Gun Fighter Part 16

Author's note : Pada mulanya aku cadang cerita ni hanya consist of 20 chapters. Nampaknya aku akan panjangkan cerita ni lagi sikit sebab banyak konflik. Mungkin akan dijadikan 25 chapters. MUNGKIN.



Author P.O.V

Kakinya menapak mendekati bangunan. Perlahan. Dengan penuh misteri. Sesekali dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Sekadar memastikan tiada sesiapa yang memerhati. Mujurlah tiada sesiapa mengekorinya. Kemudian individu terbabit menyelinap ke belakang bangunan. Melewati beberapa orang pengawal keselamatan dengan licik. Mereka langsung tidak menyedari kelibatnya.

Destinasinya cuma satu. Pintu belakang bangunan KPI.

Matanya meliar ke seluruh kawasan. Anak matanya dapat menangkap imej CCTV yang terpasang pada dinding. Betul-betul di atas pintu itu. Koceknya diseluk. Sejenis alat yang bernama pemutar skru dikeluarkan dari poket.

Skru CCTV dilonggarkan sebelum wayar pada litar kamera itu dipotong menggunakan playar. Dirinya hanya mampu tersenyum bangga dengan pencapaiannya setakat ini. Tetapi kegembiraannya tidak lama apabila pintu tersebut didapati terkunci dari dalam.

Sekali lagi dia menyeluk koceknya. Mencapai sesuatu objek yang dapat membantunya dalam situasi begini. Alat yang dapat membantunya membuka pintu di hadapannya ini.

Ya. Bijak sekali. Bijak sekali pemikiran perempuan itu.

Alat tersebut dimasukkan ke dalam lubang pintu. Dicubanya mencungkil lubang pintu tersebut beberapa kali dan akhirnya  

Klik.

Pintu terbuka.

Senyuman kecil meniti bibir. Daun pintu ditolak kemudian sewenang-wenangnya dia meloloskan diri dalam bangunan. Perempuan itu merendahkan topinya sehingga menutup sebahagian dari wajah. Langkah ini adalah untuk memastikan bahawa sesiapa yang  terlihat dirinya, tidak dapat menganalisis wajah perempuan itu dengan baik sekali gus tidak dapat mengenal pasti siapakah identity bertopi yang berlegar bebas dalam bangunan KPI.

Kedua-dua tangannya diseluk dalam kocek. Berjalan tertunduk tidak memandang ke kiri dan ke kanan. Kemudiannya dia menceroboh bilik janitor.

Beberapa minit di dalam, perempuan itu melangkah keluar dari bilik tersebut dengan berpakaian seperti pekerja cleaning service. Berkasut boot warna hitam dan beruniform putih dilengkapi dengan topi berjalur oren.

Matanya melilau ke kiri dan ke kanan.

Menyedari tiada sesiapa lagi di kawasan berdekatan, identity terbabit segera menolak troli yang berisi alat-alat (seperti penyapu, mop, berus dan spray cans) menuju ke pintu lift.
Seperti diatur, setibanya dia di hadapan lift, dedaun pintu terkuak buka, perlihatkan seorang pekerja KPI yang sedang berdiri membaca suratkhabar di dalam lift tersebut.

‘Gawat nih.’ Individu terbabit berkeluh kesah dalam diam. Bimbang sekiranya pekerja itu menyedari siapakah manusia di sebalik seragam cleaner ini secara langsung membongkar identity diri yang sebenar.

Tetapi memandangkan pekerja KPI yang bernama Goo Hara itu masih khusyuk tenggelam dalam pembacaan artikel politik yang terkandung dalam suratkhabar, dia langsung tidak menyedari cleaner di hadapannya ini sudah pun melangkah masuk ke dalam lift. Bahkan, dia tidak menyedari apa-apa pun kerana terlalu focus pada bahan bacaan yang dipegang.

