Gun Fighter Part 13




Waktu : 7.45 malam


Sunggyu P.O.V

Ji Yoon melangkah keluar dari bangunan KPI dengan wajah yang mencuka. Dahinya berkerut seribu. Menahan marah mungkin. Entah apalah yang Major Top cakap dengan dia. Sudahlah aku tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik file storage tu. Aku juga mahu tahu apa yang Ji Yoon mahu cari di bilik itu. 

Tadi dalam office, aku cuba curi-curi dengar perbualan mereka dari luar tetapi pintu kalis suara itu menghalang niat aku. Disebabkan frust kerana seperti dipinggirkan, jadi aku keluar saja dari bangunan untuk menghirup udara segar.

Yang aku musykilnya, mengapa tiba-tiba Ji Yoon mahu tahu fasal ayah dia?

Perempuan itu menapak mendekatiku dengan tangannya diseluk dalam kocek jaket. "Jom". Pendek sahaja arahan Ji Yoon. Aku pun mengikuti gerak langkahnya.

"Kita mahu ke mana?" tanya ku.

Ji Yoon berhenti berjalan. Kemudian dia menoleh ke arah ku. "Baliklah. Kau mahu tinggal di sini ke?" Seperti biasa, telinga aku dihidangkan dengan kata-kata sinis Ji Yoon. Lagipun dia macam tengah angin sekarang. Jadi lebih baiklah aku ikut saja kata-kata dia daripada menjadi mangsa keadaan.

Aku pun berjalan di sebelah Ji Yoon. Beberapa kali dia menghembuskan nafas berat. I wonder what's on her mind. "Kau okay ke?"

Dia tidak menjawab sebaliknya dia hanya menggeleng.

"Apa yang tuan cakapkan dalam bilik maklumat tu tadi?" tanya ku. Agak lama soalan itu dibiar sepi tanpa jawapan. Aku assume dia tidak mahu membicarakan apa-apa dengan aku. Tak apalah. Siapalah aku ni bagi dia~ *sob sob*

"Kau mahu makan dulu?" tanya aku lagi.

Mula-mula aku fikir dia tidak mahu menjawab tetapi akhirnya dia memberi respon. "Kita mahu makan di mana?"

"Ikut kau."

Akhirnya kami membuat keputusan untuk singgah di food stall di tepi jalan dan membeli burger saja. Selesai membuat bayaran, kami berdua pun duduk di atas bangku di sebuah taman permainan. Sambil makan, sambil menikmati keindahan alam.

Dia tidak bercakap apa-apa pun. Berselera dia makan. Aku agak dia mesti lapar gila. Aku menggigit cebisan terakhir kemudian membuang plastik burger itu ke dalam tong sampah berdekatan dengan buaian.

Sejuk pula malam-malam macam ni.  Lokasinya terletak di atas bukit mungkin sebab tulah. Sunyi pula tu taman permainan ni. Aku sudah terbayang bukan-bukan. Aku mengambil tempat duduk di atas bangku itu bersebelahan dengan Ji Yoon.

"Kau pernah tak rasa hidup kau tak bermakna?" Soalan yang meluncur keluar dari mulutnya.

Aku menjungkitkan bahu. "Entah." Aku memandangnya sekilas. "Kenapa tanya?"

Ji Yoon menggeleng sambil mengesat bibirnya yang comot. "Tak adalah. Saja mahu tahu." Buat beberapa ketika kami berdua tidak bersuara. Kemudian Ji Yoon memecahkan kesunyian dengan membuka ceritanya kepada ku. "Sejak ayah aku dengan adik aku mati kan... aku rasa ... hidup aku sudah tiada banyak makna lagi."

Aku agak tersentap. Yalah. Tiba-tiba sahaja mahu berkongsi masalah dengan aku ni. Jangan-jangan Major Top sudah brainwash dia tak? "Kenapa pula macam tu?"

"Mereka tu macam semangat untuk aku. Bila mereka berdua sudah tiada, aku rasa semangat aku pun sudah hilang. Kau pernah hilang orang yang kau sayang?" tanya Ji Yoon.

