Gun Fighter Part 11






Author P.O.V


Mission : "fake blind date"
Terlibat : IU


Setelah beberapa meter berlari pecut menjauhi kedai ais krim itu, Gong Chan dan IU pun membuat keputusan untuk berehat di bawah sebatang pokok yang rimbun berhadapan dengan kompleks membeli-belah Mega Step. Nafas mereka berdua tecungap-cungap disebabkan faktor mahu melarikan diri daripada Sungjong. Jauh juga mereka berlari sebenarnya. Dalam 2 kilometer. Gong Chan meleraikan genggamannya pada tangan IU.


"Hey ! Mengapa tiba-tiba awak rentap saya tadi?" marah IU. Gong Chan tidak menjawab. Dia duduk berehat di atas bench sambil kepalanya mendongak ke langit dan matanya terkatup rapat menyedut oksigen.


"Awak ni pekak ke? Mengapa awak rentap saya tadi??" IU bertanyakan soalan yang sama kepada Gong Chan.


"Sengaja." Gong Chan menjawab pendek.


Tidak puas hati dengan jawapan Gong Chan, IU membidas. "Banyaklah awak ! Pedih tangan saya ni tau ! Kena rentap! Kuat pula tu ! Nasib tidak terputus !"


"Bersyukurlah saya sudah selamatkan awak daripada Sungjong tu. Saya hairanlah macam mana dia boleh kenal awak..." kata Gong Chan sambil menggosok-gosokkan telapak tangannya pada seluar. "Di sekolah, saya tidak pernah pula lihat Sungjong tegur-tegur awak. Tambahan lagi dia budak popular. Awak kenal Woohyun dan Myungsoo? Geng W.M.S? Woohyun Myungsoo Sungjong?"


IU menggeleng. "Setakat kenal biasa-biasa sahajalah. Itu pun kerana rakan-rakan sekelas selalu bercerita mengenai mereka bertiga." 

Sebenarnya IU pun baru sahaja tahu bahawa Sungjong, Woohyun dan Myungsoo itu budak popular di sekolah setelah beberapa hari selepas dia menyelamatkan Ji Yoon daripada ancaman mereka. Memang silap besar ! Ternyata selama ini, IU menjadi pelajar pertama di Seoul Paradise yang pernah bertindak agresif dengan mencederakan W.M.S


"Oh... Tapi Sungjong tahu pula nama awak?" tanya Gong Chan lagi. IU melabuhkan punggunya di sebelah Gong Chan.


"Panjang ceritanya....." kata IU, tidak mahu membuka pekung di dada. Rahsia bagaimana pertemuan pertama IU dan Sungjong itu biarlah disimpan sebagai rahsia antara dia dan Ji Yoon. Nanti cerita lebih-lebih, timbul pula kontroversi. Lagi parah.


"Eh jom lah kita jalan-jalan ke dalam Mega Step. Kita tonton wayang macam mana?" ajak Gong Chan. Bersemangat tinggi dalam mengharungi blind date nya yang pertama bersama dengan IU.


Lalu, dengan senyuman yang dibuat-buat, dia berkata, "Wayang? Boleh juga! Jom!"


"Jom jom !" Gong Chan menarik lengan IU lalu mengheretnya masuk ke dalam kompleks membeli-belah Mega Step.


Mereka memilih untuk menonton filem cinta. Sebenarnya itu semua idea Gong Chan. Pada mulanya IU mahu menonton filem aksi mengenai seorang ninja tapi Gong Chan tetap berkeras mahu menonton cerita cinta. IU pun mengalah. Membiarkan Gong Chan mendominasi. Sepanjang dalam wayang, IU tidak sudah-sudah menguap dari awal cerita sehinggalah ke penghujungnya. 

Gong Chan pula? Tersengguk-sengguk menangis melihat heroinnya itu mati kerana menderitai penyakit cancer lalu meninggalkan hero nya sendirian di dunia. Disebabkan tidak mampu mengharunginya seorang diri, si hero pun mati membunuh diri dengan menelan pil tidur sehingga satu botol.