‘Cleaner’ itu mampu menghembus nafas legas melihatkan Goo Hara yang langsung tidak memberi respon akan kehadirannya di situ. Akhirnya lift berhenti pada tingkat yang dituju. Dia melangkah keluar bersama-sama trolinya, meninggalkan Goo Hara yang tersenyum-senyum kecil membaca komik jenaka dalam suratkhabar.

Ji Yoon P.O.V

Sesampainya aku di hadapan pintu bilik file storage, aku terus memulas tombol dan meloloskan diri ke dalam bilik tersebut tanpa perlu merisaukan apa-apa.

Mengapa perlu risau ? Aku sudah berjaya mematikan banyak CCTV di dalam bangunan ketika dalam perjalanan ke bilik ini. Aku pasti, tiada sesiapa yang dapat menyedari kehadiran ku di sini. Sebenarnya bukan pekerja KPI yang membimbangkan aku. Tetapi yang membuatkan aku lebih berhati-hati adalah kerana Major Top.

Aku bimbang kalau-kalau posisi aku dapat diketahui lelaki itu. Sebab itulah aku pakat mahu menceroboh bangunan ini senyap-senyap. Tujuan aku ? Sudah semestinya ingin mencari file kes kematian ayah aku 7 tahun lepas yang disimpan KPI dalam bilik ini.

Aku mesti tahu cerita sebenar. Aku mesti tahu apa yang tuan sorokkan daripada aku.

Aku membuka seragam cleaner yang dipakai. Kini, hanya t-shirt hitam dan jeans skinny sahaja yang tersarung pada tubuh.

Hari semakin lanjut petang. Waktu pula semakin terbuang. Aku perlu pantas.

Pantas mencari fail kes  tersebut. Aku perlu cari tahu apa yang ada pada helaian terakhir lembaran kertas yang berada dalam fail itu. Penat lelah ku mencari, akhirnya aku menjumpai fail yang di idami. Fail itu terselit kemas dicelahan fail-fail yang lain. Aku mencapai fail tersebut lantas menyelak muka suratnya dengan gelojoh. Mengimbas butir dokumen dengan pantas sehinggalah sampai pada butiran pada muka surat yang terakhir.

“What did I say about breaking an entrance Jeon Ji Yoon?” tegur satu suara dari belakang.

Tanpa perlu menoleh ke belakang melihat pemilik suara itu, aku sudah dapat mengagak dengan tepat bahawa suara garau itu datangnya dari Major Top.

Aku menoleh menghadapnya.

“Jeon Ji Yoon, adakah awak begitu terdesak sehinggakan perlu memecah masuk bangunan KPI tanpa kebenaran ?” soal Major Top.

Aku tidak menjawab.

“Fail apa yang awak pegang tu? Serahkan kepada saya.” Arahannya tegas.

“Tak. Saya tak mahu. Fail ini akan tetap berada dengan saya sekiranya tuan tak beritahu saya perkara yang sebenar,” tegasku sambil mendakap fail itu.

Major Top merengus geram. Barangkali marah mendengar jawapan ku. Aku tidak hiraukan marahnya. Sedangkan aku sendiri sedang marah, dia tak mahu pula kisah. Tak adil kan begitu?

“Ji Yoon. Serahkan saya fail itu atau awak-”

“Atau apa ? Saya dibuang ? Macam tu? Huh. I don’t think you even got the guts to do so,” tingkah ku pantas sekali gus memotong cakapnya. “Tuan. Saya tak minta banyak pun. Saya cuma mahu tahu apa yang berlaku sebenarnya sebelum ayah saya mati. That’s it. Saya tak minta lebih. Saya tak minta pun tuan untuk gali kubur ayah saya semula. Saya juga tidak minta tuan untuk menaikkan pangkat saya.”

Matanya merenungku tajam. Tepat ke arah bebola mata ku. Nampaknya dia seperti naik angin dan sedikit tercabar dengan kata-kata ku. Aku tanpa gentar langsung membalas renungan matanya.

Kemudian dia bersuara. “Awak betul-betul mahu tahu Ji Yoon?”

Sudah terang lagikan bersuluh. Masih tidak jelaskah motif aku memecah masuk bangunan ni?

