Gun Fighter Part 10


Author P.O.V

Keesokan hari. Seperti yang dijanjikan, "fake blind date" yang dirancang berlangsung di sebuah kedai ais krim bernama Ice Cream Freeze di uptown Seoul. IU sudah sampai dalam lebih kurang jam 3.15 petang di kedai itu, di mana dia akan [buat pertama kalinya] mengharungi "fake blind date" seperti yang diarahkan Prof Hyo. Meskipun IU terasa kekok untuk menemui suspek iaitu Gong Chan, dia berusaha menghilangkan rasa gemuruh dengan menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya beberapa kali.

Ais krim sundae cup di atas meja tidak disentuh langsung. Dia mahu menunggu kehadiran Gong Chan. IU mengeluarkan sebingkai cermin kecil dalam tas tangan dan membetul-betulkan solekan maskaranya yang agak memeh pada bahagian mata. Rambutnya dikemaskan dan gincu disapukan pada bibir. Okay set ! Sekarang hanya perlu menunggu mangsa yang akan tiba dalam....... beberapa minit lagi mungkin?

Serasanya, sudah agak lama dia menunggu. Mungkin dalam kira-kira 30 minit? Perempuan itu mengeluh bosan.

"Berapa lama lagilah perlu tunggu ni..." keluh IU dalam diam. Pandangannya meliar ke segenap ruang kedai yang penuh dengan customer yang datang bertandang. Ada yang datang membawa keluarga, bersama-sama pasangan, datang bersendirian~ macam-macam lagilah kan?

Sedang asyik dia menjamu mata melihat teletah manusia-manusia di dalam kedai, pandangannya di halang dengan sejambangan bunga ros. IU terkejut kecil. She peeked from behind those roses to see whose it's from. Then she saw a tall and good looking guy, with a slightly big nose, standing before her. It was Gong Chan.

IU tersenyum sumbing. "Waaa~ Jeongmal kamsahmnida ~" Tangannya menyambut huluran bunga ros itu dan persilakan Gong Chan duduk.

"So... you're my blind date?" Soalan pertama dari IU. Bunga ros itu dicium baunya. Harum semerbak.

"Yeah. Thanks to Sunggyu, I met with an amazing girl today. Nice to meet you." Dengan senyuman semanis gula, Gong Chan menghulurkan tangan dan mereka pun berjabat.

Pfft. Amazing? Baru 3 minit berjumpa mana dia tahu amazing? Tunggulah nanti bila IU menghancurkan perasaannya tak lama lagi. Baru dia tahu betapa "amazing" nya IU. *gelak jahat*

"My name is IU. Nice to meet you too. I'm from Seoul Paradise by the way. You knew that right?"

Gong Chan tergelak kecil. "Of course ! I've seen you before, with the other new girl..urm...what's her name......" Matanya dipejam rapat cuba mengingat nama seseorang.

"Jeon Ji Yoon," celah IU.

"Yeah yeah. That girl." Gong Chan tersenyum memandang gerangan yang berada di hadapannya. IU tersenyum kekok. "Nama saya Gong Chan Shik. You can call me Chan or just Gong Chan. Nampyeon pun boleh juga~"

Apa? Nampyeon? IU terasa-rasa seperti mahu muntah di situ juga tetapi dia mengawal perasaan. Perempuan itu melemparkan senyuman paling plastik buat Gong Chan. "Hahaha. Lawaklah AWAK ni." IU berpura-pura gelak. "Nama saya pula IU. You can call me IU. 15 years old young and saya duduk di kelas 3-2."

Gong Chan yang ketika itu sedang menghirup air coca cola, tersedak. "W-what? 15?"

Eh ! IU tersalah cakap pula. Beberapa kali dia mengingatkan diri sendiri bahawa dia sedang menyamar sebagai pelajar berusia 17 tahun. Bukan 15 tahun, umur sebenarnya. "Eh tak tak tak! Ish awak ni~ Saya cuma bergurau sajalah~ Saya 17 tahun lah macam awak~ Hehehe~" IU cuba menutupi kesilapannya.

