Gun Fighter Part 4


Sunggyu P.O.V.

Selepas tamat waktu rehat, aku langsung tidak lihat kelibat Ji Yoon. Batang hidungnya apatah lagi. Sampai hati dia tinggalkan aku menjamah beef steak seorang diri ? Aku perasan, sebelum dia hilang dari pandangan, Ji Yoon membeli gula-gula di kiosk. Kemudian selepas itu? Langsung tidak lihat bayang-bayangnya.

Aku pun sudah tidak selera mahu makan, langsung meninggalkan pinggan dan gelas di atas meja. Ada juga terfikir, kalau-kalau dia sudah berjumpa dengan Sungyeol dan Ji Young di kiosk itu. Dua pasangan sejoli itu bekerja di kiosk. Pasti Ji Yoon sudah bertemu dengan mereka~ 

Tetapi adakah dia sudah tahu bahawa Sungyeol dan Ji Young juga adalah ejen yang menyamar menjadi pelajar ?

Sebenarnya, aku tak mahu menyimpan rahsia dari dia. Dari kali pertama aku melihat dia melangkah masuk ke dalam kelas, aku tahu, dialah orang yang aku cari. Dialah agent terakhir yang aku tunggu. Kami semua menunggu dia.

K.P.I. kata

"Walau apa pun tindakan yang akan kamu buat, tunggu sehingga kedatangan agent 01.”

Apabila aku sampai di kelas selepas tamat waktu rehat, aku lihat dia sudah berada di tempat duduknya. Sedang menconteng sesuatu di atas kertas. Gelagatnya membuat aku tertanya-tanya dan musykil. Apalah agaknya yang Sungyeol dan Ji Young cakap dengannya sehingga membuatkan dia berkerut kening sepanjang masa ?

Ada buruknya sekiranya kita selalu berkerut kening sebenarnya. Kalau selalu sangat berkerut, sistem pada urat dahi akan menjadi lemah dan suatu masa, ia akan terputus.

Sesi persekolahan buat hari ini pun tamat. Pelajar berpusu-pusu meninggalkan kelas masing-masing dan koridor sekolah pula menjadi sangat pack. Aku melihat dia berjalan seorang diri dengan speed yang sangat laju di celah-celah orang ramai. Dia mahu pergi ke mana ya agaknya?

"HOI!" Terasa seperti bahuku ditepuk seseorang dari belakang. Aku menoleh. Ah~ Sungyeol si lembab ni rupanya.

"HOI!" Aku memulas telinga Sungyeol. "Lain kali~ Janganlah terkejutkan aku, faham?"

Sungyeol mengerang kesakitan. Tangannya menggosok-gosok telinganya yang parah kerana dikerjakan aku. Telinganya hari ini kelihatan extra merah pula. Tak seperti biasa. Mengapa agaknya ya?

"Terseksalah aku macam ni... Semua orang mahu pulas telinga aku." Dia membuat muncung.

"Eleh~ Nak merajuk pula~ Lelaki mana boleh merajuk ! Tak gentleman !" sindir aku, tersengih melihat Sungyeol yang membuat muka owl face tanda protes.



Aku menampar pipinya dengan lembut. "Sudah-sudahlah tu. Buruk bebenor aku tengok." Sungyeol menjelir-jelir lidahnya. Dia menepuk bahu aku beberapa kali. "Eh eh! Aku ada berita mahu sampaikan. Kau sudah jumpa dengan agent 01 ? Aku baru jumpa dia tadi. Di kiosk. Cantik rupanya agent 01 kita tu~" 

Sungyeol memeluk bahu ku dan merehatkan kepala di atasnya.

Beberapa pelajar perempuan yang lalu-lalang di koridor itu memandang dengan pandangan sinis ke arah kami berdua. Ada yang berkerut-kerut dahi melihat telatah Sungyeol yang mencubit-cubit pipi aku.Pasti mereka sudah fikir bukan-bukan.

"Rambut dia pendek..Pipi dia tembam..Pandangan mata dia menusuk ke kalbu...Ah~ Aku rasa seperti sudah dilamun cintalah Sunggyu~" Matanya terkelip-kelip dan bibirnya mengukir senyuman memanjang. 

