Gun Fighter Part 9


Author P.O.V

Lokasi di Seoul Medic Hospital. Ji Young terbaring lemah di dalam salah satu wad ditemani Sungyeol di sebelahnya. Perempuan itu masih tidak sedarkan diri. Namun begitu, Sungyeol tetap setiap menemani Ji Young di sisi. Sungyeol menggerak-gerakkan tubuh Ji Young beberapa kali tetapi dia masih terbaring kaku di atas katil. Zero response.

Cepat-cepat dia mencari idea untuk menyedarkan Ji Young. Segelas air kosong di atas meja kecil di sebelahnya menarik perhatian. 'Mungkinkah... aku patut simbah saja muka dia dengan air?' fikir Sungyeol. Jika dinilai pada sudut kewarasan, idea Sungyeol itu benar-benar tidak berperikemanusiaan. Ada ke patut orang yang dalam saat kritikal disimbahnya dengan air?

Sungyeol P.O.V

Aku menggelengkan kepalaku beberapa kali. Mana mungkin aku mahu menyimbah air ke mukanya yang comel itu? Tak sampai hati~ Otakku mula merangsang idea-idea baru. Aku perlu segera membangunkan Ji Young daripada tidurnya yang lena kerana aku sangat memerlukan maklumat-maklumat yang ada pada Ji Young mengenai suspek kes, Gong Chan.

Segala maklumat itu akan dibincangkan di perjumpaan ejen pada hari ini [sepatutnyalah]. Tapi aku sudah terlambat beberapa minit . Seperti biasa, perjumpaan dibuat setelah selesai sesi persekolahan bertempatkan di laboratory sekolah.

I'm very sure that Prof Hyo will kill us both right now. Lagi lambat sampai ke perjumpaan, lagi tragislah nasib aku nampaknya.

Aku mendapat akal. Pada mulanya aku teragak-agak mahu melaksanakannya tetapi... Ji Young leaves me no choice ! Aku pasti, selepas dia sedar nanti mesti dia akan terkejut.

Senyuman sinis terukir pada bibir. Perlahan-lahan aku menanggalkan kasut ku. Aku tersengih kecil mengenangkan idea ku yang gila. Aku menanggalkan stokin dari kaki dan mencium baunya.

BUSUK

"Hehehe. Mesti dia akan "menangis terharu" lepas ni."

I reached for her arms and shook her a bit. Dia masih kekal dengan posisi kaku. Tak apa tak apa. Tahulah aku mahu buat apa nanti. Stokin yang kurang enak baunya itu dibaringkan di atas hidungnya. Beberapa saat berlalu, Ji Young terbatuk-batuk kecil.

Ji Young P.O.V

Mataku masih terpejam rapat. Hidung mula menangkap bau-bau yang kurang enak. My nose twiteched a few times. Bau apa pulalah yang macam bau tong sampah ni~

Aku mencelikkan mata. Terasa-rasa seperti ada sesuatu yang menutup hidungku.

Eh? Apa benda pula ni?

Mataku terbeliak besar.

Stokin?!

"OPPPPPAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!"

Sungyeol P.O.V

Tanganku menekup mulutnya dengan kuat. Ji Young menggumam sesuatu disebalik tekupan tanganku. Baru tahu dia tak boleh cakap! Ada ke patut pergi jerit-jerit dalam hospital? *tak patut*

Telingaku terasa pedih. Ji Young menyepit-nyepit telingaku dengan tangannya. Cepat-cepat aku melepaskan tekupan tanganku jauh-jauh dari mulutnya. Ah ! Pedihnya telinga! Aku mengusap telingaku beberapa kali akibat disepit ketam jadian.

"Sakitlah Ji Young!"

"Tahu pun sakit! Yang oppa pergi gantung stokin busuk oppa ni pada batang hidung orang kenapa?!" Badanku dipukulnya sekuat hati. Nafasnya turun naik menahan geram.

"Sorry lah ! Tapi Ji Young tu macam orang tidur mati ! Banyak kali oppa kejut tapi Ji Young tak bangun-bangun. Kalau ya pun mahu pengsan, tak payah pengsan tengah-tengah jalan sangatlah kan? Nasib baik oppa jumpa Ji Young tengah terbaring di tengah-tengah jalan sebab kita guna jalan yang sama. Tu hah... lutut Ji Young cedera sikit.. Sebab tu oppa hantar pergi hospital tu..." jelasku dengan penuh terperinci.