"Oh ya ke? Hahaha. Saya fikir awak memang 15 tahun tadi. So....what do you do for fun? I mean during yang pastimes." Lelaki itu memulakan perbualan.

"Saya suka computer programming. Waktu terluang, saya suka program dan install software baru dalam computer. Saya juga mahir dalam bidang Intellectual Technologies.  I love gadgets !"

"Oh me too ! Saya pun suka programming software. Ataupun sekiranya sesiapa ada masalah mengenai computer, mereka akan panggil saya. Saya juga sedang belajar cara-cara untuk bina domain sendiri."

"Cool ! High five man!" Gong Chan memberi tepukan high five pada IU.

"So awak sekarang ni tengah belajar bina domain lah? Pernah terfikir untuk pecah masuk sistem?" IU mengutarakan soalan cepu emas kepada Gong Chan. 

Gong Chan teragak-agak menjawab."Bukan ke er.. kalau pecah masuk sistem kerajaan, orang yang bertanggungjawab itu kena heret ke balai polis kan? Benda ni boleh jadi kes polis kan?"

Perbualan yang santai menjadi serius. IU menjawab, "Ikutlah. Kalau mereka mahu membuat laporan polis dan sekiranya benda itu berat, boleh dibawa ke kemuka pengadilan."

Lelaki itu kelihatan meneguk air liur."Sampai macam tu sekali?"

"Muka awak nampak kecut." Sebenarnya IU hanya cuba menduga lelaki di hadapannya.

"Eh. Taklah. Mana ada. Hahahaha." Ketawa yang dipaksa."Awak ni IU. Buat saya takut saja tau! Looks like we both at least have something in common kan? So, what kind of movies do you like?"

Sisa-sisa ais krim ditelan dahulu sebelum menjawab pertanyaan Gong Chan. "Action movies. Fighting scenes. Yang banyak gunakan pistol. Killing people. Ber genre thriller. I love them all."

"Jadi awak suka tonton cerita-cerita yang action pack? I'm not a fan of it though. Saya lebih menjurus kepada cerita-cerita yang berkisarkan tentang life."

"Oh... about life? Pernah tengok tak cerita mengenai life seorang criminal ni? Saya pernah tonton satu cerita tu. Lupa pula tajuknya. It's about an ex-con yang baru dibebaskan dari penjara. Sebelum keluar penjara, dia sudah berjanji untuk menjadi orang yang lebih baik. Tapi bila keluar saja dari lockup, dia sudah lupa akan janji tu. Dia terus buat jahat dan lupa diri. Nak tahu apa dia buat?"

"Apa?"

"He killed people. Everyday. Merompak barang-barang berharga. Culik anak orang.Seksa orang sampai mati. Sehingga satu hari, dia ditangkap polis, dia diheret ke mahkamah. Kemudian awak nak tahu apa jadi dengan dia?"

"Apa yang telah berlaku selepas tu?"

"Dia dihukum bunuh."

Mata lelaki itu berpinar dan membutang."Woah~"

IU terasa seperti mahu tergelak melihat Gong Chan. Ternyata cara yang digunapakai sangat berkesan iaitu menggunakan cara  psychology minda untuk memerangkap seseorang dalam diam. Gong Chan si pesalah pasti sudah berasa gementar sekarang.

"Tetapi sebelum polis sempat menjalankan hukuman gantung ke atas lelaki tu, ada orang lain yang telah membunuh lelaki itu dahulu. Dan seterusnya..." IU mendekatkan wajahnya dengan Gong Chan dan membisikkan sesuatu. "..mayat dia dibakar."

Lelaki itu meneguk air liur. "Stop!" pinta Gong Chan. Tiba-tiba. "Stop. Please stop. Saya tak nak dengar." Telinganya dikatup dengan kedua-dua belah tangan.