Selesai menonton wayang, mereka berjalan-jalan membeli-belah pula. Setiap satu kedai diterokai. Mereka mengunjungi sebuah kedai gift shop yang menjual pelbagai barang-barang menarik. Di situ, mereka mencuba cekak-cekak telinga haiwan. Gong Chan memakai cekak arnab berwarna biru. Dia menyarungkan cekak arnab berwarna merah jambu ke kepala IU. Mereka berdua membuat muka comel dan mengambil beberapa shot gambar.


Penat berposing, mereka pun menapak keluar daripada kedai itu dan menuju ke arah kedai menjual air. Penat berjalan, mereka berhenti sekejap. Kemudian mereka singgah di kedai-kedai baju sekadar untuk mencuci-cuci mata [kononnya la]. Mula-mula mereka menjelajah butik Coach yang menjual pelbagai design beg yang memukau mata. 

Kerana tidak dapat tahan melihat, IU membeli dua buah beg tangan. Kemudian selepas itu, mereka singgah pula di butik Levi's. Lama membelek-belek, Gong Chan membuat keputusan untuk membeli tali pinggang yang berharga $600. Setelah membeli barang di Levi's, Gong Chan dan IU menerjah pula kedai Adidas dan masing-masing membeli sepasang kasut sport.


Akhirnya mereka terduduk keletihan di bangku berhadapan kompleks membeli-belah Mega Step dengan membimbit beberapa beg plastik di kedua-dua belah tangan. Mereka berpandangan antara satu sama lain, kemudian masing-masing terburai ketawa.


"LOL. Inilah dia orang yang kononnya mahu melihat-lihat saja. Akhirnya tertewas juga dengan nafsu sendiri. Berhabis duit membeli-belah..." sindir Gong Chan.


"Awak tu apa kurangnya? Tali pinggang sanggup beli mahal-mahal. Yalah~ anak jutawan~" kata IU, buat pertama kalinya merasakan keseronokan ber "blind-date". "So lepas ini kita akan ke mana?" tanya IU yang sudah berdiri tegak di hadapan Gong Chan sambil mengimbangkan beg-beg plastik di kedua-dua belah tangan.


Gong Chan terdiam sekejap. "To tell you the truth. Saya kena pulang ke rumah ni."


"Pulang? Ke rumah? Kenapa? Tidak bolehkah awak lanjutkan date ni sampai ke malam?" Tertanya-tanya IU dibuatnya. Dia bertanyakan soalan itu bukanlah di atas faktor tidak mahu berpisah dengan Gong Chan tetapi atas faktor curiga.


"Saya kena pula awal kerana perlu menjaga rumah. Malam ni dan malam esok," jawab Gong Chan pendek. Dia bangkit berdiri dan membimbit beg-beg plastik di tangan.


"Jaga rumah? Kenapa?" tanya IU.


"Actually... Mama dengan papa saya ada late night dinner. Dua malam. Jadi dia tinggalkan saya dengan adik saya suruh jaga rumah," jawab Gong Chan lagi. Lelaki itu menapak ke arah tempat menunggu bas yang berdekatan. IU mengikut Gong Chan dari belakang.


IU baru hendak bertanyakan lagi soalan tetapi Gong Chan terlebih dahulu bersuara. "Jadi awak balik macam mana IU? Saya balik naik limousine. Awak nak saya tumpangkan awak balik ke?"


Ji Yoon : Tak payahlah IU. Lagipun, kau bukannya tinggal di kawasan yang sama dengan lelaki tu kan? Sebelum rahsia kau pecah, kau tolak saja pelawaan dia.


"Saya balik jalan kaki saja." Teragak-agak dia menjawab.


"Nak saya tumpangkan?"


Dia lekas menggeleng laju. "Eh eh ! Tak payahlah! Susahkan driver awak saja."