Sungyeol dilamun cinta ? PL-EASE. Mana ada orang yang sekali pandang sudah jatuh cinta? Mengarut !

"Tadi dia datang di kiosk kami," Sungyeol membuka cerita.

Kiosk ? Tadi Ji Yoon juga ada berkata yang dia mahu ke kiosk.

"Masa aku dan Ji Young gaduh-gaduh manja tadi, Ji Young ada terlepas cakap mengenai KPI. Kemudian agent 01 itu serta-merta tegur kami. Betullah cakap orang, Ji Yoon memang seorang yang cekap!"

Ji Yoon ?!

"Tapi Ji Young macam kurang berkenan dengan Ji Yoon," kata Sungyeol mengherotkan bibirnya. "Mula-mula tu, Ji Yoon bertanya kami mengenai maklamat kes ini. Kemudian Ji Young pun berkongsi maklumat pasal Cho Junho kepada Ji Yoon dan menceritakan segala-galanya mengenai Cho Junho dan KPI! Kemudian-"

Pantas aku menekup bibirnya dengan telapak tangan. Sungyeol betul-betul nak kena! Sungyeol ini pun sama sahaja macam Ji Young ! Suka sangat lepas cakap mengenai Cho Junho di public! "Shush! Sedar-sedarlah sikit tentang siapa kau bercerita! Kau ni cakap macam tak boleh kuat lagi kan?" 

Ji Young dan Sungyeol ini memang dasar tak boleh simpan rahsia !

"mmmmmm....mmmmmm.mmmmm" Kata-kata Sungyeol kurang jelas. "Apa yang kau cakap ni Sungyeol ?" tanya aku.

"MMMMMMM ! MMMMMMM !!" Kata-kata Sungyeol masih lagi kurang jelas.

"Kalau nak cakap, cakap clear clear okay? Tak perlu menggumam sangat sebab aku tak faham apa yang kau cuba terangkan," sindir aku spontan.

"MMMMMMMM ! MMMM !! MMMMMMMMMMMMM !!!" Tiba-tiba Sungyeol naik angin. Oh patutlah ! Tangan aku dari tadi menekup mulut Sungyeol ! Hahaha ! Silly me~

Aku melepaskan tekupan tangan ku.

"Puehhhhhh !" Reaksi Sungyeol menggelikan hati aku. "Tangan kau BUSUK!" jerit Sungyeol. "Suruh aku cakap jelas-jelas tapi tangan dia masih melekat pada mulut aku macam mana aku nak cakap ??" Mulutnya dikesat ganas pada lengan baju. Pasti dia berasa jijik. 

Tambahan lagi, aku lupa sembur sanitizer pada tangan selepas jamah beef steak tadi. Mesti aura beef steak masih melekat baunya pada telapak tangan.

"Sorry kawan. Tapi mulut kau tu macam tempayan. Cakap pakai cakap lepas tak toleh kiri kanan. Kita sepatutnya mana boleh cerita hal-hal macam tu di sini. Bahaya tau! Aku tak nak digugurkan dari kes ni. Lagipun ini kes pertama yang aku handle." Aku menarik bahu Sungyeol dan kami berjalan menuju pintu keluar bangunan. 

Pelajar-pelajar yang bukan main ramai lalu-lalang di koridor tadi juga sudah berdikit-dikit mengosongkan bangunan sekolah. Pandangan ku menjamu di seluruh kawasan. Mungkin kerana kami berdua berjalan terlalu lambat sehinggakan sudah tiada sesiapa lagi di belakang selain kami.

"Oh lagi satu aku mahu maklumkan. Ji Yoon marah gila tadi selepas aku beritahu bahawa kita masih belum jumpa professor tu." Serba-salah Sungyeol dibuatnya.

"Ya? Dia kata apa lagi?" tanya aku.

Sungyeol menggeleng. "Dia tak cakap banyak. Cuma....."

"Kalau itu yang kau mahu. Aku tiada masalah banyak." -Ji Yoon-

"Betulkah itu sahaja yang Ji Yoon kata? Sekiranya begitu, dapatkah Ji Yoon mencari professor itu seorang diri? " Dalam diam aku membela Ji Yoon.

Kalau beginilah cara ejen-ejen mengendalikan kes, sampai bila-bila pun kita semua tak akan capai kata sepakat.

~~~~~

Ji Yoon P.O.V.

Kaki ku pantas berjalan meninggalkan perkarangan Seoul Paradise Private High-school. Ya. Aku jalan kaki sahaja kerana aku tak mahu menyusahkan Puan Kim untuk ambil aku dari sekolah. Lagipun, siapalah aku bagi dia? Aku kan cuma anak angkat. Jadi aku hanya mengambil jalan senang tetapi sebenarnya susah iaitu JA-LAN KA-KI.

Aku menggunakan jalan sunyi di belakang sekolah. Aku tak mahu menggunakan jalan hadapan kerana tidak mahu bertembung dengan mana-mana pelajar sekolah. Gosip di sekolah itu cepat sungguh merebak seperti kuman yang ditiup angin. Baru sehari menunjukkan wajah, aku sudah dilabel sebagai "Budak Baru Tak Sedar Diri" oleh rata-rata warga sekolah.. Sangat-sangat menjengkelkan.

Aku mengambil selekoh ke sebelah kanan dan menuruni anak bukit yang curam hanya dengan bertemankan kicauan-kicauan burung dan bunyi-bunyi kereta yang sekali-sekala lalu di jalan ini. Kemudian aku mendaki lagi satu bukit dan mengambil selekoh ke sebelah kanan.

"Ada lagi bukit ??" keluh aku sendiri. Aduh~ Kaki aku sudah terasa sakit-sakitnya. Lagi-lagi apabila menyedari hakikat bahawa ada sepucuk pistol tersorok di dalam kasut. Bertambah sakit tumit ku.

Dalam mulut ku sibuk mengeluh, minda ku masih melayang dan teringat-ingat akan kata-kata Ji Young di sekolah tadi.

"Disebabkan kau telah mencipta ribut dengan aku, mulai hari ini, aku tak akan suka orang yang bernama JEON JI-YOON.  You think you're smart? Okay smart girl. Sekarang aku mahu kau, cari professor itu sampai dapat. Aku bagi kau dalam masa dua hari. Jika benarlah dakwaan K.P.I. bahawa kau ini adalah yang paling cemerlang, aku mahu kau buktikan."

Aku mengetap bibir dengan perasaan geram. Ji Young. Sudah lama aku blacklist nama itu. Okeylah aku tipu. Bukanlah lama sangat pun cuma dalam lebih kurang 4 jam yang lalu. [Tapi masih disenaraihitamkan.]

Tak tahan sungguh aku dengan wajahnya yang comel itu. Grrrr! Terasa seperti ada aura jahat yang mencucuk fikiranku.  Ah ! Terasa-rasa seperti mahu membenamkan badan dia dalam pasir. Selepas selesai dibenamkan, aku akan timbus pasir itu atas dia. Biar dia sesak nafas ! Muahahahaha!

Langkah ku terhenti apabila menatap pemandangan kurang enak di hadapan mata ku.

"Terowong pulak ke??" Aku menggeleng tidak percaya. Baru saja tadi aku turun naik bukit dan sekarang aku perlu melalui terowong ini pula ? Haish. *geleng kepala*

Langkah ku disusun mendekati terowong itu. Gelap pula dalam terowong ini. Hanya samar-samar sahaja sumber cahaya dari pintu terowong hujung sana. Tanpa mengesyaki apa-apa, aku terus berjalan terus ke dalam terowong. 


Tiba-tiba beg galas ku direntap dan aku ditolak oleh lelaki yang tidak dikenali dari arah belakang. Aku hilang imbangan dan terus terjatuh. Muka ku tersembam dan tercium jalan tar yang BUSUK.
Yuck~!

"WOI ! Berani kau rentap beg aku?!" Laungan ku langsung tak diendahkan oleh lelaki yang berkelakuan abnormal itu. 

Bayangan lelaki itu samar-samar kerana dilindungi kegelapan terowong. Aku langsung tidak dapat cam wajahnya. Lelaki itu perlahan-lahan mendekati aku yang berusaha untuk bangun. Makin lama, makin dekat, makin lama, makin dekat dan lelaki itu adalah



"Kau tak kenal siapa aku?" tanya Woohyun. Kunci keretanya ditimang-timang atas telapak tangan.

Aku mengesat darah pada bibirku yang pecah akibat terhentak kuat atas jalan tar itu. "Orang gila macam kau siapa yang tak kenal?" Sengaja aku menaikkan darahnya.

"Sungjong~ Campak beg dia ke mari." Arahan dari Woohyun dipatuh Sungjong yang muncul entah dari mana dan dia mencampakkan beg galas ku ke tangan Woohyun.

Woohyun menyambut beg itu dengan cermat. "Kau nampak beg yang aku pegang ini?" Soalan bodoh. Dia fikir aku rabun? "Kau tahu tak aku tak suka dengan pemilik beg ni? Dia baru saja.." Woohyun mengeluarkan pisau dari poketnya."..merosakkan reputasi aku di sekolah."

Woohyun menusuk pisau itu ke beg LV aku. "Kemudian, dia kata dia benci lelaki popular sebab lelaki popular tak guna." Tali beg ku dikerat. "Lepas tu, ada orang dengar apa yang dia cakap...orang itu pun memberitahu orang yang kedua.." Woohyun tersenyum pada ku dengan senyuman penuh makna.

"Orang kedua pun beritahu orang ketiga...dan orang ketiga pun memberitahu semua orang." Senyuman manis itu tadi mulai kendur. "Dalam masa sehari, aku sudah jadi bahana gosip yang aku LANGSUNG tak minat. Sebenarnya aku tak kisah tau jadi bahan gosip sebab..." Lelaki itu mengusap rambut ku. "aku suka. Tapikan..." He paused for dramatic effect. Mukanya sengaja dikerut-kerutkan. 

"aku paling pantang bila orang cakap aku lelaki popular yang tak guna." Aku menepis tangannya yang menyentuh rambut aku. 

"Bukan aku seorang sahaja masalahnya, tetapi satu group kau cakap lelaki tak guna. Oh~ Sungguh AWESOME seperti Astro Beyond!"

Beg aku yang sudah rosak dikerat-kerat itu dicampaknya ke tengah jalan.

That's it ! Aku tak boleh tahan dengan dia ni!

Aku melepaskan tumbukan pertama pada wajahnya.

DUSH !

dan dia pula yang jatuh tersembam menyembah tanah.

"Eh perempuan ! Berani kau!" Lelaki lagi seekor yang bernama Myungsoo pula terjah dari belakang dan merentap tanganku. Kakinya menyadung kaki ku menyebabkan aku terjatuh mengiring dan kepalaku terhentak pada jalan. 

Aku bangkit dari posisi ku dengan pantas dan menghadiahkan tendangan ganas pada wajahnya yang dikatakan "handsome" itu dan dia pun melayang ke belakang dan kepalanya terhantuk pada dinding terowong.

Woohyun pula yang sudah mengumpul kekuatan, tanpa perasaan bersalah membalas tumbukan ku tadi dengan tumbukan yang lebih ganas tetapi aku berjaya menepisnya seraya menarik rambutnya dengan kuat. 

Aku menarik rambutnya dan membuat pusingan 360 darjah. Dia terjerit-jerit kesakitan. Apabila sudah cukup 360 darjah, aku melepaskan rambutnya dan dia pun melayang tak tentu arah dan jatuh tersembam.

"Nak lagi?" tanya aku kepada Woohyun yang sudah lebam-lebam. Aku memandang sekeliling. Lagi dua orang sudah rebah bermaksud tinggal lagi seorang iaitu Sungjong. Aku tersenyum sinis apabila mendapati Sungjong berada tidak jauh dari situ, cuba melarikan diri. Aku mematah-matahkan tulang jari ku lalu berlari ke arah Sungjong


"YAAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHH"

BEDESHUM !

Aku berjaya merebahkan lelaki lembik ini dengan flying kick! Dia mengerang kesakitan kerana aku memijak badannya dengan kaki. Telefon bimbit ku tiba-tiba berdering.

"Aduh! Tak timing langsung!" Aku mengeluarkan telefon bimbit ku dari kocek baju dan menjawab panggilan. *Puan Kim rupa-rupanya yang telefon.* 

"Hello Kim ahjumma~ Ji Yoon dekat sekolah. Ji Yoon busy sikit ni. Nanti Ji Yoon balik rumah ya? Ada hal dekat sekolah... Banyak kerja sekolah cikgu bagi, nanti bila dah siap Ji Yoon balik rumah !" Aku terkejut. "Hah? Ahjumma dah sediakan lunch?" *Apa lagi yang boleh dikata?* 

"Tak apalah ahjumma. Kasi saja dekat orang lain. Ji Yoon tak lapar." Padahal realitinya aku sudah tidak tertahan kelaparan yang memuncak. Sudahlah waktu rehat aku cuma jamah lollipop. Kemudian perlu menghabiskan tenaga aku menumbuk orang pula! Bala bala~ 

"Okay ahjumma! Nanti Ji Yoon balik rumah! Anyaeo-" Sebilah pisau yang dibaling Myungsoo melayang di udara ke arah aku.

Sempat aku mengelak dengan membuat aksi flip dan pisau itu tertusuk pada dinding terowong. 

Woohyun tiba-tiba sahaja menghempap badanku, menghalang aku untuk bergerak. [Aduh! Beratnya lelaki ni! Dia telan batu ke apa??]

Myungsoo cepat-cepat membantu Sungjong dan membersih-bersihkan bajunya. Pisau yang tertusuk itu tadi ditarik keluar dari dinding meninggalkan kesan rekahan kecil pada kawasan tusukan. Myungsoo mendekati ku dengan pisau di tangan.

Derapan kakinya terhenti apabila sudah betul-betul berada di hadapanku yang ketika ini ditindih Woohyun dengan lututnya.
Aku mendongakkan kepala. Myungsoo duduk cengkong di hadapan ku. 

"Baru hari pertama, sudah buat onar dengan kami," kata Sungjong. "Bukannya satu masalah tapi DUA. Pertama, memburuk-burukkan nama kami bertiga sehingga menjejaskan reputasi. Kedua, berani kau pijak badan aku ?? Sakit tahu tak! Nasib baiklah aku ni gagah perkasa..." bebel Sungjong. Eh? Bukan dia ke yang meraung-raung bagai nak rak baru sebentar tadi?

"Okeylah. Sebenarnya kami tak sampai hati nak sakitkan kau, TAPI." Pisaunya didekatkan ke pipi ku. "You leave us no choice."
'Siap siut' bunyi pisau bergesel.

Oh tidak. Apa yang sudah mereka lakukan ??  

"Kau hiris rambut aku ?!!!!" Aku tak menyangka lelaki ini akan bertindak extreme dengan mengerat hujung rambut ku. 

Tiba-tiba satu suara memecah kegelapan suasana. "Hoi manusia~Tak malu ke buli perempuan~?"

Seorang gadis yang memakai seragam sekolah Seoul Paradise berlari pecut ke arah Myungsoo dengan kelajuan maximum. Aku tak sanggup untuk melihat apa yang akan berlaku. Mataku dipejamkan serapat-rapat yang boleh. Perut ku mula berkeroncong. 

Imej Kimchi melayang-layang dalam fikiran. Diganti pula dengan bayangan ikan salom. Diikuti dengan figura kimbap yang berasap. Bayangan makanan-makanan enak menerjah fikiran ku. Dalam hati aku cuma berdoa agar perkara ini cepat-cepat selesai kerana aku sudah tak larat. Aku mahu makan ! 

Telinga ku hanya dapat menangkap bunyi orang bertumbukan, kaki bertendangan dan jeritan berganti dengan jeritan seperti "HYAAAAH" dan "WACHHHHAAAAA!" 

Tanpa melihat pun aku sudah mengagak bahawa gadis kecil comel tadi sedang berasak dengan tiga jejaka tak guna itu. Terasa badan ku ringan seperti tidak ditindih sesiapa. Tetapi aku masih tidak mahu mengambil risiko. Posisi 'terbaring-di-atas-jalan-raya' dikekalkan. Aku menekup kedua-dua telinga dengan tangan dan memejam mataku rapat-rapat.

