Gun Fighter Part 7



Author P.O.V.

Hari pertama persekolahan bersamaan hari pertama semua ejen akan bertemu dengan Professor Hyoyeon dan berbincang mengenai kes Cho Junho dengan lebih mendalam. 

Bertempat di makmal kimia Seoul Paradise Private High-school, 2 jam selepas tamat sesi persekolahan di mana semua pelajar-pelajar S.P. tiada seorang pun yang berlegar-legar di kawasan sekolah. Waktu ini, adalah waktu yang paling tepat untuk membuka kes.

Di makmal kimia, Professor Hyoyeon sedari tadi hanya menatap wajah kelima-lima ejen yang duduk di hadapannya. 

Ji Yoon langsung tidak berkelip memandang Prof Hyo. Sungyeol hanya menanti kata-kata yang akan meluncur keluar dari mulut prof manakala Ji Young pula seperti tidak sudi bertemu wajah dengan prof. Hyun Seung pula...dengan selamba mengunyah chewing gum Wrigley's perisa peppermint. IU hanya memandang ke bawah sambil kakinya menguis-nguis lantai entah apa yang dikuisnya.

Jam berdetik mengira waktu. Kira-kira 15 minit telah pun berlalu. Namun, tiada satu suara pun yang memecahkan kesunyian suasana. Masing-masing tidak berani bersuara. Prof Hyo pula menjeling seorang demi seorang di hadapannya. Meja empat segi panjang yang menempatkan enam orang manusia itu terasa dingin.

Ji Yoon P.O.V.

Apalah agaknya yang berlegar dalam fikiran prof? Aku rasa sudah terlalu lama kita berdiam diri tidak berucap walau sepatah pun. Masa semakin suntuk. Tetapi dibuang begitu saja.

Prof Hyo ni pula kenapa? Muka macam tension.. Aku fikir, dia mesti marah dengan kami semua. Yalah.. Sudah seminggu Prof Hyo di S.P. tetapi baru hari ini kita semua bertemu buat kali pertama. Tetapi tidakkah dia perlu bersyukur bahawa ada ejen cemerlang seperti aku ni sudah berjaya bersua muka dengannya? 

Entahlah. Prof hanya mengetuk-ngetuk pen pada meja seperti mengira detik.

"Kamu semua tahu mengapa saya diam?" tanya Prof Hyo. Mahu ikutkan hati, nak saja aku kata 'Manalah saya tahu, saya bukan psikik yang boleh membaca fikiran orang'. Hahaha! Tapi aku tak berani. "Kamu semua tahu mengapa saya marah?"

Kami semua menggelengkan kepala. "Mahu saya jelaskan sebab mengapa saya marah dan kecewa dengan kamu semua?" Nadanya tinggi ketika mengutarakan soalan. Kami berlima menganggukkan kepala. Mahu tidak mahu terpaksalah juga kan?

"PERTAMA, saya kecewa kerana awak telah mengecewakan saya."

Aku makin tak senang duduk.

"KEDUA-" She paused for a while. "saya telah salah menilai kredibiliti awak sebagai ejen-ejen cemerlang K.P.I." Kemudian dia sambung semula ayatnya. "Seminggu saya di sini, tetapi dalam seminggu itu tiada seorang pun yang mencari saya..."

TIPU ! Bukankah aku satu-satunya ejen yang mencari dia dengan bantuan Hyun Seung?

"Awak rasa seminggu itu terlalu singkat bagi awak? Atau awak rasa awak sebenarnya perlukan sebulan hanya untuk mencari saya?" tanya Prof Hyo lagi meninggikan suaranya sehingga bergema seluruh makmal.

"Awak!" Matanya memandang tajam ke arah Hyun Seung yang baru sahaja top-up gula-gula getahnya ke dalam mulut. "Buang chewing gum tu."

Hyun Seung meneguk air liur. Dia menunduk hormat. "Baik prof." Lelaki itu menghilangkan diri ke belakang makmal untuk ke tong sampah.

Ji Young P.O.V.

Ish. Malunya aku dengan Ji Yoon. Aku fikir dia tak akan serius dengan cabaran yang aku beri tetapi lain pula yang jadi. It didn't even hit my expectations. Sekarang dia sudah pun menjumpai Prof Hyo yang menggunakan nama 'Kim Hyuna' sebagai nama samaran. Prof pula seperti sedang naik angin. Memang baguslah.

*tepuk tangan tepuk tangan*

"Awak rasa awak semua masih layakkah untuk kes ini?" Soalan cepu emas daripada Prof Hyo sebaik sahaja Hyun Seung kembali dari belakang makmal dan mengambil tempat duduknya.

Tiada siapa yang bersuara. Jujurnya aku sebenarnya pun tidak tahu perlu berkata apa. Ya? Tidak? 50/50? 

"Saya ulang sekali lagi, awak rasa awak semua masih LAYAK ATAU TIDAK untuk kes ini?" Tension arise in the air. Aku meneguk air liur. Tekak terasa kering pula tiba-tiba.

"Ya." Kata satu suara. Semua mata menoleh ke arah suara tersebut.

"Ya. Kami semua masih layak untuk kes ini," kata Ji Yoon, bertentangan mata dengan prof.

"Are you sure?" tanya Prof Hyo meminta kepastian dari jawapan Ji Yoon itu tadi. 

"Yes. I am sure Prof Hyo. And why is that so? Kerana sekiranya betul kami semua tidak layak untuk kes ini, kami tidak akan berada di sini . Sekiranya betul kami semua tidak layak untuk berada di sini, Prof Hyo tidak akan berada di sini dengan kami semua. 

Sekiranya memang betul kami semua tidak layak berada di sini, bermaksud kes ini memang sudah lama digugurkan. Tetapi realitinya kami ada di sini. Di tempat ini. Hari ini. Pada waktu ini."

Kata-kata Ji Yoon yang membuatkan kami ternganga dan membuatkan Prof Hyo terkedu. 

Ji Yoon menyambung ayatnya, "Jadi Prof Hyo, sama ada Prof Hyo mahu memilih untuk kekal berwajah serius dan melambatkan kes dan menyebabkan perkara ini digugurkan dari K.P.I... ataupun Prof mahu terus straight to the point dan menjayakan misi dengan tidak membuang masa.”

Tiba-tiba Sungyeol oppa memberikan tepukan kepada kata-kata Ji Yoon tadi yang disambut dingin oleh kami semua. Boleh dia bertepuk tangan dalam situasi begini? Aku menepuk dahiku.  Sungyeol yang menyedari perlakuannya tidak membantu, segera menghentikan tepukannya dalam keadaan yang janggal.

Ji Yoon P.O.V.

"Fine. Sekurang-kurangnya ada yang mahu menjawab soalan saya. I respect that," kata Prof Hyo. 

"Okay sekarang, kita akan meneruskan perbincangan mengenai kes ini. Sila beri perhatian sepenuhnya. Saya tak mahu ada yang leka ketika saya sibuk memberi penjelasan. Lagi satu, sila cekap dan prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling kamu semua. Tolong jangan leka dan saya tak mahu lagi kelewatan seperti ini terjadi lagi."

Professor Hyoyeon menyerahkan beberapa fail kepada kami semua yang dari tadi dipegangnya kemas dalam tangan. Seorang satu mendapat fail yang sama. Fail berwarna hitam yang terdapat logo K.P.I pada hadapan fail.

Aku menyelak fail itu dan membaca data dan maklumat yang tertera. Isi kandungan fail ini adalah mengenai Cho Junho, penjenayah kes pencurian bersiri yang dikehendaki. Dilahirkan pada 27 hari bulan August pada tahun xxxx. Tahun xxxx?

"Prof.. Kenapa tahunnya tidak dituliskan pada data?" tanya ku musykil.

"Sebab sebenarnya adalah kerana kami sendiri tidak tahu bila tarikh lahir sebenarnya. Banyak lagi yang kami tidak tahu fasal Cho Junho ni. Data yang dikumpulkan juga terlalu sedikit." Prof menghalakan jari telunjuknya pada maklumat di atas fail bagi penglihatan kami semua. 

"Lihat pula yang ini, ketinggiannya kira-kira 175 cm sehingga 180 cm. Susah mahu menganggarkan ketinggian dia yang sebenarnya sebab dia cepat sangat ghaib."

Sungyeol mengangguk sambil meneliti maklumat pada fail di tangannya.
"Tertera di sini, dia pernah terlibat dengan kes pencurian besar-besaran di serata negara sebanyak 17 kali. Pasti dia sudah kaya sekarang ni." 

Ji Young menepuk Sungyeol pada bahunya. "Oppa oppa~ Cuba tengok maklumat ni. Tiada langsung catatan yang berkaitan dengan kes pembunuhan. Bermakna Cho Junho tidak pernah membunuh orang lah kan?"

"Dia bukannya tak pandai membunuh. Aku rasa dia cuma berhati-hati," kata Hyun Seung berkerut kening membaca. "Ji Young, nampak sangat kau ni kurang baca kan? I read somewhere. Aku tak ingat buku apa tetapi buku itu ada kata yang membunuh lebih banyak meninggalkan kesan dan klu daripada mencuri. 

Aku tak rasa Cho Junho ni tak reti membunuh..Tapi dia cuma mahu berhati-hati agar tidak memberikan klu lebih kepada polis."

Aku menyokong pendapat Hyun Seung. "Betul. Cuba baca di bawah ni. Cho Junho sering dilihat memegang pistol ketika melarikan diri ataupun mencuri tetapi dia tak pernah melepaskan tembakan pada sesiapa. Pelik kan?"

"A'ahlah unnie. Ini membuktikan yang dia ada memiliki pistol. Di sini juga dia kata, dia akan membawa pistol jenis yang sama setiap kali pergi mencuri." IU menambah maklumat sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Tapi...mengapa pistol yang sama sepanjang masa?"

"Hah! Aku tahu jawapannya!" Sungyeol memetik jarinya. "Ini adalah disebabkan faktor bahawa dia ni sebenarnya nak berjimat-cermat tau~! Yalah, sekarang ni, harga pistol sudah naik 20 peratus di pasaran~"

Hyun Seung menunjal dahi Sungyeol. "Pandai-pandai saja kau ni kan Sungyeol? Dari mana pulalah kau tahu yang harga pistol naik 20 peratus? Suratkhabar ada beritahu ke?" 

"Janganlah tunjal dahi aku!" bentak Sungyeol lalu menunjal dahi Hyun Seung pula.

Eh main-main pula mereka berdua ni! Ini adalah perkara serius! Nanti Prof Hyo naik angin lagi siaplah mereka berdua~ Aku hanya menggelengkan kepala mengenangkan telatah mereka yang seperti kanak-kanak itu dan terus menumpukan perhatian pada bahan bacaan.

Pada lembaran kertas itu terdapat foto seorang lelaki yang berpakaian hitam, bertopi yang menutup wajah dan bertubuh tidak terlalu kurus, tidak juga terlalu besar, sedang membawa lari sebuah beg dan pada tangannya tergenggam kemas sepucuk pistol. 

Every picture tells a story right? Jadi aku mengagak, dalam gambar ini, Cho Junho sedang melarikan diri dari tempat kejadian sebaik sahaja selesai merompak. Suasana gambar menunjukkan kejadian berlaku pada waktu malam.

"Prof, gambar yang ini diambil dari mana dan pada jam berapa?" tanya aku kepada Professor Hyoyeon.

Prof meneliti gambar itu. "Saya tidak pasti. Yang saya tahu, gambar ini diambil daripada CCTV sebuah muzium di Busan."

"Bagaimana pula pihak muzium tahu bahawa pencurinya adalah Cho Junho?" tanya Ji Young yang duduk di sebelah IU. Yalah, sekiranya dinilai dari akal yang lurus, lelaki berpakaian hitam itu can be anybody in this world. Lagipun wajah dia tidak kelihatan. Sesiapa sahaja boleh menjadi orang yang merompak muzium itu.  

Tidak semestinya Cho Junho.

"Dia ada tinggalkan nota setiap kali merompak. Motif yang tak jelas pada pandangan saya tetapi itulah yang dilakukannya. Setiap kali selesai mencuri, dia akan meninggalkan nota kecil pada pintu. Sesuatu seperti Sincerely me, Cho Junho menggunakan tulisan warna merah menggunakan font yang besar," jelas Prof Hyo. 

Ji Young mengangguk lalu bertanya, "Font yang besar? Printed text ke apa?"

"Yup. It is a printed text. Bukan handmade. I guess Cho Junho photocopied text yang sama kerana setiap kali ada kes kecurian dibawah dia, pasti akan ada kertas yang tertampal pada dinding pintu menggunakan font size yang sama, jenis font yang sama dan warna yang sama. Tak pernah berubah," ujar prof lagi. 

"Seriously?" tanya IU. "Mengapa macam tu?"

"You have to figure it out yourself," kata Professor Hyoyeon.

"Eh lambat pula lelaki yang seorang ni.. Dia kata akan sampai 1 minit lewat. Ini sudah setengah jam lewatnya!" keluh Sungyeol sambil mengerling jam tangannya. 

Aku bingung seketika. Lelaki? Siapa? Siapa pula yang akan datang? Bukankah sudah cukup 5 orang ejen?

"Kau bercakap fasal siapa Sungyeol?" tanya aku, berkerut memandang lelaki itu dengan tanda soal besar dalam kepala.

"Kau buat-buat tidak tahukah Ji Yoon? Classmate sendiri pun kau tak tahu ya?" Kata-kata Sungyeol menambahkan lagi tanda soal besar yang berlegar-legar dalam ruang fikiran. Sebaik sahaja Sungyeol berkata demikian, loceng makmal berbunyi menandakan ada seseorang di luar lab sedang menekan butang loceng.

"I'll get it!" laung ku lalu berjalan pantas ke arah pintu. Butang berwarna hitam di sebelah pintu ditekan dan pintu jenis auto-sliding door itupun terbuka secara automatik. Seorang lelaki berpakaian seperti pelajar S.P. berdiri tegak sambil menggalas beg sekolahnya di hadapan pintu.

"Kau???" I stared at him in horror.

"Hello." Itu sahaja yang lelaki itu kata. "Aku mahu masuk boleh?" tanya lelaki itu.

"Sorry pal. But you are not invited," kata aku sambil menyilangkan tangan. Pada mulanya dia seperti tidak faham dengan kata-kata aku tadi, kemudian dia tertawa kecil.

"So, I'm not invited ?" tanya lelaki itu sambil tersengih. Aku mengangguk. "Yes. You are not invited, so get lost."

"Aish kau ni. Tak usahlah kasar sangat dengan aku. Kita kan kawan ?" kata lelaki itu cuba mengambil hati ku.

"Kawan ? Sejak bila pula? Aku rehat dengan kau di kantin tempoh hari tidak bermakna kita sudah secara rasmi menjadi kawan. Get your facts right," sindir aku kepada lelaki itu.

"Ah ! Ke tepilah!" Dia tidak dapat tahan dengan kerenahku lalu menolak ku ke tepi dan melangkah masuk ke dalam makmal. Mulutku ternganga. Berani dia tolak aku? Lelaki ini memang perlu belajar subjek "BUDI BAHASA".

Aku merengus dan menghentakkan kaki. Mengapa dia sibuk-sibuk mahu ke makmal kimia ? Dia bukannya orang yang penting pun~ Paling utama, dia bukannya ejen. Sesuka hati saja merempuh orang tanpa permission.

 "Sunggyu my friend! Welcome to the club! Duduk sini meh ! Banyak perkara yang kau terlepas. Kau pergi mana tadi hah Agent 04 ? Kau cuba curi tulang eh?" Sungyeol menegur lelaki itu dengan penuh mesra. 

Friend ? Club ? Apa ni ! Aku tak faham apa yang Sungyeol kata tadi.

Setelah menyedari sesuatu, aku tersentap.

"AGENT 04?!"

~~~~~

Sunggyu P.O.V.

"Saya mahu kamu berenam mengumpul maklumat dengan lebih banyak mengenai Cho Junho. Faham? Untuk menjayakan misi, kita juga perlulah BE-KER-JA-SA-MA. Teamwork itu sangatlah penting. Saya tak mahu ada yang buat kerja secara individu. 

Sekiranya mahu membuat kerja secara individu, just drop from the case. We don't need any agents yang mengamalkan konsep individualism." Professor Hyoyeon memberi pesanan. Aku mencuri pandang ke arah Ji Yoon. Sepatutnya kata-kata itu tadi ditujukan kepada Ji Yoon. Suka sangat buat kerja tanpa melibatkan ejen yang lain.

Sungyeol mengangkat tangannya setinggi langit. "Prof prof! Jika begitu caranya, bagaimana kita mahu berjumpa selalu ? Di sekolah memang bahaya tetapi saya rasa berjumpa di luar pun bahayanya sama juga~"

"Berjumpa di sekolah boleh cuma tidak boleh selalulah. Saya cadangkan kita berjumpa di rumah saya setiap hari selepas sekolah. Bagaimana? Ada bantahan?" tanya Prof Hyo memandang setiap satu wajah anak buahnya. Kami semua menggeleng. "Bagus! Kita teruskan perbincangan kita."

Sungyeol mengangkat tangannya setinggi langit buat kali kedua. "Prof prof! Tapi mak angkat saya tidak benarkan saya keluar rumah setiap hari lah~ Dia risau sangat mengenai keselamatan saya. Lagipun saya inikan cuma agent back-up saja untuk kes ni. Boleh saya dikecualikan dari perjumpaan di rumah professor itu tak?" 

Sungyeol membuat muka comel sambil mengelipkan matanya meminta simpati.

Sebagai undercover agent, itu adalah syarat penting dalam K.P.I . Sepanjang misi, kita tidak boleh tinggal bersama-sama ibu dan bapa kandung kerana perbuatan itu mungkin akan mengundang bahaya. 

Disebabkan itu, sebelum memulakan misi, kami dianakangkatkan dan perlu tinggal berjauhan daripada keluarga. Aku juga tinggal dengan keluarga angkat. Mereka yang lain pun sama. Tetapi Ji Yoon dikecualikan daripada syarat kerana dia memang sudah mempunyai keluarga angkat.

Kadang-kadang aku rasa kesian dengan dia. Sungyeol kata, kedua-dua ibu bapanya sudah meninggal sewaktu dia primary school lagi. Adik dia pula meninggal sehari selepas ayahnya meninggal. Tetapi suprisingly, dia langsung tidak menunjukkan kesedihannya kepada sesiapa. 

Mungkin aku saja yang tidak perasan tetapi entahlah. Dia terlalu serius sepanjang masa. She really need to chill a bit~

"Macam-macamlah kamu ni Sungyeol. Saya pun mula-mula tidak tahu yang kamu ini agent back-up. Benarkah kamu ni agent K.P.I? Sudah hantar belum surat kepada syarikat? Jangan kamu mendakwa diri kamu sesuka hati pula~" pesan Prof Hyo kepada Sungyeol yang sekali lagi membuat muka owl face.

Sangat BURUK.

"Ya~ Betullah prof~ Saya sudah hantar surat saya kepada K.P.I~ Tetapi mereka saja yang belum balas. Syarikat busy sangat mungkin." Sungyeol menjungkitkan bahunya.

"Tak mengapalah. Saya pergi check okay? K.P.I memang macam tu. Mereka jarang layan surat-menyurat ni. Awak ni pula rajin sangat mahu terlibat sebagai agent back-up dalam kes pula kenapa? Tidak rasa menyusahkan ke?"

Kepalanya digelengkan. "Tak langsung. Saya rasa seronok! Rasa macam tak sabar mahu tembak orang!" Dia menjerit girang dengan senyuman lebar menampakkan sebaris giginya.

"Kau jangan tahu nak tembak orang je~ Kerja tetap kerja~ Kau pun kena bantu kami semua kumpulkan maklumat. Bukannya goyang kaki dalam misi...Lepas tu, tahunya mahu makan je bila lapar~" Ji Yoon memberi warning dan kami semua tergelak mendengar kata-kata Ji
Yoon.

Aku juga tergelak sama. Kemudian aku terfikir 'dia ni ada juga sense of humor.' Serius. Aku rasa pelik dengan perangai dia. Ekspresi sekiranya boleh mahu sentiasa kekal serius. Ada lagi perkara yang buat aku pelik.

Tak silap aku baru hari pertama hari itu dia kata dia tidak suka dengan lelaki popular, tetapi hari ini lain pula jadinya. Satu sekolah heboh mengenai Ji Yoon yang tiba-tiba sahaja mulai kelihatan berjalan bersama-sama dengan geng W.M.S [Woohyun, Myungsoo, Sungjong]

Tempoh hari dia sendiri kata dia tidak suka lelaki popular kerana mereka tak guna. Tetapi tiba-tiba saja mulai bersenggolan dengan W.M.S sehinggakan rehat pun dia dijemput duduk di meja V.I.P mereka. Sekali lagi waktu rehat tadi aku makan tanpa teman. 

Mahu harapkan Hyun Seung? Dia lebih suka bersendirian. IU pula? Dia kan perempuan. Lagipun aku tak selesa dengan dia. Sungyeol dan Ji Young pula sibuk bekerja di kiosk.

Aku juga terdengar cerita dari budak-budak sekolah bahawa Sungjong sanggup berhabis duit untuk Ji Yoon di salon. Masa pagi tadi dia melangkah ke dalam kelas, aku hampir tidak mengenali Ji Yoon kerana rambutnya sudah lain. Sebelum ini, rambut dia berwarna hitam panjang tetapi sekarang sudah pendek dan dicalit sedikit highlight berwarna coklat.

"Prof... Jujurlah saya cakap. Saya masih confuse dengan tujuan kita di sini. Mula-mulanya saya dapat maklumat yang kita perlu melindungi berlian pengetua sekolah ini yang bernama Son Suk Hee. Kemudian tiba-tiba kita kena menjejak Cho Junho pula. Mana satu yang
perlu kita lakukan dulu sebenarnya?" Ji Young meluahkan kekeliruannya kepada prof.

"Betul cakap Ji Young unnie prof," sampuk IU disebelah. "Lagipun hari itu, saya cuba bercakap dengan Sir Son Suk Hee tetapi dia seolah-olah tidak mengendahkan kehadiran saya di situ. Bukankah dia client kita ? Dia kan yang meminta K.P.I menyelesaikan kes dia? Tetapi mengapa dia seperti tidak tahu yang saya ni orang K.P.I?"

Prof Hyo menghadam kata-kata IU dalam otaknya. Kemudian prof bersuara, "That is K.P.I's policy actually."

Aku berkerut kening. "Policy? What policy? Kami tidak pernah diberitahu pun mengenai policy K.P.I ~"

"Itu memang salah satu policy K.P.I . Setelah client menurunkan tanda tangan pada kontrak, ejen akan serta-merta dihantar oleh KPI untuk menggalas tugasan ini tetapi client tidak akan sesekali dimaklumkan mengenai kehadiran ejen...and that's it. Client tidak boleh tahu apa-apa mengenai ejen. 

Nama pun agent rahsia kan? So, we must keep it as a secret," jelas Prof Hyo.

"Oh~ Macam itu rupa-rupanya." Aku mengangguk memahami. 

"Lagi satu Ji Young. Awak tanya apa sebenarnya tugasan kita sama ada mahu cari Cho Junho ataupun melindungi berlian pengetua kan? Kita perlu buat dua-dua sebenarnya." Tambah Prof Hyo sambil mencatat sesuatu pada kertas kosong.

"You mean..." Hyun Seung menggantungkan ayatnya. "kita cari Cho Junho and...cari berlian yang pengetua sorokkan itu? Tetapi kami semua manalah tahu dia sorokkan di mana~! It can be anywhere prof. I mean, anywhere around this school. Underground, basement..." Hyun Seung mengeluh.

Ji Yoon mencelah. "Itulah namanya cabaran, Hyun Seung. Everything in this world is challenge. Tiada benda yang senang. Everything comes with effort." 

"Betul kata Ji Yoon tu... Anggap sajalah ini cabaran untuk kita semua okay?" Prof Hyo tersenyum memandang kami semua. Aku pula tersenyum kelat. Melakukan dua perkara dalam masa yang sama? Bukanlah kerja yang senang.

"Baik kamu semua bersungguh-sungguh buat kerja ini. Jangan sampai jadi macam kes Potret Riana sudah~" kata Prof Hyo. Dengar seperti mahu menakutkan kami semua.

"Potret Riana ? Apa benda tu? Potret apa?" tanya Sungyeol menggaru-garu pipinya. Motif dia menggaru pipi? Entah. 

Hyun Seung membuka cerita mengenai kes Potret Riana yang menjadi kenangan dalam KPI. 

"Suatu masa dulu, sekumpulan ejen KPI dihantar untuk menyelesaikan kes pencurian potret di Russia. Nama pemilik potret itu namanya Riana. Pencuri itu pula ahli kongsi gelap Korea yang telah pun meninggalkan surat berbaur ugutan kepada Riana dengan mengatakan mereka akan mencuri potretnya yang bernilai lebih 500 ribu dollar pada bila-bila masa."

Hyun Seung memandang kami semua. Sengaja membuat kami tertanya-tanya. "Boleh kau sambung cerita kau cepat-cepat? Janganlah berhenti-berhenti. Aku mahu cepat balik rumah ni!" bentak Ji Yoon kepada Hyun Seung. Lelaki itu mengangkat tangannya menyerah. "Okay okay~ Mahu sambunglah ni. Nak selitkan unsur suspens pun tak boleh...."

Ceritanya yang tergantung tadi disambung. "Kemudian, ejen-ejen KPI yang dihantar bertugas ketika itu pula sepatutnya menjalankan tugas dengan baik tetapi mereka tidak cekap. 

Rancangannya adalah ejen perlu membawa lari potret itu dan disorokkan di tempat selamat tetapi dalam perjalanan, potret itu senyap-senyap dicuri oleh musuh kemudian apabila sampai di destinasi, potret itu sudah tiada. Disebabkan kes gagal, serta-merta semua ejen yang terlibat digugurkan dari kes. Lebih teruk lagi......


















mereka semua dibuang terus dari KPI."

7 responses to Gun Fighter Part 7

  1. Alisa ♥ says:

    ahaaa, hodohnya banner aku T^T

  2. AmyZana says:

    hohoho. tapi aku gune jgk~ sbb aq kan kene belajar menghargai kerje org :D

  3. MILA says:

    Haha , lawaklah sungyeol :P

  4. Alisa ♥ says:

    jkjk, kau ni apelah. tak perlu nak hargai hasil kerja aku yang uglyyyyyyy ;3

  5. Anis Zulhas says:

    woah ! fanfic ni memang banyak unsur saspen kan pada hujung cerita ? good ! keep it up!

  6. AmyZana says:

    hehe ! k ! n thanks bce ! byk benor kamoo komen ! thanks again! ^^