Gun Fighter Part 8


Author P.O.V.

Jam 8.30 malam di rumah agam empat tingkat milik Puan Kim sekeluarga.

Jeon Ji Yoon di biliknya sedang melakukan aktiviti 'gun-polishing' beberapa pucuk pistol di atas meja belajar selepas selesai menelaah buku-buku pelajaran.

Ji Yoon P.O.V.

Pistol jenis revolver itu dikilatkan dengan bantuan sehelai kain dan gun polisher dengan penuh cermat. Revolver kecil itu dikilatkan pada setiap bahagian hingga tiada satu spot pun yang tidak digilap. Setelah selesai menggilap, aku meniup pistol itu pada muncungnya kemudian membuka laci meja. Berderet pistol berlainan jenis tersusun kemas dalam laci. 

Aku mengeluarkan sepucuk pistol dari laci. Pistol itu diteliti dari setiap angle.

Daewoo K5. My favourite gun. Manufactured in Korea. Yeah~ Aku lebih suka menggunakan pistol local daripada pistol buatan luar negara. 

Tanganku mula bekerja mengilatkan pistol. Dalam banyak-banyak pistol, ini adalah favourite aku. Sebab ? Entahlah. Mungkin kerana pistol ini dibuat di Korea? 

Pernah sekali senior di K.P.I. tegur aku kenapa suka sangat guna pistol local. Aku pula buat tak tahu saja~ Apa bezanya sekiranya menggunakan barang-barang local dan barang-barang buatan luar negara ? Fungsinya masih sama bukan? Pistol local tak pistol local, janji boleh melepaskan peluru.

So bottom line, ADA AKU KISAH?

Tanganku berhenti bekerja apabila telingaku menangkap suara Puan Kim dari tingkat bawah. "Ji Yoon-nie~~~! Jeon Ji Yoon-nie~~~! Turun bawah ~~~! It's almost dinner ~~! Hari ni kita makan pizza~~!"

"Yaeee ahjummaaa~~~!" jeritku kuat membalas laungan Puan Kim. Bilik aku lokasinya di tingkat tiga dan ahjumma pula berada di tingkat bawah. Memang sayup-sayup sahaja kedengarannya jika ada sesiapa yang menjerit sekalipun~




Teringatkan hidangan pizza, aku lekas mengemas peralatanku di atas meja belajar. Gun polisher disimpan di rak dan pistol ku disimpan semula di dalam laci. Fail-fail kes disusun di rak buku.

Sesampai sahaja di tingkat bawah, seluruh keluarga ku sudah tiada kecuali kakak angkatku yang setia menungguku di ruang tamu besar saiz raja dihias dengan perabot-perabot antik. "Mana semua orang?" tanyaku. Aku memandang perempuan yang beberapa tahun lebih tua dariku yang duduk bersantai di atas sofa empuk mahal.

Kakakku yang bernama Kim Taehee membalas kata, "Semua sudah bergerak ke bilik tayangan. Hari ini kita tengok cerita Shrek! Hah! Tadi omma ada buat pizza delivery, tetapi pizza nya belum sampai lagi. Nanti kalau sudah sampai, bawa ke bilik tayangan tau!"

Bawa semuanya ke bilik tayangan? Kalau dekat tak apa juga, ini, sudahlah terletak 100 meter dari kedudukan ruang tamu. Aku mengangguk. "Hmm... Yalah.. Nanti Ji Yoon bawa pizza-pizza nya semua ke bilik tayangan."

Bilik tayangan itu besarnya seperti panggung wayang di kompleks membeli-belah dengan lebih 30 tempat duduk. Biasanya setiap Isnin malam, kami sekeluarga akan mengadakan Monday Night Movie. Biasanya sekiranya ada apa-apa event penting sahaja Puan Kim akan menggunakan bilik tayangan ni. Contohnya hari ni.

"Ada 6 kotak kesemuanya.. Pandai-pandailah adik handle okay~ Hehehe. Unnie bukannya tak mahu tolong tapi unnie mahu tengok starting cerita Shrek ni! Okay? Angkat semuanya tau!" pesan Kim Taehee unnie lagi. "Byeeeeee !" Dia melambaikan tangan lalu bergegas ke bilik tayangan dengan pakaian baju tidur labuh bersarungkan selipar comel arnab.

