Gun Fighter Part 14




Author P.O.V

Hari ini terasa lain macam pula bagi perempuan bernama IU. Langkah masuk sahaja ke dalam kawasan sekolah, dia disambut dengan pandangan-pandangan pelajar Seoul Paradise. Bukanlah pandangan benci. Tetapi lebih kepada.... pandangan manis. Dia pun tertanya-tanya sendiri. Ada apa-apa ke pada wajahnya sehingga menarik perhatian semua?

Dia membetulkan kaca matanya kemudian meneruskan perjalanan menuju pintu masuk bangunan. Sebelum sempat dia berbuat demikian, beberapa orang pelajar sekolah menghurungnya dan mengucapkan sekalung tahniah kepada IU.

"Tahniah ! Semoga hubungan awak berdua berkekalan !"

"Wah ! Cemburunya saya dengan awak. Congrats ya!"

"Saya doakan awak dan dia bahagia sehingga ke akhir hayat!"

Selain ucapan-ucapan pelik, mereka juga memberi IU hadiah (?) dan souvenir seperti sejambang bunga ros yang wangi, set cincin berpasangan, kad kahwin dan soft toys. IU yang terpinga-pinga, berjalan sahaja memasuki bangunan sambil mengimbangi barang-barang tersebut dalam tangan.

Kemudian dia terserempak dengan geng W.M.S [Woohyun, Myungsoo, Sungjong] di lobi yang ketika itu sedang hand out fliers kepada mana-mana sahaja pelajar yang lalu lalang di situ.

"Support this couple!" beamed Sungjong while handing out fliers.

"Support this couple! Hey support this couple! Please support this couple," ujar Myungsoo sambil tangannya mengedarkan kertas-kertas itu.

"Support this couple ya! Beritahu juga kepada rakan-rakan awak semua!" kata Woohyun. Tersenyum lebar.

IU memberanikan diri berjalan melepasi mereka kerana dia perlu ke tandas [mahu membasuk muka] dan menyimpan barang-barang yang dipegangnya semua ke dalam beg.

"IU ! IU sshi!" Namanya dipanggil seseorang. Dia menoleh ke belakang. Tiga orang jejaka mendekatinya.

Sungjong menyerahkan sehelai kertas kepada IU. Tanpa teragak-agak IU membaca isi kandungan kertas itu. Selesai membaca, matanya membuntang. "Apa ni??"

"Apa ni? Ini adalah surat pengumuman kepada semua pelajar Seoul Paradise bahawa ada newborn couple di sekolah ni. Kami cuma membantu awak dan Gong Chan mengecapi kebahagiaan dunia." Sungjong tersenyum lebar membuatkan IU menelan liurnya.

Patutlah semua pelajar mengucapkan tahniah dan memberinya hadiah-hadiah. Rupa-rupanya inilah sebabnya!

"Ta.. tapi awak semua tak tahu cerita sebenar!" kata IU.

Myungsoo menepuk-nepuk bahu IU beberapa kali. "Tak mengapa IU sshi. Kami sudah tahu cerita sebenar. Awak dengan Gong Chan sekarang ini sedang hangat bercinta dan kami bertiga tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada percintaan kamu berdua."

"Mwo?" IU tercengang.

Woohyun pula mencelah. "Kami tahu... awak tidak suka dengan kami sebab kami telah menganiaya kawan baik awak, Ji Yoon di terowong hari tu. Gong Chan itu pula kawan baik kami. Jadi kami sangat memahami bahawa awak takut mahu bercinta dengan Gong Chan kerana bimbang kami akan menghalang bukan?"

"Eh taklah ! Mana ada-"

"Kami faham perasaan awak IU," kata Myungsoo, bersimpati dengan nasib IU. "Jadi disebabkan itu, kami telah memaafkan awak. Lupakan saja apa yang berlaku di terowong itu. Lupakan saja yang awak pernah belasah kami dulu. Lupakan saja yang kami bertiga musuh awak. Sekarang ini kita kawan okay?" He pinched her nose.

IU tergamam. Membeku bibirnya. Terkelu lidahnya. 'IU tak pernah minta semua ini...' Dia menangis dalam hati.

"Tak mengapa IU sshi. Sekarang ini awak boleh bebas berhubungan dengan Gong Chan. Kami tidak akan menghalang," kata Sungjong, cuba meyakinkan IU. "Sebagai tanda minta maaf kami, kami membenarkan awak dan Gong Chan duduk di meja V.I.P kami waktu rehat. Jangan risau, Ji Yoon pun ada juga di situ. Dan sebagai tanda minta maaf kami juga, saya telah menyediakan kejutan untuk awak."

Terasa-rasa kakinya sudah lembik seperti kek yang baru keluar dari ketuhar. Hatinya berdebar-debar. Mindanya ligat meneka apakah kejutan yang mahu diberikan Sungjong.

Sungjong memberi isyarat telunjuk kepada IU. Menyuruhnya berpusing ke belakang. IU menoleh.

Her jaw dropped.



Pernafasannya menjadi tidak menentu.

"Oh tidak." Itu sahaja yang terkeluar dari mulut IU. Masih tergamam melihat banner gergasi yang bergantung pada dinding lobi. 10 kali ganda sebesar papan putih! Kelihatan dua orang pelajar upahan Woohyun sedang mengikat penjuru banner itu untuk menegangkannya.  


Banner sebesar alam itu menarik perhatian pelajar-pelajar SP. Semakin lama, semakin ramai yang berkumpul di hadapan banner dan membaca tulisan yang tertera

Gong Chan and IU congratulations !
True love stories never have endings
With love,
Sungjong

Argh ! Terasa mahu menyorokkan mukanya dalam tong sampah! Ini tidak mungkin terjadi. Ini cuma mimpi. Ini cuma mimpi. Dia mencubit pipinya. Sakit! Ini bukan mimpi. Ini bukan mimpi !! Tanpa melengahkan masa, IU cepat mengorak langkah meninggalkan lobi.

~~~~~

Misi : Gong Chan
Lokasi : Domino World
Waktu  : 2.45 pm
Deskripsi : Domino World - amusement park yang baru dibuka.

Hyun Seung P.O.V

So this is it. Domino World. Fun fair yang baru mula dibuka semalam. Kami bertujuh berdiri terpegun di hadapan fun fair itu. Mengapa "bertujuh" dan bukan "berenam"? Sila salahkan Professor Hyo. Ini semua idea dia. Jika tidak disebabkan kes ni, tak ada masanya aku mahu mengikut serta.

Professor Hyo contact kami semua semalam. Katanya hari ini kami perlu hang out dengan Gong Chan. Buat dia selesa dengan kami. Dalam erti kata lain, buatkan dia percaya kami semua. Jadi di sinilah kami bertujuh. Aku, Gong Chan dan IU. Sunggyu, Ji Yoon, Sungyeol dan Ji Young. Berdiri tercegat di hadapan Domino World.

Ji Yoon dan Sungyeol mengorak langkah terlebih dahulu. Memasuki Domino World. Diikuti dengan aku dan yang lain. 

Ji Young di sebelahku seperti terpana dengan kecanggihan Domino World. Tapi aku seperti biasa, tiada perasaan. Aku menjeling pasangan bercinta di belakang ku.

Gong Chan dan IU, bergurau-senda seperti tidak ingat dunia. IU hampir-hampir terjatuh apabila tersalah langkah. Gong Chan sempat menarik tangan IU dan memeluk perempuan itu dalam dakapannya.

"Gwaenchana?" tanya Gong Chan.

IU mengangguk. "Okay okay. Saya okay. Hahaha." Mereka kembali bergurau-senda seperti tadi.

Pfft. The most FAKE couple ever.

Aku berusaha tidak menghiraukan mereka berdua.

Kami bertujuh pun melilau-lilau di sekitar theme park terbuka itu. Akhirnya, kami berhenti di hadapan "kandang" roller coaster. Mata tertancap kukuh pada seni bina roller coaster itu. Aku juga terpegun sama. Masing-masing mendongakkan kepala, menilai ketinggian roller coaster itu dengan sekali pandang.

"Tingginya," gumam Ji Young.

"Should we give it a try?" cadang Sunggyu. Aku menjungkitkan bahu. Aku tak kisah sebenarnya. Asalkan tiada di antara kami yang jatuh mati dari roller coaster sudah.

"Tak tinggi sangat ke?" tanya Ji Yoon.

"Kenapa? Kau takut?" Soalan itu meluncur keluar dari mulutku. Ji Yoon menjeling ke arah ku. Aku segera mengunci mulut.

"Sekali sekala cabaran dalam hidup pun best juga kan?" kata Gong Chan disebelah. Sibuk pula orang baru ni.

"Tinggi gila! Kalah roller coaster White Cyclone di Jepun!" ujar Sungyeol. Kepalanya masih mendongak melihat puncak roller coaster itu.

"Tak kisahlah! Jom naik!" Tanpa teragak-agak, Gong Chan membuat keputusan. Yang lain pun mengangguk. Kecuali Ji Yoon. Sunggyu dan Sungyeol pun berlalu pergi membeli tiket. Setelah beberapa minit menanti, mereka berdua mendekati kami sambil melayang-layangkan tiket di tangan.

Setiap seorang mendapat satu tiket. Kami bertujuh beratur dan menyerahkan tiket kepada lelaki yang bekerja di bahagian roller coaster itu. Gerabak cuma ada 16 tempat duduk. Setiap lajur ada dua tempat duduk. 8 tempat duduk di bahagian hadapan sudah penuh. Belakang saja yang tidak penuh.

Aku awal-awal sudah cop tempat duduk belakang sekali. IU baru sahaja mahu melabuhkan punggungnya disebelahku sebelum Gong Chan menarik tangannya dan menyuruh IU duduk di sebelahnya. What the heck? Paling tidak dapat tahan, mereka duduk di hadapan aku pula. Akhirnya aku duduk saja seorang diri di seat paling belakang. 

Sunggyu dan Sungyeol pula bergaduh, berebut tempat duduk di sebelah Ji Yoon.

"Eh, ini tempat aku lah!" bentak Sunggyu.

"Eh siapa kata? Aku sedari awal tadi sudah plan mahu duduk sebelah Ji Yoon tau!" ujar Sungyeol, tidak mahu mengalah.

"Itu kata kau! Ji Yoon tak cakap apa-apa pun. Kan Ji Yoon?" tanya Sunggyu kepada Ji Yoon. Perempuan itu pula membuat muka sepuluh sen.

"Ke tepilah Sunggyu!" Sungyeol menolak badan Sunggyu. Dia terhuyung ke belakang sedikit.

Pergaduhan kecil mereka tergandala apabila siren amaran sudah dibunyikan. Bermaksud gerabak akan bergerak bila-bila masa selepas siren dibunyikan. Sunggyu tiada pilihan lain. Dengan penuh terpaksa, dia mengambil tempat duduk di sebelah Ji Young yang juga masam mencuka kerana Sungyeol tidak mahu duduk di sebelahnya.

Beberapa saat selepas itu, gerabak pun mula bergerak. Sungyeol squealed in excitement. Dia menggoncang-goncangkan Ji Yoon di sebelah. "Ji Yoon nie ~~! Ji Yoon nie~~~ ! Seronoknya ~~~! Ahahaha~~!"

"Apa benda yang seronoknya Sungyeol? Gerabak baru bergerak pun sudah excited?" kata Ji Yoon.

Author P.O.V

Perubahan wajah Ji Yoon yang mendikit-dikit jelas, menarik perhatian Sungyeol.

"Eh Ji Yoon. Kau ni okay ke? Muka kau nampak macam tahan muntah."

Ji Yoon tidak menjawab. Tangannya digenggam kuat pada batang besi itu. Walaupun tali pinggang keselamatan sudah dipakai, dia berasa tidak yakin. Perutnya mula membuat hal.

Sunggyu yang sedar perubahan ketara pada wajah Ji Yoon, turut berasa prihatin. "Kau sihat tak Ji Yoon?"

"Aku okeylah." Ji Yoon menjawab, tidak menoleh.

Gerabak perlahan-lahan mendaki puncak. Sungyeol melambai-lambaikan tangannya ke udara. "Put your hands up! Put your hands up!" Penyakit gilanya mula menyerang. Masing-masing menyimpan perasaan teruja mereka di dalam hati. Kecuali Sungyeol.

Akhirnya, gerabak itu pun sampai ke puncak. Perlahan... perlahan... sehingga akhirnya lajur yang pertama sudah betul-betul berada di atas. Paling kecut perut mestilah Hyun Seung. Sudahlah duduk di belakang sekali. Seorang diri pula tu. Kononnya mahu control cool.

"Here comes the nightmare...." kata Sungyeol, separa bisik. Tangannya digenggam kuat-kuat pada besi. Matanya fokus di hadapan.

Dalam kadar tiga saat tergantung di atas, gerabak sepantas roket menjunam ke bawah. Membuatkan 15 orang yang menaiki gerabak itu terjerit-jerit histeria.

~~~~~

Sejurus saja turun keluar dari ferris wheel, Ji Yoon meluru ke arah longkang yang berdekatan.

"Buweeekkkkkkkk!" Dia terbatuk-batuk beberapa kali. Sungyeol menepuk-nepuk badan belakangnya.

" Ji Yoon. Kau okay ke?" tanya Sungyeol, menghulurkan sebotol air mineral kepada Ji Yoon. Botol itu dicapai kemudian dia mencuci mulutnya dengan air mineral itu.

"Aku... Aku tak..." Ji Yoon tidak sempat menyambung ayatnya lalu memuntahkan segala isi perutnya di dalam longkang itu.

"That looks bad," kata Sungyeol.

Selesai mencuci mulut dan tangannya dengan air, Ji Yoon meraup wajahnya beberapa kali.

"Kau okay tak Ji Yoon?" Sungyeol mengutarakan soalan yang sama.

Ji Yoon menggeleng. "Aku tak rasa aku okeylah. Boleh aku balik?"

"Balik?? Alah.. Tapi plan kita untuk perangkap Gong Chan sedang berjalan lancar sekarang. Kau sebenarnya kenapa Ji Yoon? Tadi sebelum naik roller coaster pun kau sudah menunjukkan symptom-symptom kurang sihat." Sungyeol merasa dahi Ji Yoon. Tak panas.
"Oh let me guess.... Gayat eh?"

Ji Yoon tidak mengangguk. Menggeleng pun tidak. Dia meneguk air mineral itu. Kemudian barulah dia menjawab, "Claustrophobic."

"Serius? Sekiranya begitu, mengapa kau tidak maklumkan kepada aku sebelum naik ferris wheel tu tadi?" tanya Sungyeol.

"Kamu semua nampak happy sangat. I don't want to spoil the fun." Dia menyerahkan semula botol mineral itu kepada Sungyeol.

"Sekiranya begitu, aku text Hyun Seung sebentar ya," ujar Sungyeol. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket. Dia menaip sesuatu. Kemudian dia menyimpan semula telefonnya ke dalam poket.

"Apa kau beritahu dia?" tanya Ji Yoon.

"Hehehe. Disebabkan kau mahu balik rumah, kita mestilah mengambil kesempatan atas kesihatan kau ni." Sungyeol tersenyum nakal.

"Hah ? Maksudnya?"

Sungyeol mendekatkan bibirnya pada telinga Ji Yoon. "Aku suruh Hyun Seung........"

~~~~~

Ji Young P.O.V

Okay wait. Why are we here again? Oh ya. Ini semua gara-gara Ji Yoon. Claustrophobic konon. Kami sekarang ini sedang berada di rumah Gong Chan, pembetulan, rumah AGAM Gong Chan yang berekar-ekar luasnya. Disebabkan Ji Yoon tak berapa sihat, jadi Hyun Seung bercadang agar kita semua lepak di rumah Gong Chan kerana rumahnya paling dekat dengan Domino World. Lagi pun Ji Yoon tinggal di area berdekatan.

Kami bertujuh duduk-duduk saja di ruang tamu gergasinya sambil makan biskut choco chip dan segelas susu suam.

"Boringlah..." keluh IU sambil selak-selak majalah kecantikan pada tangannya.

"Habis? Siapa suruh kita datang sini?" sindir aku, menjeling ke arah Hyun Seung. Hyun Seung membuat muka.

"Ji Yoon kan kurang sihat. Biarlah dia berehat dulu. Tapi memang betul pun cakap IU. Boring betul duduk sini," kata Sunggyu. Mamat yang ini pula kerjanya dari tadi, duduk depan cermin, betul-betulkan rambut dengan gel. Ji Yoon pula sekarang ni sedang terlantar di dalam bilik rawatan di rumah Gong Chan.

Gong Chan mencelah. "Habis? Kamu semua tak beritahu pun mahu buat apa. Di rumah agam aku ni ada macam-macam. Cakap sahajalah apa."

"Ada XBOX  360 ?" tanya Sunggyu. Okay. Untuk pengetahuan kamu semua, Sunggyu ni memang kaki game dan memang suka sangat main xbox. Aku sendiri tidak faham mengapa. Mungkin... sebab itulah otaknya lembab. :/

"Ada ! Mahu main? Kita lawan!" cabar Gong Chan.

"Lawan ?" Sunggyu mengimbas Gong Chan dari atas ke bawah. "Kau bukanlah standard opponent aku dan aku pasti, aku boleh kalahkan kau dengan mudah. Jom!"

"Jom jom!" Gong Chan membawa Sunggyu ke bilik permainan. Tinggallah aku, IU, Hyun Seung dan Sungyeol di ruang tamu, mati "keboringan".

IU sibuk dengan majalahnya, Hyun Seung bermain game Jewels Star pada iPad yang dibawa bersama-sama dan Sungyeol pula sibuk mengambil gambar diri sendiri dengan telefon bimbit barunya, Galaxy Player. Aku pula, tak tahu mahu buat apa. 

"Hey IU," tegur ku. IU mengalihkan pandangannya daripada menatap majalah kepada wajah ku.

"Kenapa unnie?"

"IU serius ke dengan Gong Chan?" tanya ku.

Perempuan itu kelihatan teragak-agak mahu menjawab. Aku musykil dengan mereka berdua ni. Mulut kata fake couple, tetapi hakikatnya fake couple ini kelihatan terlalu..... real. Paling mengejutkan adalah apabila banner sebesar alam tergantung pada dinding lobi dan perangai pelik W.M.S terhadap IU sejak akhir-akhir ni.

"IU tak ada perasaan pun dengan dia," jawab perempuan itu. Kepalanya tertunduk sedikit.

Hyun Seung tersenyum kecil di sebelahnya. Senyuman kemenangan?

Aku mencuit Sungyeol di sebelah. Dia tidak beri respon. Sebaliknya sibuk posing dan mengambil gambar diri sendiri. I nudged his elbow.

"Eh awak ni kenapalah Ji Young??" Sungyeol melenting.

"Oppa," kata ku. Separa berbisik. Setelah pasti bahawa orang-orang gaji Gong Chan tiada berada di sekitar ruang tamu, aku membisik lagi, "Ji Young ada plan."

Mata Sungyeol seolah-olah bersinar tatkala mendengar kata-kata ku. "Plan apa Ji Young?"

Aku membisikkan sesuatu pada telinganya. Mata Sungyeol membulat besar. Dia memandangku dengan ekspresi terkejut. Dahinya berkerut. "Selamat ke? Kalau tertangkap... mati oppa dibuatnya."

"Ish. Oppa janganlah pergi seorang diri! Ajak Hyun Seung sekali," kata ku. Demi mendengar sahaja namanya disebut, Hyun Seung mencelah, "Mengumpat aku ke?"

"Perasan aku mahu mengumpat kau," kata ku. Aku menatap Sungyeol. "Ji Young dengan IU duduk di ruang tamu, oppa dengan Hyun Seung pergi invade bilik dia. Nanti kalau ada apa-apa jadi, telefon saja Ji Young ataupun IU. Okay?" Aku menunjukkan two thumbs up kepada Sungyeol.

"Invade bilik dia???" Hyun Seung meninggikan suaranya. Sungyeol menekup mulut Hyun Seung.

"Cakap perlahan-lahanlah Hyun Seung," kata Sungyeol. Hyun Seung menepis tangan Sungyeol jauh dari mulutnya. IU terkekeh-kekeh ketawa. Dia juga menunjukkan two thumbs up kepada Hyun Seung, memberi semangat kepada kawannya.

Sungyeol memulakan lakonannya apabila salah seorang orang gaji Gong Chan menjejak ke ruang tamu. Dahinya berkerut-kerut, tangannya mengurut-urut perut dan dia mengerang. "Aduh! Sakitnya!"

IU turut bersekongkol dengan menyertai lakonan Sungyeol. "Hyungnim, hyungnim tak apa-apa?"

Sungyeol menggeleng. "Hyungnim sakit perutlah... Salah makan rasanya ni... Urgh..."

"Salah makan?" celah ku dengan ekspresi [buat-buat] terkejut. Sungyeol mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Rasa macam mahu terciritlah... Oppa mahu ke tandas... Tapi oppa tak tahu di mana." Suaranya dikuatkan dengan sengaja.
Orang gaji perempuan itu pun mendapatkan Sungyeol. "Tuan, tuan mahu ke tandas ke?"

Apa punya soalanlah dia ni~ Sudah terang lagikan bersuluh Sungyeol kata mahu ke tandas. Lagi ditanya.

Sungyeol mengangguk, menahan sakit. "Saya rasa choco chip yang mereka hidangkan tadi itu buatkan perut saya meragam. Tolong tunjukkan tandas untuk saya boleh?"

Perempuan itu mengangguk. "Boleh tuan. Sila ikut saya."

"Aku teman kau!" kata Hyun Seung, mengikut jejak langkah Sungyeol, bergerak mengikuti orang gaji tersebut sehingga hilang dari pandangan mata kami. Hyun Seung sempat menoleh ke arah kami dan mengenyitkan mata.

Plan success !

Author P.O.V

Sampai sahaja di hadapan tandas di tingkat 3 rumah agam, Sungyeol dan Hyun Seung mengucapkan terima kasih kepada orang gaji itu. Perempuan itu pun berlalu pergi.

Sungyeol dan Hyun Seung memandang antara satu sama lain.

Kemudian mereka gelak terbahak-bahak.

"Hebatlah kau Sungyeol!" Mereka bertepuk tampar di hadapan tandas.

"Tengok kakilah....." kata Sungyeol dengan bangga sambil menepuk kakinya.

"Tengok kaki ? Kaki kau tak lawa lah~”kata Hyun Seung. Sungyeol membuat muka. "Jom. Kita teruskan misi kita," kata Hyun Seung. Sungyeol menganggukkan kepalanya.

Mereka merayau-rayau di tingkat 3 rumah agam itu. Masih keliru kerana terlalu banyak bilik pada tingkat tersebut. Sudah serupa hotel. Tanpa melengahkan waktu, mereka menerjah setiap satu bilik pada tingkat itu. Malangnya, setelah sampai ke bilik yang ke 12 pun masih bukan bilik milik Gong Chan.

Mereka berjalan lagi, memasuki mana-mana lorong yang mereka jumpa dan akhirnya bertemu dengan sebuah pintu bilik yang seperti pintu stor. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

Teragak-agak juga mahu memulas tombolnya. Pintu pun terkuak buka. Sebelum apa-apa, Sungyeol meloloskan kepalanya dahulu. Melihat di sekitar bilik. Memastikan tiada siapa di dalam.