Ji Young P.O.V

Baiknyalah lelaki ni. *terharu*

"Oppa ada buat apa-apa laporan ke pada pihak hospital ?" tanya ku sambil tangan mengurut-urut kepala yang berdenyut.

Sungyeol menggeleng. Tangannya membentuk simbol peace. "Tak."

Aku menghela nafas lega. Thank god~ Aku tak mahu pihak hospital masuk campur dalam kes ni mahupun polis. "Tadi sebenarnya Ji Young pergi stalk budak Gong Chan tu. Dia tu mysterious betullah!"

"Jinjjayo? Our first suspect?" tanya Sungyeol. Aku mengangguk mengiakan. "Yes. Our first suspect."

"Tell me more," kata Sungyeol, mendekatkan kerusinya pada birai katil.

"Tadi... I was stalking the guy from school. Gong Chan tu, orangnya sangat-sangatlah memusykilkan ! Ji Young pun ikutlah dia sepanjang jalan pulang dari sekolah kan? Lepas tu, sampai dekat satu simpang ni. Dia berhenti sekejap. Lepas tu dia keluarkan surat dari poket. Sebelum tu dia jenguk kiri kanan dulu. Mungkin dia nak check ada orang atau tak tapi of course lah tiada sesiapa sebab jalan tu sunyi kan? Then, dia baca surat tu. Berkerut-kerut dia baca surat tu. Dia macam tunggu-tunggu somebody tau. Then, dia tercari-cari papan tanda rasanya. Tak tahulah kenapa." Aku berhenti sejenak. Nafas ditarik dalam-dalam.

Kemudian aku menyambung semula. "Selepas beberapa saat. Ada dua orang lelaki halang dia jalan. Paling mengejutkan, dua orang lelaki tu beruniform sekolah." Beria-ia aku bercerita. Sungyeol mengangguk memahami.

"Uniform sekolah?" tanya Sungyeol, meminta kepastian.

"A'ah. Uniform sekolah S.P tau!"

Sungyeol melopong tidak percaya.

"Tapi Ji Young tak nampak wajah mereka berdua sebab terlindung dengan topi. Kedua-dua mereka memakai topi. Ji Young cuma perasan warna rambut sahaja. Lelaki pertama tu, rambutnya keperang-perangan dengan calitan coklat sedikit. Dia serahkan satu fail kepada Gong Chan dan pada fail tu ada logo K.P.I ! Lepas tu kan lepas tu kan"

Apa yang jadi ya lepas tu? Aku terlupalah~

"Lepas tu? Lepas tu apa jadi? Janganlah cerita tergantung-gantung~" ujar Sungyeol. Segala isi-isi penting dalam cerita aku dicatatnya menggunakan Galaxy Note. Catatannya tidak diteruskan kerana aku berhenti bercerita. Ralit berfikir.

Agak lama selepas itu, baru aku teringat. "Hah ! Ji Young dah ingat! Lelaki yang kedua tu pula berketinggian sederhana tinggi dan berambut hitam. Dia menolak Gong Chan. Gong Chan pun jatuh. The moment after, limousine hitam pun tiba dari mana entah. Lelaki rambut perang tu, humban Gong Chan ke dalam perut kereta. Ji Young pun kejarlah kereta tu dan hampir-hampir kena tembak tau! Kejam betullah orang dalam kereta tu ! Hah ! Begitulah ceritanya~ Sedih kan oppa?"

Sungyeol mengangguk. "Sedih sangat cerita Ji Young tu. Mengalir air mata darah dibuatnya." Gurauan Sungyeol disambut dengan tumbukan kecilku pada bahunya.

~~~~~

Author P.O.V

Lokasi : Makmal kimia Seoul Paradise Private Highschool.

Hyun Seung P.O.V

45 minit berlalu dengan penuh kesengsaraan. Sudahlah Sungyeol dengan Ji Young lambat. Sekiranya 5-6 minit tak mengapalah. Ini sudah lebih-lebih sehingga 45 minit ! Prof Hyo pula sedari tadi lagi membebel-bebel tak cukup nafas. Entah apa yang dibebelkannya. Aku malas mahu ambil tahu. Aku buat-buat dengar saja dan aku pasti yang lain pun macam tu.

"Manalah Sungyeol dan Ji Young ni pergi? Mereka berdua fikir perjumpaan ni untuk main-main ke? Lambat betul datang ni! Eeee! Geramnya saya ! Kalau saya ada kuasa, sudah lama mereka berdua dibuang dari team! Lagi-lagi Sungyeol tu~ sudahlah tak layak~ bla..bla...bla..bla...bla..."

Pening aku dengar Prof Hyo bising-bising.

"Prof ! Susah-susah sangat, kita mulalah dulu ! Tak payah tunggu-tunggu mereka berdua~ Melambatkan masa saja~" Cadangan bernas Sunggyu. Yang lain mengangguk setuju.

"Okay. Saya tak ada masalah." Prof Hyo menerima cadangan Sunggyu dengan baik. "Baiklah. Kita mulakan perbincangan. Pertama sekali, saya mahu tahu perkembangan siasatan kita. Ada kemajuan?"

Masing-masing menggeleng lemah. Prof Hyo menghela nafas berat.


"Hasil "stalking" saya terhadap dua orang suspect yang perlu saya siasat, saya rasa kedua-dua mereka tiada kena-mengena langsung dengan kes ni. Orang pertama yang saya stalk tu, kelihatan seperti seorang yang sangat skema dan sepanjang masa hanya berkunjung ke library. Orang yang kedua pula seperti kaki ponteng. Sesi pembelajaran belum tamat, sesuka hati dia saja pergi keluar sekolah dan clubbing." Hasil siasatan aku terhadap suspect dibentangkan kepada semua.

Prof Hyo mengangguk beberapa kali. "Baiklah Hyun Seung. Thanks for the info. Tapi walauapa pun, kita tak boleh nilai orang dari luaran saja. Di luar mungkin kelihatan baik dan naif tapi di dalam kita tidak tahu. Awak pula Sunggyu?"

Sunggyu menjawab acuh tak acuh sambil mengelus rambut ais krimnya. "Nothing. Not a single mysterious thing. Tiada apa-apa pun yang mencurigakan mengenai suspek dibawah seliaan saya." Ton suaranya tidak kedengaran gembira. Aku perasan, sedari tadi dia langsung tidak bercakap dengan Ji Yoon. I wonder why~

"Hyungnim stalk siapa?" tanya IU disebelahnya.

Sunggyu memandang IU kemudian dia melarikan pandangannya ke arah Ji Yoon. "Nam Woohyun."

"Nam Woohyun ?? Kau serius ke Sunggyu?" Ji Yoon disebelahku seperti terkejut dengan nama 'Nam Woohyun'. Mengapa dia terkejut sangat dengan nama tu? Mereka berdua ada apa-apa ke? *tertanya-tanya*

"Yalah... Nam Woohyun... Boyfriend kau tu..." sindir Sunggyu with an expressionless face.

Boyfriend ?? Tiba-tiba aku teringat satu lagu.

Ojig nan neoui Boyfriend eh eh eh ehNeomanui Boyfriend eh eh eh eh

Ji Yoon P.O.V

Boyfriend ? Sejak bila pulalah aku ada boyfriend ni?

"Yah Sunggyu hyungnim ! He's not my boyfriend lah ! Pegang tangan pun tak pernah tau ! Jangan tuduh sembarangan !" ujar ku. Telunjukku dituding tepat pada wajah poker-face Sunggyu.

Lelaki itu menjeling ku dengan ketajaman maksimum. "Oh really? Yang korang berpeluk-peluk di kantin tu apa benda?"

Hyun Seung membuat bunyi 'wooooooooooo'. IU hanya terkelip-kelip tidak mengetahui apa benda yang dibicarakan kami berdua. Prof Hyo pula sibuk merujuk beberapa kertas dari fail dan membuat analisis mengenai kes sehingga tidak sedar yang aku dan Sunggyu sedang berperang kecil di belakang.

"Apa benda yang peluk-peluknya? Kau jangan mereka-reka fiction sendiri Sunggyu~ Aku terpeluk dia pun sebab tak sengaja," jelas ku.

"Fiction in fiction in fiction~" Suara-suara sumbang IU dan Hyun Seung yang menyanyi lagu Beast untuk menghangatkan suasana yang agak tegang antara aku dan Sunggyu.

Benarlah. Aku bukannya peluk Woohyun dengan sengaja. Aku terpijak tumpahan susu pada lantai kemudian terjatuh ke depan sehingga ke terpeluk Woohyun di kantin pada waktu rehat tadi. Memang kontroversi betul ! Pelajar-pelajar yang lain pula sudah berbisik-bisik sesama sendiri. Selepas ni pasti pelbagai versi cerita tersebar di sekolah.

"Tipu. Kau saja ambil kesempatan nak peluk dia kan?" tuduh Sunggyu melulu.

"Mana adalah !" Aku pertikaikan tuduhannya.

"Ya."

"Taklah!"

"Ya."

"EHEM EHEM." Satu suara yang memberhentikan pergaduhan kami. Prof Hyo rupa-rupanya. "Kita berbalik kepada perbincangan kita boleh?" Soalan yang ditujukan kepada aku dan Sunggyu.

"Boleh.." Perlahan kami berdua menjawab.

"Okay. Bagaimana dengan kamu Ji Yoon? Ada apa-apa yang kamu dapat hasil siasatan?" tanya Prof Hyo. Prof rancak menulis analisisnya di atas lembaran kertas.

Aku menggeleng. "Tak."

"Kamu pula IU?" Kali ini giliran IU pula.

IU turut menggeleng lemah. "Tak ada apa-apa yang saya dapat. Tapi kan..." Daripada ekspresi sedih, berdikit-dikit IU menguntum senyuman. "Cikgu Choi tu handsome betullah~" IU menegang pipinya. Bibirnya mengukir senyuman comel. Kenapa pulalah dengan minah ni~
"Saya siasat mengenai cikgu science sekolah ni. Nama cikgu tu Choi Siwon. Cikgu tu handsome sangat ! Nasib baiklah cikgu tu baik. Tiada apa-apa yang menimbulkan syak wasangka pun bila lihat Cikgu Choi. Orangnya baik~peramah~ senyumannya menawan~ wajahnya menggoda~ Aduh~ Boleh buat saya tak tidur malam~"

"Cikgu Choi? Cikgu Choi yang dah tua tu ke? Apalah kau ni IU~ Orang tua pun boleh jadi ~" sampuk Hyun Seung di sebelahku sambil menjulingkan matanya ke atas. Aku dan Prof Hyo tergelak kecil. Sunggyu tiada respon.

Loceng makmal berbunyi mengejutkan kami semua. Ada orang yang menekan butang loceng dari luar. 

Author P.O.V

Auto sliding terbuka. Terpampang wajah Sungyeol yang keletihan di hadapan pintu. Di tangannya tergenggam kemas beberapa helai kertas. Peluh bermanik pada dahi.

"Kamu ni dari mana Sungyeol? Berjoging?" tanya Prof Hyo, skeptikal dengan keadaan Sungyeol.

Lelaki itu hanya menggeleng. "Tak, tidak, bukan," kata Sungyeol lalu melangkah masuk ke dalam makmal dengan nafas yang sedikit tercungap-cungap. Penat berlarilah katakan. Sudahlah makmal di tingkat empat. Kalau ada lift satu faedah juga.

Sungyeol mengambil tempat duduk di antara Ji Yoon dan Hyun Seung. Prof Hyo melabuhkan punggung di meja empat segi itu. Di hadapan  mereka berlima iaitu [dari kiri] Hyun Seung, Sungyeol, Ji Yoon, IU dan Sunggyu. "Prof. Ji Young cedera tadi jadi saya hantar dia pergi hospital."

"Cedera? Kenapa?" tanya IU. Nadanya jelas menggambarkan kerisauan.

"Begini ceritanya...." jelas Sungyeol.