Aku mengeluh dalam diam.

Nasib anak angkat~ T.T

Kim Taehee unnie tidak jahat sebenarnya tetapi entah kenapa dia suka sangat tengok cerita Shrek. Bukannya menarik pun tengok orang hijau bercuping telinga seperti krayon tu~ Bermandi lumpur pula~ Geli aku.

Loceng rumah berbunyi beberapa kali. Aku tersedar daripada lamunan. Aku agak-agak, pasti ini pesanan pizza tu. 

Aku berjalan lemah ke arah pintu gerbang besar dan menekapkan mata pada lubang kecil pada pintu untuk melihat gerangan orang di luar. Lelaki berpakaian seperti delivery guy dengan bertopi sambil mengimbang enam kotak pizza di atas tangan.

Aku membuka pintu.

"Ini rumah keluarga Kim bukan?" tanya lelaki bertopi itu. Aku tidak nampak pula wajahnya kerana terlindung di sebalik timbunan kotak pizza pada tangan.

"A'ah. Berapa ni semua brader?" tanya ku, menyambut enam kotak pizza pada tangan lelaki itu.

"Semuanya 206.50$. Harga barang-barang dapur sudah naik jadi harga pizza juga dinaikkan. Itu juga dicampurkan dengan tax," jelas lelaki itu dengan selamba.

Kepala lutut dia~ Ini namanya mencekik darah~ Mentang-mentanglah pesanan datang dari rumah orang kaya~ Jangan-jangan dia yang sengaja menaikkan harga tak? *sangsi sangsi*

Pizza bertimbun itu diletakkan sebentar di atas meja kecil sebelah pintu. Aku mengeluarkan dompet dari dalam kocek dan mengeluarkan beberapa helai wang nota. "Nah ambil duit! Cekik darah betul kau ni!" bentak ku pada lelaki itu. Biar dia sedar sikit.

"Amboi...Garangnya..." lelaki itu tunduk mengira duit pada tangan. Kemudian dia mengangkatkan kepalanya. "Terima kasih ya~" senyum lelaki itu.

"Eh..." Aku merenung wajah-wajahnya dalam-dalam. Macam aku kenal. Tiba-tiba satu nama terbit dalam minda.

"Sunggyu?!"