“Positive,” jawabku.

Lelaki itu menapak mendekati ku lalu mendapatkan fail yang aku pegang. “Kita tak perlukan fail ini.” Sejurus itu, dia mencampakkan fail tersebut ke atas meja.

“Duduk Ji Yoon,” arahnya.

Aku menuruti tanpa membantah. Aku mengambil tempat duduk di atas bangku manakala Major Top pula berdiri bersandarkan pada meja. Dia menyilangkan tangannya.

“Let’s start with your dad. He was a good man. Pemurah, baik hati, bijak… But that one faithful day…” Jari-jemarinya tidak berhenti memusingkan pen. “Dia berkawan rapat dengan seorang lelaki ni. Colleague dia sendiri. Mereka berdua kawan baik. Selalu bersama. His best friend was an agent in KPI. Tetapi pada suatu hari tu, your mom came to KPI. Ayah awak jatuh cinta dengan mak awak. “Love at first sight” katanya. Kami berempat kemudiannya menjadi kawan baik. Your father, your mother, me and his best friend.”

Aku mencelah. “Best friend ayah tu… Siapa nama dia?”

“Cho Kyuhyun,” jawab Major Top.

“Cho Kyuhyun,” aku mengulangi namanya. Buat beberapa saat kami berdua tidak berbicara. Tenggelam mengelamun dalam dunia sendiri.

Major Top memecahkan kesunyian itu dengan meneruskan ceritanya yang tergendala.

“Suatu hari tu, ayah awak melamar mak awak. Mak awak gembira. Mereka berdua pun berkahwin selepas itu. Mendirikan rumah tangga sama-sama. Pulang dari agency bersama-sama. Makan bersama-sama. Pendek kata, mereka memang bahagia. I was happy for them of course. Saya dalam diam cemburu juga sebenarnya.”

“Kemudian apa jadi tuan?”

Dia terkedu sebentar. Air mukanya berubah serta-merta.

Apakah yang membuatkan tuan memberi reaksi begitu ?

 “Tak semua kawan akan berbuat baik dengan kawan. Itu adalah apa yang saya pelajari daripada peristiwa itu.”

Peristiwa ? Peristiwa apa?

Seperti mempunyai kuasa telepati, tuan menyambung kata-katanya. “Kawan baik ayah awak tu juga menyimpan perasaan terhadap mak awak dalam diam. Awak mahu tahu apa yang dia pernah kata pada saya ? Dia kata, dia akan buat apa saja agar mak awak meninggalkan ayah awak.”

Ish. Jahanam punya kawan baik.

Bibir bawah ku ketap. Aku menggenggam penumbuk ku. Bersiap sedia untuk menghayunkannya pada mana-mana dinding terdekat untuk melepaskan geram.

“Lelaki Cho Kyuhyun tu menyimpan dendamnya bertahun-tahun sehinggalah awak besar. Saya sendiri juga bodoh kerana tidak dapat menghidu muslihat dia awal-awal. Tahu-tahu saja, dia sudah melepaskan pelurunya tepat mengenai dada ayah awak.”

“Saya sembilan tahun masa tu,” kata ku. Memandang ke bawah. Menggenggam penjuru bangku. Imbasan memori mula berputar dalam minda. Sakit. Dada aku sakit. Kematian mak, ayah dan adik aku boleh diumpamakan seperti dicucuk seribu jarum.

Author P.O.V

“Mak meninggal dulu. Kemudian ayah…. Kemudian adik…” Suaranya sayu berbicara.

“Saya tahu. Sejurus saja mak awak meninggal, Cho Kyuhyun jadi seperti orang gila. Menyalahkan ayah awak seratus peratus dengan alasan ayah awak tak layak dapat isteri macam mak awak. But that’s not the worst part. The nightmare is yet to come…” Major Top berganjak dari meja mendekati Ji Yoon.

“Mengikut rentetan, setahun selepas perkahwinan mak dengan ayah awak, Cho Kyuhyun kemudian melangsungkan perkahwinannya. Pada hemat saya, walaupun setelah berkahwin, dia masih tidak dapat melupakan mak awak. So he plot revenge.”