"Habis beg-beg ni semua macam mana? Awak nak bawa sampai ke rumah kah? Bahayalah IU-sshi~ Kena rompak nanti ke~," kata Gong Chan. Telefon bimbit Galaxy Note dikeluarkan daripada poket dan dia segera mendail nombor telefon pemandu peribadinya. Tamat perbualan yang ringkas, dia melabuhkan punggungnya di bangku tempat menunggu bas itu. 

Dia menepuk-nepuk tangannya di atas bangku mengisyaratkan supaya IU duduk di sebelahnya. IU pun mengambil tempat di sebelah Gong Chan.


"Apa kata, awak balik jalan kaki, tapi beg-beg ni semua saya pegangkan dulu buat sementara waktu. Nanti di sekolah saya pulangkan semula. How's that sound?" cadang Gong Chan.


"Bagus juga macam tu. Ringanlah sikit beban saya. Hehehe."


Gong Chan tersenyum lebar kerana IU menerima pertolongannya. "Alright!"


Sebuah kereta limousine berwarna hitam kilat meluncur dari arah Selatan mendekati tempat menunggu bas itu. "My ride's here." Gong Chan bangkit dari kerusi. IU menyerahkan shopping bags nya semua kepada Gong Chan. Lelaki itu pun masuk ke dalam perut kereta. Dia menurunkan cermin tingkap. "IU sshi ! Today is the best date ever!"


IU tersentap.


Limousine hitam itu pun meluncur di atas jalan raya menjauhi IU dan perlahan-lahan hilang dari pandangan mata.


Terbit rasa bersalah dalam hati. Terngiang-ngiang kata-kata Gong Chan sebentar tadi. "IU sshi ! Today is the best day ever!"

‘I am the worst person ever’ bisik IU, memandang lantai. Kemudian dia mendongak ke langit.


Dan mengeluh. 

~~~~~


Sepasang mata memerhatikan IU dari jarak jauh. Tidak terlepas pandang walau satu saat. Wajahnya mempamerkan kebencian atas perempuan itu. Perempuan pertama yang cuba mendekati suspek. Suspek yang disyaki sebagai salah seorang yang bersubahat dalam misi merompak berlian berharga pengetua S.P - Sir Son Suk Hee.


Lelaki itu mengenakan jeans berwarna hitam, sepasang sneakers berwarna hitam dan memakai jaket ber hood yang menutup separuh wajahnya sampai ke bawah mata. Sesekali dia mengangkat hood nya untuk memerhatikan IU dengan lebih jelas. Perempuan itu masih berada di tempat menunggu bas. Tidak berganjak ke mana-mana.


Sudah lama lelaki itu mengekori IU. Dari Ice Cream Freeze, kemudian perlu berlari mengikut rentak mereka berdua [Gong Chan dan IU] yang tiba-tiba sahaja memecut keluar dari kedai ais krim itu sehinggalah berada di hadapan kompleks Mega Step. Kemudian, memasuki panggung wayang yang sama [dengan Gong Chan dan IU] dan mengambil tempat duduk betul-betul di baris belakang mereka berdua. Sekadar memerhati.


Dia hanya menunggu masa yang tepat. Dia mahu menyerang perempuan itu ketika dia sedang keseorangan berjalan. Kemudian, dia akan cederakannya. Asalkan dia tidak membunuh, misi lelaki itu telah mencapai syarat pertama. Semuanya atas arahan mastermind, Cho Junho. Yang bijak melindungi identiti diri dengan menghantar orang-orang suruhan untuk melakukan kerja-kerja kotornya. 

[Lagi pun Cho Junho ni tak berpengalaman dalam hal-hal membunuh ni so....sebab tu lah.]


~~~~~


IU berjalan seorang diri menyusuri jalan-jalan sempit di belakang rumah-rumah orang dan kedai-kedai. Dia tidak suka menggunakan main road kerana terlalu sesak dengan orang ramai. Lagi-lagi waktu petang begini. Tentunya manusia-manusia akan membanjiri main road, sama ada berjalan kaki, mengayuh basikal ataupun memandu. Di hadapan Mega Step itu tadi pun sudah sesak dengan orang ramai. Jadi lebih baiklah dia gunakan jalan yang selamat dan terpencil di belakang ni.


