Gun Fighter Part 17



Author P.O.V

“Selesa ke pakai rambut afro yang buruk tu?”

“Kau rasa?”

“Entah. Kau nampak macam tak selesa.” Ji Young meneliti imbasan imejnya pada cermin kereta. Dia sendiri yang mengenakan rambut palsu berwarna merah itu pun berasa tidak selesa. Apatah lagi Sunggyu yang… er… haha.

Lelaki di sebelahnya itu beberapa kali membetul-betulkan rambut afro nya yang kembang. Dari riak wajahnya menunjukkan bahawa dia benar-benar tidak selesa.

“Aku rasa kepala aku gatallah pakai benda alah ni,” rungut Sunggyu. “Prof Hyo tak basuh ke rambut palsu ni agaknya?”

Perempuan disebelahnya itu bercekak pinggang lalu bersuara, “Kau fikir kau seorang sajalah yang perlu menderita ? Kau tak tengok rambut palsu yang aku pakai ni?” Jari telunjuknya dituding ke arah kepalanya sendiri. “Sudahlah buruk. Warnanya pula merah darah.”

Ji Young mencium sedikit hujung-hujung rambut itu lalu mengerutkan hidungnya. “Busuk pulak tu. Aku tak sangka Hyun Seung akan simpan benda sehodoh ni dalam almari dia.” Dia menggelengkan kepalanya.

 Sunggyu tersenyum menahan gelak. “Okeylah tu. Daripada aku… rambut ni sudahlah berat. Kembang. Buruk. Hodoh. Ugly. Urgh.”