“Selepas itu?”

Major Top menghirup nafas dalam-dalam sebelum menjawab pertanyaanya. “He shot your dad Jeon Ji Yoon.”

“APA ?! Jadi… kawan baik dia sendiri bunuh dia ??”

“Kawan baik ayah awak, bunuh ayah awak pada malam 28 April tepat jam 10.12 minit malam menggunakan pistol Beretta 92.”

Ji Yoon P.O.V

“Panjang larasnya 125 mm dan kapasiti pelurunya 15 Rds. Total length 217 mm dengan berat 950 g. Made in Italy,” celah ku. Bukannya aku nak tunjuk pandai. Tapi… aku musykil. Kerana salah seorang daripada ejen misi Russian Red ini, juga memakai pistol yang sama

Siapakah ejen yang menggunakan jenama “Beretta 92” tu korang fikir sendiri. Serta-merta aku menolak perasaan syak wasangka. ‘Mana mungkin… Dia ejen yang telah diakui secara rasmi oleh KPI. He can’t be. Semuanya kebetulan.’

“Awak hafal detail dia. Saya kagum,” kata Major Top.

“Jangan melambatkan saya tuan.”

Lelaki itu berdehem. “Maafkan saya,” ucapnya. “Sejurus setelah ayah awak ditembak, Cho Kyuhyun pulang ke rumah kemudian menembak isterinya sendiri.”

Aku tergamam.

“He shot your dad. He shot his wife. Then he shot himself. Dia ada seorang anak lelaki, saya tak pasti apa nama dia tapi saya sure yang”

Eh aku salah dengar ke ? Aku rasa aku ada dengar sesuatu yang kurang jelas tadi. Tidak bolehkah dia ulang semula kata-katanya?

“Woah woah hold on a second. Apa maksud tuan dia tembak diri dia sendiri?” Aku cuba memproses maklumat yang diberi Major Top. Cho Kyuhyun… sudah mati ? Aku naik syak.

Aku tak faham. Aku… aku betul-betul tak faham. Kalau pembunuh ayah aku sudah mati, maksudnya.. Ayat itu dibiar tergantung tanpa huraian panjang.

Major Top tergamam. Dalam diam dia sebenarnya sedang menyalahkan diri dia sendiri kerana terlepas cakap depan aku. Dia tidak sepatutnya membocorkan rahsia yang sudah 7 tahun dia simpan sendiri tu. Tetapi pepatah pernah berkata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

“Tuan… jujur dengan saya tuan.. Apa yang… tuan cuba sorokkan daripada saya?” tanya ku dengan penuh berhati-hati. Lelaki itu tidak menjawab.

Kemudian itu barulah aku tersedar satu perkara. Selama ni, aku beriya-ya mahu menjejak pembunuh ayah aku, sampai sanggup jadi trainee dekat KPI, sanggup lupakan kebahagiaan aku sendiri, semata-mata mahu, mahu membalas dendam terhadap orang yang sudah mati ?

 “Jadi selama ni tuan tipu saya?” tanyaku lagi.  “Selama ni saya bersemangat mahu menjejak pembunuh ayah tetapi sebenarnya….” Aku menapak ke belakang perlahan-lahan. “..sebenarnya dia dah mati.” Oh my god. Aku tak percaya dengan apa yang baru saja aku dengar tadi…

Pembunuh ayah aku…. Dah mati. Pembunuh ayah aku… dah lama mati. Kata-kata Sunggyu berputar dalam mindaku

"JiJi... Dalam hidup ini kan, kau kena ada wawasan tau. Ka-ta-kan-lah, pembunuh ayah kau sebenarnya sudah lama mati. Tak akanlah kau mahu membazirkan seumur hidup kau dengan berdendam?"

“Saya… saya dah… saya rasa saya dah buat keputusan yang salah….” Ungkapku perlahan.
Major Top menapak ke arah ku cuba menenangkan ku.

