Gun Fighter Part 15




Author P.O.V

Bunyi derapan kaki yang menghampiri bilik itu mendebarkan dada mereka berdua. Sungyeol yang ketika itu sedang menyorok di bawah katil, sedaya upaya mencuba untuk menahan nafasnya.

Gong Chan menapak masuk ke dalam bilik. Agak terkejut apabila melihat pemandangan kurang enak di hadapannya. Masakan tidak? Katil bersepah bagai nak rak, cadar tertanggal, bantal seperti berterbangan sana-sini. Tanpa perasaan syak wasangka, dia menuduh pembantu-pembantunya yang melakukan kerja yang tidak efisyen.

Lalu dia bergerak mendekati meja belajarnya. Juga sama saja bersepahnya. Kertas-kertas yang seingatnya sudah dironyokkan, seperti dibuka baca oleh seseorang. Laci mejanya juga ternganga. Sekali lagi dia menyalah pembantu-pembantunya yang tidak mengemas biliknya dengan baik.

Dia menyinggah ke bilik pun hanya untuk mengambil charger telefon bimbit kerana telefon bimbitnya sudah low battery. Orang yang disalahkan sudah semestinyalah Sunggyu. Suka-suka hati saja mengambil telefonnya tanpa kebenaran dan bermain game Angry Birds.

Selesai tujuannya ke bilik, dia pun menapak keluar. Tetapi baru sahaja masuk langkah pertama, dia terdengar bunyi seperti ada benda yang bergolek dari bawah katil.

"Eh? Apa benda pula tu?" Gong Chan tertanya sendiri.

Perlahan-lahan dia menapak mendekati katilnya. Ada sebiji bola kecil yang berguling keluar dari arah katil. Timbul rasa musykil.

Gong Chan pun menyelak cadar yang menutupi katilnya. Dia duduk melutut dan ingin melihat apa yang ada di bawah katil itu.

Jantung Sungyeol berdegup dua kali ganda lebih laju. Dalam hati, minta-mintalah tiada apa-apa yang terjadi.

Gong Chan baru sahaja mahu melihat apa yang ada di bawah katil itu, apabila pembantunya terpacul di muka pintu, mengejutkan Gong Chan. "Tuan. Tuan Sunggyu suruh tuan bergegas ke games room kerana ada masalah sedikit pada Xbox 360 itu."

"Urm. Yalah yalah. Saya datang ni," jawab Gong Chan. Terus melupakan niatnya sebentar tadi.