~~~~~

"....kemudian Ji Young diserang dengan beberapa das tembakan. Lepas penat sangat berlari, Ji Young pun pitam di tengah-tengah jalan. Saya yang kebetulan lalu di jalan yang sama, ternampak dia. Yang peliknya, tiada siapa yang tolong Ji Young." Yang lain mengangguk-angguk memahami cerita yang disampaikan Sungyeol. Padanlah Sungyeol lambat dan Ji Young tidak memunculkan diri. Ada sedikit masalah rupa-rupanya. "Selepas ke hospital, saya balik rumah sekejap. Minum air. Tu yang lambat tu." Tersengih-sengih Sungyeol bercerita. "Oh ya. Kertas-kertas ini pula, saya baru print tadi di rumah. Ini adalah hasil siasatan Ji Young mengenai Gong Chan. Gambar waktu-waktu kejadian pun ada juga diselitkan sama. Ji Young sempat snap a couple of pictures during the "stalking session"."

Lembaran kertas itu diedarkan kepada setiap seorang. Masing-masing khusyuk meneliti informasi-informasi yang tercatat. Selesai membaca, Prof Hyo memberi kata putus. "Based on the results of the investigation, I officially announced that Gong Chan will be under the list of main suspects of the case. Keep an eye on him. All of you. Don't leave even a single detail."

IU mengangkat tangannya setinggi langit. "Question!"