Lelaki itu terpinga-pinga kemudian

"Ji Ji ?"

~~~

Author P.O.V.

Jam 9.00 malam. Bertempatkan di taman bunga di laman rumah agam Puan Kim. Ji Yoon dan Sunggyu menikmati keindahan suasana malam yang menenangkan bersaksikan bulan dan bintang.

Sunggyu P.O.V

"Jadi, sudah seminggu kau bekerja di kedai pizza tu? Apa faedahnya pun?" tanya Ji Yoon sambil membuai-buai buaiannya ke hadapan dan ke belakang dengan perlahan.

"Sebenarnya saja mahu cari duit lebih sebab aku boring. Alang-alang sudah kerja sebagai delivery guy ni, aku cubalah korek-korek sikit maklumat fasal Cho Junho. Manalah tahu tiba-tiba Cho Junho yang buat pesanan pizza ke kan?" Aku juga membuai-buaikan diri di atas buaian itu mengikut rentak Ji Yoon.

"Hah! Pandai kau bersandiwara.. Sebenarnya kau mahu mengurat awek-awek cun kan? Macamlah aku tak tahu." Ji Yoon serkap jarang. 

Aku pantas menggeleng. Menidakkan kata-katanya. "Eh mana ada ! Aku ikhlas buat kerja pun! Tak ada masa aku mahu mengurat awek-awek cun okay~ Mereka semua bukan type aku..." Aku menjelirkan lidah.

"Habis tu type kau yang macam mana?" tanya Ji Yoon sambil kakinya menguis-nguis tanah. Aku berhenti sejenak dan berfikir.

"Entah." Aku menjungkitkan bahu. "Aku ni kompleks sikit orangnya. Aku tak tahu perempuan jenis macam mana yang aku mahu sebab macam tiada yang layak~" Selamba sahaja aku berkata. Tetapi itulah faktanya. Kebanyakan perempuan yang aku jumpa... eee. Geli aku melihat mereka. Tergedik sana, tergedik sini. Kemudian suka control comel.

                          RE-JEC-TED

"Kau kata tadi kau cuma cari maklumat fasal Cho Junho kan? Kau dah dapat ke maklumatnya? Berjaya?" tanya Ji Yoon lagi.

Aku menggeleng. "Tak. Aku rasa, Cho Junho ni tak suka makan pizza mungkin. Ataupun dia guna nama lain. Aku tak tahulah."

"Ataupun Cho Junho ni sebenarnya tak wujud pun," ujar Ji Yoon. 

Aku berhenti berbuai dan memandangnya. "Tak wujud?"

Ji Yoon menjungkit bahu. "Entah. Aku agak-agak saja."

Ek eleh. Aku fikir dia serius tadi.

"Aku rasa kita ada masalah besarlah sekarang ni. Kita kena cari setiap orang yang lahir pada 27 August dan berketinggian 175cm hingga 180 cm di sekolah. Pelajar lelaki memang berlambak yang tinggi-tinggi. Mustahil kita mahu cari siasat satu per satu." Aku menyuarakan kegusaranku.

"Hey hey~" Ji Yoon mengangkat tangannya gaya polis trafik. "Kau sudah lupakah? Kita kan ada Hyun Seung~ Hehehe. Aku rasa aku tahu apa yang aku akan suruh dia buat nanti." Ji Yoon menjungkit-jungkitkan keningnya.

"Apa dia?" tanya aku, musykil. Apa lagilah idea Ji Yoon ni. Macam-macam betul.

"Adalah. Kita akan tahu esok." Ji Yoon mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek dan menaip sesuatu. Aku hanya melihat di sebelah. Kemudian dia menekan butang Send.

"Bingo! Masalah selesai~~~ Sekarang ni, kita cuma perlu tunggu jawapan balas Hyun Seung sahaja esok hari." Perempuan itu tersenyum bangga sambil mengangguk-anggukkan kepalanya mengakui kebijaksanaan diri.

"Apa yang kau hantar ? Kau suruh dia buat apa?" Tak sabar-sabar aku dibuatnya. 

"Kan aku sudah kata! Tunggu esoklah!" Ji Yoon membentak marah.

"Yalah yalah. Aku tunggu esok." Cepat-cepat aku mengaku kalah tidak mahu membangkitkan amarahnya. "Apa kata, mulai hari ini, kita panggil nama Cho Junho dengan secret code? Senanglah sikit supaya tidak terlepas cakap..." Aku mencadangkan idea yang pada pendapatku, sangat bernas.

"Code rahsia?"

Aku mengangguk. "Kita panggil dengan nama....." aku terfikir-fikir ayat yang sesuai. "CJ7?"

"CJ7 ?? Binatang kecil warna hijau itu kah? Mengapalah orang sekeliling aku ni suka sangat dengan benda-benda berwarna hijau~" Ji Yoon menggeleng kepala.

"Well... Lebih kuranglah... C.J.7 - "C" dan "J" membawa maksud Cho Junho dan nombor 7 pula aku ambil sempena umur aku yang sudah genap 17 tahun," jelas ku mengenai maksud sebenar kod itu.

"Umur kau 17? Tak percayalah~ Perangai kau macam budak middle school." Jujur sungguh kata-kata Ji Yoon. 

"Cakap baik-baik sikit ya... Umur aku memang 17 tau! Kau pula?"

"Umur aku 16," kata Ji Yoon.

Oh~~ Dia setahun lagi muda daripada aku tetapi sesuka hati saja tidak memanggil gelaran hormat. Sepatutnya dia memanggil aku dengan gelaran hyungnim ke... sunbaenim ke...oppa ke...

"Baru 16 rupanya. Sekarang ini kau dah tahu umur sebenar aku kan? Ternyata aku lebih senior daripada kau. Sepatutnya kau panggil aku dengan gelarang oppa!" 

Ji Yoon seperti tersedak mendengar kata-kata ku. "Hah? Apa? Oppa?" Aku mengangguk dan membuat muka garang.

"Sekarang," kata ku. "kau kena berlatih panggil aku oppa. Cepat!"

"Su..Sunggyu..." Tersekat-sekat suara Ji Yoon. "Sunggyu.. Op..pa.. Sunggyu oppa. Eee. Tak naklah! Tak sesuai ! Aku rasa tak selesa dan gelaran tu langsung tak kena dengan aku." Ji Yoon buat-buat muntah.

"Fine. Panggil sajalah aku hyungnim." Aku mengeluh kecewa a.k.a. buat-buat kecewa.

Ji Yoon tersentap. "Hyungnim?"

"Yalah... Habis tu? Kau mahu panggil aku dengan gelaran "appa" ke?" seloroh ku. Ji Yoon menggeleng. "Cepat! Berlatih panggil nama aku!"

"Urm..hish. Yalah~~" Dia berdehem beberapa kali. "Hyung...nim. Sunggyu...Sunggyu hyungnim." Rona-rona merah terbit pada pipinya yang gebu. "Hyung..hyungnim."

Aku tersenyum lembut. "Kan sedap bunyinya tu..."

Lalu ku menyambung kata, 

"Kau juga kena panggil Sungyeol dan Hyun Seung dengan gelaran hyungnim kerana mereka juga berumur 17 tahun. Ji Young kau boleh panggil dia dengan gelaran ikut suka hati kau sebab dia sama umur dengan kau. IU pula, kau panggil dia adik cukuplah~ Lagipun dia baru saja 15 tahun." Aku menyenaraikan satu per satu umur ahli-ahli lain supaya Ji Yoon lebih jelas. 

Lagi pun perempuan ni suka sangat ber"kau-aku" dengan orang yang lebih tua seperti Hyun Seung dan Sungyeol. Pelik pula aku dengar T.T

"Yalah yalah~ Lain kali aku bertemu dengan mereka berdua, aku panggil dengan gelaran hormat." Kedengarannya seperti terpaksa.

"Lebih baik kau panggil mereka hyungnim. Kalau tidak...." aku mengugut Ji Yoon. "Aku panggil kau yeobo." 

Penumbuk kecil hinggap pada bahuku.

Author P.O.V.

Waktu rehat. Kantin sekolah S.P.

Ji Yoon P.O.V.

Aku melangkah mendekati meja VIP W.M.S. lalu tanpa perasaan segan silu mahupun menghiraukan pandangan-pandangan liar kebanyakan pelajar S.P. yang memandang dengan penuh syak wasangka, aku melabuhkan punggung ku. 

"Hello worthless!" Kata-kata aluan daripada Sungjong yang agak menyakitkan hati. Sungjong duduk menyilang kaki sambil menyuap yogurt vanilla ke dalam mulut. 

"Hello gay !" lambai ku kepadanya sambil tersenyum sumbing. 

"Nah." Myungsoo menolak mangkuk kecil berisi ais krim banana split ke arah aku yang sedang sibuk menjamah french fries yang dilumur sos. "Kau yang minta aku order untuk kau semalam kan?"

Aku mengangguk sambil tersenyum sinis. "Nasib baik kau ingat untuk pesan ais krim kegemaran aku ni sebelum aku tiba di sini. Hah! Kau tu tak makan ke?" tanya aku, cuba berkomunikasi dengan lelaki itu.

Sungjong saja yang sibuk meratah roasted chicken dan yogurt vanilla di sebelahnya. Tetapi Myungsoo dan Woohyun tidak makan apa-apa sebaliknya hanya memerhati tingkah laku ku.