Sungyeol yang menyorok di bawah katil, sudah boleh melepaskan nafas lega apabila Gong Chan sudah lagi tiada dalam bilik. Tanpa membazirkan waktu walau sesaat, dia memanggil Hyun Seung yang menyorok di dalam bilik air. Mereka berdua pun berlari terkocoh-kocoh meninggalkan bilik itu.

~~~~~

Author P.O.V

Lokasi : Dalam bas menuju ke Seoul Art Museum
Waktu  : 8.00 pagi
Note   : Lawatan terbuka kepada pelajar 17 tahun Seoul Paradise

Ji Yoon P.O.V

Okay. Guess where I am now. Yes. Duduk bersebelahan dengan Sungyeol di dalam bas. Paling sakit hati sekali, dia sedari tadi lagi tidak berhenti bercakap entah apa yang dibebelkannya. Aku buat-buat dengar saja dan mengangguk-anggukan kepala sedangkan aku tak fokus langsung akan isu apa yang dibincangnya.

IU duduk di belakang tempat duduk kami. Sunggyu, Ji Young dan Hyun Seung pula menaiki bas yang berlainan dengan kami bertiga. Terdapat 5 bas yang membawa pelajar-pelajar (17 tahun) Seoul Paradise ke Seoul Art Museum diiringi oleh 10 orang guru pengiring.

"Selepas aku terjatuh kerana terpijak ais krim, aku pun mengambil sebatang ranting kayu dan mahu membalingnya ke arah budak-budak nakal yang ganggu aku tu tetapi aku terbaling ke arah seekor anjing yang sedang nyenyak tidur lalu anjing itu pun bangun dan mengejar aku dan aku pun berlari pulang ke rumah dan dalam perjalanan tu bla bla... bla bla bla.. bla bla."

Aku tidak menghiraukan Sungyeol. Aku mengelamun dalam dunia ku sendiri. Aku masih tidak dapat tidur dengan nyenyak mengenangkan apa yang Major Top katakan tempoh hari. Ketika aku melawat Headquarters KPI untuk merujuk semula kes pembunuhan ayah.

Aku musykil. Apa yang ada pada helaian terakhir fail itu sehinggakan Major Top seolah-olah menghalang aku untuk membacanya? Tidak mengapa. Bila-bila masa nanti, aku terjah semula pejabat KPI. Kali ini, secara undercover. *senyum jahat*

"Ji Yoon nie~!" Terasa badanku digoncang Sungyeol.

"Apa benda lah~" jawab ku, memandang bosan ke arahnya.

"Nanti esok kita berlatih menembak lagi di gun range boleh?" Matanya terkelip-kelip memandangku.

"Kau pergilah seorang diri. Lagi pun, Instructor Dong Youngbae kan ada untuk ajar kau? " jawab ku.

"Alah... Tak nak lah. Instructor Dong garang lah... Tolonglah teman aku Ji Yoon. Aku tak nak kena marah lagi seperti hari tu. Pleaseeeeeee" rayu Sungyeol.

"Itulah ! Ini mesti sebab kau selalu main-main waktu jadi trainee dulu kan? Sampai ke besar masih tidak pandai menembak.. Apa yang kau belajar di KPI dulu hah? Hish..." rengus ku. Tidak mengendahkan rayuan Sungyeol lagi.

"Sekali ni sahaja. Petang ni. Kemudian bila-bila masa ada lagi latihan menembak kau tak perlulah ikut lagi. Boleh kan?" Sungyeol cuba mengambil hati aku. Sesungguhnya dia perlu tahu bahawa aku ni jenis yang tidak makan sama. Rayulah kuat mana pun, aku tidak akan mudah goyang.

Lagi pun petang ni aku sudah ada perancangan. Aku mahu menjenguk headquarters. Mahu merujuk kembali catatan yang ada pada fail kes kematian ayah. Aku masih tidak berpuas hati dengan Major Top dan aku harap aku tidak tertangkap nanti.

"Eh Yeolliepop. Malam ini ada perbincangan kes di rumah Prof Hyo. Pastikan kau hadir," tegas ku.

Sungyeol tergedik-gedik di sebelahku. "Kau sudah lupa? Hehehe. Aku mana boleh hadir apa-apa yang overtime. Ibu angkat aku kata, aku tidak boleh membuat kerja lebih waktu. Aku kan agent back-up."

"Oh... Perbincangan kes kau tidak boleh datang, semalam pergi ke Domino World kau boleh pula~! Alasan !"

Sungyeol menjelih lidah. Aku membulatkan mataku.
Berbalik kepada topik penceritaan aku. Semalam selepas pulang dari rumah Gong Chan, Hyun Seung menunjukkan kepada aku dan IU mengenai fail yang dia jumpai dalam bilik Gong Chan. Dalam fail itu hanya ada sehelai kertas yang sudah ada kesan-kesan lipatan.

Hyun Seung mencadang agar fail itu dibawa ke perbincangan malam ini di rumah Professor Hyoyeon nanti. Kami sempat menganalisis kertas itu dengan mata kasar. Rupa-rupanya kertas itu adalah pelan sekolah. Berkemungkinan besar juga peta menuju ke berlian itu.  

Tiba-tiba sahaja pemandu bas itu menarik brake membuatkan aku terhantuk kepalaku di kerusi hadapan. Aku menyumpah seranah pemandu itu dalam hati sambil tanganku mengusap-usap kepala.

Suasana yang boleh dikategorikan sebagai suasana yang damai tadi berubah riuh apabila bas yang dinaiki berhenti mengejut. Pintu bas terbuka. Dua orang pelajar lelaki sekolah Seoul Paradise masuk ke dalam perut bas membuatkan beberapa pelajar tertanya-tanya.