"Belasah perempuan ! Kurang ajar!" laungan gadis itu diselang-seli dengan bunyi tumbukan dan tendangan. "Nah ! Have some self respect before you hit girls ! *tumbuk* Apa nak jadilah dengan kamu bertiga ni!*tumbuk banyak kali*"

"Kimbap~ Ayam goreng~ Kimbap~ Kimbap~ Jus tembikai~" 

Seseorang rebah di hadapan aku. Mataku tercelik buka. Sungjong sudah terbaring lemah dan wajahnya ada beberapa kesan tumbukan. Dadaku berdegup kencang. Gadis comel itu membersih-bersihkan kesan kotoran pada bajunya lalu mendekati ku.

"Unnie~" Dia menghulurkan tangannya. Aku memandang lemah pada huluran itu. Gadis yang putih molek itu hanya tersenyum melihat ku dan segera membantu aku bangun. Perempuan tak dikenali tersebut memapah badan ku. Badanku sedikit terhuyung-hayang sebelum dapat berdiri dengan betul. 

"Kenapa unnie lalu jalan ni? Jalan ni sunyi tau~ Tiada satu pun orang yang berani lalu jalan ni melainkan meraka ahli kongsi gelap, gangster jalanan ataupun mat dadah." Kotoran pada bajuku dibersihnya.

"Kau cakap dekat aku, kau kenapa lalu sini?" tanya aku. Tanganku memegang perut yang sedang 'menyanyi' lagu "Abracadabra". Pandangan ku meliar ke seluruh kawasan terowong. Sungjong terbaring lemah, Woohyun beberapa kali menutup sebelah matanya yang ditumbuk dan Myungsoo pula sudah tertiarap tidak kelihatan wajahnya. 

Beg aku pula sudah tidak ada rupa beg pun! Koyak sana-sini ! 

"Oh~ Kebetulan saja lalu tadi sebab tayar skooter saya pancit di hadapan sana." Jari telunjuknya menuding ke arah skooter berwarna merah jambu di luar terowong. "Unnie dah okay?" prihatin perempuan itu bertanya sambil tangannya memegang dahiku yang luka sedikit kerana terhentak pada jalan. 

Aku sekadar mengangguk. "Aku okay. Terima kasih sebab tolong aku tadi. Aku hargai sangat pertolongan kau. Mereka bertiga tu memang keterlaluan." Gadis itu mengangguk memahami. Pakaiannya aku periksa dari atas ke bawah. Betullah. Ini memang pakaian budak S.P. 

Tetapi uniform dia tiada tag nama.

"Nama kau siapa?" tanya aku.

Gadis itu hanya tersenyum manis sebelum menjawab. 













"Nama saya IU. Agent 03."

10 responses to Gun Fighter Part 4

  1. Alisa ♥ says:

    best! btw nah,
    Watak fan-fiction: 2PM Wooyoung, f(x) Sulli, 2AM Changmin, Miss A Suzy.
    Nama Cerita: Please?
    Background: Ahhhhh background ape? Tak paham T.T lols.
    Tu je kot :/

  2. azrajamal says:

    dahsyat! haha still ada confuse skit ah ..

  3. AmyZana says:

    hah ? confuse ? ko confuse part yg mne? nnti aq edit

  4. MILA says:

    Dahsyat gilaa woohyun , sungjong dgn L ! Tapi rasa lain mcm bila kau letak nama L myungsoo . jadi pelik haha :)

  5. AmyZana says:

    okeey azra

    Mila mila milo ! :D
    Aku tak letak nama dia L sebab aku x biase. Dlm malay kpop fan-fiction dorg x gune nme L sbb mcm nm perempuan :/

  6. Anis Zulhas says:

    woah ! beragaklah laki nak buli perempuan ! walaupun sungjong , woohyun n myungsoo tu bias eden , tapi tetap TAK PATUT ! -,-

  7. AmyZana says:

    memang. and saje buat watak W.M.S jadik jahat ! muahaha ! >:D