Gun Fighter Part 12



Author P.O.V

Waktu : 4.00 petang
Lokasi : Makmal sekolah
Catatan : Perbincangan ejen

Ji Yoon P.O.V

Topik perbincangan kami hari ini adalah mengenai suspek-suspek yang terlibat dalam kes seperti Gong Chan Shik dan kejadian yang baru sahaja menimpa IU. Prof Hyo berpesan supaya kami berhati-hati dan mulai sekarang, IU tidak boleh ditinggalkan berseorangan. *over protective*

Ulasan aku mengenai kejadian baru-baru itu, aku rasa Gong Chan bukan Cho Junho. Hanya pandangan peribadi aku yang aku tak mahu berkongsi dengan sesiapa. Lagipun terlalu awal untuk membuat apa-apa ramalan. Gong Chan mungkin pesalah.. mungkin juga tidak. Sesiapa sahaja boleh jadi Cho Junho. Pak cik sapu sampah, jaga sekolah atau lebih teruk sekiranya guru yang bekerja di S.P itu adalah Cho Junho.

"Mesyuarat kita berakhir di sini, saya minta diri dulu," ujar Prof Hyo. Kami semua bangkit lalu memberi tunduk hormat. Prof Hyo memberi tunduk hormat juga sebelum melangkah keluar daripada makmal.

"Jadi macam mana sekarang?" soal Hyun Seung sebaik sahaja kelibat Prof Hyo sudah hilang dari pandangan mata.

Aku menjungkit bahu. "Entah.

"Macam mana apa lagi~ Kita perlu segeralah cari di mana berlian itu tersorok dan juga mengenai dua orang lelaki yang berada dengan Gong Chan pada hari yang lepas itu," kata Sunggyu sambil membetul-betulkan rambut ais krim nya.

"Itu bukan masalah aku." Sungyeol mengangkat kedua-dua belah tangannya. "Aku cuma sebagai back-up agent saja di sini ya. Hehe."

"Ikut sedap kepala otak kau seorang saja ya~ Eh hello Cik Lee Sungyeol. Kita semua ni perlu bekerja sama untuk menyelesaikan benda alah ni. Mentang-mentang kau ejen simpanan, bukannya bermaksud tak perlu buat apa-apa." Aku mengingatkan Sungyeol.

"Berita baik," celah Sunggyu. "Aku baru saja dapat tahu mengenai dua orang lelaki itu." Dia menjungkit-jungkitkan keningnya. Senyuman bangga menghiasi wajah. Tahu pula dia mahu senyum. Sejak akhir-akhir ni, menyombong saja dengan aku.

"Really hyung nim??" tanya IU tidak percaya. Sunggyu mengangguk sambil tunjuk thumbs up.

"Tapi jangan excited dulu awal-awal. It's just basic info and it might not help that much," jelas Sunggyu.

"Okay, whatever. Just spill." Aku sudah tidak sabar lagi mahu tahu gerangan dua orang suspek itu.

"Mula-mula sekali, yang berambut blonde coklat dan berketinggian sederhana tinggi itu nama panggilannya adalah D-Woo. Seorang lagi pula yang berambut berwarna hitam nama panggilannya adalah Hobaby."

Teruknya nama mereka. Tiada calitan glamor langsung. T.T

Kami memasang telinga dan mendengar lebih lanjut kata-kata Sunggyu. "Mereka berdua itu sebenarnya adalah bekas member kongsi gelap paling berkuasa di bandar Seoul iaitu Big Bang. Tetapi mereka bukan lagi ahli kongsi gelap kumpulan itu kerana sudah menyertai Cho Junho. Apa sahaja arahan Cho Junho, mereka akan turuti. Menurut sumber yang saya cari, mereka keluar dari Big Bang bukan atas kerelaan ketua kumpulan kongsi gelap itu."

"Siapa ketuanya?" soal Sungyeol.

"Aku sendiri tidak tahu. Tapi, mereka berdua ni diburu oleh Big Bang kerana sewenang-wenangnya menarik diri dari kumpulan tanpa kebenaran. Sama seperti Cho Junho, mereka berdua pandai mengelirukan orang dan selalu bertukar-tukar identiti dengan memalsukan kad pengenalan, fail, sijil lahir dan macam-macam lagilah."

"Wah~~~ Dari sumber mana kau dapat semua ni Sunggyu?" tanya Hyun Seung. Kagum dengan Sunggyu.

"Semalam aku pergi headquarters K.P.I . Saja rujuk-rujuk fail mengenai kes rompakan Cho Junho. Macam-macam dia rompak sebelum ni. D-Woo dan Hobaby ni pula seperti bodyguard kepada Cho Junho. Di mana ada Cho Junho, di situ ada mereka. Segala kerja-kerja membunuh, merekalah yang bertanggungjawab," kata Sunggyu lagi.

Wah. Maju Cho Junho ni rupanya. Sampai ada bodyguard bagai. Kerja-kerja membunuh semua dia serah kepada orang suruhan pula. Firasat aku mengatakan bahawa Cho Junho ni adalah penjahat paling amatur dalam dunia jenayah. Sudahlah tak pernah membunuh orang. Buta IT pula tu. KESIAN.

Aku menggengam pistol pada tangan. "Kalau aku dapat lelaki dua ekor tu, tak sabar aku mahu membunuh mereka. Baru mereka berdua tahu betapa sedapnya kena bunuh."

"Eeee... Psikonya kau Ji Yoon. Seram aku dengar." Sungyeol mengusap-usap lengannya. Mungkin kerana bulu romanya meremang apabila aku kata begitu.

Aku hanya mencebik. "A killer deserved to be dead."

"Macam mana dengan Gong Chan?" tanya Hyun Seung kepada IU. IU membuat muncung.

"Entahlah hyungnim. Macam tak ada perkembangan saja. Dia tak buat apa-apa pun."

"Nothing?" tanya Hyun Seung, meminta kepastian.

"Suka menghilangkan diri. Itu sajalah. Rehat tadi, IU makan dengan dia. Dia kelihatan normal. Entahlah. IU sendiri tak tahu."

"Oh. Patutlah aku tak nampak kau. Rupa-rupanya... dengan Gong Chan," ujar Hyun Seung mengalih pandangannya ke tempat lain.

LOL. Look who's jealous. Memang samalah Hyun Seung dan Sunggyu ni. Aku menggeleng kepala. Kemudian mata ku memandang ke arah Sungyeol yang ketika itu sedang membelek-belek pistol pada tangannya. Selama ni aku tak pernah pula nampak Sungyeol memegang pistol. "Pistol baru ke Sungyeol?"

Lelaki itu memandang aku dan menggeleng. Kemudian dia memandang semula ke arah pistol pada tangannya. "Taklah. Bukannya baru sangat pun. Cuma aku tak pandai guna."

"Huh? Tak pandai guna? Apa susahnya mahu menembak? Kau aim sajalah di mana-mana kemudian tarik saja picunya. Tertembaklah ia," kata Hyun Seung di sebelahnya.

"Macam mana?" tanya Sungyeol. Agak keliru dengan penjelasan Hyun Seung tadi.

Aku meminta pistol itu daripada Sungyeol lalu membelek-beleknya dari setiap penjuru. Aku sudah dapat agak ini pistol apa melalui berat dan reka bentuknya. "Panjang larasnya 125 mm dan kapasiti pelurunya 15 Rds. Total length 217 mm dengan berat 950 g." Aku meneliti lagi pistol itu dan terdapat perkataan 'made in Italy' di atas laras pistol. "Beretta 92 kan?" aku mengagak.

Sungyeol melopong. "Macam mana kau tahu??"

"Research," jawabku pendek. Mindaku lebih fokus pada pistol Beretta 92 yang menggamit perhatian ku ini. Menarik. I tried gripping the handgun. Somehow, it felt uncomfortable. Mungkin kerana pistol ini terlalu besar untuk tangan aku yang kecil. Lagipun selama ni aku sudah biasa dengan pistol Daewoo K5 yang lebih ringan berbanding Beretta 92.

"Tunjuklah demo," kata Sungyeol.

Aku mengacukan muncung pistol pada belakang makmal. Sasaran ku adalah cermin kaca pada dinding itu. "First step, always be sure of your target. Second step, place your dominant hand pada belakang grip pistol kemudian letakkan tangan lagi satu pada bawah pistol dan genggam kemas. Jangan sesekali letakkan jari pada picu kalau tak pasti akan posisi target." Dia mengangguk memahami.

"Kemudian, stand with your feet dan bengkokkan lutut sedikit." Aku pun bengkokkan sedikit lutut ku supaya Sungyeol faham akan apa yang aku cuba ajar. "Raise your hand towards your target. Next step, gunakan mata dominan untuk menganggar posisi dan jarak target dengan tepat. Kemudian... tembak sajalah. Faham Sungyeol?"

Sunggyu, Sungyeol,IU and Hyun Seung gave me a round of applause. "Awesome !" kata mereka semua hampir serentak.

"It's just basic though. Kalau mahu belajar lebih lagi, kita kenalah pergi ke mana-mana gun range untuk berlatih." Pandangan ku berkalih ke arah Sungyeol kemudian mencampakkan pistol itu kepadanya. Dia menyambut pistolnya. "Great ! Kau boleh ajar aku lagi di sana ya Ji Yoon!" sengih Sungyeol. Menampakkan sebaris giginya yang putih.

Aku hanya mengangguk acuh tak acuh. Sebenarnya aku malas mahu mengajar Sungyeol. K.P.I sepatutnya lebih prihatin dengan pelajar yang lembab seperti Sungyeol ni. Sungyeol menyambung kata, "Esok Ji Young keluar hospital."

"Hooray ! Tak sabarnya mahu berjumpa dengan Ji Young unnie !" jerit IU kegirangan. Yang lain kelihatan gembira dengan berita yang dibawa Sungyeol.

Sunggyu menepuk-nepuk bahu Sungyeol. "Baguslah tu. Lepas ni, kita boleh bebankan dia dengan tugasan-tugasan ni. Hahaha!" Seloroh Sunggyu, bertepuk tampar dengan Hyun Seung yang turut bersetuju dengan kenyataannya.

"Betul betul. 3 hari sudah dia berehat. Giliran aku pula berehat lepas ni," celah Hyun Seung.

"Curi tulang!" ujar Sunggyu.

~~~~~

Aku menjadi orang yang terakhir melangkah keluar dari makmal. Segala peralatan makmal sudah dipastikan berada dalam keadaan seperti asal. Kerusi-kerusi yang mereka tidak susun tu, akulah yang susun kesemuanya. Dari menyapu sampah, hinggalah menutup segala suis yang ada, akulah yang buat kesemuanya. Ya. Hidup aku memang sedih.

Sebaik sahaja auto-sliding door makmal dikunci dengan pass code, aku bergerak ke arah tangga yang berdekatan. Suprisingly, someone was waiting for me there. That....... idiot someone.

"Lama kau bersiap. Kau buat apa di dalam?." Tanya lelaki itu ke pada ku. Wajah sepuluh sen nya memang betul-betul seperti minta kaki.

"Ada aku suruh kau tunggu ke?" sindir ku kepada lelaki itu lalu menuruni tangga tanpa menghiraukan kehadirannya.

"Yah ! Jeon Ji Yoon sshi !" laung lelaki itu dari belakang. Lelaki itu segera menuruni anak tangga dengan laju untuk menyaingi ku yang sudah maju beberapa anak tangga ke bawah.

Kemudian dia tidak bercakap lagi. Dia hanya mendiamkan diri dan mengikut sahaja langkah kaki ku menuruni anak tangga, menyusuri koridor-koridor sekolah, berjalan ke arah lobby, sehinggalah berada di pintu gerbang besar Seoul Paradise.

Aku menghentikan langkah ku. Dia juga turut menghentikan langkahnya. Aku memalingkan badan ku untuk menghadap lelaki tersebut. "Kau boleh jangan ikut aku tak Sunggyu? Aku rimas."

Dia tergelak kecil."Rimas? Sejak bilalah pula ni kau rimas dengan aku." Dia cuba mengambil hati aku tapi aku tak tercuit langsung. 3 hari berturut-turut dia langsung tak bercakap dengan aku kecuali ketika mesyuarat ejen. Kemudian tiba-tiba, dia tegur aku pula. Kenapa dengan dia ni??

"Aku sejak azali lagi rimas hendak berkawan dengan sesiapa. Lagi ramai orang hadir dalam hidup aku, lagi sesak dibuatnya. Salah seorangnya adalah kau." Amarah ku cuba dikawal di hadapannya.

Pipinya dikembungkan kemudian dia cuba berlagak manja sambil membuat mulut itik. "Alah JiJi ni... Janganlah marah dekat aku... Okeylah okeylah. Lain kali aku tak halang persahabatan kau dengan Woohyun tu. Okay?" Tangannya membentuk simbol 'peace'.

Haish. Inilah manusia. Mentang-mentanglah aku selalu bersama-sama dengan Woohyun, serta-merta orang berfikir kami ada apa-apa hubungan istimewa. Bukannya Sunggyu seorang sahaja, ramai lagi yang macam ni sebenarnya. Makin lama, aku makin rimas pula. Baru pagi tadi ada dua orang senior yang serang aku dan mengancam untuk bertindak lebih ganas sekiranya aku tidak menjauhi Woohyun. LAUGH OUT LOUD.

Mahu diikutkan hati, sekarang juga aku mahu tinggalkan Woohyun. Malah, aku mahu tinggalkan terus sekolah Seoul Paradise ni. Paradise konon. Hakikatnya macam neraka. Syaitan yang bertopengkan  manusia berlegar-legar bebas di dalamnya.

"Okay dengar sini. Sebenarnya, aku memang tak ada langsung hubungan persahabatan dengan Woohyun dan Myungsoo okay? Kecuali Sungjong. Sebab dia sangat baik dengan aku. Masa awal-awal aku tiba di sini, mereka serang aku di terowong bawah bukit sana tu dan mengancam akan cederakan aku. Tapi aku bernasib baik sebab IU tolong aku. Selepas itu, aku mengugut akan sebarkan cerita ni kepada guru-guru sekolah. 

Gambar-gambar mereka yang teruk dibelasah IU juga akan diserahkan kepada Namju, Eunji dan Na Eun sekiranya mereka bertiga tidak mengikut arahan aku. Sebab itulah tiba-tiba sahaja kami start hangout sama-sama di kantin dan ke mana-mana kami pergi, kami pasti bersama-sama. Ini semua datangnya dari ancaman aku. Sekarang kau dah faham? 

Aku sudah penat bercerita ni Sunggyu. Sekarang ni sudah jam 5.00 petang, aku mahu bergerak ke office K.P.I di bandar. Pergilah balik rumah~." Panjang berjela cerita ku. Disebabkan dia, aku sudah terlewat untuk ke headquarters K.P.I . Tujuan aku? Mahu mencari tahu siapa yang membunuh ayah aku 7 tahun yang lepas. Tetapi misi ku terhalang oleh Sunggyu yang melengah-lengahkan waktu aku.

"Kau ni. Aku sudah minta maaf kan?? Maafkan sajalah !" bentak Sunggyu dengan kuat. Pergaduhan kami menarik perhatian security guard yang berjaga di muka pintu. Sebaik sahaja melihatnya, aku segera buat-buat mesra dengan Sunggyu dengan mencubit-cubit pipinya. Apabila pak guard itu tidak lagi pandang, aku melepaskan cubitan ku lalu memukul badannya.

"Hey ! Suka hati akulah mahu maafkan kau atau tidak!" Tidak lagi menghiraukan Sunggyu, aku segera menapak mendekati bus stop dan menahan teksi. Aku perlu bergegas. Puan Kim hanya benarkan aku balik lewat dalam jam 9.00 malam sahaja. Kalau tidak, mati aku.

"Eh Ji Yoon ! Tunggulah !" laung Sunggyu dari belakang.

Cepat-cepat aku memasuki perut teksi dan segera menyuruh pemandu itu bergerak tetapi tiba-tiba saja enjin teksi on off dan Sunggyu sempat menaiki teksi itu dan duduk di sebelah ku. Mukanya selamba. Kami berbalas pandangan. Aku mencebik geram. Sunggyu tersengih lebar.

ARGHHHHHH !!!!

~~~~~

Sepanjang 30 minit di dalam teksi, aku tidak bercakap langsung dengan Sunggyu. Hish ! Kenapalah dia perlu ikut aku naik teksi? Grr. Aku menoleh sekilas ke arahnya. Dia sedang mendengar lagu-lagu dari MP3 dan mengangguk-anggukkan kepala.

"Okay cik. Sudah sampai di headquarters K.P.I," kata pemandu teksi itu. Lalu aku menyerahkan wang bayaran kepadanya dan melangkah keluar dari teksi.

"Hoi Sunggyu ! Kau nak duduk saja dalam kereta ke?" Soalanku mengejutkan Sunggyu dari lamunan. Dia pun terkocoh-kocoh keluar dari teksi kemudian teksi itu pun berlalu pergi.

Kami berdua berdiri tercegat di hadapan bangunan K.P.I yang kelihatan gah dan elegan. Buat beberapa saat, kami tidak berkata walaupun sepatah. Aku menarik nafas dalam-dalam. Lalu mengorak langkah mendekati pintu masuk diikuti dengan Sunggyu di belakang.

Masuk sahaja ke dalam bangunan, penuh dengan orang. Kadang-kadang aku keliru. Ini office polis ke hotel lima bintang? Ada yang terkocoh-kocoh meninggalkan lobby. Ada beberapa yang beratur hendak menaiki lif dan ada juga yang bersembang-sembang kosong di sofa sambil meminum teh. Busy sangat nampaknya hari ini.

Interior design lobby pun sudah lain. Lantainya sudah pakai lantai marmar warna emas yang dapat  memantulkan imej. Counter pun sudah lain. Seperti hotel. Nampak sangat mewah berbanding sebelum ini. Kami berdua pun menapak ke arah kaunter dan berdiri tercegat di situ buat beberapa saat.

"Ehem ehem," dehem Sunggyu. Perempuan yang bekerja di kaunter itu tidak memberi sebarang respon. Tangannya ligat menaip sesuatu pada skrin komputer. Sesekali dia membetulkan kaca matanya. Aku tidak mengenali langsung perempuan ini. Tertanya-tanya aku ke manakah perginya Miss Taeyeon yang sebelum ini bekerja di sini. Sudah ganti orang lain nampaknya. Dan orang ini, langsung tidak menghiraukan kami.

"Urm. Hello. Benarkan saya naik ke tingkat atas dan memasuki bilik file storage," kata ku selamba.

Perempuan itu mengangkat wajahnya. Tag namanya tertera "GOO HARA". Newbie rupanya perempuan ni. Dia hanya mencebik. "Dan mengapa pula saya perlu memberi kebenaran kepada awak?"

Amboi perempuan ni.

"Sebab saya bekerja di sini." Aku membalas renungan tajamnya. Hara tergelak besar.

"Awak bekerja di sini? Apa buktinya? Awak berdua ni cuma pelajar sekolah yang mungkin tak tahu apa yang awak cuba buat," sindir Hara dan menyilangkan tangannya.

"Tapi tempoh hari saya masuk ke sini okay sahaja..." kata Sunggyu. Memang Sunggyu ada cakap yang dia ke headquarters untuk cari maklumat sedikit fasal dua orang suspek tu. Apa nama mereka ya aku sudah lupa pula.. Nama pelik-pelik sangat.

"Itu tempoh hari. Sekarang, kita bercerita mengenai hari ini! Awak mana boleh masuk bangunan ini sesuka hati. Lagipun saya tak kenal awak berdua siapa. Ini sudah dikira menceroboh!" tingkah perempuan itu. Dia mengimbas kami berdua dari atas ke bawah kemudian ke atas semula lalu menggelengkan kepalanya.

"Hey hey hey ! Jangan berani tuduh-tuduh kami penceroboh ya ! Kami ada hak untuk masuk bangunan ni, okay? Kau tu cuma orang baru sahaja di syarikat ni. Pangkat tak tinggi mana, berlagak macam boss. Just let us in!" bentak ku dengan nada marah.

"Hey perempuan. Mulut jangan kurang ajar sangat! Aku ni, pekerja paling cemerlang di sini. Aku panggil guard nanti, siap kamu berdua !"

“Panggillah ! Aku berani kerat jari pak guard pun tahu kami siapa.” Aku menyindir perempuan itu.

“Aku halau kau nanti!” ugut perempuan itu.

Mahu pakai halau pula perempuan ni~ Aku baru sahaja mahu membidas kata-katanya sebelum ada suara yang membantutkan niat ku. "Beri sahaja mereka masuk."

"Tapi mereka berdua ni penceroboh tuan. Mana boleh bawa mereka masuk," tingkah Goo Hara. Dia menjeling ke arah kami berdua seolah-oleh memberi amaran.

Kami berdua berpaling ke arah suara. Terkejut besar kami dibuatnya.

"Major Monogram Top!" Hampir serentak kami bersuara. Kemudian aku dan Sunggyu pun membalas pandangan lalu terburai tawa kami.

Major Top tidak menghiraukan kami lalu memberi arahan kepada Goo Hara. "Mereka ini ejen yang bekerja di sini jadi benarkan mereka masuk." Perempuan itu tersentap dengan arahan Major Top. Aku dapat agak dia pasti tidak percaya. Matanya terkelip-kelip memandang kami. Kemudian rona-rona merah terbit pada pipinya. Malu mungkin.

"Nama siapa?" tanya Goo Hara.

Sunggyu menjawab. "Nama saya Kim Sunggyu dan perempuan sebelah saya ni Jeon Ji Yoon." Perempuan itu tersentap mendengar namaku. LOL at her face ! Nama kami di key-in ke dalam computer. Giliran aku pula mencebik ke arah perempuan itu lalu aku memberi pesanan, "Kalau sudah baru tu, buat cara orang baru. Faham?" Lantas ku meninggalkan kaunter dan mendapatkan Sunggyu yang sedang berkata-kata sesuatu dengan Major Top.

Lalu aku menegur Major Top."Tuan. Mengapa rambut tuan sudah berwarna biru? Fesyen terkini ke?"


Before



After 





"Nampak style tuan!" kata Sunggyu lalu terkekeh-kekeh ketawa sambil menunjukkan two thumbs up.

"Mengapa? Tak lawa ke? Okey apa. Inilah fesyen terbaru zaman sekarang. Mewarnakan rambut dengan warna-warna terang." Major Top mengelus rambutnya beberapa kali. Kenyataannya membuatkan aku tergelak. "Lama tak berjumpa dengan kamu Jeon Ji Yoon. Macam mana dengan kes? Okay?"

Major Monogram Top merupakan orang penting di KPI. Dia adalah boss di sini. Masa aku jadi trainee dulu, dia selalu memberikan aku tunjuk ajar. Dia lebih perhatian kepada aku kerana aku adalah anak sulung kepada ayah yang dahulu pernah bekerja di sini. 

Ayah sering dilabelkan sebagai ejen lima bintang di KPI. Jadi Major Top juga mahu aku menjadi ejen lima bintang macam ayah. Major Top kawan lama ayah dulu, sebelum ayah meninggalkan.

"Entahlah tuan. No comment," ujar ku.

Sunggyu menambah,"Kes ni lambat berkembang rasanya tuan. Kami pun masih pada peringkat awal penyiasatan. Nothing big."