"Aku tak selesa mahu makan sekiranya ada tetamu yang tidak diundang di meja VIP ni." kata Myungsoo. Akulah tetamu tu! Hahaha!

"Oh ya? Hah, lihat sajalah aku makan sekiranya begitu!" kata aku lagi lalu menyuapkan sesudu ais krim ke dalam mulut. Yum yum !

Antara mereka bertiga, Sungjong sajalah yang seperti sudah menerima aku sebagai "ahli keempat" mereka secara tidak rasmi. Lagi dua ekor ni, seperti tidak sudah-sudah mahu marah aku.

"Noona ! Nganga sikit ! Sungjong nak noona rasa ayam nih!" Sungjong sudah bersedia dengan garfunya untuk menyuapkan aku secebis ayam yang dihirisnya. Aku menganga mulut membenarkan garfu itu lalu ke dalam mulut. "Sedapnya ayam ni!" kata aku. "Thanks gay!"

"Welcome worthless!" Sungjong menjawab dengan girang.

"Hyung berdua tak mahu makan kah? Tak lapar? Atau hyung mahu Sungjong suapkan juga?" tanya Sungjong mengacah Myungsoo dan Woohyun di sebelahnya.

Woohyun hanya menggeleng. "Tak perlu. Hyung tak selera." Matanya masih ralit mengimbas wajahku dengan penuh aura marah. Tapi aku terlalu lapar ketika ini jadi aku tidak hiraukan pun.

Mahu makan, makan sajalah. Tak mahu makan, sudah !

"Sungjong ! Kau mahu french fries ni tak? Aku suapkan kau yeah?" pinta ku. Sungjong menganga mulut dan aku menyuapkan french fries ke dalam mulutnya. "Kamu berdua ni pun satu. Tak payah ego sangat mentang-mentanglah aku datang bertandang di sini. Sekiranya sudah lapar, pergi sajalah panggil waitress tu, order makanan."

Sekejam aku ni pun, aku masih seseorang perempuan yang sensitif. Mustahil hanya sebab aku duduk di meja itu mereka tidak mahu makan? Sungjong okay saja. Terasa betul aku. T.T

Tiba-tiba seseorang lelaki menepuk bahuku dari belakang yang membuatkan aku terkejut dan tercampak french fries ku ke muka Woohyun.

"Ji Ji ! Dekat sini kau rupa-rupanya ! Puas aku cari kau ke sana ke mari! Aku fikir kau tak datang ke kantin." Dengan selamba Sunggyu mengambil tempat duduk di sebelah ku. “Nah ! Ini pudding untuk kau~!”

Sunggyu menyerahkan semangkuk pudding caramel besar kepada aku. Wah ! Banyaknya makanan percuma aku dapat hari ni. ^^

Woohyun dan Myungsoo sudah semakin menyinga. Seperti ada asap halimunan keluar dari telinga mereka. Lagi-lagi Woohyun dengan mukanya yang sudah tercalit sos sana sini. Dia mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap bersih wajah "macho" nya itu. *sila muntah*

"Kau ni pula siapa??" tanya Myungsoo. Naik angin.

"Nama aku Sunggyu. Aku kawan Ji Ji. Teman rapat Ji Ji boleh duduk di meja VIP ni kan? Lagi pun, inikan meja khas untuk Very Idiot People kan?" Kata-kata Sunggyu seperti satu soalan yang menyimbah minyak petrol pada api yang marak menyala.

"Hello Suck-you!" Kata-kata aluan Sungjong buat Sunggyu.

"Eh junior ! Kau cakap baik-baik sikit. Nama aku Sunggyu!" bentak Sunggyu dengan nada marah yang dikawal.

"Whatever Suck-you." Sungjong tidak mengendahkan kata-kata Sunggyu lalu menyambung aktiviti makannya yang tergendala sebentar.

"Ji Ji ! Apa yang kau suruh Hyun Seung buat semalam? Kau cakap mahu beritahu aku kan?" Sunggyu menggesaku untuk memberitahu perkara yang memang sepatutnya aku beritahu dia hari ini.

Aku berbisik pada telinganya. "Aku suruh dia pecah masuk sistem sekolah untuk cari maklumat sikit." 

Sunggyu ternganga besar. "Wah ! Jinjja? Daebak daebak! Berilah sini maklumatnya~"

"Sabar-sabarlah sikit SUNG-GYU HYUNG-NIM." Aku mengeluarkan sehelai kertas dari poket baju dan menyerahkannya kepada Sunggyu yang sudah tidak sabar-sabar lagi. Sunggyu menyambut kertas itu dengan cermat dari tangan ku dan melipatnya buka.