Sungyeol memberi signal kepada Hyun Seung dan mereka pun menceroboh bilik itu sesuka hati. To their surprise, it was a bedroom.

"Ini... ini bilik?" kata Hyun Seung, tidak percaya. Dari luar kelihatan seperti stor tetapi sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam "stor" itu, rupa-rupanya tersorok sebuah bilik yang gah dengan hiasan dalaman yang mewah. Segala-galanya berwarna putih. Rak buku berwarna putih yang tingginya mencecah ceiling, katil bercadar putih, meja belajar berwarna putih, karpet berwarna putih. Sungguh menangkan.

Mereka melangkah masuk, menjelajah bilik itu. Pada dinding bilik, tergantungnya potret lukisan yang menarik perhatian mereka.

"Potret Gong Chan." Sungyeol membaca tulisan kecil pada bawah potret itu. Sungyeol terpana dengan hiasan dalaman bilik itu sehingga terlupa tujuan sebenar mereka berada di situ.

Hyun Seung sudah memulakan operasi menggeledah. Benda pertama yang diperiksanya adalah rak baju. Tiada apa-apa pun. Kemudian dia memeriksa tandas.

"Tong sampah pun warna putih?" Hyun Seung menggeleng. Setelah itu dia berganjak mendekati meja belajar pula. Segala kertas yang bergumpal dibukanya semua. Hanya untuk mencari satu benda. Satu benda yang boleh dijadikan bahan bukti sekiranya benar Gong Chan adalah Cho Junho.

Lelaki yang dilahirkan pada 27 August dan berketinggian 180 cm. Tidak pernah membunuh orang walaupun sekali. Menggunakan orang suruhan untuk melakukan kerja kotornya. Pandai berselindung di sebalik identiti palsu.

Buku-buku sekolah Gong Chan diselak setiap helaiannya secara rawak. Hyun Seung tidak lupa memakai sarung tangan untuk mengelakkan kesan cap jarinya melekat pada barang-barang Gong Chan.

"Yah~ Yah Lee Sungyeol~"

Sungyeol seperti tersedar dari lamunan. "Mwo?"

"Mwo? Sepatutnya aku yang cakap begitu. Cepatlah Sungyeol! Kita tak ada masa ni!”

"Oh a'ahlah! Hampir lupa!" Sungyeol segera menyarungkan sarung tangannya dan mula menjelajah katil Gong Chan. Bantal-bantal dicampaknya sesuka hati. Selimut katil diselak. Cadar ditanggalkan.

Hyun Seung masih berada di meja belajar Gong Chan. Dia memeriksa setiap drawer. Akhirnya dia terjumpa sesuatu. Sebuah fail berwarna hitam, berlogo KPI. Nadinya berganda.

'Should I open this? Should I not?' Dia tertanya-tanya sendiri. Sebahagian dirinya berkata dia perlu memberitahu Sungyeol mengenai fail yang dijumpainya. Tetapi sebahagian lagi dirinya menghalang membuat demikian. Entah kenapa dia berasa... insecure.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk memberitahu Ji Yoon dan IU sahaja. Dua orang yang paling dipercayainya. Fail itu disimpannya di dalam beg galas yang dibawa.

Bunyi derap kaki mengejutkan mereka berdua.

"Weyh. Kau dengar tidak apa yang aku dengar?" tanya Sungyeol. 

Hyun Seung meneguk air liur. “Bunyi apa tu?” tanya Hyun Seung.

"Kejap aku periksa," ujar Sungyeol. Menapak senyap-senyap mendekati pintu. Tiba-tiba dia berpatah balik sepantas panahan petir.

“Ada orang datang ! Sorok!”


















to be continued  

2 responses to Gun Fighter Part 14

  1. MilaDH says:

    Patah seribu hatikuuu~ BTW, IU cute dlm banner tuh.

  2. AmyZana says:

    kenapa ? ko minat gongchan ke ? xD