"Maafkan kami cikgu. Sebenarnya kami dipaksa naik ke dalam bas ni kerana... urm... saya sendiri tidak tahu sebab apa. Rasanya kami kena halau...." Lelaki yang berambut sedikit perang itu tersengih.

"Kena halau? Apa yang kamu buat?" tanya Puan Lee. Keningnya dijungkit.

"Saya tumpahkan susu Dutch Lady dalam bas itu tadi. Pemandu bas tu naik berang lalu menghalau saya. Kawan saya yang tak ada kena-mengena dengan hal ini pun terbabit sama," jelas kawannya yang berambut hitam itu.

Puan Lee membenarkan mereka berdua mengambil tempat duduk di dalam bas. Dua orang pelajar itu pun bergerak mencari tempat duduk.

Author P.O.V

Ketika dua orang pelajar lelaki itu berjalan melepasi tempat duduk IU, perempuan itu dapat menangkap satu bau yang kurang enak. Bau minyak wangi. A very familiar scent.

Hidungnya berdikit-dikit berubah menjadi warna merah kerana tidak dapat tahan bau itu. Bau minyak wangi lelaki. Dia memang tidak tahan dengan bau-bauan yang tengik seperti ini. Lantas hidungnya ditekup dengan tangan.

Otaknya ligat mencari jawapan kepada soalannya iaitu "Di manakah dia pernah membau wangian ini?" Berkerut-kerut dahinya berfikir. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Dadanya terasa seperti drum. Berdetak-detak dengan kuat. Nafasnya tersekat-sekat sedikit.

Dia pernah bau wangian ini sebelum ni. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah belakang, mahu melihat wajah dua orang lelaki yang baru sahaja melepasinya tadi.

Mindanya menerawang ke memori lepas. Memori di mana dia dikejar oleh seorang lelaki ber hood pada hari "fake blind date" nya bersama dengan Gong Chan. 

Mereka mengambil tempat duduk di bahagian belakang sekali. Di sebelah Woohyun dan Myungsoo yang kelihatan tidak puas hati kerana ada tetamu yang tidak diundang menyibuk sama mahu duduk di tempat mereka.

‘Mustahil mereka berdua….’ Bisik IU. Menggeleng tidak percaya. Bebola matanya masih tertancap pada imej dua orang lelaki itu. 

Dia terdengar kata-kata pelajar yang duduk di barisan sebelahnya.

“Eh. Mereka berdua itu bukankah dancer sekolah kita? Tidak silap aku, yang rambut perang itu Jang Dongwoo … dan lagi seorang itu Lee Howon bukan?”

“Betullah mereka. Dari dekat Howon kelihatan lebih segaklah!”

“Aish. Tetapi mereka berdua itu kan, musuh kepada W.M.S . Budak baru lagi… Tidak silap aku, mereka adalah antara yang menyertai program pertukaran pelajar ke Seoul Paradise selama sebulan.”

“Oh… Maksud kau, mereka berada di sini sejak tiga minggu yang lepas lah?”

“A’ah. Walau apa-apa pun, aku akan tetap sokong Woohyun, Myungsoo dan Sungjong.”

“Eleh. Kau lihatlah suatu hari nanti, Jang Dongwoo dan Lee Howon akan menjadi duo yang dapat mengalahkan populariti WMS.”

IU tersentap sebentar. Dancer sekolah? Paling membuatkan dia berdebar adalah apabila pelajar perempuan dua orang tadi mengatakan bahawa Dongwoo dan Howon adalah pelajar baru. Pelajar baru… bermaksud…. Baru sahaja menyertai Seoul Paradise….

Mungkin juga antara mereka adalah… ‘Aish IU sshi! Jangan tuduh orang sesuka hati~ Tiada bukti lagi~” Tetapi bagaimana pula dengan bau minyak wangi Calvin Klein itu?

Firasatnya kuat mengatakan bahawa salah seorang daripada mereka adalah lelaki yang cuba membunuhnya sebelum ni. Wajahnya berubah pucat dan suhu badannya menurun drastik. Tangannya menggeletar kecil.

Dia cuba berfikir menggunakan logik akal. Kalau hendak difikirkan secara rasional, sesiapa sahaja boleh memakai minyak wangi yang sama dengan sesiapa. Lagi-lagi minyak wangi Calvin Klein. Tetapi setahu IU, jenis minyak wangi Calvin Klein yang dibaunya ini adalah limited edition. Cuma ada satu jenis di setiap negara.

Dia dapat tahu pun kerana ibu bapa angkatnya adalah orang dalaman yang bekerja di syarikat Calvin Klein dan dibenarkan membawa pulang sampel minyak wangi.

Perempuan itu cuba mengawal emosinya. Tangannya diggenggam kemas pada besi tempat letak tangan itu. Mujurlah dia duduk seorang diri di belakang tempat duduk Ji Yoon dan Sungyeol. Sekiranya orang lain lihat dia begini, mesti ada yang berfikir bukan-bukan. 

Dalam hatinya tidak sabar dia mahu turun dari bas dan maklumkan kepada ejen-ejen yang lain.

Tetapi selagi dia masih berada dalam bas, dia perlu menenangkan hatinya. Dia perlu mengawal diri.

Paling penting sekali……

ada pembunuh dalam bas ni.

~~~~~

Author P.O.V

Pelajar-pelajar Seoul Paradise bersepah melilau sendiri di dalam museum seni itu. Bermacam-macam yang boleh dilihat pada ruang pameran seni. Ada artistic painting yang dilukis oleh pelukis yang terkenal. Ada juga ukiran-ukiran tembaga yang dihasilkan daripada tanah liat. Pelajar-pelajar mengamati seni lukisan itu dengan penuh perasaan.

Beberapa lukisan yang dipamerkan di situ adalah untuk dijual. Antara yang membelinya adalah Gong Chan. Dia memang meminati lukisan-lukisan itu walaupun harganya ada yang tidak masuk akal, mencecah 1000$ bagi setiap satu masterpiece.

Woohyun dan Myungsoo juga tidak ketinggalan membelanjakan wang mereka membeli lukisan-lukisan itu. Mereka bertiga seperti beradu untuk melihat siapa yang lebih kaya.

Enam orang ejen KPI iaitu Ji Young, Ji Yoon, Sungyeol, Sunggyu, IU dan Hyun Seung pula sebaliknya tidak berminat untuk melihat-lihat lukisan itu semua. Mereka berkumpul di suatu sudut terpencil yang jauh dari pelajar-pelajar yang lain dan tersorok dari pandangan guru pengiring. Group meeting.

"Kau pastikah IU?" tanya Hyun Seung.

"IU tidak tahulah hyungnim. IU rasa memang salah seorang daripada mereka yang cuba membunuh IU hari tu. IU rasa yang rambut blonde tu," kata IU.

"Kau ada bukti lain? Selain scent minyak wangi Calvin Klein tu?" soal Ji Young. IU menggelengkan kepalanya.

"Sekiranya begitu susahlah... “ keluh Sunggyu.

"Tetapi IU sure sangat, suara dia sama dengan hari tu. IU rasa IU tidak silap orang.." kata IU lagi.



"Sekarang.. Aku nak pesan dekat kau lagi sekali. TINGGALKAN GONG CHAN ! Atau kawan-kawan kau yang lain... Jadi sasaran aku~" 


"Maafkan kami cikgu. Sebenarnya kami dipaksa naik ke dalam bas ni kerana... urm... saya sendiri tidak tahu sebab apa. Rasanya kami kena halau...."


Memang. Suara mereka berdua hampir serupa saja.

"Macam inilah. Aku cadang kita semua jalan berpecah," celah Ji Yoon."Kita tidak boleh dilihat dalam kelompok. Sekiranya betullah Jang Dongwoo dan Lee Howon itu adalah suspek yang berada bersama-sama Gong Chan ketika Ji Young menghendap mereka hari itu, pasti mereka berdua juga sudah sedia maklum bahawa ada ejen-ejen rahsia yang sedang memburu ketua mereka, Cho Junho."

"And your point is?" tanya Sungyeol, menyilangkan tangannya.

Ji Yoon menghela nafas berat. Kenapalah Sungyeol ini otaknya lembab sangat~

"My point is... mereka tidak boleh tahu bahawa kami berenam ini semua ejen. Faham Sungyeol? Cuba kamu semua fikir, kita berenam ini semua pelajar baru. Masing-masing duduk dalam kelas yang berbeza. 

Kemudian selalu dilihat berjalan bersama-sama walhal pada pandangan pelajar-pelajar Seoul Paradise, kita baru sahaja berkenalan tidak sampai sebulan. Enam orang pelajar baru, berjalan bersama-sama. Bila-bila masa saja orang boleh syak kan?" kata Ji Yoon. Yang lain mengangguk memahami.

"Jadi kita perlu berpecah sekarang?" soal Sungyeol. Ji Yoon mengangguk.

"Sungyeol, kau pergi dengan Ji Young. Hyun Seung, kau berjalan dengan IU. Lagi pun Prof Hyo pun sudah pesan yang kita tidak boleh meninggalkan IU seorang diri sejak dia diserang hari tu," kata Ji Yoon lagi. Lagaknya seperti seorang ketua yang berdedikasi.

"Jadi... kita berjalan bersama-sama ke Ji Yoon?" tanya Sunggyu. Sungyeol berpasangan dengan Ji Young manakala Hyun Seung berpasangan dengan IU. Jadi aku mesti bergandingan dengan Ji Yoon fikir Sunggyu dalam hati.