“Jangan dekat dengan saya tuan,” arah ku pendek. Takut mahu menghampiri lelaki yang berdiri di hadapan ku ini.

Major Top berhenti menapak.

“Kata-kata tuan sebelum ni, kononnya mahu tolong saya cari pembunuh ayah, adalah muslihat tuan ? Tuan sengaja nak salah gunakan saya untuk kepentingan syarikat ni. Begitukah tuan?”

“Ji Yoon. Jangan membuat andaian sendiri. It’s hard to explain but. Saya buat untuk kebaikan awak juga. Anak dia, anak Cho Kyuhyun, masih hidup. He’s out to get you Ji Yoon. KPI mahu melindungi awak ! Awak kecil lagi masa tu. Saya takut nak jelaskan perkara yang sebenar. Saya takut awak tak boleh terima apa yang saya cuba katakan. Awak dalam bahaya Ji Yoon. Awak tak boleh pergi,” tingkah Major Top mahu membantah hujah ku.

Aku menggeleng perlahan. “Tuan tipu saya lagi? Satu lagi muslihat tuan untuk simpan saya jadi hamba KPI ? Macam tu kah tuan?” soalku. Aku merengus kencang lalu mengusap rambut ku dengan kasar. Dadaku turun naik menahan amarah yang semakin bergelodak dalam jiwa. Bila-bila masa saja aku boleh hilang kawalan.

“Ji Yoon dengar. Anak dia”

Aku merengus lagi sambil mengelus rambut ku dengan kasar.

“Saya tak kisah fasal anak dia. Saya dah tak kisah fasal misi ni. Saya dah tak kisah fasal KPI tuan. Sebab apa ? Sebab saya baru saja ditipu. I can’t believe I have already wasted a half of my life here!” Aku menggelengkan kepala mengenangkan nasib ku. “Sedangkan saya sepatutnya pergi keluar belajar, study in a proper high school. Tak perlu beratkan fikiran untuk balas dendam. But instead, ini yang saya dapat?” Aku menatap wajahnya.

Kali ini dia tidak pula membantah. Malah, semakin membatu kerana hilang kata.

 “Segala-galanya sia-sia….Usaha saya… sia-sia tuan…” Aku mengeluh berat lalu menapak laju ke arah pintu dan memulas tombolnya.

Aku… aku kena keluar dari sini.

 “Ji Yoon. Biar saya terangkan hal yang sebenar. Awak perlu faham..” Major Top membuka langkah mendekati ku. Cuba menghalang ku. Cuba menerangkan situasi yang sebenar. Tetapi apa lagi yang perlu diterangkannya ? Aku rasa aku sudah ditipu. Sekarang ini, aku sudah tidak tahu apa yang aku sepatutnya rasa.

Gembira ? Kerana dapat tahu perkara yang sebenar. Atau… Marah ? Kerana aku telah dipermainkan? Sekiranya aku tahu dari awal bahawa pembunuh ayah aku sudah mati, huh, tidaklah aku berada di tempat ini.

Tetapi apa yang tuan sudah buat betul-betul mengecewakan aku. Jadi, buat apa lagi aku berada di sini ?

Berdiri di hadapan pintu, aku berhenti menapak sebelum menghadap Major Top.“Tak perlukan lagi penjelasan. Saya fikir tuan jujur nak tolong saya. Tapi tak….”

Aku menatap wajah Major Top buat kali terakhir,

sebelum menghempas pintu dan meninggalkan lokasi.

~~~~~
Jam 8.30 malam.

Professor Hyoyeon menghirup segelas cawan kopi sambil matanya ralit membaca semula laporan yang ditulisnya untuk hari ini sebelum laporan itu di klik pada butang 'send' untuk dihantarkan kepada pihak KPI.

Pelbagai butir perkara ditegaskannya dalam laporan itu. Majoritinya ditulis mengenai pencapaian kes mereka setakat ini. Oh ya. Tidak lupa juga mengenai ejen pelapis mereka iaitu Lee Sungyeol.

Attendance lelaki itu sangat-sangatlah mengecewakan. Sudahlah jarang-jarang hadir. He didn't even contribute much for the team. Ulasan mengenai Sungyeol di taip pada document yang berlainan. Perenggannya yang lebih panjang berbanding document isu kes.

Jawapan balas bakal diterimanya pada hari esok. Sama ada pada waktu siang ataupun malam. Bila difikirkan semula, ini adalah kali pertama dirinya mahu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Lee Sungyeol dalam bentuk laporan.

Loceng rumah berbunyi. Prof Hyo segera bangkit dari kerusi menapak mendekati pintu rumah. Matanya ditekap pada lubang kecil pada pintu. Melihat gerangan siapakah yang berada di luar pintu rumahnya.

Rupa-rupanya mereka adalah ejen-ejen KPI yang hadir untuk bermesyuarat ringkas pada malam ini. Prof Hyo membuka daun pintu. Wajah-wajah yang dikenalinya tersembul pada muka pintu.

"Mana Lee Sungyeol ?" Soalan pertama yang meluncur keluar.

Ji Young menjungkitkan bahunya. "Saya tidak tahu prof." Jawapan itu sungguh-sungguh membuat Prof Hyo semakin naik bengang.

"Okey tak apa. Kamu semua cepat-cepat masuk. Ada perkara yang saya perlu bagitahu. Benda penting," arah Prof Hyo.

Ejen-ejen di hadapannya mengangguk lalu menapak masuk ke dalam rumah professor mereka tanpa banyak soal. Prof Hyo berdiri terpacak di hadapan pintu rumahnya. Dia dapat merasakan ada kehadiran seseorang di dalam pekat malam ini. Dan seseorang itu... sedang memerhatikannya.

‘Perasan je kot,’ fikirnya. Prof Hyo kembali menapak ke dalam rumah. Terus mengunci pintu papan itu dari dalam.

Sebenarnya tanpa dia sedari, firasat Prof Hyo kali ini memang tepat. Cuma rasa ragu-ragunya menghalang perempuan itu daripada terus-terusan ingin tahu.

Kerana memang benar...

Memang ada sepasang mata yang memerhati...

~~~~~

Sunggyu dan ejen-ejen lain memulakan perbincangan mereka pada meja segi empat yang terletak di ruang tamu Prof Hyo.

IU menoleh ke kiri dan ke kanan lalu mengira ahli yang hadir. Tidak cukup dua orang. "Prof... Ji Yoon unnie tak hadir..." ujar IU.

Prof Hyo cuma mengangguk. "Saya tahu." Pandangan matanya tidak berkalih daripada memandang skrin laptop sambil menjawab keterangan IU.

"Aku agak dia mesti ponteng tu..." ujar Ji Young dengan selamba.

"Kau ada bukti ke?" tingkah Sunggyu di sebelahnya sambil menyilangkan tangan. "Bukan ke kau suka kalau Ji Yoon tak ada?"

Hyun Seung yang dapat menghidu sesuatu memandang Prof Hyo. "Prof... Ada benda yang tak kena bukan?" soalnya. Lebih kepada meminta kepastian.

Demi mendengar kata-kata Hyun Seung, penaipannya segera terhenti. Pandangannya berkalih daripada menatap skrin laptop, kepada wajah Hyun Seung. "Dia berhenti."

Hyun Seung dan lagi tiga orang ejen yang lain menganga tidak percaya."Apa ??? Eh betul ke ni ???" IU terperanjat.

"Macam yang awak baru dengar tadi. Dia berhenti dari KPI," ucap Prof Hyo dengan tenang.

"Huh. Aku dah agak dah. Perangai dia tu memang pelik. Memang aku sudah lama expect yang benda macam ni lambat-laun akan jadi juga..." kata Ji Young sambil mencebik pada akhir-akhir katanya.

"Kau boleh diam?" kata Sunggyu. Mengimbas wajah perempuan itu yang lebih bersikap selamba dalam tutur katanya. Kalau nak diikutkan hati, memang mahu lempang muka Ji Young tu. Sunggyu lebih tahu akan cerita sebenar. Lebih tahu sebab-sebab mengapa Ji Yoon menyertai KPI.

Memang Ji Yoon menyertai KPI bukan sebab dirinya betul-betul mahu menjadi ejen. Tetapi sebab ayahnya. Ji Young tak ada hak untuk membuat andaian negatif mengenai Ji Yoon.

Prof Hyo memotong kata mereka dengan membangkitkan topik lain. "Lupakan fasal Ji Yoon. Saya ada benda yang lagi penting untuk diberitahu. Ada benda yang kamu perlu buat. Dua orang daripada kamu. Arahan daripada KPI." Dua buah fail diserahkan kepada Ji Young dan Sunggyu.

Mereka menyelak fail itu. Ekspresi Sunggyu serta-merta berubah. "Misi memberkas Lee Howon (HoBaby) dan Jang Dongwoo (D-woo) ?"

Prof Hyo mengangguk. "Sepatutnya misi ini diserahkan kepada Ji Yoon dan Sunggyu. 
Tetapi memandangkan Ji Yoon sudah tidak ada kena-mengena lagi dengan KPI, jadi automatik tanggungjawab ini bertukar tangan kepada Ji Young. Misinya malam ini, jam 10.00 malam. Lokasi ? Markas penjenayah bernama Big Bang. Alamat dan segala butir ada dalam fail. Tujuan ? Tangkap Lee Howon dan Jang Dongwoo. Apa yang perlu awak buat adalah"

"Eh kejap," tingkah Ji Young sekali gus memotong cakap Prof Hyo. "Mengapa saya pula yang kena dan bukan IU?"

Prof Hyo menjeling Ji Young."Boleh awak bagi peluang untuk saya bercakap?" soal Prof Hyo dengan serius. Serta-merta Ji Young mengunci mulutnya. "Berbalik kepada apa yang saya kata tadi. Lee Howon dan Jang Dongwoo dikatakan bersekongkol dengan Cho Junho. Tetapi bukan atas kerelaan Big Bang sendiri."

Note : Big Bang adalah sekumpulan penjenayah underground yang pada suata ketika dulu pernah dianggotai oleh Lee Howon dan Jang Dongwoo sebelum mereka menarik diri dan menyertai Cho Junho.

"Motif misi ini adalah

1. Cari tahu siapakah Lee Howon dan Jang Dongwoo yang sebenar.
- Wajah mereka. Itu adalah yang paling penting sekali.

2. Berkas Big Bang
- Selain Howon dan Dongwoo, pihak KPI juga mengarahkan misi ini dijalankan untuk memberkas penjenayah-penjenayah yang menghadiri mesyuarat Big Bang itu pada malam ini."

"Berat juga tanggungjawab ni..." kata Hyun Seung. Dalam diam berasa lega dirinya tidak terpilih untuk menggalas misi tersebut.

"Big Bang akan mengadakan gathering ahli-ahli mereka secara senyap-senyap jam 10.00 di markas mereka nanti. Gathering tidak rasmi itu juga bakal dihadiri Lee Howon dan Jang Dongwoo. Kamu berdua akan diberikan sejenis device yang akan di pin kan pada baju.

Sekiranya Lee Howon dan Jang Dongwoo membuat kemunculan mereka, tekan butang tu. Ini adalah untuk memberi isyarat kepada KPI untuk membuat serbuan. But above all, awak berdua jangan risau. Bangunan itu akan sentiasa diperhatikan oleh KPI.

Tetapi saya nak nasihatkan awak,

























tolong jangan sampai tertangkap."

4 responses to Gun Fighter Part 16

  1. MilaDH says:

    Ada Kyuhyunnnn <3

  2. AmyZana says:

    haha. tapi kyuhyun jahat dlm fanfic nih ;_;

  3. Aida Farzana says:

    alamak.. kyuhyun saya jahat.. xD

  4. AmyZana says:

    Daebak right Kyuhyun jahat ? Lol xD