Ji Young P.O.V

Aku menyarungkan cermin mata hitam. Pantulan imej ku pada cermin kereta ku teliti. Untuk menyamar, aku rasa rupa macam ni sudah okey. Walaupun agak hodoh, asalkan tiada sesiapa yang mengenali kami pun sudah cukup memadai. Sunggyu turut menyarungkan cermin mata hitamnya. Kami berbalas pandangan.

~~~~~

Aku dan Sunggyu menapak mendekati bangunan itu. Kelihatan ada dua orang “jaga” yang besar-besar belaka sedang mengawal pintu masuk bangunan tersebut. Bangunan markas di mana mesyuarat Big Bang dan pengikut-pengikutnya akan berlangsung.

Di sini juga kami akan cuba mencari gerangan Hobaby (atau nama sebenarnya Lee Howon) dan D-woo (Jang Dongwoo), dua manusia yang menjadi sidekicks Cho Junho.

Misi ini sebenarnya ditugaskan kepada Ji Yoon dan Sunggyu. Tetapi malangnya perempuan sengal tu membuat keputusan drastic untuk berhenti dari KPI. Kami semua terkejut. Jadi, disebabkan tak ada pilihan lain, pihak mereka pilih aku untuk gantikan Ji Yoon.

Teruk bukan? Sepatutnya dia perlu lebih memikirkan soal masa depan kes ini berbanding kepentingannya sendiri. Prof Hyo pun tidak tahu cerita sebenar dari akar umbinya sebab-sebab dia mahu berhenti dari KPI.

Hyun Seung dan IU pula pada ketika ini berada di tempat lain. Mereka diarahkan perintah berkurung oleh KPI. Tidak boleh keluar dari rumah. Atau sekiranya mereka berdegil, terimalah padahnya. Hal Gong Chan pula sudah kami uruskan. Dia diberkas atas dakwaan bersekongkol dengan Cho Junho. Buktinya ? Fail yang suatu ketika dulu Hyun Seung bawa balik dari rumah Gong Chan. Pada hari kami berlibur di Domino World.

Bercerita pasal Sungyeol, dia sudah lama tidak memunculkan diri. Aku kekadang ragu-ragu juga. Adakah dia benar-benar komited dengan tugas ini ? Ataupun dia melibatkan diri sekadar untuk suka-suka. *mengeluh*

Okay back to reality.

Sunggyu menunjukkan pas masuk kepada lelaki itu. Mereka berdua mengimbas kami berdua dari atas ke bawah. Mereka sekadar mengangguk lalu membenarkan kami masuk. Aku dan Sunggyu menapak ke dalam bangunan itu.

Nota Ji Young : Bangunannya ini tidaklah terlalu besar tidak juga terlalu kecil. Dalamannya tidak banyak  perabot sekadar meja bulat besar di tengah ruang dihiasi dengan- oh wait- satu hiasan pun tak ada.

Lampu hanya ada dua tergantung pada ceiling. Satu lampu untuk menerangi meja bulat tersebut, satu lagi lampu pula tergantung berdekatan pintu masuk. Ya. Bangunan ini agak gelap dan buruk.

“Ada butang kecil yang perlu kamu tekan pada kolar baju kamu itu sekiranya target sudah memunculkan diri ataupun sekiranya apa-apa benda buruk yang berlaku. Ini adalah sebagai signal kepada pihak KPI untuk menceroboh bangunan.” – Prof Hyo -

Author P.O.V

Bebola mata tajam memerhatikan suasana sekeliling. Cuba menjejak sekiranya ada benda-benda yang menimbulkan kemusykilan. Dalam sibuk memerhati, telinga mereka juga aktif mengesan suara-suara daripada setiap arah.

Sunggyu memberi isyarat mata kepada Ji Young. Perempuan itu cepat menangkap maksud bagi isyarat tersebut. Lalu mereka menapak mendekati sebuah pintu kayu. Sunggyu mendahului Ji Young dengan meloloskan diri ke dalam bilik itu.

Bilik tersebut dipenuhi dengan berbelas-belas manusia. Keluasan bilik itu lebih kurang seluas empat kali ganda bilik darjah kelas mereka di Seoul Paradise. Kira-kira Sunggyu, pasti mereka semua ini adalah pengikut-pengikut Big Bang. Mereka berdua menyelit di celah-celahan manusia itu.

Di tengah-tengah ruang, seorang lelaki bertubuh tinggi lampai, menghunuskan pisau ke arah anak tekak seorang lelaki yang berkemungkinan besar adalah salah seorang pengikutnya.

"Kwon Ji Yong..." bisik Sunggyu dalam hati.

Benar. Nama lelaki yang bertubuh tinggi lampai itu adalah Kwon Ji Yong. Ataupun lebih gemar diri dikenali sebagai G-Dragon. Leader of the underground group.

"Apa aku pesan dekat kau ??" soal GD kepada lelaki tersebut yang kini sudah duduk melutut di hadapannya. Memohon keampunan atas kesilapan yang dilakukan dan meminta agak diri tidak di apa-apakan.

"Aku sudah pesan bukan? Aku suruh kau bunuh dia ! Bukannya biarkan dia terlepas!" Tengkingannya bergema.

GD menarik kolar baju lelaki tersebut. "Kau nak aku bunuh kau ke?"

Mangsa menggeleng laju. Mulutnya terkumat-kamit meminta maaf beberapa kali.

"Okay... Aku tak akan apa-apakan kau..." Senyuman manis meniti bibir. Tetapi ternyata kata-katanya merupakan penipuan semata-mata, dalam diam menyorokkan agenda rahsia.

Senyumannya berubah sinis. Mata pisau dihunuskan mengenai perut mangsa. Pisau dicucukkan sedalam-dalamnya sehingga darah menembusi badan belakang. Peluh bermanik pada dahi. Mulut mangsa ternganga luas. Menanggung perit yang tidak tertahan. Darah tersembur keluar. 

Perlahan-lahan lelaki itu jatuh terduduk di atas lantai.

GD tersenyum puas. Membiarkan jasad itu terkulai tanpa bantuan. Percikan darah pada wajahnya diseka dengan lengan baju. Pisau dibiarkan tertusuk pada tubuh mangsa.

Saksi-saksi pembunuhan yang berada dalam bilik itu tidak mengeluarkan sebarang kata. Diam tanpa bicara. Barangkali mereka sudah biasa melihat aktiviti pembunuhan berlaku di hadapan mata.

"Bawa dia keluar..." arah GD ringkas. Dua orang pengikutnya menapak ke hadapan lalu menarik keluar sekujur tubuh tidak bernyawa itu sehingga lesap dari pandangan mata.

"Ini adalah akibatnya kalau orang berani ingkar arahan aku. Tiada belas kasihan. Tiada simpati. No mercy. No sympathy," kata GD. Mengimbas wajah setiap satu manusia yang berada di hadapannya.

Lelaki psiko itu menapak mendekati kerusi lalu melabuhkan punggungnya. Kaki disilang. Lagaknya umpama maharaja yang berkuasa veto. Berkuasa mutahir. Berkuasa mutlak dalam membuat keputusan. Menentukan siapa yang patut hidup dan siapa yang patut mati seolah-olah mengambil alih kuasa tuhan.