"Tak." Ji Yoon menggeleng. "Kita berdua jalan berasingan. Solo."

Serta-merta ekspresinya berubah. "Alah... aku fikir aku jalan dengan kau JiJi."

Ji Yoon membesarkan matanya. "Berapa kali aku cakap, tolonglah jangan panggil aku dengan nama tu lagi. Sudahlah. Sebelum ada mana-mana pelajar yang terserempak kita berkumpul begini, lebih baiklah kita berpecah. Ingat, jangan tegur antara satu sama lain. Jangan lupa juga, kita berjumpa malam ni di rumah Prof Hyo."

Kata-kata Ji Yoon disambut dengan anggukan ejen-ejen yang lain. Dengan itu, mereka pun berpecah.

                                                             ~~~~~

Ji Yoon berjalan seorang diri. Sambil mengambil gambar potret-potret pameran menggunakan kamera DSLR nya, matanya juga aktif mencari kelibat dua orang suspek yang dikatakan IU iaitu Jang Dongwoo dan Lee Howon. Tetapi sehingga kini belum terserempak lagi dengan mereka.

Atau mungkin sahaja mereka sebenarnya tiada kena-mengena pun dengan hal ni, detik hatinya.

Tetapi walau apa-apa pun, dia masih perlu berhati-hati sekiranya benar dua orang lelaki itu adalah suspek.

Ji Yoon berhenti di hadapan sebuah pameran artifak pedang lama yang disimpan dalam kaca lutsinar. Cantik ukirannya. Masih mengekalkan ciri-ciri warisan kebudayaan Korea yang diturunkan dari generasi ke generasi.

Dia mengambil beberapa gambar pedang tersebut dengan kamera. Lama berjalan seorang diri, dia terasa haus lalu dia duduk berehat di atas sebuah bangku yang disediakan berdekatan. Air mineral diteguknya. Ji Yoon melihat semula gambar-gambar yang diambilnya sepanjang berada di museum itu.

Sehinggalah jari-jemarinya berhenti di satu gambar yang menarik perhatian. Dalam gambar itu, dia berdiri di hadapan cermin panjang dan mengambil gambar pantulan imejnya pada cermin.

"Ada benda yang tak kena ni," bisik Ji Yoon. Dia menekan butang zoom. Lama dia meneliti gambar tersebut. Baru dia tersedar, dalam gambar itu ada sepasang mata yang memerhatinya dari belakang.

“Eh. Tadi aku tak perasan pun yang ini,” monolog Ji Yoon.

Kelihatan lembaga itu seperti mahu menikamnya dengan pisau tajam. Tetapi mungkin lembaga itu tidak berkesempatan berbuat demikian.

Tidak puas hati, perempuan itu bangkit dari bangku lalu berjalan pantas di celahan pelajar-pelajar Seoul Paradise yang membanjiri museum, menuju ke cermin panjang itu tadi. Cermin  itu terletak di bahagian pameran kraf, di mana kawasan itu sudah pun sunyi. Tiada seorang pelajar pun yang berada di situ. Mereka sudah maju ke hadapan meninggalkan bahagian pameran kraf untuk melihat-lihat bahagian pameran yang lain.

Ji Yoon berdiri tegak di hadapan cermin tersebut. Dia menoleh ke kiri dan kanan untuk melihat sekiranya ada sesiapa yang berada berdekatan atau cuba membunuhnya. Tetapi tiada sesiapa.

Dia maju dua tapak ke hadapan, memeriksa cermin itu. Ada sehelai kertas tertampal pada cermin. Besarnya separuh saiz A4. Ada printed text berwarna merah pada kertas itu. Ji Yoon memakai sarung tangannya lalu menanggalkan kertas tersebut dan membaca nota yang tertera. Dahinya berkerut tatkala membaca lima perkataan yang tercetak pada kertas.

JEON JI YOON MUST DIE


















to be continued 

4 responses to Gun Fighter Part 15

  1. MilaDH says:

    Babe, kau salah tulis yang dekat bawah author p.o.v. It should be ji yoon p.o.v. kau tulis ji young p.o.v. BTW, bila yang IU nak kene bunuh tuhh?

  2. AmyZana says:

    a'ahlah weyh ! thanks sbb prasan ! aq nk gi tkr nih!

  3. AmyZana says:

    btw, ade part yg IU nak kene bunuh tuh... ce ko check part 11 kot yg dia kene kejar dgn orang tu~

  4. MilaDH says:

    Ohh okeyy. takperasan kott. Pelupaa