Intercom berbunyi.


Ji Yoon : IU. Kau di mana tu?


Dia melihat ke seluruh kawasan. Tiada sesiapa pun. Lalu dia menjawab pertanyaan Ji Yoon melalui speaker yang diselitkan di belakang gerahamnya, "Masih belum pulang ni."


Ji Yoon : Eh. Kau pulang sekarang. Risau pulalah aku dengan kau ni. Mesti kau guna jalan belakang-belakang kedai tu lagi kan?


Prof Hyo : IU sshi. Be careful jalan seorang diri tu. Setidak-tidak pun, cuba call Hyun Seung, suruh dia hantar awak balik.


IU terperanjat. "Hyun Seung?? Kenapa pula dia yang perlu ambil saya prof?


Prof Hyo : Tak adalah ... Cuma saya mencanangkan saja.. Atau awak mahu Sunggyu dan Sungyeol yang datang jemput awak?


Sunggyu? Ah. Dia sendiri tidak selesa dengan lelaki itu. Lelaki itu pun bukannya selesa dengan dia. Susah-susah saja mahu minta tolong. Sedangkan Sungyeol pula? Selalu tak menepati masa. Buktinya, sudah beberapa kali dia terlewat datang mesyuarat ejen. Sungyeol itu bukanlah seseorang yang punctual. Pendek kata. Tak berguna. "Tak apa prof. Sudah sekian lama saya guna jalan ni. Tak ada masalah."


Sejurus kata-kata IU itu tadi, telinganya tiba-tiba menangkap bunyi derapan kaki seperti seseorang sedang berlari di belakangnya. Cepat-cepat dia menoleh ke belakang.


Sunyi.


Dia menjungkit bahu. Dia meneruskan perjalannya tanpa apa-apa syak wasangka. Tetapi bunyi itu masih menganggu telinganya. Bunyi derapan kaki seperti ada orang melintas di belakang. Dia pun menoleh lagi.


Sunyi.


'Siapalah yang mahu main-mainkan aku ni... Hyun Seung hyungnim?' IU agak-agak sahaja kerana dia sendiri tidak pasti. Memang sedari hari pertama lagi dia sudah  menggunakan jalan ni apabila pulang dari uptown. Selamat. Tak pernah jadi apa-apa.


IU tidak menghiraukan bunyi-bunyi itu lagi. Dia meneruskan perjalanannya seperti biasa. Selepas menapak beberapa langkah, satu bau menusuk rongga hidungnya. Bau yang sangat kuat. Seperti.... bau minyak wangi Calvin Klein. Dia pernah bau haruman ni sebelumnya. Tetapi, dia tak ingat pula dari mana tapi paling penting sekali, dia amat amat amat tak suka dengan bau-bau minyak wangi yang tengik. Cepat-cepat dia menekup hidungnya dengan tangan.



Bunyi derapan kaki itu kedengaran lagi. Tetapi lebih perlahan berbanding tadi. Makin lama, makin dekat. Makin lama, makin dekat. Makin lama, makin dekat. Bunyi itu berhenti di situ. Bau minyak wangi itu pula semakin menusuk ke hidung. Dadanya mendadak debar. Dia tidak lagi kisah mengenai bau itu. Paling penting sekarang, ada orang sedag mengekorinya. Dia kena lari.



IU membuka langkahnya lalu dia memecut sekuat hati. Derapan kaki itu pula mengekorinya dari belakang, bersaing kelajuan dengan IU. Perempuan itu berlari telalu laju sehinggakan dia merasa dirinya seperti melayang di udara. Peluh bermanik pada dahi. Sesekali dia menoleh ke belakang, lelaki yang memakai hood itu berada beberapa meter di belakangnya. Mengejar dengan penuh tenaga.


IU menyimpang ke sebelah kanan. Berlari di kawasan belakang rumah-rumah orang. Tidak berehat walau sesaat pun, memecut dengan tenaga maksimum. Menyimpang ke kanan ke kiri untuk mengelirukan lelaki ber hood itu. Sehinggalah dia bertemu lagi dengan simpang yang hanya ada dua pilihan iaitu sama ada untuk ke kanan ataupun ke kiri. Lalu tanpa ragu-ragu, dia membelok ke arah kiri. Silap besar kerana akhirnya dia menemui dengan jalan mati yang bertembok tinggi.


Mustahil dia mahu memanjat pula. Sudahlah pakai skirt. Terkoyak nanti sudah menjadi isu lain.


"Jeon Ji Yoon unnie ! Unnie ! Ji Yoon unnie! Prof Hyo ! Dengar suara IU tak??" Perempuan itu cuba memberi signal kepada Ji Yoon dan Prof Hyo menerusi speaker dan alat intercom. Tetapi tiada apa-apa jawapan. "Prof Hyo ! Do you hear me? Unnie ! Unnie ! IU got a situation here! Help me!"


Beberapa saat menunggu. Tiada maklum balas. Dia mengeluh berat lantas meraba rambutnya untuk mencapai alat intercom itu. Tetapi alat intercom itu tiada. 'Hmm... Padanlah mereka tidak membalas pertanyaan aku. Alat intercom tu dah lama jatuh dari sepit rambut ni.' Dia mengeluh lagi. Dadanya kuat berdebar.


Lelaki ber hood itu akhirnya dapat menjejak lokasi IU iaitu di jalan mati, sedang struggle untuk meminta tolong. Lelaki itu pun tergelak besar. "Masih tak mahu putus asa?"


Perempuan itu tidak terkejut langsung. Memang dia sudah lama expect akan kedatangan tetamu tak diundang itu. IU mengeluarkan pistol nya dari dalam beg dan mengacunya ke arah lelaki tersebut. Sebaliknya lelaki itu pula menggenggam sebilah pisau di tangan.  


"Kau ni siapa?" tanya IU. Pistolnya digenggam kemas.


Lelaki itu tidak menjawab. Dia juga tidak membuka hood nya. Berdiri tegak. Tersenyum sinis. Sesekali dia menghayunkan pisau di tangan. Tenang. Walaupun IU mengancamnya dengan senjata api.


"Eh aku tanyalah ! Kau siapa??"


Lelaki itu sekadar mencebik. Lalu dia berkata, "Macam ni lah Cik IU. Anggap sajalah saya ni sebagai mimpi ngeri awak hari ini."


"Huh?"


"Saya mahu buat perjanjian."


"Apa?"


"Syaratnya adalah..... Cik jauhkan diri dari Gong Chan Shik. Simple kan?"


"Kalau aku tak mahu?"


Nampaknya IU masih berdegil. Walaupun di ambang bahaya, dia masih tetap memilih untuk menjalankan amanah yang diberi Prof Hyo. Dia memegang teguh dengan prinsip kedua ikrar K.P.I - Kesetiaan kepada misi dan visi. Sebab itu dia tidak mudah goyah apabila diancam.


Lelaki itu agak bengang dengan kata-kata IU tadi. Terlalu bersemangat waja. Tiada langsung tanda-tanda bahawa IU akan menyerah dan mengikut kata-katanya. 

Malas mahu bersaya-awak lagi. Lalu dia menjawab, "Kau ada dua pilihan ! Pertama, kau tinggalkan Gong Chan Shik. Kau bagitahu K.P.I yang kau tak layak untuk tugas ni. Drop yourself and the rest of the team from the case! Ataupun kalau kau masih berdegil, kau tentu mahu pilihan kedua. Iaitu, kau masih mahu mendekatinya dan akhirnya akan berakhir dengan tragedy kematian seorang perempuan bernama IU. Macam mana? Sounds fun kan?"


IU mengetap bibirnya. Psiko sungguh lelaki di hadapan ini. Tapi dia tahu, sekarang ini dia sedang berhadapan dengan lelaki yang mungkin salah seorang orang-orang Cho Junho. Lelaki ini pasti mahu


"Aku nak pilihan ketiga. Bunuh kau." Dengan berbekalkan semangat yang tidak padam, IU berlari speed ke arah lelaki itu lalu menembaknya dari jarak dekat. Terlepas ! IU merengus lalu melepaskan tumbukan pertamanya ke muka lelaki itu kemudian dia mengulanginya beberapa kali tetapi selalu sahaja terlepas kerana lelaki itu berjaya menepis dengan tangan dan kakinya. Pistol yang dipegangnya pula terjatuh dari pegangan.



Lelaki itu mengacukan mata pisaunya ke arah IU lalu perempuan itu menyepak pisau di tangannya dan pisau itu melayang ke udara. Lelaki itu memberi tendangan percuma pada kaki IU. IU tidak sempat mengelak lalu tersembam jatuh. Pada mulanya, lelaki itu fikir dia sudah menang dalam pertaruhan ini, tapi tidak. IU bangkit semula dan memberi flying kick pada wajah lelaki itu membuatkan dia melayang ke belakang dan terjatuh.


Lelaki itu bengang lalu bangkit dari posisinya dan berlari mendapatkan IU lalu merebahkan perempuan itu dengan sekali tolak. IU bangkit lalu menerkam lelaki itu. Mereka bergelut di atas jalan. Tumbukan dibalas dengan tumbukan. Tendangan dibalas dengan tendangan. Masing-masing tidak mahu mengalah. Nafas tercungap-cungap sambil tangan dan kaki ligat pertahankan diri.


IU akhirnya rebah di atas jalan raya setelah badan belakangnya ditendang laju oleh lelaki itu. Nafasnya turun naik. Tidak berdaya mahu melawan kerana hampir 90% tenaganya sudah habis dikerah. Degupan jantungnya meningkat. Nadinya berganda. Lelaki itu menapak mendekati IU. Wajahnya didekatkan pada wajah IU dan menghunus pisaunya pada tekak perempuan itu.


Dalam saat cemas itu, IU tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana bimbang lehernya akan disembelih seperti leher kambing. Buat beberapa saat cuma bunyi orang bernafas sahaja yang kedengaran. Lelaki itu tidak bersuara. Tetapi mengancam akan mengerat anak tekaknya sekiranya dia berani melawan. Lalu bibirnya didekatkan pada telinga perempuan malang itu lalu membisikkan sesuatu.


"Sekarang.. Aku nak pesan dekat kau lagi sekali. TINGGALKAN GONG CHAN ! Atau kawan-kawan kau yang lain... Jadi sasaran aku~"


"Tak nak~!!" bentak IU berusaha untuk melepaskan diri. Lelaki itu baru sahaja mahu menghunus pisaunya menusuk dada IU tetapi niatnya terbantut apabila bunyi motor berderam kuat mendekati kawasan. Sepantas kilat lelaki itu ghaib. Hilang dari pandangan mata.


IU pula terbaring di atas jalan raya. Dadanya masih berdebar. Fikirannya bercelaru. Hari ini, adalah hari paling tragis dalam hidupnya. Ketika dia hampir-hampir sahaja hilang nyawa. Mujur sajalah dia tidak mati.


Ji Yoon P.O.V


Motor ku meluncur laju memasuki kawasan berlorong-lorong. Aku sedang mencari IU. kira-kira 15 minit yang lalu, alat intercom nya tidak berfungsi. Aku syak ada sesuatu yang berlaku. Hanya suaranya sahaja yang kedengaran meminta tolong tetapi apabila kami memberi feedback, dia seseolah tidak dapat dengar. Jadi cepat-cepat aku meminta izin Prof Hyo untuk mencari IU. 

Macam mana aku cari? Pada alat intercom tu ada location tracer. Dengan bantuan satellite dan GPS, mula-mula aku dapat jumpa intercom tu. Intercom itu sahaja. Rupa-rupanya alat tu terjatuh atas jalan mungkin ketika dia sedang berlari kerana dikejar oleh sesuatu. 


Akhirnya aku tiba di simpang jalan mati. Aku berjaya menjumpai IU yang sudah terbongkang di atas jalan raya lantas aku menuruni motor lalu mendapatkan perempuan itu. Aku melutut di hadapannya.


"Yah ! IU sshi ! Kau okay ke tidak ni??" Pipinya ditampar lembut. Matanya hanya separuh sahaja terbuka. Pada lengannya terdapat beberapa kesan tumbukan. Ini apa kes pula ni~ Kesan tumbuk sana sini ni~


Aku meriba kepalanya. "Ji Yoon unnie.....IU kena attack tadi......" Pertuturannya perlahan. Antara dengar dan tidak sahaja. Sekiranya sesiapa ada masalah telinga, memang satu apa pun tidak boleh dengar. Tetapi mujurlah pendengaran aku jelas. Walaupun suaranya sayup-sayup kedengaran, tapi dari situ aku dapat menangkap ada sesuatu yang buruk baru sahaja menimpa IU.


"Kau kenapa ni IU?? Attack?? Siapa pula??" Badannya digoncang-goncang beberapa kali. Perempuan itu menggeleng lemah seraya berkata, "IU... IU tak tahulah unnie... Orang tu... Orang tu..."


"Siapa ORANG tu??"


"Tak...Tak tahu.. Tapi dia..." Eh. Teruk sangatkah dia dibelasah ? Sewaktu dia belasah W.M.S hari itu tak adalah sampai tahap begini sekali.


"Dia... Dia suruh..." Tenaganya seperti sudah diperah habis sehinggakan mahu bercakap pun tidak cukup tenaga. Baru hari pertama tugasan, sudah lembik begini. Haish *geleng kepala*


"Dia suruh apa???" Kesabaran ku terhakis.


"Dia suruh IU..." Badannya digoncang-goncangkan lagi. Okay. Kelihatan seperti menyeksa tetapi pertuturan IU asyik tersangkut-sangkut saja. Aku jadi geram.


"Apa yang dia suruh kau buat IU ??"


"Dia suruh IU.... tinggalkan Gong Chan....."