"Hey hey hey. Janganlah takut sangat. Like I said, it was just a movie." IU berusaha menyedapkan hati lelaki itu yang gundah mendengar cerita IU.
Alat interkom yang dipasang pada bahagian belakang telinganya berbunyi. Memperdengarkan suara seseorang dari hujung sana. "IU. Berhenti cerita benda merepek-repek. Kau ni, rosakkan rancangan betullah~Nanti dia fikir bukan-bukan pulak nanti~" Suara Ji Yoon.

Alat intercom = inter communication device. Berbentuk seperti cincin. Diselitkan pada bahagian belakang telinga. [senang cerita benda tu disangkutkan di klip rambutnya yang terletak di belakang telinga.] Alat ini membantu yang lain [Prof Hyo dan Ji Yoon] mendengar segala perbualan antara IU dan suspek. Apabila mereka bercakap dengan IU, hanya IU yang dapat mendengar suara mereka. Speaker yang berbentuk seperti butang baju berwarna hijau pula diselitkan di belakang gigi geraham. Senang mahu membalas cakap dengan Prof Hyo dan Ji Yoon.

IU berdehem. Gong Chan tidak berkata apa-apa. Telinganya masih dikatup rapat. IU terfikir sendiri. 'Seram sangatkah cerita yang IU cerita tadi tu?'

“Jangan cerita benda-benda macam tu lagi. Saya tak suka...." pinta Gong Chan.

"Okay. I won't. Tapi awak tak payahlah takut sangat. It was just a movie. Bukannya betul-betul pun. Biasanya orang yang tiba-tiba takut ni ...maksudnya dia ada buat salah tau," kata IU. Sengaja mahu melihat reaksi lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum sumbing. Gong Chan tidak membalas apa-apa. Dia menukar topik perbualan. "Kalau awak bercuti kan, biasanya awak akan pergi ke mana?"

Tukar topik pula ke? IU berfikir. Ke mana ya? "Selalunya saya akan melancong ke luar negara, kadang-kadang ke Paris dan Singapore tapi biasanya saya akan ulang-alik dari Korea ke Switzerland. Saya bukanlah orang yang jenis suka membeli-belah jadi biasanya saya akan melawat nature. Macam... rock climbing di Switzerland, snorkelling di Singapore ataupun merentas hutan." Fasih IU berpropa-ganda membuatkan Prof Hyo dan Ji Yoon yang mendengar terkekeh-kekeh ketawa dari hujung intercom.

"Oh... So you're a nature girl? Saya pula suka lawat tempat-tempat teknologi. Contohnya expo science di Jepun haritu."

She raised an eyebrow. "Awak sanggup travel ke Jepun semata-mata nak tengok expo?"

"Kenapa ? Awak tak suka dengan techno geek macam saya ke?" tanya Gong Chan.

IU menggaru pipinya yang tidak gatal."Tak adalah. Saja tanya."

Alat intercom berbunyi.

Ji Yoon : IU sshi. Tanya dia di mana dia tinggal dan latar belakang dia.

Perempuan itu berdehem beberapa kali. Mengisyaratkan bahawa dia telah menerima arahan Ji Yoon. "Dekat mana awak tinggal Gong Chan sshi?"

"Urm. Di kawasan taman perumahan Heartstrings. Tahu kan? Yang berhampiran dengan bukit-bukau berdekatan area Secret Garden."

"Oh... Awak tinggal di area HEARTSTRINGS ya?" Sengaja IU menekankan perkataan 'heartstrings' itu untuk memberi signal kepada Prof Hyo dan Ji Yoon. "Eh. Itu bukankah kawasan perumahan jutawan-jutawan? Untunglah awak dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya."

Prof Hyo : Area Heartstrings memang kawasan penempatan orang kaya-kaya. Biasanya tokoh politik yang berumah di sana. Rumah-rumahnya pula bukannya biasa-biasa tetapi rumah agam dengan tanah yang berekar-ekar luasnya.