Aku mengelamun jauh. Hilang orang yang aku sayang? Pernahlah sekali. Waktu itu aku 14 tahun. Dia kawan baik aku. Nama dia Bomi. Dia bestfriend yang paling aku sayang. Lagipun kami sudah berkawan sejak di bangku tadika lagi. Tapi suatu hari, dia kata dia mahu berpindah ke Australia. Aku sedih bila dengar berita yang disampaikannya. Tapi apa aku boleh buat? Aku cuma boleh buat-buat gembira saja untuk dia. 

Malam perpindahan Bomi ke Australia, aku dengar berita ada kapal terbang terhempas. Rupa-rupanya itu kapal terbang yang dinaiki Bomi.

Pahit. Tapi aku terpaksa telan. Semenjak hari itu. Aku kemurungan. Sehinggalah aku sertai KPI dengan menjadi trainee. Things have gotten better since then.

Aku menggeleng. "No. I never lose anybody before." Sengaja aku tipu dia.

"Oh..patutlah..." keluh Ji Yoon. Memandang tanah.

"Patutlah apa?" soalku.

"Tak ada apa-apalah," jawab Ji Yoon.

Ada satu perkara yang bermain-main dalam minda aku. Aku mahu tahu sangat satu perkara ni. Mula-mulanya aku teragak-agak mahu tanya tapi entah kenapa laju saja soalan tu meluncur keluar, "Macam mana ayah kau meninggal?"

Ji Yoon tersentap. Matanya terkelip-kelip memandang aku. I bit my lower lips. Rasa macam mahu tampar diri sendiri! "S-sorry for asking."

"It's okay." Ji Yoon tersenyum kecil. Kepalanya didongakkan ke langit. Matanya dikatup rapat. Mungkin cuba menyelami kisah silamnya semula. Kemudian dia bercerita....

[Flashback]

"Malam itu terlalu hening bagi aku. Sangat pahit untuk aku telannya sendiri. Perasaan aku pula berkocak melihat tragedi yang berlaku di hadapan mata aku. Pada mulanya aku fikir itu suatu mimpi, tetapi melihat ayah terbaring kaku, aku tahu ini bukan mainan tidur." Ji Yoon mengatup matanya rapat-rapat. Seperti menahan kesakitan dalaman.

Ji Yoon menyambung ceritanya. "Segala-galanya bermula pada suatu malam yang mencatat sejarah hitam dalam memori. Ketika itu, aku, ayah dan adik aku Ji Na sedang menonton televisyen pada malam minggu. Kami selalu menonton televisyen bersama-sama. Bukan sekadar pada malam minggu tetapi bahkan setiap hari."

Oh. Jadi nama adik dia Ji Na?

Aku hanya memasang telinga ku. Setia mendengar keseluruhan ceritanya. Aku tidak mencelah kerana risau menggangu emosinya ketika ini. "Kadang-kala ayah dengan fikiran gilanya mengajak kami ice-skating malam-malam buta di tasik yang dah beku berdekatan dengan rumah waktu musim salji. Ayah selalu mengajak kita berdua melakukan aktiviti bersama-sama."

"Aku tahu ayah sunyi. Hanya aku dan Ji Na sahaja penyeri hidup ayah. Sejak emak meninggalkan ayah dalam kemalangan, ayah menjadi bapa tunggal. Ayahlah yang selalu mencurahkan kasih sayangnya kepada aku dan Ji Na. Masa mula-mula ibu meninggal, aku selalu jugak lihat ayah menangis di taman bunga belakang rumah. 

Arwah mak selalu berkebun di situ. Tapi aku tak faham kenapa ayah sedih sangat sebab waktu itu aku kecik lagi."

So her mom died earlier than her dad. Tragic life.

Tangannya digenggam kemas pada hujung bangku. Dia memaling wajahnya ke bawah, menghadap tanah. Beberapa kali penceritaannya tersekat-sekat.

"Selepas dua tahun, ayah semakin pulih dan dia semakin menerima pemergian ibu. Dan setelah pemergian itu, bermulalah satu episod tragedi dalam hidup aku. Ketika kami menonton televisyen bersama-sama, tiba-tiba ada ketukan pada pintu."

Nafasnya ditarik dalam-dalam. Kemudian dia menyambung. "Aku menyorok di belakang tembok dinding. Ayah membuka pintu dengan senyuman lebar, menjangkakan kenalannya yang datang melawat. Meleset. Rupa-rupanya seorang lelaki mengacukan pistol ke arah ayah. Aku memang pasti itu bukan kenalan rapat ayah. 

Lelaki itu seolah-olah mengira detik sebelum melepaskan tembakan mautnya. Aku terlalu takut pada waktu itu untuk melihat dan aku terus pejamkan mata mengharapkan segala-galanya adalah suatu mimpi sehingga aku mendengar bunyi tembakan."

Air matanya mulai bertakung. Matanya dikesat kasar dengan lengan bajunya. Seolah-olah tidak membenarkan air matanya menitis ke pipi. Mungkin sebab dia malu mahu menangis depan aku. Tapi aku tak kisah pun. Nangislah sepuas-puasnya. Aku setia teman.

"Lepas tu..." Beberapa kali dia berdehem. Cuba menelan rasa sedihnya. "Aku meluru ke arah ayah sambil menggoncang-goncangkan badannya. Lelaki pembunuh itu sudah pergi tanpa meninggalkan jejak. Sebelum ayah meninggal.... ayah ada kata yang ayah sayangkan aku dan Ji Na. Aku sebak pula dengar kata-kata tu." Ji Yoon tersenyum kecil. Senyuman yang dibuat-buat. 

"Sehari selepas kejadian, adik pula yang meninggal dalam kemalangan . Kami sedang melintas jalan ketika itu apabila sebuah kereta sport yang membawa laju meragut nyawa adik."

Oh. Kesiannya.

"Selang beberapa hari, aku dianakangkatkan oleh keluarga Kim, keluarga yang sanggup membela aku yang sudah tidak ada siapa-siapa lagi. Aku menjadi sangat pendendam selepas peristiwa tragis tersebut, aku nekad untuk menjejak pembunuh ayah. Demi merealisasikan cita-cita "murni" ku, aku mendaftar di syarikat K.P.I. - Korean Private Investigation. Tempat kerja ayah dulu," sambung Ji Yoon lagi. 

Nadanya tegas bersalut dengan perasaan dendam.

"So... ayah kau pernah kerja KPI dulu ya? Mesti kau selalu pindah-pindah kan?" Aku mengagak.

Ji Yoon mengangguk."Biasalah. Menjadi rutin setiap tahun. Setiap enam bulan kami pindah. Atau kadang-kadang bila ayah on duty, nenek jaga kami. Itupun bukannya dia yang jaga. Kami yang perlu jaga dia pula sebab dia selalu sakit-sakit. Yalah, sudah uzur kan?"

Aku sekadar mengangguk. Aku rasa aku terlepas sesuatu. Apa maksud dia "aku nekad untuk menjejak pembunuh ayah"?

"Kau sudah capai cita-cita kau belum? Kau mahu jejak pembunuh ayah kau kan? Tidak pernah terfikir untuk merelakan sajakah?" kata-kata ku dibalas dengan pandangan tajam Ji Yoon. Serasa aku, aku tidaklah tersalah cakap tadi. Dia terlebih sensitif agaknya.

"Merelakan??" Nada suaranya meninggi. "Kalau kau, sanggupkah merelakan saja orang yang telah membuat dajal dalam hidup kau??" Matanya membutang memandang ku. Dia menyambung kata, "Sepanjang hidup aku... aku hidup sebab nak cari manusia yang bertanggungjawab atas kematian ayah aku tu. Itu adalah matlamat nombor satu aku. Tak ada nombor dua."

"Okeylah. Andai kata pembunuh ayah kau itu sebenarnya sudah ditangkap, ataupun dia sebenarnya sudah mati lama. Apa yang kau akan lakukan sekiranya terjadi begitu?" Aku menduga.

"Tak. Pembunuh ayah aku tak boleh mati. Dia mesti hidup! Major Top akan tolong aku," tekad Ji Yoon. Hai... Nampaknya perempuan ni masih tak faham akan apa yang aku cuba sampaikan.

"JiJi... Dalam hidup ini kan, kau kena ada wawasan tau. Ka-ta-kan-lah, pembunuh ayah kau sebenarnya sudah lama mati. Tak akanlah kau mahu membazirkan seumur hidup kau dengan berdendam?" tanya aku. Aku merenung matanya dalam-dalam. Kali ni, aku harap sangat dia faham apa yang aku cakap.

Keliru dengan kata-kata ku, dia membidas, "Masa bila aku berdendam??" Dia seperti tidak mahu kalah berhujah. Masa bila berdendam? Mahu bunuh orang itu bukan berdendamkah?

Aku merehatkan siku ku di atas bahunya. "Jangan ego sangat Ji Yoon."

Dia merengus kasar. "Apa yang ego nya? Aku bukannya berdendam! Ini namanya menegakkan kebenaran!" Bersungguh-sungguh dia membela diri. Dia menolak siku ku jauh-jauh dari bahunya. "Macam ini lah. Kau, kalau tak faham dengan apa yang aku lalui, jangan berlagak bijak dengan menasihatkan aku tentang hidup. Hidup aku, aku tahulah apa mahu buat wahai SUNG-GYU HYUNG-NIM." 

Dia bangkit dari bangku taman lalu membersih-bersihkan bajunya yang kotor dengan sisa-sisa burger. Ji Yoon terlebih dahulu bergerak meninggalkan aku.

Aku pula terkebil-kebil di situ. Setelah Ji Yoon sudah beberapa tapak ke hadapan, aku pun segera bangkit dan berjalan mendapatkan Ji Yoon. Kami berjalan bersama-sama. Bersebelahan antara satu sama lain. None of us spoke. A few minutes after, she broke the silence.

Ji Yoon P.O.V

"Kau rasa..." aku mengatur ayatku."... aku ni teruk sangat ke?" Sunggyu memandang wajah ku. Kemudian dia memaling ke hadapan menghadap jalan.

"Jeon Ji Yoon memang teruk," jawab Sunggyu. Bibirnya sengaja dimuncungkan.

"Alah... Janganlah merajuk dengan aku. Kim Sunggyu kan comel~ Orang comel mana boleh merajuk~" Terpaksa aku menahan geli semata-mata mahu memujuk Sunggyu. Comel? Urgh.

Senyuman lebar menghiasi wajahnya. "Aku comel ke? Eee terharunya!" Kedua-dua belah pipinya dipegang. Aku menjulingkan mata ku ke atas. Menyampah. Setelah pulih dari penyakit "perasan" nya, dia menjawab soalan ku. Kali ini lebih serius. "Kau tidaklah teruk mana Ji Yoon. Tapi... Teruk jugalah. Sikit. Berbalik kepada cerita wawasan aku tadi..."

Hah sudah. Ceramah percuma aku dapat malam ni. Tajuknya "Wawasan Hidup".

T.T

"Dalam hidup, kau kenalah ada wawasan. Kau mestilah menjadi seseorang yang berwawasan macam Kim Sunggyu! Hahaha!." Dia mendabik dada, membangga diri.

"Kau? Orang berwawasan? Pfft."

"Antara cita-cita aku dalam hidup, aku mahu menjadi ejen KPI paling cemerlang, aku juga mahu popular dalam Facebook dan mendapat ramai followers di Twitter. Selain itu, aku juga mahu membanggakan parents aku dengan pencapaian aku." Sunggyu menyenaraikan satu per satu cita-citanya.

"Jujur aku kata, selain mahu membalas dendam terhadap orang yang membunuh ayah aku, aku tak ada cita-cita lain," kata ku. Aku menyepak beberapa ketul batu yang menghalang perjalanan ku.

Sunggyu mengangguk. Memahami kata-kata ku. Memang betul. Jika mahu dibandingkan dengan Sunggyu, aku memanglah seseorang yang tiada wawasan yang jelas. Seumur hidup aku, aku cuma tekad untuk membalas dendam. Kemudian selepas itu? Entahlah. Aku sendiri tak tahu mahu buat apa dengan hidup aku. My dad is the reason why I joined KPI. Hanya untuk menuntut kematian ayah. After that?

Aku betul-betul tak tahu mahu buat apa.

"Macam inilah Ji Yoon. In life, you have to move on every now and then. Kau tak boleh terlalu tersekat pada kenangan masa silam. Kau tak akan maju dalam hidup sekiranya fikiran kau masih berada pada masa lalu. Kau kena berganjak. Lakukan perubahan. “
“Maksud kau?” tanya ku.

Sunggyu menyambung, “Instead of looking back dan meratapi perkara yang telah pun berlalu, lebih baik kau fikir-fikirkan masa depan kau. Fikirkan apa yang kau patut buat seterusnya, seterusnya dan seterusnya. Yeah I admit. Hidup adalah cabaran. Tetapi sekiranya kita tidak berusaha menghadapi cabaran tu, macam mana mahu berjaya kan? So keep moving forward." 

Sunggyu menguntum senyuman ikhlasnya buat ku. Aku terpegun sebentar.

Hidup adalah cabaran. Tetapi sekiranya kita tidak berusaha menghadapi cabaran tu, macam mana mahu berjaya kan?

Perlahan-lahan ayat itu meresap ke dalam sanubari. Ayat yang mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Kata-katanya seolah-olah membuatkan aku tersedar sikit. Walaupun impak kata-katanya kecil, tetapi ada benarnya juga kata Sunggyu. Fikirkan masa depan? Orang macam aku ni ada masa depan ke?

Aku mengeluh.

