Gun Fighter Part 6


Hyun Seung P.O.V.

"Hyun Seung! Nama kau Hyun Seung kan? Kau yang pandang-pandang aku di kantin tadi itu kan?" Perempuan yang kelihatan seperti kurang waras itu bertanyakan soalan yang aku langsung tak faham.

"Nama aku memang Hyun Seung. Kau ni pula siapa? Masa bila pulalah aku pandang-pandang kau ? Di kantin ? Bila ? Muka kau pun baru kali pertama aku lihat, inikan pula mahu tenung kau di kantin? Kau pastikah kau ni okay? Sakit ya?" sindir aku dengan secara tidak sengaja sebenarnya.

"Heh. Aku yang sakit atau kau yang sakit ? Kau sudah lupa agaknya. Baru saja di sekolah tadi bersamaan dengan beberapa jam yang lalu kau pandang aku dengan ketajaman maksimum," jelas perempuan itu dengan tangannya disilangkan. Ah! Aku masih tidak dapat tangkap dengan apa yang dia cuba katakan. 

Masa bila pula aku ada pandang-pandang perempuan ni? Atau mungkin aku ini sebenarnya popular tak? Yalah. Tiba-tiba sahaja ada yang membuat dakwaan begitu. Pergh~ Diriku terasa sungguh glamor~

"First thing first. Nama kau pun aku tak pernah mahu ambil tahu dan kau sewenang-wenangnya control cool di hadapan aku dan mengaku yang kita berdua pernah berjumpa? Pfft. I guess not." I eyed her from top to bottom. True. Dia memakai pakaian seragam S.P. tapi memang aku tak pernah melihatnya sebelum ini jujur aku kata.

Tetapi pada ketika ini aku tidak memakai seragam sekolah pun. Aku hanya mengenakan t-shirt hitam dan jeans skinny. Bagaimana dia boleh kenal aku? Perempuan ini sungguh misteri.

"Halah halah~ Mungkin aku perlu tembak kepala otak kau dulu baru boleh refresh semula memori kau yang sudah penuh tu." Dia mengangkat pistol yang dijatuhkan atas tanah tadi dan mengacunya ke arah aku dengan satu tangan. "Let's say kita pernah berjumpa, apa tindakan yang kau akan ambil selepas lihat aku genggam pistol ni?" 

Soalan yang sangat serius.

Keningku bertaut. "Hah? Apa tindakan aku?" Mataku dikecilkan menunjukkan bahawa aku tengah berfikir. Fail. Aku tak dapat apa-apa. "Entah. Biarkan sajalah mungkin. Yalah.. Aku bukannya jenis yang suka masuk campur hal orang. Jadi aku tidaklah kisah mana pun."

Seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata ku, perempuan itu bertanya lagi, "Kau pasti? Kau tak akan sesekali report pada cikgu S.P. kan?"

Aku hanya mengangguk. "Yup. Aku tidak teringin pun dan tiada langsung niat. Hal kau, kau punya fasal. Hal aku, aku handle sendiri. Simple kan?"

Perempuan itu mengangguk. Dia menyelitkan pistol itu ke dalam kasut. Eh berani pula dia buat macam tu. Tidakkah dia risau sekiranya pistol itu akan tertembak kakinya sendiri? Haish. Aku perlu pergi jauh-jauh dari perempuan ini. Seperti kronik saja tahap kegilaannya. Sebelum dia melepaskan tembakannya lagi, lebih afdal sekiranya aku gerak dulu.

Baru sahaja aku mahu menghayunkan langkah, mataku terfokus pada tag namanya.

Jeon Ji Yoon

Automatik langkah ku terhenti. Perempuan itu pun sebenarnya baru sahaja mahu meneruskan perjalananya tetapi aku segera menahan bahunya.

"Jeon Ji Yoon," kata aku. Mataku tidak berkelip memandangnya.

Perempuan itu menoleh memandang ku. "Ya?"

"Agent 01 Jeon Ji Yoon."

Kata-kata ku membuatkan dia terkejut. Dia seperti mahu mendebik aku dengan sikunya tapi aku cepat-cepat bersuara, "Woah woah ! Relax kawan! Tak perlulah menggunakan kekasaran terhadap colleague kau sendiri.. Aku Agent 05 lah...Hyun Seung. K.P.I. ? Misi pengetua Son Suk Hee? Berlian Russian Red?"

Ji Yoon seperti tidak percaya dengan kata-kata aku tadi. "Kau agent rahsia K.P.I. ?" 