Ji Yoon : Saya tinggal di situ prof.

"Eh tak adalah. Biasa-biasa saja. Tetapi yang menariknya jadi anak jutawan ni, kebanyakan apa yang saya minta, pasti akan dapat," kata Gong Chan. IU mencebik dalam diam. Memanglah. Nama pun anak jutawan. Apa yang dihajati pasti akan ditunaikan oleh kedua ibu bapa. Ke manalah tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, ke manalah tumpahnya harta jika tidak ke tangan anak yang dicintai?

"Apa yang awak nak pasti dapat? Awak anak tunggal ke?" tanya IU skeptikal. Kelihatannya sesi "fake blind date" ini telah bertukar menjadi sesi soal jawab pula. IU umpama polis yang tidak kering gusi mengutarakan soalan-soalan manakala Gong Chan pula seperti pesalah yang perlu menjawab setiap soalan yang ditanya.

Gong Chan menggeleng. "Tak tak tak. Saya ada adik bawah saya. Lelaki. Kami dua beradik saja. Sebenarnya saya teringin mahu adik lagi. Dua orang terlalu sikit jumlahnya. Lagi ramai, lagilah meriah kan?"

IU mengangguk mengiakan kata-kata Gong Chan. "Betul-betul. Saya pula ada lima orang adik beradik." IU mengira satu persatu. "Atas saya perempuan, saya yang kedua dan lagi tiga orang bawah saya semua perempuan."

"Dan untuk pengetahuan awak..." IU menyambung kata sambil tersenyum comel. "Saya pun tinggal di area Heartstrings tau. Cuma saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni. Yalah, area besar kan? Possibilities to meet tu memang kecil lah~"

Prof Hyo : Minta dia alamat rumahnya.

"Nak alamat rumah boleh?" tanya IU. Mula-mulanya dia fikir lelaki itu tidak akan memberi alamat rumahnya. Yalah, baru kenal kan? Tetapi Gong Chan tanpa teragak-agak, menyerahkan saja alamatnya. '

"Nah." Kertas kecil diserahkan kepada IU. Perempuan itu melipatnya buka. Dalam hati dia bersorak menang kerana berjaya membuatkan Gong Chan mempercayainya. Terasa dirinya sungguh hebat.

"Alamat awak pula?" pinta Gong Chan.

"Cari sendiri." Selamba sahaja IU berkata. Gong Chan tertawa kecil. "Okey. Sombong ya dengan saya~ Saya akan cuba cari rumah awak nanti..."

IU tersenyum sinis dan dalam hati dia berdetik, 'Cubalah cari... saya cuma tipu awak saja wahai Gong Chan. Sedangkan area Heartstrings pun IU tidak tahu, inikan pula mahu berumah di situ?'

IU menongkat dagu. Meneliti wajah Gong Chan dari setiap sudut. Wajahnya bersih. Tak berjerawat. Mukanya juga kelihatan seperti orang baik-baik saja. Senyumannya pula senyuman ikhlas. Menangkan hati sesiapa sahaja yang memandang. Tetapi sayang. Lelaki itu bukanlah teman lelakinya yang sebenar. Dia cuma bermain-main dengan perasaannya untuk seketika waktu. Walaupun di luarnya Gong Chan kelihatan baik, dia sebenarnya menyorokkan sesuatu benda yang dinamakan rahsia. Rahsia besar mengenai kes yang perlu diselesaikan IU dan ejen-ejen yang lain. Rahsia mengenai berlian mahal Sir Son Suk Hee. Rahsia yang akan membongkarkan kes ini. Disebabkan fakta itu, IU beberapa kali mengingatkan dirinya, lelaki di hadapannya ini bukanlah lelaki yang baik. Segala janji manis lelaki itu tidak boleh dianggap serius. IU tidak boleh jatuh ke tangan lelaki itu.

Bebola mata mereka berlaga.

IU terkesima buat beberapa saat. 'Mata dia cantik,' pujinya dalam diam. 