Aku terkedu. Tinggalkan Gong Chan ? Tapi IU pun baru sahaja kenal lelaki itu hari ni. Tidak sampai sehari pun.

~~~~~


Sesi pembelajaran sedang berjalan. Aku dan rakan sekelas ku yang lain sedang menelaah buku teks biologi kerana cikgu yang mengajar tu yang suruh. Secara jujurnya, aku tak faham langsung dengan subjek yang diajarnya. Ajar laju-laju seperti roket, aku si budak baru ini pula terkial-kiallah menyalin nota yang berjela-jela. 

Biasanya Sunggyu yang akan ajarkan aku mana-mana topik yang aku tak faham. Tetapi hari ni dia tidak tegur aku langsung. Senyum pun tidak. Dia merajuk lagi mungkin? Hah ! Entahlah ! Mataku tertacap kukuh pada baris-baris ayat yang tertera dalam buku teks. Blank. Kertas yang penuh dengan tulisan itu kelihatan bersih seperti kertas A4 yang kosong. Bunyi loceng kelas yang ditekan beberapa kali dari luar mengejutkan aku.


Pintu jenis auto-sliding door itu pun terbuka. Seorang pelajar lelaki terpacul pada muka pintu. Myungsoo.


Lelaki itu menapak memasuki kelas. Seperti biasa, pelajar perempuan sudah tertahan-tahan perasaan mereka manakala kaum lelaki pula tiada perasaan. Myungsoo mendekati Puan Yoon [cikgu Biologi aku] dan berkata-kata sesuatu.


"Wah ! Jaranglah dapat lihat Myungsoo secara dekat ! Bibir dia comel sangat!" ujar Namju yang duduk di hadapan ku. Na Eun disebelahnya mengangguk-anggukkan kepala mengiakan sahaja kata-kata kawannya. Aku pula? Terasa seperti mahu muntah oren. Bibir pun boleh comel ?? Pfft. Bibir ikan keli pun comel juga ~


Myungsoo berjalan mendekati meja kami. Aku rasa dia mahu berjumpa dengan Na Eun dan Namju mungkin? Yalah. Pasti ada perkara yang ingin dibincangkan kerana aku dengar mereka berdua perlu menemubual Myungsoo mengenai kejayaannya sebagai atlet tersohor sekolah untuk slot sukan dalam surat khabar sekolah.


Namju pun dengan penuh gaya gediknya berdiri dari tempat duduknya dan bergerak mendekati Myungsoo. "Myungsoo sshi ! Mahu bincang mengenai temubual itu kah?" Namju bermain-main dengan rambutnya. "Kalau ya pun mahu berbincang mengenai slot sukan tu... lain masa pun boleh sebenarnya tau. Ke... awak rindu mahu menatap wajah saya?"


Apa?? Rindu ??? Gelak besar aku dibuatnya ! Gila apa si Namju ni? Myungsoo kelihatan meluat dengan perangai perempuan yang menghalang jalannya.


"Aku bukannya mahu bercakap dengan kau!" sergah Myungsoo.


LOL


Namju pun terkulat-kulat di hadapan Myungsoo lalu berganjak ke tepi sedikit untuk memberinya ruang.


Lelaki itu berjalan mendekati meja ku. "Jeon Ji Yoon sshi. We have to talk." Aku terpinga-pinga. Myungsoo memberi isyarat. "Outside." Aku bangkit dari tempat duduk ku lalu mengikut Myungsoo. Aku dapat menangkap jelingan Namju dan Na Eun. Sunggyu juga tidak terkecuali. Jelingannya seperti membawa makna yang tersirat.


Kami berdiri terpacak di luar kelas 3-1.


"Apa dia?" tanya ku.


"Kau tanya aku? Kau yang suruh aku berjumpa dengan kau kan ?" Myungsoo mengingatkan kata-kata aku semalam. Baru aku teringat.


"Oh a'ah. Aku lupa," kata ku lalu menyeluk poket dan mengeluarkan sejenis alat dan menyerahkannya kepada Myungsoo.







Lelaki itu menjungkitkan keningnya. "Pen-drive?"


Aku mengangguk.


"Kau suruh aku jumpa kau...semata-mata mahu memberikan aku pen-drive?"


Aku mengangguk lagi. "It's not just a pen-drive."


"Then what? A pen-drive with steering wheel?" sindir Myungsoo. Sindirannya agak menyakitkan hati aku. Aku tidak mengendahkan kata-katanya lalu  memberikan penjelasan lanjut.


"Pen-drive ni bukan pen-drive biasa. It's an e-drive."


"E-drive?"


"Short form for Emergency Pen-drive. Bila-bila masa pen-drive ni berkelip-kelip tidak henti selama 5 minit, kau cepat-cepat cucukkan benda alah ni pada mana-mana laptop, desktop etc. Tapi kau perlu bertahan sikit bila pegang benda alah ni. Bila waktu dia berkelip-kelip tu, suhu pen-drive ni akan jatuh dan benda ni akan jadi sejuk seperti  besi."


"Eh canggihnya pen-drive ni. Lepas sudah cucuk pada laptop apa yang perlu aku buat?" 


"Kau baca saja maklumat yang tertera pada skrin dan kau akan faham. Sekarang ni kau faham tidak apa yang aku cuba jelaskan?"


"Faham....kot."


"Baguslah begitu. Suatu hari nanti kau akan faham kenapa aku serahkan kau pen-drive ni dan pada waktu tu, kau akan sangat sangat bersyukur kerana berkawan dengan aku. Jangan hilangkan pen-drive tu!" pesan ku lalu melangkah masuk ke dalam kelas meninggalkan Myungsoo yang terpinga-pinga.

















to be continued 


4 responses to Gun Fighter Part 11

  1. AmyZana says:

    IddMinwoo : thanks bace :))

  2. MilaDH says:

    Patutlah aku takthau bila iu nak kene bunuh. aku miss part nih!

  3. AmyZana says:

    itulah ~ jgn miss ape2 lagi tau xD