~~~~~

“Oppa. Nah ais krim,” kata IU. Ais krim pada tangannya disuakan kepada Hyun Seung.

Lelaki itu mengelak dengan menjauhkan bibirnya daripada terkena pada ais krim itu. “Tak naklah. Macam tak sedap je,” kata Hyun Seung.

IU membulatkan biji matanya. Dia tidak menghiraukan Hyun Seung lagi lalu menjilat ais krim itu dengan penuh rasa gembira. Hyun Seung hanya mampu memerhatikan IU dari tepi. 

Dia tak ada masa mahu berseronok-seronok jamah ais krim. Sebenarnya pada ketika ini, hatinya berasa tidak tenang.

Pesanan Prof Hyo terngiang-ngiang dalam kepala. ‘Jaga diri sendiri. Jaga IU. Paling penting sekali, jangan jejakkan kaki ke luar rumah.’

Dengan kata-kata itu saja mampu membuatnya terasa kecut perut. Apa jadi sekiranya mereka keluar rumah ? Mengapa pula Prof Hyo cakap macam tu? Apakah malapetaka menanti mereka di luar sana ?

Sesungguhnya Hyun Seung tiada selera mahu menjamah ais krim di tangannya. Ais krim itu baru saja dibelinya tadi di Seven Eleven. Tetapi sehingga sekarang dia tidak langsung membuka bungkusan ais krim Cornetto itu.

Mindanya rungsing. Mengenangkan lagi kata-kata Prof Hyo itu membuatkan dia berdiri secara tiba-tiba lalu mengusap bahunya dengan kedua-dua belah tangan. “IU… Aku.. er.. Jomlah balik. Lewat ni. Nanti apa kata Prof Hyo pula..”

“Eh ? Prof Hyo ? Kenapa pula ?”

Hyun Seung sebenarnya tidak memberitahu apa-apa kepada IU mengenai pesanan Prof Hyo.

Tidak mahu membuatkan dia risau. Lagipun ini tugas dirinya untuk menjaga IU. Sepanjang malam ini, mereka tidak dibenarkan ke luar rumah. Sunggyu dan Ji Young pula sekarang sedang berada di markas Big Bang.

Mereka undercover sebagai salah seorang ahli pengikut Big Bang. Untuk memerangkap Hobaby dan D-woo yang dikatakan turut hadir dalam “majlis” tersebut sebagai “guest of honor”. Apabila target berdua itu memunculkan diri, Ji Young akan menekan butang kecil yang tersemat pada kolar bajunya untuk memberi signal kepada pihak KPI agar kerja pencerobohan dapat dilakukan dan segera memberkas semua yang terlibat dalam mesyuarat itu.

“Aku… aku nak baliklah IU. Angin malam ni kuat betul kan?” tutur Hyun Seung lagi seraya bangkit dari kerusi bangku di hadapan kedai serbaneka itu dan mula menapak maju ke hadapan. Meninggalkan IU.

Perempuan itu terkebil-kebil seketika. Bibirnya dikesat pada lengan baju. Ais krim yang tidak dihabiskan itu dibuangnya ke dalam tong sampah. Lalu dia bersaing berjalan sebelah Hyun Seung.

“Mana ais krim kau?” tanya Hyun Seung.

“IU dah buang,” jawab perempuan itu. Nadanya jelas menggambarkan perasaanya yang tidak gembira.

“Laaaa… Kenapa kau buang ais krim tu?”

“Sebab oppa nak tinggalkan IU tadi. Jadi… sebab tulah…” ucap IU. Dalam hati, dia sendiri menyesal kerana membuang ais krim itu ke dalam tong sampah. Dia cuma tidak mahu ditinggalkan seorang diri. Lagipun, pekat-pekat malam begini, dia memang tak suka dtinggalkan sendirian.

Hyun Seung pantas menapak di atas jalan. Rentak kakinya laju. Tangannya diseluk ke dalam kocek. Angin malam meniup kencang. Udara malam yang sejuk itu membebankan lagi fikirannya.