Setelah menyedari yang perbuatannya salah, dia cepat-cepat melarikan pandangannya ke luar tingkap. Melihat jalan raya yang sesak dengan kenderaan-kenderaan yang lalu lalang.

Tetapi hatinya masih berdebar. Mengingatkan pandangan mata yang mengasyikkan tadi. Urgh ! Tak boleh ! Dia menggeleng kepala. Gong Chan adalah pesalah ! Pemangsa tidak boleh bercinta dengan mangsa! *IU hwaiting!*

Bebola matanya kembali menatap Gong Chan. Lelaki itu tidak lagi memandangnnya. Dia sedang khusyuk menjamah ais krim vanilla. Syukurlah~

Kemudian pandangannya melilau ke sekitar ruang kedai. Tiada benda yang menarik hendak dilihat pun sebenarnya tetapi sengaja memandang.

Tiba-tiba matanya tertangkap kelibat seseorang. Bukan seorang, malah tiga orang ! Kelibat-kelibat itu adalah Woohyun, Myungsoo dan Sungjong. Gerangan bertiga baru sahaja menapak masuk ke dalam kedai. Mereka memanjangkan leher. Tercari-cari tempat duduk.

Dia jadi panik. Risau sekiranya mereka bertiga terlihat dirinya. Sudahlah dia pernah membelasah mereka bertiga dengan teruk di terowong tempoh hari gara-gara mahu menyelamatkan Ji Yoon. Sedang berdating pula di Ice Cream Freeze. Dia sangat pasti, Woohyun, Myungsoo dan Sungjong tidak akan pernah bisa melupakan wajah perempuan yang membelasah mereka dengan teruk pada hari itu. IU cepat-cepat menyembunyikan mukanya dengan beg tangan.

"Awak kenapa IU-sshi? Macam baru nampak hantu," tegur Gong Chan. Pelik dengan IU. Perempuan itu pula membuat isyarat. Jari telunjuknya ditekapkan pada bibir. Suruh Gong Chan diam.

"Okay okay." Gong Chan mengerti arahannya lalu menundukkan kepala.

Semakin lama, gerangan bertiga semakin dekat dengan meja mereka berdua. Masing-masing memanjangkan leher, tercari-cari meja kosong untuk duduk. Tetapi mujurlah tiada yang perasan akan kehadiran Gong Chan dan IU di meja sebelah mereka.

Gong Chan menutup sebelah mukanya dengan tangan. Masih tidak mengerti mengapa IU bertindak begitu.

"Woohyun hyung. Rasanya ada meja kosong di belakang sana. Jom pergi sana!" kata Sungjong. IU dan Gong Chan memasang telinga.

"Tapi itu single chair. Kita kan datang bertiga. Lagi dua oang mahu duduk di mana? Atas meja?" tingkah Myungsoo. 

"Kita cantum sajalah meja sebelah tu dengan meja sebelahnya. Kan senang~ Selesai masalah~" Woohyun bersuara dalam kebisingan orang ramai yang mengecohkan suasana di dalam kedai itu. Sungjong dan Myungsoo mengangguk. Woohyun mula bergerak ke arah tempat yang hendak dituju diekori Myungsoo dari belakang.

"Hyung ! Tunggu Sungjong ! Sungjong nak betulkan kasut nih!" laung Sungjong tetapi tidak diendahkan Myungsoo dan Woohyun yang telah pun menghilang di celah orang ramai. Sungjong mencangkung, membetulkan tali kasut sneakers nya yang terbuka. Betul-betul di sebelah meja IU dan Gong Chan.

"Kita kena pergi dari sini," bisik IU. Gong Chan mengangguk tetapi masih tertanya-tanya.

"Hello ! IU ! Apa yang dah jadi? Hello?!" Ji Yoon bersuara menerusi intercom. Tetapi IU tidak boleh memberi feedback kepada Ji Yoon. Sekurang-kurangnya bukan sekarang. Posisinya sudah tergugat dengan kehadiran geng W.M.S .