Kertas itu sudah terkandung senarai pelajar-pelajar Seoul Paradise yang lahir pada 27 August dan berketinggian sekitar 175cm hingga 180cm. "Wah~ Ada 18 orang yang lahir pada tarikh 27 August. Jika kita semua ada enam orang, maksudnya seorang nisbah tiga lah kan?"

Aku mengangguk lalu berkata "Aku target benda ni selesai dalam 2 hari kerana kita tidak cukup masa. Sudah banyak masa dibazirkan minggu lepas. Aku start track-down mereka hari ini. Yang lain sudah awal-awal mula menjalankan misi. Kecuali Sungyeol. Sebab mak angkat dia tak benarkan dia buat kerja lebih waktu." 

Tiba-tiba kertas pada tangan Sunggyu itu dirampas oleh Sungjong. "Apa benda ni noona?" Dia mencerunkan matanya membaca. "Senarai pelajar 27 August untuk kes Cho Junho. Eh ! Macam tajuk pembentangan kelas komputer saja. Mahu turut serta boleh noona?"

Belum sempat Sunggyu mengambil semula kertas itu, Woohyun terlebih dahulu merampasnya. "Apa benda ni?" Woohyun membaca tulisan pada kertas itu. "Ini senarai pelajar-pelajar sekolah yang lahir pada 27 August nih. Nama aku pun ada ni. Kau mahu buat apa dengan nama-nama ni semua?"

Aku merampas kertas itu dari tangan Woohyun. "None of your bussiness." Lalu menyerahnya kepada Sunggyu.

"Aku sudah serahkan salinan ni kepada Professor Hyoyeon - eh - maksud aku..." Aku berdehem. "Aku sudah serahkan salinan ni kepada Cikgu Kim Hyuna. Hyungnim pandai-pandailah minta dari dia nanti."

Author P.O.V

Ji Young dari tadi lagi mengekori seorang lelaki bernama Gong Chan Shik. Dilahirkan pada 27 August dan berumur 17 tahun. Pelajar kelas 3-4 di sekolah. Berketinggian 177cm dan telah disenaraihitamkan sebagai suspek kes. Sejak loceng tamat sesi persekolahan tadi Ji Young sudah mengekorinya.

Awal-awal lagi Ji Young sudah menjalankan aktiviti track-down mission ini dan terpaksa memonteng beberapa jam sesi pembelajaran untuk menghendap dua orang pelajar yang telah diamanahkan untuknya. Seorang bernama Choi Minho dan seorang lagi bernama Yoon Doo Joon.

Tiada apa-apa perkara yang aneh pun sepanjang "sesi penghendapan". Mereka berdua kelihatan biasa-biasa saja. Tidak seperti seorang penjenayah, tidak pula berdamping dengan mana-mana pihak yang menimbulkan kemusykilan. 

Tidak mengapa. Ji Young akan meneruskan penyiasatannya lagi mengenai dua orang lelaki itu sehingga puas hati dengan hasil.

Kini, dia perlu menghendap lelaki ketiga pula yang bernama Gong Chan Shik. Rupanya biasa-biasa saja. Tidak kelihatan seperti seorang penjenayah. Tetapi kalut sepanjang masa, membuatkan Ji Young tertarik mahu tahu.

Dari sekolah, lelaki itu keluar dari pagar dan berjalan bersama-sama rakan-rakannya di celah-celah pelajar Seoul Paradise. Kemudian, semakin menjauh dari sekolah, rakan-rakannya mula berpecah mengikut jalan masing-masing. Tinggal Gong Chan Shik berjalan sendirian.

Ji Young tidak berhenti mengekori lelaki itu sehingga di situ sahaja. Gong Chan mengambil jalan ke sebelah kanan, jalan sunyi di mana Ji Yoon pernah jejak. Lelaki itu berhenti sejenak. Koceknya diseluk dan dia mengeluarkan sehelai kertas yang berlipat. 

Ji Young yang menyorok di sebalik sebatang pokok yang berdekatan mengeluarkan sepasang binocular dan menekapnya pada mata. Ji Young cuba-cuba membaca isi kandung surat itu menggunakan teropongnya tetapi tidak berjaya kerana kedudukan mereka berdua agak jauh.

Gong Chan meneruskan perjalannya setelah membaca isi kandung surat itu. Dia memegang surat misteri itu di tangan dan seperti tercari-cari papan tanda di kawasan sunyi tersebut. Kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan. 