Dia perlu bawa IU pulang ke rumahnya semula. Dia dapat menghidu sesuatu yang buruk akan berlaku sekiranya lagi lama mereka berada di sini.

Mereka berdua tiba di sebatang jalan yang sunyi. Sebenarnya ini adalah jalan yang sama yang digunakan mereka untuk ke Seven Eleven tersebut tetapi itu dua jam yang lalu. 

Sekarang ini sudah jam 12.30 malam. Yang ada pun hanya dua tiga motor kapcai saja yang berderam melewati jalan itu.

Selainnya ? Kereta ? Lori? Atau… bas ? Tak ada. Memang tak ada kenderaan lain yang lalu.
Semakin lama berjalan, semakin gelap suasana. Samar-samar sahaja cahaya daripada lampu jalan yang berwarna oren malap itu. IU mendekatkan dirinya pada tubuh Hyun Seung. Dia memang tidak suka pada kegelapan malam.

“Kau okey ke IU?” Prihatin Hyun Seung bertanya.

“Okay.” Pendek jawapannya.

Hyun Seung dan IU kemudiannya menyimpang ke sebelah kanan Memandangkan itu memang satu-satunya jalan pulang mereka untuk ke rumah Hyun Seung.

Pada mulanya tiada apa-apa, tetapi semakin lama berjalan, semakin… semakin hati IU berasa sangsi. Ataupun sebenarnya dia sahaja yang paranoid? Entahlah.

Dalam perjalanan pulang melalui jalan tersebut, IU terasa…. Terasa sesuatu perasaan yang asing. Rasa macam… ada orang ikut dari belakang. Beberapa kali dia curi-curi pandang ke arah belakang. Pada mulanya memang tiada sesiapa, tetapi terakhir kali dia menoleh, matanya dapat menangkap kelibat seorang lelaki ber hood sedang mengikuti mereka.

Bersama-sama yang dibawa adalah sebilah pisau. Lelaki ber hood itu menapak perlahan-lahan.. mendekati gerangan berdua itu.

Entah kenapa dia berasa takut. Bibirnya terkunci. Dadanya juga turut mendadak debar. 

Memang dia berhasrat hendak memberitahu Hyun Seung. Tetapi dia tidak mampu.

“Oppa…” ucap IU perlahan. Kepalanya tegak menghadap depan. Tangannya digenggam kemas pada lengan Hyun Seung.

“Hmm.. Kau dah kenapa ?” balas Hyun Seung. Masih tidak sedar akan kehadiran insan tidak diundang yang berada approximate 5 meter sahaja dari belakang mereka. “Cakaplah betul-betul kau ni…”

Tergagap IU cuba menjawab. Air liurnya ditelan. “Oppa… Ada… ada orang dekat belakang. Dia ikut kita.” Bisiknya perlahan.

Hyun Seung mengerutkan keningnya lalu menoleh ke belakang. “Mana ada-”

“Oppa !” Jeritan IU menggegarkan ruang. Badan Hyun Seung ditolak kuat oleh sesuatu menyebabkan dirinya itu jatuh terseret ke atas jalan tar.

Lelaki berhood itu mendapatkan IU. Mereka bergelut. Psychopathic itu mencengkam leher perempuan itu lalu menghempas IU pada dinding menyebabkan kepalanya terhantuk kuat. 

Kepalanya terasa sakit. Penglihatannya mulai kabur. Pening-pening lalat. IU menggelengkan kepalanya beberapa kali.

Lelaki itu mengambil kesempatan terhadap kesakitan IU dengan menumbuk pipi perempuan itu. Wajahnya tersembam mencium tanah.

Hyun Seung memecut ke arah lelaki tersebut lalu merebahkannya dengan sekali tolak. Pisau yang dipegang lelaki tersebut terlepas dari genggaman tangan. Terseret jauh dari tempat kejadian.

Hyun Seung melepaskan tumbukannya yang pertama pada wajah lelaki itu. Mereka bergelut di atas jalan. Bergelut sesama sendiri bagaikan tiada akhirnya. Hyun Seung melepaskan lagi tumbukannya pada wajah lelaki tersebut tetapi kali ini tumbukannya dapat ditahan dengan tangan.

