi kita tak jumpa professor itu, kita tak dapat memulakan misi kerana semua maklumat ada pada professor itu..." aku mengeluh hampa.

"Aku tahu tu. Tapi kerja ini berisiko tinggi Ji Yoon. Aku tak boleh terus menyambar mana-mana orang yang aku syak adalah professor. Mereka pasti fikir aku gila. Bagaimana pula jika aku cekup orang yang salah ? Lebih parah, sekiranya aku cekup orang suruhan Cho Junho. Kan dah naya tu?" jelas Sungyeol lagi. 

"Tapi sudah seminggu Sungyeol... Seminggu sejak kamu berdua sampai di sini bukan? Sepatutnya... Tujuan misi sudah berada dalam genggaman penumbuk kamu berdua." Aku mengenggam penumbuk ku. "Aku fikir, kerja aku akan menjadi senang apabila tiba di sini. Rupa-rupanya tidak. 

Aku fikir bila kita sudah sampai di sini, benda yang kita perlu buat hanyalah  menyiasat. Haish. 

Ji Young bersandar pada dinding. Tangannya disilangkan. "Memanglah Ji Yoon. Senanglah kau cakap, Kau kan bijak~Kau kan pandai~ Kau kan ejen paling cemerlang~"

Terkejut pula aku mendengar kata-kata Ji Young. Aku cuma meluahkan apa yang aku rasa. “Apa maksud kau Ji Young?” aku menyinsing lengan ku.

"Okay girls. Relax okay, relax~ Benda boleh settle, tak usah dibesar-besarkan." Sungyeol memandang Ji Young. "Ji Young, relax lah. Sekurang-kurangnya kita sudah jumpa dengan agent 01. We can figure this thing out together okay? Tak perlulah marah-marah. Janganlah emosional sangat ~" Bahu Ji Young diraih lelaki itu tetapi Ji Young menepis kedua-dua tangan Sungyeol.

"Oppa ! Oppa nak bela dia ke? Oppa kenal Ji Young lebih lama dari perempuan ini pun oppa masih nak bela dia dan bukan Ji Young?" 

"Guys guys. If I am not needed here, just tell okay? Aku boleh blah dari sini," kata aku. Aku juga sudah tak mahu mendengar ulasan lanjut dari Ji Young. Sejak dari tadi, aku dapat hidu yang dia ni memang ada masalah besar dengan aku.

Ji Young mengangguk. "Betul. Memang kau tak diperlukan di sini. Aku memang ada masalah dengan kau."

Kan aku dah kata ? Dia memang ada masalah pun dengan aku.

Ji Young P.O.V.

Waktu kita berdua bergelak-tawa tadi, aku fikir dia seorang yang cool~ Rupa-rupanya tidak! Terasa tangan ku sungguh ringan pada waktu ini. Terlalu ringan sehingga menyebabkan ia melayang tepat ke arah mukanya. 

DUSH ! 






"Kau mahu tumbuk aku kah Ji Young?" Soalan sinis yang meluncur keluar dari mulut Ji Yoon. Oh! Rupa-rupanya tumbukan aku langsung tidak kena pada muka plastiknya kerana dia dengan pantas menghalang tumbukan itu dengan tangan kanan. 

"Ji Yoon... Aku cakap baik-baik ni. Tolong jangan buat drama dekat sini Ji Yoon. Beberapa kepala sudah menoleh ke arah kiosk ini. Berhentilah korang~ Aku dah takut ni," kata Sungyeol dalam nada resah.

"Fine." Ji Yoon melepaskan genggaman ku. Aduh ! Kuat sungguh cengkaman Ji Yoon sehingga jari-jemari ku sudah bertukar kemerah-merahan seperti telinga Sungyeol. 

"Disebabkan kau telah mencipta ribut dengan aku, mulai hari ini, aku tak akan suka orang yang bernama JEON JI-YOON." Nafasku turun naik menahan marah. "You think you're smart? Okay smart girl. Sekarang aku mahu kau, cari professor itu sampai dapat. Aku bagi kau dalam masa dua hari. 

Kalau betullah dakwaan K.P.I. bahawa kau ini adalah yang paling cemerlang, aku mahu kau buktikan."

Sungyeol P.O.V.

Ji Yoon hanya tersenyum sinis mendengar kata-kata Ji Young. Aku kagum dengan Ji Yoon. Penuh dengan charisma. Tidak langsung terusik dengan Ji Young.

"Kalau itu yang kau mahu. Aku tiada masalah banyak." Ji Yoon tersenyum sinis. Keningnya diangkat sebelah. "Baik. Kau baru sahaja buat perjanjian dengan aku. Sesungguhnya aku memang tidak memungkiri janji. Dalam masa dua hari kan?" tanya Ji Yoon meminta kepastian.

Ji Young mengangguk.

"Okay. Dua hari. Settle. Selesai. Tamat. Titik noktah."Ji Yoon sempat mencebik ke arah Ji Young sebelum menyusun langkah menjauhi kiosk. Bagaikan mencurahkan minyak petrol pada pelita api hingga menyebabkan ia semakin marak terbakar, dan pelita api itu adalah Ji Young.

Kemudian aku terfikir, bukankah settle, selesai, tamat dan titik noktah itu membawa maksud yang lebih kurang sama? Aku semakin blur.

Ji Yoon P.O.V.

Aku menyusun langkah meninggalkan kiosk. Dalam hati, aku menyumpah seranah Ji Young. Berani ya dia membuat perjanjian dengan aku? Dia masih belum kenal siapa Ji Yoon. Tidak. Dia sesungguhnya belum kenal JEON-JI-YOON. Mungkin aku perlu "perkenalkan" diri aku dulu.

Dalam aku menyumpah seranah Ji Young, dalam kepala ku masih ligat memikirkan cara dan strategi paling berkesan untuk detect professor misteri itu. Bagaimana pula aku akan mencari professor itu ya? aku terfikir-fikir. 















Ya. Bagaimana Jeon Ji Yoon ?

10 responses to Gun Fighter Part 3

  1. Alisa ♥ says:

    whoaaaa, cerita makin syok ma xD

  2. AmyZana says:

    huhu. terima kasih Alisa :]

  3. FANA ZABIL says:

    done follow u..follow me back k.. btw.. nice entry.. mcm menarik je citenye.hehehee

  4. AmyZana says:

    thanks sebab singgah ya :]

  5. MILA says:

    Wahhh . aku suka watak Sungyeol :)

  6. AmyZana says:

    Aku nak buat Sungyeol jadi orang yang sengal-sengal sikit dalam cerita ni :D

  7. MILA says:

    Sengal sengal pun hensem :)

  8. AmyZana says:

    muehehe
    that's right ! ;D

  9. Anis Zulhas says:

    Wowo , jangan gaduh-gaduh . Jap lagi kene debik pulakk~ haha . bestbest !

  10. AmyZana says:

    haha ! trime kasih ! ^^