"Posisi awak sudah terdedah ke?" tanya Major Top kepada kami. Aku dan Sunggyu membalas pandangan lalu memandang wajah Major Top dan menggelengkan kepala. "Baguslah macam tu. So what brings you both here?"

"Saya temankan Ji Yoon saja tuan," kata Sunggyu.

Major Top memandang ku dan bebola mata kami pun berlaga. Seperti ada kuasa telepati, Major meneka, "Awak mahu tahu mengenai ayah awak?"

Aku mengangguk. Tidak terkejut dengan soalan Major Top.

"Mari ikut saya," ujar Major Top lalu menapak ke arah lif. Aku dan Sunggyu pun bergerak mengikuti lelaki itu dari belakang.

~~~~~

Author P.O.V

Lokasi : File Storage Room

Major Top mencapai sekeping fail di rak paling atas sekali. Kemudian fail itu diselak-selaknya untuk memastikan itu adalah fail yang dicarinya.

"Ini dia fail kes mengenai kematian ayah awak 7 tahun lepas. Sudah berdebu ni hah." Fail itu diserahkan kepada Ji Yoon yang sedang duduk-duduk atas kerusi. Ji Yoon mengamati fail itu buat seketika. Dia membaca mukasurat pertama.

"Apa motif pembunuhan ayah saya ketika itu?" Ji Yoon bertanya sambil matanya ralit membaca perkataan-perkataan yang tercetak pada muka surat tersebut.

"Atas dasar cemburu." Pendek jawapan Major Top.

"Cemburu? Itu sahaja?" Ji Yoon seperti tidak puas hati dengan jawapan tuannya. "Manusia manalah yang tergamak bunuh ayah saya atas faktor cemburu."

Major Top mengambil tempat duduk di sebelah Ji Yoon. "Bersabarlah Ji Yoon."

"Sudah lama saya bersabar tuan. Sudah 7 tahun semenjak ayah saya dibunuh, kini baru saya sibuk-sibuk mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kalau saya dapat pembunuh ayah saya tu... Habis dicincang lumat-lumat! Tidak pun, saya tembak saja tepat pada dahinya. Biar dia mati!" Pengakuan Ji Yoon penuh perasaan.

"Jangan bertindak mengikut perasaan sangat Ji Yoon. Pembunuhan ayah awak, biar KPI uruskan. Awak hanya perlu fokus akan kes ini sahaja."

Ji Yoon P.O.V

Apa?? Fokus akan kes ini sahaja? Disebabkan kematian ayah akulah aku mahu sertai KPI ni. Jika tidak disebabkan mahu menjejak pembunuh ayah, tak ingin aku mahu berada di sini. Kecil-kecil lagi sudah belajar perkara-perkara serius. Menembaklah, memanahlah. 

Aku lakukan ini pun bukannya atas kehendak sendiri. Semuanya aku lakukan untuk mendapatkan keadilan atas kematian ayah. Nasib baiklah Sunggyu tidak dibenarkan masuk ke bilik ini kerana Major Top tak benarkan dia mengetahui tentang ayah aku.

Sebenarnya ejen-ejen yang lain memang sudah tahu ayah aku sudah mati tapi tiada seorang pun yang ringan mulut bertanya bagaimana ayah aku boleh mati. Tak apalah. Sekiranya ditanya pun, aku memang tak mahu menceritakan apa-apa kepada mereka. Biarlah beban ni aku tanggung sendiri. Orang lain tak perlu bebankan fikiran sebab aku atau memberi simpati kepada aku. I will feel pathetic if that happens.

"Sudah tiba masanya awak lupakan segala-galanya Ji Yoon. Perkara yang sudah lepas, biarlah berlepas. Tak perlu difikirkan lagi. Dendam akan mengeruhkan lagi keadaan." Major Top cuba melembutkan hati aku.

Tetapi aku masih berkeras. Tetap dengan pendirian. Prinsip ku tidak senang goyah dengan kata-kata itu. "Tak. Tak boleh. Saya ke sini pun sebab ayah saya. Tuan tak boleh arahkan saya untuk melupakan apa yang berlaku. Tuan nak cakap yang tuan dah lupakan janji? Janji tuan yang dulu tu. Janji tuan, tuan akan tolong saya jejak pembunuh ayah. Mengapa tiba-tiba tuan mahu saya melupakannya pula?" 