Lelaki ber hood itu mendepak perut Hyun Seung dengan kepala lututnya. Kaki kanannya menghayun laju pada wajah Hyun Seung. Badannya terpusing laju lalu terhantuk pada dinding yang keras dan jatuh rebah.

IU berusaha untuk bangkit dari posisinya yang terbaring. Pipinya terasa perit. Ubun kepalanya terasa sakit. Matanya meliar ke seluruh ruang. Ekoran matanya terlihat Hyun Seung di terajang oleh lelaki psiko tersebut sebelum wajahnya disepak menyebabkan dia terhantuk pada dinding.

Pada saat kecemasan inilah dia lupa hendak membawa pistolnya bersama. Tangannya pantas meraba-raba di atas tanah. Mencari apa-apa saja alat yang boleh dijadikan senjata untuk di baling ke arah kepala lelaki yang berkelakuan abnormal itu. Jari-jemarinya bersentuhan dengan sesuatu.

Alat itu terasa sejuk. IU mencapai alat tersebut. Rupa-rupanya alat sejuk itu adalah senjata pisau.

IU menapak laju ke arah lelaki itu bersama-sama pisau di tangan.

Lelaki tersebut menyedari motif IU lalu pantas mengelak. Mencekak tangan perempuan itu seraya memusingkan arah mata pisau.

Alat tersebut terbenam ke dalam bahu perempuan itu. Dalam. Dalam sekali.

Masa seolah-olah berhenti.

Peluh bermanik pada dahi.

“Sakit….” ungkap IU perlahan.

Lelaki tersebut tidak melepaskan pisau itu. Sengaja dibiarnya alat tersebut kekal tercucuk ke dalam bahu perempuan bernama IU. Dia tersenyum puas. Tangannya mencengkam pisau tersebut dengan lebih kuat. Membenamkan mata pisau dengan lebih dalam ke dalam bahu IU sebelum menariknya keluar. IU menjerit dan mengerang kesakitan lalu terduduk melutut.

Kakinya lemah. Tidak mampu lagi berdiri. Matanya dipejam rapat menahan sakit. Seboleh-bolehnya dia menahan diri daripada mengalirkan air matanya di hadapan lelaki itu.

Tangannya menggeletar. Darah tidak berhenti mengalir keluar dari tubuhnya. Sakit. Bahunya sakit. Umpama kulitnya disiat-siat dan dirobek.

“Aku dah pesan dekat kau kan sebelum ni? Tinggalkan Gong Chan… tinggalkan Gong Chan… TING-GAL-KAN GONG CHAN !” teriak lelaki itu. Persis orang gila. “Tapi apa kau buat?” 

Lelaki berhood itu menapak mendekati IU yang tertunduk. Tangannya masih memaut pada bahunya yang semakin banyak mengeluarkan darah.  

Lelaki itu mencengkam pipi IU dengan tangannya. “Kau tahu apa benda yang paling buat aku tak tahan?” kata lelaki itu. Bibirnya didekatkan pada telinga IU. “Orang yang membazirkan masa aku.”