IU perlahan-lahan bangkit dari meja. Berhati-hati agar Sungjong tidak menyedarinya. Sungjong pula fokus mengikat tali kasutnya sehingga tidak sedar ada dua kelibat sedang cuba melarikan diri secara senyap-senyap. Gong Chan mengikut rentak IU.

Gong Chan menutup mukanya dengan tangan manakala IU menghadang wajahnya dengan jaket. They tiptoed their way out. Tetapi entah di mana silapnya, perempuan itu tiba-tiba tergelincir lalu terhempap Sungjong dari belakang. Sungjong terbaring menyembah tanah dengan ditindih IU.

"Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhh ! Apesal kau hempap aku ni?! Get the hell away from me you idiot !!!!!" Tangan Sungjong terkapai-kapai, trying to shake the girl off him. Jeritannya menarik perhatian beberapa orang yang berada di sekitar mereka. Dengan penuh bersusah-payah IU bangkit berdiri dan meminta maaf. "Minta maaf! Minta maaf!" IU tunduk  beberapa kali.

Sungjong dengan badannya yang terasa sengal-sengal [seperti dihempap badak] segera berdiri lalu membetul-betulkan rambutnya beberapa kali. Dia memandang wajah perempuan itu lalu memarahinya di situ, "Lain kali...jalan pakai mata! Bukan lutut! Disebabkan kau, habis baju mahal aku tau ! Baru beli ni ! Aduh aduh aduh!" Gaya Sungjong membebel tidak ubah seperti pondan. Dengan penuh rasa bersalah, IU mengangkat pandangannya daripada menghadap lantai, ke menghadap wajah Sungjong yang membengis.

Sungjong tersentap. His jaw dropped. Seperti tidak percaya dengan entity yang sedang berdiri di hadapannya sekarang. “Eh. Kau perempuan yang belasah kami bertiga di terowong itu kan? Tak silap aku, nama kau IU kan???” Then he pointed out at Gong Chan. "Gong Chan hyung??" Dia membuat spekulasi sendiri. "Kamu berdua dating??"

Tergagap-gagap IU mahu menjawab. Badannya keras kejung tiba-tiba. Lidahnya terasa kelu. It's a fake date ! A fake date ! Tapi dia mana boleh beritahu Sungjong ! Tetapi dia juga tidak mahu disalahanggap !  Dia bukan ada apa-apa pun dengan Gong Chan. ZE-RO!

"F-fake...d-daat-" Belum sempat IU menghabiskan kata-kata, ayatnya menjadi tergantung apabila tiba-tiba sahaja Gong Chan merentap tangannya lalu mengheret IU sepantas panahan petir meninggalkan Ice Cream Freeze.

Sungjong terkebil-kebil sendiri apabila dua gerangan manusia itu melarikan diri. “Apa benda tadi tu?” fikir Sungjong. "Macam ada yang tak kena saja..." Perempuan yang belasah mereka....sedang makan-makan di Ice Cream Freeze .......dengan Gong Chan? Rakan sekelas Woohyun dan Myungsoo? [Sungjong kelas lain sebab dia tak sama umur dengan Woohyun and  Myungsoo] "Jika tidak silap....tadi Gong Chan pegang tangan perempuan itu.... " Dia berfikir lagi. He wuickly jumped to conclusion. 

"Something is going on............"






















“...and I wanna know what.”


4 responses to Gun Fighter Part 10

  1. MILA says:

    Nama tempat gongchan tinggal comel jeeeee.. Secret garden dgn heartstrings. Haha :P

  2. AmyZana says:

    kalo ko perasan, tuh semue nama drama :D

  3. Nur Najihah says:

    best fanfic awak,kalah drama melayu

  4. AmyZana says:

    Terima kasih sudi comment. Dah lama blog ni tak ada sesiapa yg komen sejak dah lama saya tak update. ;~: