Gun Fighter Part 5


Ji Yoon P.O.V.

Chicken chop yang baru saja dipesan tadi sudah pun habis separuh pinggan. Perut ku terlalu lapar dan aku sudah tidak tertahan nafsu apabila aroma ayam yang disimbah kuah lada hitam itu menusuk rongga hidung. Aku langsung tidak menunjukkan rasa kasihan terhadap ayam itu dan meratahnya sehingga ke tulang-belulang. Sisa-sisa kuah lada hitam itu ku jilat dengan penuh rasa gembira.

"Yum yum!" Aku tersengih seperti kerang busuk sambil menjilat-jilat jari. Tiga orang jejaka yang duduk semeja di hadapan ku hanya memandang dengan penuh rasa terganggu manakala IU hanya tersengih melihat aku makan dengan gelojohnya. "Burrrpp~" Ah lega~ Kembung perut aku harini tanpa mengeluarkan duit walau satu sen pun.

"Puas makan ?" tanya lelaki lembik di hadapan ku sambil mencebik. Aku hanya mengangguk sambil menghirup segelas air ice lemon tea. "Ada lagi apa-apa yang kami perlu buat supaya kau tak sebarkan gambar tu?"

Aku menggeleng. "Tak ada apa-apa lagi Cik Sungjong." Bibirku yang comot dilap dengan sehelai kain berwarna putih di atas meja.

"Sekarang kau dah habis makan. Duit aku pun habis belanja kau sorang. Puas hati kau sekarang?" tanya Myungsoo sambil menyilangkan tangannya. Matanya tajam memandang ke arah aku yang tersengih gembira kerana dapat menikmati makanan percuma di Rania Restaurant yang terkenal dengan harganya yang mahal.

"Puas sangat!" kata aku sambil menepuk perutku yang hampir penuh. Ceritanya begini sebenarnya. Selepas sahaja IU menyelamatkan aku daripada dibuli oleh tiga lelaki tak guna ni di terowong gelap itu tadi, aku sempat mengambil beberapa gambar mereka yang teruk dikerjakan IU sehingga lebam sana-sini dan mengugut akan menyerahkan gambar-gambar yang memalukan itu kepada Namju [ahli sidang redaksi majalah sekolah a.k.a classmate aku] sekiranya mereka bertiga iaitu Sungjong, Woohyun dan Myungsoo tidak mengikut arahan aku.

Myungsoo mengurut hidungnya yang lebam. Aku pula baru sahaja order sepinggan lagi chicken chop kerana aku masih terasa lapar [dan juga sengaja mahu menambahkan episode kesengsaraan Myungsoo.] *gelak jahat*

"Makan macam jin," kata Woohyun, menyandar pada kerusi. Aku hanya tersenyum sinis memandangnya sambil menjungkit-jungkitkan kening.

Jika ada yang tertanya-tanya apa jadi dengan beg LV aku yang tercinta itu, beg itu sudah rabak. *geleng kepala* Aku memaksa Woohyun membelikan aku beg baru walaupun tidaklah semahal beg itu. Dia membelikan aku beg sekolah MBLAQ. 

"Sungjong! Urut tangan aku!" perintah aku kepada Sungjong.

"Apa lagi yang kau nak ni? Baru sehari aku jumpa kau, aku terasa hidup aku sudah terseksa!" bebel Sungjong. "Kau habiskan duit Myungsoo hyung, kau suruh Woohyun hyung belikan kau beg baru, dan sekarang kau boleh pula suruh aku urut tangan kau? I have enough of you woman!" 

Tambahan, selain menghabiskan duit Myungsoo dan Woohyun, Sungjong juga tidak terkecuali sebenarnya. Ingat tak rambut aku yang dihiris Myungsoo itu? Sebagai balasannya, aku memaksa Sungjong membawa aku ke salon untuk membetulkan rambut ku yang sudah lain macam setelah dikerjakan Myungsoo.

Aku mengeluarkan telefon bimbit ku. Senyuman terukir pada bibir. "Kau nak aku sebarkan gambar ni?" Pada telefon bimbit itu jelas terpampang gambar Sungjong yang terbaring di atas jalan raya dengan kakinya terkangkang dan tangannya mendepang.

Sungjong cemas. "Okay okay okay! Aku urut tangan kau!" Dia menarik tangan kanan ku dan segera mengurutnya seperti tukang urut professional. Seronok juga ada kuli ni sebenarnya~

Tiba-tiba aku terfikirkan satu idea yang lebih menarik. Senyuman ku semakin melebar. "Unnie..Apa yang unnie fikirkan tu?" tanya IU disebelahku. Pelik melihatku yang tiba-tiba sahaja tersenyum-senyum tanpa sebarang sebab munasabah.

Aku memandang Woohyun - ketua geng 3 Budak Tak Guna. Dia membalas pandangan ku. Kami sama-sama tidak berkelip memandang antara satu sama lain. "Aku ada satu permintaan."

"Apa lagi kali ni ? Kau nak aku belikan beg Super Junior pulak ke?" sindir Woohyun. Aku mengangguk. "Boleh juga kalau kau tak keberatan." Woohyun mencebik. "LANGKAH mayat aku dulu," kata Woohyun. Aku hanya tersenyum sinis lalu berkata, "Okay. Bila kau sudah hampir nazak nanti kau remind aku ya~" Woohyun mengangkat penumbuknya dan berura-ura mahu menghentam ku tetapi dihalang Myungsoo.

"Hyung. Jangan." Myungsoo membuat isyarat dengan menggelengkan kepalanya. Woohyun melepaskan keluhan berat bercampur geram. Dia merendahkan penumbuknya. "Aku sebenarnya nak buat deal dengan kau Woohyun." Aku memulakan perbicaraan serius. 

Sungjong masih lagi mengurut tangan ku. IU pula tidak bersuara. Hanya memasang telinga mendengar perbualan kami. Myungsoo mengecilkan matanya memandangku. "Deal apa?"

Aku meneruskan kata. "Kamu semua pasti tak mahu aku sebarkan gambar-gambar yang memalukan ini ya kan? Jadi beginilah saudara-saudari ku sekalian," I wrapped my fingers together dan menongkat dagu. 

"Siapa saudara kau?" tanya Sungjong tetapi aku tak endahkan. Aku meneruskan kata-kata ku yang tergantung tadi. "disebabkan reputasi aku sebagai seorang pelajar baru yang berdedikasi lagi terpimpin sudah pun terjejas disebabkan perkara yang kecil begini, aku akan sediakan beberapa syarat sekiranya kau tak mahu gambar-gambar buruk kamu semua itu menjadi muka depan surat khabar sekolah esok pagi." 

IU tercengang. "Apa yang unnie mahu buat?" Persoalannya dibiarkan sepi.

"Apa syaratnya" tanya Myungsoo. Nadanya mendatar. "Syarat-syaratnya adalah.." Aku bermain-main dengan garfu. 

"Pertama... sebelum masuk ke kawasan sekolah, korang mestilah menunggu ketibaan aku di pagar depan sekolah dan kita berempat akan masuk ke kawasan sekolah sama-sama. Ini adalah supaya khabar-khabar buruk mengenai aku segera terhapus apabila komuniti Seoul Paradise melihat kita hangout sama-sama. 

Kedua... Kau mesti benarkan aku duduk di meja V.I.P. korang setiap kali waktu rehat ataupun bila-bila masa sahaja yang aku mahu. Ketiga... Kau, kau dan engkau mestilah membantu aku apabila aku perlukan bantuan. Tiada pengecualian. Keempat... di sekolah, kita mesti selalu dilihat berjalan dalam kumpulan. Walau ke tandas sekalipun!"

"HAH?!" Sungjong tercengang. "Tandas pun jadi??"

Aku mengetuk kepalanya dengan sudu. "Aku masuk tandas, kau tunggulah di luar! Yang kau mahu ikut aku sekali masuk tandas tu buat apa??"

"Oh... Macam itu rupanya. Aku sudah fikir bukan-bukan." Sungjong tersengih mengenang kebodohan sendiri. 

"Banyak syarat kau," kata Myungsoo tidak mempamerkan senyuman.

"You stir a problem with me, you pay the price," kata ku dengan tenang.

"Fine ! Then it's a deal!" sahut Woohyun menghentak tangannya pada meja. 