Tanganku ditepisnya dengan kuat. Dia menganalisis aku dari atas hingga ke bawah dengan sekali imbas. "Tipulah. Rupa tidak seperti agent pun. Kau mahu kelirukan aku yeah? Kalau betullah kau agent juga, cuba sebutkan ikrar K.P.I.~Kalau tidak tepat ikrarnya, aku tembak kau." Ji Yoon mencabar aku.

"Ehem ehem." Aku mengangkat ikrar. "Kepercayaan kepada diri, kesetiaan kepada misi dan visi, keluhuran jati diri, kedaulatan sesama ahli, kecekapan dalam melaksanakan tanggungjawab dan kesungguhan dalam berbakti kepada negara." Tanganku diturunkan. "Sekarang kau percaya? Apa lagi yang kau mahu? Kad pengenalan ?" 

Banyak sebenarnya aku mahu bincang dengan Ji Yoon. Aku tidak mahu membuang masa menjawab soalan-soalan yang tidak penting.

"Fine. Aku percaya." Ji Yoon menganggukkan kepalanya. Aku tersenyum menang lantas menghulurkan tangan untuk berjabat dengannya. "Nama aku Hyun Seung. Agent 05. A data specialist in this mission."

Ji Yoon P.O.V.

Data specialist ?! Is he being serious? Tiba-tiba saja kata-kata Ji Young yang kasar terngiang-ngiang dalam kepalaku.

"Sekarang aku mahu kau, cari professor itu sampai dapat! Aku bagi kau dalam masa dua hari!"

"Aku bagi kau dalam masa dua hari!"

"Aku bagi kau dalam masa dua hari!"

"Aku bagi kau dalam masa dua hari!"

Aku rasa aku tahu apa yang perlu dibuat untuk menyahut cabaran Ji Young. Aku memang perlu lakukan sesuatu. Tetapi bukan seorang diri. Aku perlukan bantuan. Aku memang sangat-sangat memerlukan bantuan.

"Hyun Seung..." tutur ku dengan perlahan. Tidak langsung menghiraukan “salam persahabatannya”. Aku terus melontarkan soalan. “Macam yang kau cakap tadi, kau kata kau data specialist kan? Kau mesti tahu macam mana mahu mendapatkan maklumat penting bukan?”

Lelaki itu mengangguk sambil menyilangkan tangannya. “Memang ya. Itulah kerja aku dalam K.P.I .  Kenapa? Kau ada maklumat penting mahu kongsi?”

“Tak.” Aku menggeleng. “Tetapi aku ada sesuatu yang aku perlu buat untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting itu. Tapi kau mestilah tolong aku sebab ini adalah berkaitan dengan masa depan kes kita ni.”

“Sebenarnya aku tiada banyak masalah . Selagi berkaitan dengan misi, aku tak kisah. Apa dia yang aku boleh bantu?”

~~~~~

Author P.O.V.

9.00 malam waktu Korea Selatan, Hyun Seung tiba di depan pagar Seoul Paradise Private Highschool yang berkunci rapat dengan sistem automatic-lock. Pakaiannya yang berwarna hitam gelap dari atas ke bawah menyukarkan pengawal mengesan kehadirannya. 

Suasana pekat malam sangat membantu dirinya ketika ini yang cuba meloloskan diri menerusi pagar sekolah yang terlalu tinggi.

Setelah berjaya melepasi pintu gerbang S.P. dengan memanjat tembok yang tinggi menggunakan tali, lelaki itu tidak membazir masa walau sesaat pun dan terus berlari menuju ke bangunan sekolah dan memecah masuk bangunan yang menempatkan kelas-kelas pelajar. Destinasinya satu. 

Bilik maklumat sekolah yang terletak di tingkat atas pejabat.

Di Seoul Paradise, bangunan kelas pelajar dan bangunan pentadbiran dipisahkan atas sebab tertentu. 

Dan untuk ke bangunan pentadbiran, dia perlu menyeberang jambatan bertutup yang terdapat hidden laser yang dipasang untuk memerangkap penceroboh. Apabila berlakunya sentuhan antara objek dan laser , siren kecemasan akan berbunyi dan kedua-dua auto sliding door di kedua-dua hujung jambatan akan tertutup. 

Maka, apabila itu terjadi, penceroboh tidak dapat melarikan diri dan angkat terperangkap di situ sehingga pagi pada jam 7.00 apabila segala pintu automatic akan dijadualkan buka pada jam tersebut.

Laser itu berwarna merah dan sangat nipis sehingga tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Untuk melihat garis-garis halus itu, seseorang memerlukan sesuatu objek dengan fungis spesifik yang direka khas untuk melihat garis-garis halus.

"Ah... Menyusahkan betullah..." rungut Hyun Seung. Dia menyeluk tangannya ke dalam poket dan mengeluarkan cermin mata hitam dan memakainya. Menerusi cermin mata itu, dia dapat melihat garis-garis merah sepanjang jambatan.

Hyun Seung sangat berhati-hati agar tidak terlanggar laser-laser itu semua. Berkat belajar seni akrobatik, dia dengan pantas dan tangkas menyeberang jambatan itu dengan aksi seperti akrobat dengan meliuk-lentukkan badannya dan membuat aksi flip dan split untuk mengelak badannya tersentuh laser yang sensitif itu.

Akhirnya dia berjaya menyeberangi jambatan itu. Suis laser pada tembok dimatikan.Dia memberi tunduk hormat dan melambai-lambaikan tangannya seolah-olah ada penonton halimunan yang menyaksikan persembahan hebatnya tadi.

Hyun Seung melirik jam tangannya.

9.30 pm

Fuh! Setelah menyedari bahawa dia cuma ada 45 minit sebelum filem Mission Impossible ditayangkan di television, Hyun Seung segera berlari ke arah bilik maklumat yang terletak di tingkat atas sekali iaitu tingkat 10. Termengah-mengah dibuatnya apabila perlu berlari dengan pantas with full speed ke tingkat atas sekali. 

Dia kini berada betul-betul di hadapan pintu bilik maklumat. Dia menjenguk ke kanan dan kiri koridor. Tiada sesiapa.

"Bagus!"

Hyun Seung P.O.V.

Perkara pertama yang perlu dibuat adalah mematikan CCTV. Ya. Aku teringat kata-kata salah seorang profesor di K.P.I. Sebagai langkah paling selamat untuk menceroboh sesebuah bangunan yang diawasi dengan CCTV, perkara penting yang perlu diselesaikan adalah sama ada mematikan CCTV atau dengan jalan senang, pecahkan saja CCTV tu.

T.T

Kedengaran tak selamat bukan? Tak selamat sekiranya kita tidak berhati-hati. Mataku melilau tercari-cari CCTV yang paling terdekat. Aku mendongakkan kepala. CCTV nya betul-betul di atas kepala aku saja rupanya.

Aku menyeluk beg galas ku dan mengeluarkan tukul kuku kambing. Disebabkan faktor malas mahu mematikan suis [sebab aku tak reti sebenarnya], lebih baik aku pecahkan sahaja CCTV itu bukan? 

Satu, dua, tiga

SMASH !

CCTV itu pun bersepai seperti puzzle. Hehe. Aku tersengih lebar. Ternyata, cara old fashion begini pun menjadi juga ya? *sengih sengih*

Aku cuba membuka pintu bilik maklumat beberapa kali. Disebabkan keadaan terlalu gelap, aku mengeluarkan torchlight dan menyuluh ke arah door knob itu. 

Aiseyh~ Memang padanlah aku cuba membuka pintu tidak berjaya tadi. Pintu ini dikunci dengan security lock yang memerlukan combination code atau ID Card untuk memasuki bilik. Ceh. Haram jadah. 

Hmm...Apa yang aku boleh buat ya? Beg galasku diseluk. Hehehe. Jumpa pun!

B.A.E. CARD
UNDER K.P.I. GROUNDS

In case you don't know what B.A.E. means, it actually stands for "Breaking An Entrance". Smart you should say~

Aku menggunakan kad itu untuk memecah masuk bilik maklumat. Di dalam bilik ini, terdapat pelbagai fail-fail dan maklumat-maklumat penting mengenai sekolah seperti semakan pendaftaran pelajar, senarai guru yang baru sahaja mendaftar mengikut rak-rak tertentu.

Mataku menjamu keseluruh ruang bilik yang gelap kerana tidak dipasang lampu. Hanya samar-samar sahaja cahaya bulan menembus masuk dari tingkap-tingkap yang tidak berlangsir. 

Terasa seperti mahu pengsan apabila melihat kira-kira 30 rak tersusun kemas. Setiap rak memegang maklumat yang berlainan. Bermaksud aku perlu check setiap rak untuk mendapatkan fail penting itu.

Satu per satu rak aku teliti labelnya. Sehinggalah aku berhenti pada rak ke-23.

- Pendaftaran Guru Baru -

Yes ! Jumpa juga akhirnya! Fail pertama aku teliti.

Aku membaca fail itu. Tarikh berdaftar juga aku tidak terlepas pandang. Senyuman kemenangan atau victory smile terukir pada bibir. Maklumat yang tercetak pada lembaran kertas itu aku analisis beberapa kali.

"Tarikh berdaftar adalah pada minggu lepas, pernah berkhidmat di Korean Private International (School)." I nod my head a few times.

Tidak syak lagi. Memang inilah professor nya.

~~~~~

Author P.O.V.

Dua hari selepas perjanjian dengan Ji Young. Sabtu. Jam 09.00 pagi di kawasan atas bukit berdekatan dengan taman perumahan Secret Garden.

Kelihatan Ji Yoon sedang meneropong sesuatu dari situ.

Ji Yoon P.O.V.

"Sudah jam 9.10 minit ni. Mustahil dia tidak ke mana-mana. Bukankah hari ini hari Ahad yang indah? Tak akanlah tidak keluar berjogging~" monolog ku seorang diri.

Pada ketika ini, aku sedang menghendap rumah professor misteri yang dihantar K.P.I. itu dari atas bukit. Sebaik sahaja mendapat maklumat penuh daripada Hyun Seung, aku tidak melengahkan masa dan terus mencatat dan menginterpret data yang aku dapati mengenai professor rahsia itu.

Ini termasuk alamat rumahnya, nombor telefon, kad pengenalan dan bermacam-macam lagi perkara penting. Semua dokumen-dokumen itu aku galas dalam beg. Aku juga telah fotokopi beberapa helai informasi mengenai professor itu dan telah pun disimpan di dalam fail di rumah.

Pada hari ini, aku mengenakan pakaian jean jacket berwarna hitam dipadankan dengan seluar jeans pendek berwarna kelabu dan dilengkapkan dengan sneakers. Sesuai dengan mood aku sekarang. Mood menyiasat.

Teropongku difokuskan pada sebuah rumah Semi Detached corner lot. Mengikut alamat yang tertera pada catatan, memang inilah rumahnya. Rumah professor itu terletak betul-betul di sebelah bukit di mana aku sedang berdiri sekarang. 

Seorang perempuan melangkah keluar dari rumah dan menyarungkan kasutnya. Cepat-cepat aku tekapkan teropong pada mata. Menerusi teropong, aku dapat melihat seorang wanita sedang memasuki perut kereta pada driver seat dan sedang memasang tali pinggang.

"Eh? Dia mahu ke mana tu? Aku kena ikut dia!" Aku membonceng motor Ducati ku yang berwarna hitam elegan dan menghidupkan enjin motor. Topi keledar disarungkan pada kepala dan aku segera memecutkan motor.

~~~

Aku rasa aku familiar dengan jalan ni. Tetapi entahlah. Aku hanya mengikut kereta professor dari belakang dengan menaiki motor ku yang baru sahaja Puan Kim belikan semalam. 

Dia risau sangat aku pulang lambut dari sekolah tempoh hari lalu membelikan aku sebuah motor Ducati. Ini semuanya salah 3 Budak Tak Guna itu. Okaylah. Kita lupakan kisah lama. Sekarang fokus pada jalan.

Topi keledar yang aku pakai ini sudah aku tinted sehitam-hitamnya supaya apabila aku mahu pergi ke mana-mana atau melarikan diri dari penjenayah, mereka tidak dapat mengenali wajah aku yang sudah lebam-lebam ni. *sila salahkan Woohyun, Myungsoo dan Sungjong*

Mercedes sports car itu berhenti di hadapan kedai runcitTo Anyone Shop. Aku memberhentikan motor pada belakang tiang lampu selang 3 kenderaan dari kereta professor "unknown" itu.

Aku menanggalkan topi keledar ku dan mengekori langkah professor secara senyap-senyap. Baru jalan beberapa tapak, aku terasa seperti aku terpijak sesuatu.

Tali kasut aku terbuka rupanya. Aku membongkokkan badan dan mengikat tali kasut ku. Kemudian aku berdiri semula dan tercari-cari kelibat professor. Aku memandang ke kanan, ke kiri, depan dan belakang.

Hilang. Wanita yang aku ekori itu tadi sudah hilang. Cis! Ini semua salah tali kasut ni. Grrr

Tetapi keretanya ada di sini. Ke mana pulalah dia pergi ni ya? Kepalaku yang tidak gatal menjadi gatal pula tiba-tiba. Sekiranya aku tak terlepas pandang tadi, mesti aku sudah catch-up dengan dia. Aduh~ Bala bala~

"Hmm... Perlukah aku berputus asa saja?" I shrugged. "Jika dia tiada hari ni, esok sajalah aku hendap dia lagi~" Idea yang bernas. "Tapi....Esok kan tarikh akhir cabaran Ji Young tu? Bagaimana ni ya~ Aduh." Aku mana boleh mengaku kalah lagi. 

Tak! Aku tak boleh mengaku kalah! Aku mesti jumpa dia hari ni juga!

Tiba-tiba mata ku dapat menangkap imej professor itu yang baru sahaja keluar dari kedai runcit To Anyone Shop.

Aku berlari ke arah motor dan menghidupkan enjin apabila kelibat professor dapat dikesan. Wanita itu memasuki perut kereta dan memakai tali pinggang. Aku menyarungkan topi keledar ku pada kepala dan mengekori kenderaan professor yang sudah pun bergerak keluar dari kawasan dengan menaiki motor Ducati kesayangan ku.

Kenderaan itu membelok ke arah kanan dan aku memecutkan motor ku agar tidak ketinggalan sama. Aku fokus ke arah kereta Mercedes yang semakin lama semakin laju.

Terang-terang professor cuba melarikan diri dari aku. "Oh... Nak lari ya..." Aku menekan pedal minyak dengan lebih kuat dan cuba bersaing dengan kenderaan professor. Dia cuba melarikan diri ! Kenderaan yang dipandunya semakin lama semakin laju.

Jika diikutkan undang-undang, memang kami berdua sepatutnya sudah kena saman kerana berlumba di jalanraya dan tidak mengikuti peraturan had laju. Tapi aku tak perlu risau kerana kawasan ini sunyi dan memang tiada polis pun!

Situasi menjadi genting. Motor yang aku pandu semakin tidak terkawal apabila sampai di kawasan bukit yang curam. Peluh dingin bermanik pada dahi. Kenderaan professor sudah beberapa meter ke hadapan berbanding aku.

Dalam situasi begini, aku sudah tidak lagi fikirkan nyawa dan semakin kuat menekan minyak. Akhirnya aku dapat mengawal motor dan tanpa berlengah lagi, aku memecut kenderaan professor dan kini professor sudah 10 meter ketinggalan di belakang.

Trurrrrrrrrrrr! Sretttttttttttt !

Motorku brake secara mengejut di hadapan kereta professor.

Kenderaannya seperti turut sama tersentap dan brake mengejut lalu kepalanya terhantuk pada steering wheel. Dari luar, aku seperti lihat dia menggumam sesuatu. Pasti dia menyumpah seranah aku.

Wanita itu naik berang lalu keluar dari kenderaannya. "Hey perempuan! Kau sudah gila ke ?? Hilang akal ke apa? Kau ingat aku tak perasan kau menghendap aku sedari tadi lagi? Kau road bully ke hah ?! Baik kau mengaku sekarang!" Nafasnya turun naik menahan amarah yang membuak-buak.

Aku masih tidak berganjak dari atas motor. Topi keledar ku ditanggalkan dengan penuh dramatik sekali. Rambutku dielus dengan jari-jemari ku beberapa kali seperti dalam iklan syampu. Aku menanggalkan cermin mata hitamku. Pada riak wajahnya, jelas profesor sedang naik angin dengan orang macam aku ni. *gelak jahat*

Kepalaku ditelengkan.

Wajahnya aku teliti dengan sekali imbas.


















"You are Professor Hyoyeon right?"

9 responses to Gun Fighter Part 6

  1. MILA says:

    Weh , aku nak tanya , hero dia hyunseung or sunggyu or sungyeol ? sebab dorang dah lama tak muncul .

  2. AmyZana says:

    hero dia dua orang. heroin sorang.

    kau pandai2lah fikir siape~ muahahaha
    *rahsia*rahsia*

  3. Alisa ♥ says:

    amy, sorry kacau. tapi pasal banner fanfic kau yg aku buat tu taktauah okay bagi kau ke tak. sebab yang WHEN YOUR ENEMY IS SMARTER THAN YOU tu takde. aku terlupa. tapi kau still nak tengok ke?

  4. AmyZana says:

    oh nevermin. aq nak tgk :-)

  5. Alisa ♥ says:

    http://4.bp.blogspot.com/-hDR9PGg9sTE/Ty-UY2Ek95I/AAAAAAAAAVg/HwrQlsiIeCg/s1600/gun-fighter.png
    aku rasa tak okay!

  6. MILA says:

    loooo , alisa nak tgk jugak . but , kenapa takboleh highlight ?

  7. AmyZana says:

    Blog ni aq disable highlight. Mianhae~ -_-

  8. Anis Zulhas says:

    haha , Hyoyeon rupenye~

  9. AmyZana says:

    terkejut tak ? :p