Nafasku turun naik menahan geram. Aku terasa seperti ditipu dengan janji-janji palsu lelaki yang menghadapku ini.

"Saya.... sudah lama berkawan dengan ayah awak. Malah, kami berdua telah berkawan sejak menjadi trainee lagi. Cuma nasib sahaja yang membezakan kami berdua. Ayah awak meninggal sebelum dia dapat mencapai matlamat hidupnya dan saya pula? Sudah berjaya mengambil alih pengurusan KPI dan menjadi orang pertama di pejabat ini." 

Kekeliruanku menebal apabila mendengar kata-kata Major Top. Aku tak faham langsung. Apa kaitannya matlamat kejayaan dengan kematian ayah ?

"Saya tak faham." Aku menyuarakan rasa hati.

"Maksud saya tadi, saya sudah lama berkawan dengan ayah awak sejak umur kami dalam 20 tahun. Sekarang ini, saya sudah berusia 40 tahun lebih. Ayah awak baik orangnya. Cekap buat kerja. Ejen paling cemerlang di KPI. Setelah kematian ayah awak, saya juga kadang-kala terfikir untuk membalas dendam. Tetapi setelah beberapa tahun kebelakangan ini, baru saya sedar."

"Apa yang tuan sedar?"

Major Top hanya tersenyum kecil tapi kebanyakan masa dia bercakap sambil memusing-musingkan pen di tangan."Balas dendam bukan jalan penyelesaiannya." Dia tersenyum memandang ku. Mengharapkan yang aku faham apa yang dia cuba sampaikan. Memang aku faham apa yang dia cuba sampaikan. Dia cuba bercakap lembut supaya aku cepat-cepat lupakan hasrat aku. Hasrat membalas dendam.

But sorry big boss. I will NEVER forget what happened the past 7 years.

Aku tidak mengendahkan lagi kata-katanya. Tanganku pantas menyelak fail sehinggalah apabila aku sudah sampai ke helaian terakhir. Belum sempat aku mahu membaca apa yang tercatat, Major Top merampas fail itu di tanganku. "Ji Yoon sshi." Nadanya serius. Aku juga terkejut dengan tindakannya.

"Apa ni tuan??" marahku.

"Awak baliklah dulu. Berehat. Mood awak nampak tak stabil," nasihat Major Top.

"I'm fine sir ! Just give me the file!" pintaku.

Major Top tetap enggan menyerahkan fail itu. Dia beberapa kali suruh aku pulang ke rumah. "Just go home Ji Yoon. Come here some other day." Demi mendengar kata-kata itu, aku terus berdiri dan berjalan membelakangi Major Top. Hendak menuju ke arah pintu. Dari sini aku dapat menghidu sesuatu. Major Top cuba sorokkkan something dari pengetahuan aku.

Aku memulas tombol pintu dan pintu itu terkuak kecil. Aku berbalas pandang dengan Major Top. Mataku mencerun memandang lelaki berambut biru itu. "Saya tak akan mengalah."

Aku pun terus keluar dari bilik meninggalkan Major Top.

Nampaknya aku ada tugasan lebih, selain menyelesaikan kes Cho Junho. Aku akan berusaha mencari tahu apa yang Major Top cuba sorokkan. Walau dengan apa cara sekalipun.

















to be continued

2 responses to Gun Fighter Part 12

  1. MilaDH says:

    OMGG! Sekali 4 post kau buat. and panjang panjang.. No timee untuk baca and komen seklai guss. But, i'll try. BTW, d-woo and hobaby. Hahaha:P Lawak kot nama dongwoo

  2. AmyZana says:

    memang. aku google search and fans kate itu sbnrnye nickname dongwoo -.-''