"Fine ! A deal is a deal then!" aku menyahut kata-katanya. "Kau pecah syarat, kau sendirilah tanggung akibatnya~"

~~~~~~~

"Jadi kau ni Agent 03 dari K.P.I.?" tanya aku kepada IU.

Kami berjalan bersebelahan menuruni bukit sambil menikmati pemandangan hijau, . "A'ah. Saya agent 03 seperti yang saya cakap tadi."

"Waktu kau selamatkan aku, macam mana kau tahu aku agent juga ? Kau mengintip aku ya??" Jariku dituding pada batang hidungnya. Perempuan itu hanya tergelak comel mendengar kata-kata ku. Apakah?

"Mana adalah unnie! Hahaha! Unnie mesti tertanya-tanya kan macam mana saya boleh tahu mengenai unnie kan kan?" IU tersengih sambil membuat muka comel. "Actually, Ji Young unnie yang beritahu saya waktu balik tadi."

"Oh~ Ji Young yang bagitahu?" Pfft.

"A'ah. Ji Young unnie yang bagitahu. Dia kata unnie cantik."

Wakakaka! Sekiranya ada baldi besar di sini memang sudah penuh baldi itu dengan muntah aku.

"Cara dia cakap macam dia cemburu dengan unnie. Dia kata unnie cantik.. unnie pandai.. unnie sentiasa dibangga-banggakan...Apa lagi yang dia bagitahu ya lupa pula~" 

Ji Young cemburu dengan aku? Mengapa mesti dia cemburu dengan aku? Aku bukannya istimewa pun~

Oh ya. Woohyun, Myungsoo dan Sungjong, mereka sudah lama pergi selepas aku selesai makan di Rania Restaurant. Selesai saja perjanjian, mereka terus berambus pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. But above all, I felt very happy for making them suffer this much ^^ *proud of myself*

"IU. Aku nak tanya sikit. Aku harap kau tak terasa. Mengapa nama kau IU ya? Nama glamor ke?" tanya aku.

"Haha~ Bukan nama glamor lah unnie. Itu bukannya nama sebenar saya pun. Nama undercover saja..." jelas IU. Dia tiba-tiba berhenti apabila melihat seekor kucing yang terlentang di hadapan kami. Kucing itu bukannya mati. Tetapi dia sedang bersantai sambil kakinya terkangkang seperti Sungjong dalam gambarnya.



Kucing itu diusap-usap beberapa kali kemudian dia mendukung kucing kecil yang comel itu. 

"Nama undercover ? Aku tak faham. Kalau kau boleh guna nama undercover, kenapa yang lain tidak menggunakan nama lain? Kenapa aku tak guna nama lain?" tanya aku bertalu-talu. Kami berdua meneruskan perjalanan.

"Sebenarnya terserah pada diri masing-masing sekiranya mahu tukar nama. Disebabkan misi yang kita terima ini diklasifikasikan sebagai misi yang ringan, K.P.I. tidak mewajibkan ejen menukar nama sehingga umur sudah mencecah 20 tahun. Ketika umur kita sudah 20 tahun, kes-kes yang diserahkan akan menjadi lebih berat dan mencabar." 

Kepala kucing itu diusap-usapnya perlahan. "Ia termasuk misi-misi membunuh, misi menyelamatkan barang-barang berharga president Korea seperti cincin dia atau perlu menyorokkan anak-anak orang baangsawan untuk dibawa ke tempat selamat atau mungkin juga kes yang memerlukan kita travel ke luar negara. 

Ketika itu, nama sebenar kita menjadi aset yang paling berharga yang perlu kita jaga."

"Wah~~ Begitu pula jadinya? Kau sendiri yang cakap kita tidak diwajibkan tukar nama tapi kenapa kau tukar nama?" tanya aku lagi meminta kepastian.

"Oh... Sebenarnya parents saya yang suruh tukar nama atas dasar keselamatan. Hehe. Position saya sebagai pakar IT dikatakan adalah yang paling bahaya tapi saya tak tahulah. Mungkin KPI saja takut-takutkan saya kot." Kucing itu digeleteknya pada bahagian perut. 

Kerana rimas dengan IU, kucing itu mencakar tangan gadis itu menyebabkan IU memukul kucing itu sebagai balasan. "Bad kitty!" kata IU dan mencampak kucing itu ke bawah dan kucing itu pun berlari ketakutan dan hilang dari pandangan.

Ganasnya T.T

"Oh~" Aku melopong. "Kalau kau pakar IT, aku pula pakar apa?"

IU berfikir sejenak. "Ikut unnie lah~ Unnie pandai dalam apa?" tanya IU kepada ku membuatkan aku berhenti untuk berfikir. Aku melihat awan. "Aku suka bermain-main dengan machine gun. Aku suka kaji pasal machine gun. It is the only thing that I like to do during my free time. Mungkin aku orang yang bermasalah," kata ku lagi. 

Jujur aku cakap, aku memang suka pistol. Aku suka pegang pistol~ Aku suka belai pistol~ Setiap pagi aku akan gilap pistol aku sebelum aku mandi. Adakah itu menunjukkan bahawa aku ini orang yang bermasalah?

"Hah! Unnie boleh jadi pakar machine gun!" IU memetik jarinya memberi idea yang kononnya bernas.

"Pakar machine gun? Macam lawak saja bunyinya. Tak sesuai tak sesuai~" Aku menggeleng kepalaku beberapa kali. "What about....."aku tercari-cari perkataan yang tepat. "gun fighter?" tanya aku meminta pandangan IU.

Gadis itu mengangguk. "Boleh boleh. Bunyinya sangat sesuai dengan unnie!" kata IU sambil memeluk aku. Ish. Janggal pula aku apabila IU membuat begitu. Kita kenal pun bukannya lama dan dia pula ? Peramah sangat dengan aku. 

"Okeylah unnie~" IU meleraikan pelukannya. "Rumah saya dekat kawasan perumahan di sebelah sana. Kita berpisah di sini." IU berlari meninggalkan aku. Kemudian dia berhenti dan menoleh ke belakang. "Kita jumpa lagi esok ya!! Bye unnie~~!" Tangannya dilambai-lambaikan ke udara seperti kanak-kanak kecil. 

Aku hanya tersenyum, dan membalas lambaiannya.

IU hilang dari pandangan mata. Aku meneruskan perjalanan ku seorang diri. Jika IU mengambil selekoh di sebelah kanan di kawasan perumahan orang kaya, aku pula mengambil sekolah di sebelah kiri (di kawasan perumahan orang yang lebih kaya) [dan sekali lagi perlu menuruni anak bukit] Bala bala~

Sambil aku berjalan dan menahan kesabaran kerana perlu menuruni lagi anak bukit yang betul-betul buat aku bengang, aku berfikir,"Pakar IT ya?" aku berbisik sendiri. "Aku pula gun fighter..." Aku mengangguk. "Gun fighter..." Aku mengulang perkataan yang sama banyak kali. 

"Gun fighter~ GUN fighter.~ Gun FIGHTER!" Oooooh! Aku sangat suka dengan perkataan itu ! Kedengaran sungguh coooooool ~ "Ji Yoon the Gun Fighter.  Jeon Ji Yoon the Gun Fighter. Agent 01 Jeon Ji Yoon the Gun Fighter." Hahaha ! Aku semakin suka dengan perkataan tu!

Aku menyanyi girang dalam hati lagu Love Is Move sambil mengubah-ubah lirik lagunya menjadi lagu songsang sambil perkataan "gun fighter" masih terngiang-ngiang dalam kepala otak.

Nyanyian ku terhenti apabila terdengar seperti tin minuman bergolek ke arah aku dari belakang. Aku menoleh. ---------------------------

Aik ? Tiada sesiapa pun? Sumpah aku dengar seperti ada derapan kaki yang mengekori tin itu tadi. Urm. Mungkin bayangan aku semakin menjadi-jadi selepas aku makan kot? Aku menjungkit bahu. Who cares? Perjalanan ku diteruskan tanpa berasa sangsi lagi.

Derapan kaki itu semakin dekat, semakin dekat, semakin dekat dan semakin kuat. Langkah ku diperlahankan dengan sengaja. *saja test* Aku mengorak langkah dengan lebih perlahan berbanding tadi just to make sure bahawa memang ada bunyi kaki yang mengekori aku. Dadaku berdebar. 

Aku mengawal diri yang diserang panik. Langkah ku terhenti. Aku memberhentikan langkah ku. Bunyi yang mengekori ku itu juga berhenti. Bunyi derapan kaki itu sudah tidak kedengaran lagi. Tetapi aku masih sangsi.

Aku menoleh ke belakang buat kali kedua.  --------------------------

Memang tiada sesiapa. Tetapi apa yang aku dengar tadi, memang sangat jelas. Ah~ Chicken chop dalam perut aku sedang dihadamkan sebab itulah minda ku sengaja mempermainkan aku, fikir ku. Oh well.

Aku baru saja mahu meneruskan langkah apabila kawasan semak-samun di sebelah ku bergerak-gerak. Nafasku terhenti seketika. Semak itu bergerak-gerak lagi. Perlahan-lahan aku membuka kasut dan mengeluarkan sepucuk pistol [jenis Daewoo K5 dengan berat 800 gram dan panjangnya 190 mm] dari dalam kasut.



Peluh dingin bermanik pada dahi apabila semak-samun itu bergoncang dengan lebih kuat. Aku memegang pistol dengan kedua-dua belah tangan dan mengacunya ke arah semak-samun yang dikatakan. Aku perlahan-lahan bergerak mendekati semak itu dengan pistol di tangan.  Semakin dekat...dan semakin dekat.... dan semakin dekat.... dan-

CIT CIT CIT 

Seekor tupai melompat keluar dari semak-samun itu membuatkan aku terkejut besar! 

“Wah jinja!” Mataku terkelip-kelip tidak percaya. Tupai rupanya disebalik semak yang bergerak-gerak tu! Aku fikir apalah tadi! Phew~! Peluh pada dahi di kesat dengan tangan. Mula-mulanya aku fikir ada manusia yang menyorok di sebalik semak itu. Hahaha! Leganya aku~ Aku memalingkan muka dan 

"Hoi."

"Oh mak kau!" Aku terkejut apabila seorang lelaki menegur ku dari depan lalu

POM!



Kerana terlalu terkejut, aku tertembak lelaki itu tetapi tersasar dan terkena pada tiang lampu di belakangnya dan *smash!* bunyi kaca bersepai.

"Hoi !! Kau mahu bunuh aku kah?? Gilalah kau ni perempuan!" kata lelaki itu yang sudah pun duduk tercangkung sambil menekup kedua-dua belah telinganya dengan tangan mengelak dari tembakan ku tadi.

Aku sungguh terkejut dengan tindakan gila ku. Aku meletakkan pistol ke bawah dan segera membantu lelaki itu bangun. "Weyh ! Minta maaf sangat-sangat ! Aku cuma nak tembak tupai dalam semak itu tadi! Tak sangka pula kau ada di belakang aku! Minta maaf sangat-sangat! Lain kali, janganlah terkejutkan aku dari belakang sebab aku ni ada panic disorder!" 

*bermulalah penipuan ku untuk cover-line*

Lelaki itu membersihkan-bersihkan seluarnya sambil membebel, "Panic tak panic, agak-agaklah sekiranya mahu tembak tupai pun! Hish! Sekiranya aku tak elak tadi, dah lama aku mati katak dekat sini, dekat tempat ni, bersaksikan jalan raya yang sunyi~" Selesai membebel, lelaki itu memandang ku dan matanya dibesarkan. 

Anak mata kami bertemu. Aku terkejut. Aku pernah lihat lelaki ni. Aku pernah lihat lelaki ni! Lelaki yang terkejutkan aku tadi itu rupa-rupanya


















HYUN SEUNG ?!  

16 responses to Gun Fighter Part 5

  1. MILA says:

    Laju kau buat fanfics . Aku suka fan fics kau .

  2. AmyZana says:

    trime kasih cik Mila :]

  3. Alisa ♥ says:

    amy, sorry heh. cakap kat aida maisarah aku guna banner yg aku buat, boleh? sbb aku terharu aku reti buat banner fanfic xD

  4. AmyZana says:

    okey. xdak masalah :]

  5. azrajamal says:

    aik , hyun seung sae ek ? lupe dahh..

  6. Alisa ♥ says:
    This comment has been removed by the author.
  7. Alisa ♥ says:

    amy, aku dah buatkan banner untuk kau. nak tengok tak?

  8. AmyZana says:

    hah ? aq dah buat sendiri -_- tp aq nak tgk ! :D

  9. Alisa ♥ says:

    lewls, nanti ah aku tunjuk. sekarang aku kat rumah sedara aku T^T

  10. Anis Zulhas says:

    best fanfic ni . --

  11. AmyZana says:

    Anis Zulhas : woah ! banyaknya kamoo komen. blog nih pun dah lama terbengkelai. lols xDD

  12. Anis Zulhas says:

    hehe . keureom ! FF dalam blog ni semua daebak ! mau tak komen ~ ^^

  13. AmyZana says:

    trime kasih ! skali lagi ! and maaf reply komen lambat. mule2 rse mcm nak give-yp je dgn fanfic nih -_-

  14. AmyZana says:

    NurNajihah: thanks drop comment ! Lama tak bukak blog nih ^o^''