"Yes?"

"Macam mana pula dengan dua orang lagi suspect yang terlibat pada kejadian tu? Maksud saya yang dua orang yang bersama-sama Gong Chan sewaktu kejadian. Adakah mereka berdua juga tersenarai?" tanya IU.

Prof Hyo berfikir sejenak. Kemudian berkata, "Yes. The three of them. Gong Chan, the blonde guy and the black-haired guy. Sekarang ni kita ada beberapa point penting dalam siasatan.

1. Mengenai Gong Chan

Seboleh-bolehnya perhatikan dia. Apa yang dia buat. Ke mana dia pergi. Pagi petang siang malam. Take a shift if you must. Everything that you see, you hear.. note down and give it to me.

2. Blondie and Blackie

Find out about these two. About who they are. How they're related to Cho Junho and Gong Chan Shik.

3. Russian Red

Wherever it's buried, find it.

Faham? Sekarang pembahagiaan tugas. Mengenai berlian Russian Red tu, saya serahkan tugas kepada Hyun Seung, pakar maklumat kita. About the blond-haired guy and the black-haired guy, saya amanahkan ke atas Ji Young, Ji Yoon dan Sunggyu. And IU......" Matanya mencerun memandang IU.

IU meneguk air liur. Prof Hyo meneruskan kata."You take Gong Chan. Rapatkan hubungan dengan dia. Be friends with him. Sunggyu, set Gong Chan and IU on a blind date. Can?"

"WHAT?! No way Prof ! I am not going to do the heartless job. Yeah. No no no," bantah IU. Tangannya disilangkan tanda protes. Macamlah dia tidak tahu apa yang Prof Hyo suruh dia buat ke atas Gong Chan. Mana mungkin IU mampu melakukannya. IU bukannya jenis yang boleh memainkan perasaan orang.

"Saya membantah!" celah Hyun Seung. Mereka semua terpinga-pinga. Mengapa pula tiba-tiba Hyun Seung mahu membantah pula? Mereka semua rasa bahawa Hyun Seung tiada kena-mengena langsung dengan tugasan ni. 

"Yang kau menyibuk sama ni kenapa Hyun Seung?" tanya Ji Yoon. Yalah, bukankah tugas ini diserahkan kepada IU? Tiba-tiba pula Hyun Seung membantah. Bukannya Prof Hyo bagi tugas tu kepada Hyun Seung. Dia pula yang lebih-lebih. 

"Kamu ni tak ada kena-mengena langsung dengan benda ni Hyun Seung. Tak payahlah sibuk-sibuk,"ujar Prof Hyo. "Kita mulakan dengan hari esok. Sunggyu, tolong set up blind date ni secepat mungkin."

Hyun Seung merengus cemburu. "Mengapa mesti IU? Ji Yoon dengan Ji Young kan ada? Hish....."

"Fikir logiklah sikit Hyun Seung," kata Sunggyu sambil menjungkit keningnya. "Nak bagi kepada Ji Young, dia sudahlah ada di hospital sekarang. Cedera lagi. Mahu harapkan Ji Yoon? Huh. Dia tuh tiada aura memikat langsung."

Ji Yoon mencelah kata-kata Sunggyu. "Hey ! Siapa cakap? Kalau betul aku tiada aura memikat, masakan pula ada orang yang cemburu aku rapat dengan Woohyun~?" Ji Yoon memulangkan paku buah keras. Sunggyu tersentap. Mati kata. Ji Yoon tersenyum menang. "Terasa ke Sunggyu?" Ji Yoon sengaja menduga. Sunggyu tidak menjawab. Lalu Ji Yoon berkata, "Padan muka kau."

"Fine!" Hyun Seung mengalah. "IU... kau buatlah apa yang kau suka.. Aku tak nak kawan dengan kau lagi..." Hyun Seung buat-buat merajuk. Mereka semua tergelak besar.























































to be continued

4 responses to Gun Fighter Part 9

  1. MILA says:

    Kenapa kau letak gambar infinite sbesar alam. Terkejut aku. Haha , LOL xD

  2. AmyZana says:

    Hahaha ! xD aq rse mcm wallpaper Ji Yoon tuh gelap sgt -__-

    weyh weyh, nanti aq komen2 dkt fanfiction ko pulak kayy? aq baru nak bce xD

    anyway, thanks Azra ! ^^

  3. Anis Zulhas says:

    haha . takde keje Sungyeol pegi letak stokin kat hidung Ji Young ! ^^ seungie pulak cemburuu ~