Gong Chan berhenti berjalan apabila dua orang lelaki menghalang perjalannya. Dua orang lelaki tersebut memakai topi yag menutup separuh wajah mereka membuatkan Ji Young sukar untuk mengenali identiti mereka. Berdasarkan seragam sekolah yang dipakai, Ji Young tahu bahawa mereka berdua pelajar S.P .

Seorang lelaki yang berambut perang berketinggian sekitar 175 cm menyerahkan fail berwarna hitam kepada Gong Chan. Ji Young meneropong mereka dari jauh di sebalik tembok.

Fail tu ada logo KPI! bisik hatinya. 

Lagi seorang lelaki yang berketinggian sederhana tinggi dan berambut hitam, menolak Gong Chan pada bahu dengan keras membuatkan dia terjatuh ke atas tanah. Lelaki berambut perang itu pula mencampakkan fail itu pada wajah Gong Chan. Mereka seperti membuli Gong Chan secara fizikal.

Sebuah limousine berwarna hitam tiba di jalan itu. Lelaki berambut hitam itu seperti mengarahkan Gong Chan untuk menaiki limousine itu tetapi Gong Chan menggeleng laju.

Terbit rasa syak wasangkan dalam hati Ji Young, "Sekiranya lelaki ini Cho Junho, mengapa pula dia seperti dipaksa dan dikerah menjadi kuli? Bukankah dia mastermind segalanya?" Ji Young tidak puas hati.

Lelaki berambut perang itu bertindak agresif dengan menarik kolar baju Gong Chan dan menghumbannya ke dalam kereta. 

Ji Young P.O.V

Aku berlari keluar dari tempat persembunyian dan berlari pecut ke arah tempat kejadian.

Mereka berdua [lelaki berambut perang dan berambut hitam yang bertopi itu] menyedari aku sedang berlari pantas ke arah ku segera masuk ke dalam perut kereta. Tak guna ! Aku perlu berlari dengan lebih pantas agar tidak ketinggalan.

Pemandu limousine itu memecut kenderaan ketika aku sudah beberapa meter lebih dekat dengan mereka. Kenderaan dibawa dengan laju, begitu juga dengan larianku yang digandakan kelajuannya untuk bersaing dengan kenderaan itu tetapi semakin banyak aku lari, semakin terasa seperti tulang kaki aku mahu tercabut dan tertanggal-tanggal.

Sementara aku tidak kehabisan tenaga, aku cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbitku dan mengambil beberapa keping gambar kereta itu sambil berlari. Tidak terlepas adalah nombor pendaftaran kereta yang sempat aku hafal.

Cermin kereta diturunkan dan lelaki berambut perang itu menghalakan pistol nya ke arah aku.

TAM ! TAM ! TAM !

Tembakan dilepaskan dan aku sempat mengelak dengan berlari zig zag ke kiri dan ke kanan. Lelaki itu berhenti melepaskan tembakan dan mengisyaratkan dengan tangan supaya pemandu kereta menggandakan lagi kelajuan kereta. Kenderaan itu pun memecut dengan lebih laju. 

Aku berusaha untuk berlari dengan lebih laju. Tetapi semakin lama, kaki ku semakin lemah. Rentak larian ku menjadi semakin perlahan dan akhirnya aku berhenti di tengah-tengah jalan yang sunyi. Aku memegang lututku yang sakit dengan kedua-dua belah tangan. Tercungap-cungap menyedut udara.















Dan akhirnya aku jatuh rebah menyembah tanah.

10 responses to Gun Fighter Part 8

  1. Aida Farzana says:

    sambung2..

    http://fidenaznana.blogspot.com :D

  2. AmyZana says:

    wah ! thanx a lot sbb comment kayy? nnti lps exam sye singgah blog ya. promise :]

  3. Dina Irdhina says:

    updatelah lagi unnie

  4. AmyZana says:

    hohoho. on the way lorh ;D

  5. MILA says:

    Sorry, lambat drop komen. Gongchan kan lahir 14 ogos, or kau just tukar untuk watak ni?

  6. AmyZana says:

    saje jyeah tukar utk crite nih ^^

  7. AmyZana says:

    hehe terima kasih kerana sudi baca ^_^