"Jomlah pulang. Sudah lewat ni," ajak ku lalu memeluk lengan Sunggyu dan mengheretnya.

~~~~~

Aku sampai di hadapan gate rumah banglo Puan Kim. Pengawal keselamatan yang memakai suit hitam seperti Men In Black itu terlihat ku. Lalu dia menekan butang pada remote dan pagar utama setinggi 15 meter itu pun terkuak besar. Tanpa berterima kasih kepada pengawal itu, aku terus menapak masuk ke dalam kawasan rumah. Mengatur langkah berentak perlahan mendekati pintu rumah. 

Semakin dekat pada pintu rumah, aku terlihat seorang perempuan berdiri tegak di hadapan pintu masuk. Dia membawa sebuah kotak yang berkemungkinan besar berisi kek berdasarkan label pada kotak itu - "Cake House".

Dia terdengar derap kaki ku lalu memalingkan wajahnya.

"Kau buat apa di sini Ji Young?" tanya ku setelah menyedari bahawa perempuan yang memegang kotak berisi kek itu adalah Kang Ji Young - Agent 02.

"Kau pula buat apa di sini Ji Yoon?" Berkerut keningnya bertanya.

"Ini rumah aku," aku menjawab pendek lalu mendekati pintu. Ji Young menapak sedikit ke belakang untuk memberikan laluan kepada ku.

"Ini rumah Puan Kim bukan? Besar juga rumah ni," kata Ji Young, berbasa-basi. Pandangannya dijamu ke segenap perincian rumah agam ini.

Aku malas mahu melayan Ji Young. Aku segera key-in combination code pada pintu.

PASSWORD ACCEPTED

Pintu itu pun terkuak sedikit. Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Mahu masuk ke dalam. Aku sebenarnya penat jadi ya, aku sengaja tinggalkan Ji Young di luar rumah. Belum sempat aku menutup pintu, Ji Young menahan dengan kakinya. "Hoi."

Aku merengus kasar. "Apa yang kau mahu Ji Young?"

"Kau tidak mahu ambil kek ini kah? Kakak kau bernama...." Ji Young merujuk kertas yang tertampal pada kotak itu. ".... Kim Taehee kan? Ini kek untuk dia. Dia yang order." Ji Young menyerahkan kotak itu kepada ku tetapi aku tidak menyambutnya. Aku memandang sepi saja pada hulurannya.

"Kim Taehee? Kau berilah pada Kim Taehee unnie. Aku bukannya Kim Taehee. So if you excuse me, aku mahu berehat dalam bilik." Baru saja aku mahu menutup daun pintu sekali lagi kaki Ji Young menghalang.

"Hoi !" teriak Ji Young.  Kali ini lebih kuat.

"Apa lagi yang kau mahu ?" tanya ku.

Ji Young mencebik kecil. "Apa yang aku mahu? Aku datang sini kerana aku mahu menyerahkan pesanan kek ini kepada Kim Taehee. Ambillah kek ni!" Ji Young berkeras.

"Kan aku sudah kata tadi, aku bukannya Kim Taehee. Kau datang sajalah hari lain. Ataupun, kau sendiri panggil dia. Aku sudah penat ni. Okay? Bye."

Terasa seperti Deja Voo pula. Tak silap aku, beberapa hari yang lepas, Sunggyu yang datang sini bawa pesanan pizza untuk Kim Taehee unnie. Kali ini Ji Young pula. Dia bekerja di kedai kek agaknya. Suratan atau kebetulan?

Pintu ditutup rapat. Baru sahaja aku mahu melangkah menaiki tangga, bunyi loceng yang ditekan banyak kali dengan sengaja mengganggu emosi aku. Aku berjalan laju ke arah pintu. Setelah membukanya, aku mendapati Ji Young masih lagi berdiri tercegat sambil membuat muka sepuluh sen. Okeylah aku up sikit. 50 sen.

"Apa lagi yang kau nak lah??" bentak ku.

"Ini delivery untuk Kim Taehee yang tinggal di rumah ni. Ambillah!" Nadanya seperti memaksa. Aku tetap tidak mahu menyambut huluran kek itu.

Lama-kelamaan dia sendiri letih melayan ku. Kemudian dia bersuara, "Look, kalau kau masih marah dengan aku sebab cabaran tu, lupakan sajalah. Anggap sajalah benda itu tidak pernah berlaku."

Aku berfikir sejenak. 'Boleh percaya ke dia ni? Muka decent tapi perangai nonsense.'

Sengaja aku menguji kesabarannya. Aku tidak menjawab walau sepatah kata pun. Aku membiarkan saja dia tercegat di situ sehinggalah dia bersuara lagi, "Jeon Ji Yoon, kau adalah orang yang paling keras kepala yang aku pernah jumpa. Atleast berilah respon!"

"Perlu ke?" tanya ku.

Ji Young melepaskan keluhan. "Inilah sebabnya semua ejen tak suka dekat kau. Keras kepala, sombong, berlagak... Kau tahu, suatu hari nanti kau akan menyesal mengenangkan sikap kau yang bodoh tu."

Ini betul-betul mahu test aku ni. Aku menapak mendekati Ji Young. Seperti memprovoknya untuk bergaduh. "Aku? Menyesal? Aku tak pernah menyesal dengan diri sendiri. Apa kau cakap tadi? Semua ejen? Kau pasti ke semua? Bukan kau je?" Aku mencebik. "Macam inilah Ji Young. Kalau kau sebenarnya masih tidak suka dengan aku, kau tak perlu tercegat lagi di sini."

Wajahnya serta-merta berubah merah. Tahan marah mungkin. "Kau... Kau rampas Sungyeol dari aku..."

Apa benda pulalah yang dia merepek malam-malam buat ni~

"Rampas ? Rampas apa bendanya? Sungyeol tu yang terkejar-kejarkan aku. Bukannya salah aku. Atau mungkin kau saja yang salah faham. Sungyeol cuma kawan saja dengan aku. Tak lebih. And you? Acting like a fool, berdiri depan rumah orang, buat muka tak malu cakap yang "boyfriend" kau dirampas oleh orang bernama Ji Yoon." Aku merentap kotak kek itu dengan kasar dari tangannya.

"Ka." Pendek arahan ku. Sekiranya arahan yang satu patah perkataan ini pun dia tidak faham, lebih baiklah dia masuk tadika semula, belajar membaca.

Ji Young menghentakkan kakinya. Protes. "You'll pay for this Ji Yoon." Dan setelah itu, dia berlalu pergi. Aku tersenyum sinis. Daun pintu ditutup.














to be continued 

2 responses to Gun Fighter Part 13

  1. MilaDH says:

    Haha :P muka decent tapi perangai nonsense. Alaaa, ada bomi pulakkk.

  2. AmyZana says:

    haha ! saje letak Bomi ! biar thrill sikit xD