Kata-kata terakhirnya sebelum ghaib dalam pekat malam. Membiarkan IU, tersengguk-sengguk menahan perit.
~~~~~

Dua kelibat manusia memunculkan diri pada muka pintu. Membuatkan beberapa kepala tertoleh-toleh memandang mereka.

Kelibat itu pun menapak masuk ke dalam bilik, menyelit di celah-celahan orang sehingga akhirnya mereka berhenti di hadapan Kwon Ji Yong - G-Dragon, yang sedang duduk di atas kerusi dengan kaki bersilang.

GD tidak banyak berbunyi. Meneliti wajah mereka berdua. "Sampai juga kamu berdua di tempat ni." Dia mulai bersuara. Aura tegang menguasai suasana.

"Kau sudah jemput. Aku dan Howon pun datanglah," jawab salah seorang daripada mereka. Individu terbabit mengenakan pakaian yang mempunyai hood sehingga menutup sebelah matanya. Kesan percikan darah jelas kelihatan pada lengan baju lelaki itu. Rakannya yang digelar ‘Howon’ itu pula berpakaian t-shirt hitam dan seluar jeans dilengkapi dengan topi berwarna coklat gelap tersarung pada kepala.

Sunggyu terkesima seketika. 'Howon ?' Mindanya giat aktif memproses maklumat. 'Lee Howon? Jadi lelaki itu bersama-sama Lee Howon ? Sekiranya manusia di sebelahnya adalah Lee Howon, orang yang bercakap itu adalah..... Jang Dongwoo.' Matanya membulat besar.

Dia menoleh ke sebelah kanannya. 'Eh ? Mana Ji Young ??' Ji Young sudah lesap.

Ji Young P.O.V

'Eh ? Mana Sunggyu?' Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Dia tiada lagi di samping ku. Aku memanjangkan tengkuk. Tercari-cari kelibat insan yang bernama Kim Sunggyu di celahan lelaki yang tinggi-tinggi belaka ini.

Serasa ku tidak sudah mahu mencari Sunggyu. Cari sajalah orang yang berambut afro. Pasti itu Sunggyu.

Rupa-rupanya dia berada selang empat orang lelaki daripada kedudukan ku. Kemudian itu baru ku teringat. Memang padanlah aku tiba-tiba saja berjauhan dengan Sunggyu. Tadi beberapa orang lelaki menolak aku kerana ingin memberi ruang kepada tetamu dua orang itu tadi. Jahanam betul. Sudahlah aku kecik. Ditolaknya pula sesuka hati.

Aku terlihat kelibat Sunggyu Dia pun baru sahaja terlihat aku lalu kami pun bertentang mata. Sunggyu memberi isyarat mulut ke arah ku. 'Ji Young ! Dua orang itu adalah Lee Howon dan Jang Dongwoo ! Lee Howon dan Jang Dongwoo !'

Aku turut membalas mesejnya dengan isyarat mulut. 'Apa ?? Tak jelaslah ! Apa yang kau cakap Sunggyu ?'

Lelaki itu mengetuk dahinya sekali gus meraup wajahnya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum membalas isyarat ku. 'Aku cakap, mereka berdua adalah LEE HOWON dan JANG DONGWOO!'

Mulut ku membentuk huruf 'O' sebelum membalas isyarat mulut kepadanya. 'Oh ! Okay okay ! Aku faham!'

“Ada butang kecil yang perlu kamu tekan pada kolar baju kamu itu sekiranya target sudah memunculkan diri ataupun sekiranya apa-apa benda buruk yang berlaku. Ini adalah sebagai signal kepada pihak KPI untuk menceroboh bangunan.” – Prof Hyo -

Baiklah. Kini sudah tiba masanya aku menekan butang pada kolar baju ku. Tanganku menyentuh kawasan kolar.

Eh.

Mana pergi butangnya ?

Jemariku meraba-raba sekeliling kolar baju. ‘Mana butang tu ??’ Kedua-dua tangan digunakan. Pencarian berterusan. Tanganku menyeluk kocek. Kemudian meraba-raba baju. Sejurus memeriksa lengan t-shirt. Aku meraba anggota tubuh dari kepala bahu sampai ke hujung jari.

Oh tidak.

Device itu....……………………………………………..sudah hilang.

Ku meneguk air liur. 'Apa yang kau dah buat ni Kang Ji Young...' Aku cuba menguasai kegusaran walaupun dalam diri ku sendiri berdegup debaran-debaran bimbang bersalut perasaan gelisah.

Aku menoleh memandang Sunggyu. 'Sunggyu... butang tu..' Aku meneguk air liur. 'dah hilang.'

'Apa???' Sunggyu mengerutkan dahinya. 'Macam mana boleh hilang??'

Author P.O.V

"Boss. Ada benda yang tak kena ni boss." Satu suara mencelah. Tuan empunya suara pun membuka langkah mendekati G-Dragon, ketua mereka, lalu menyampaikan laporan yang diterima. "Kehadiran malam ni terlebih dua orang boss. Kita ada tetamu yang tak diundang."

G-Dragon membalas bisikan lelaki tersebut. Hanya untuk pendengaran mereka berdua. "Kau pastikah Max Changmin?"

Lelaki yang digelar Max Changmin itu mengangguk seraya matanya menjeling manusia-manusia yang berada dalam ruang itu. "Jamin seratus peratus. Ada orang yang menyamar sebagai ahli di sini."

Demi mendengar perkhabaran yang disampaikan daripada Changmin, dia segera menganalisis wajah-wajah di hadapannya itu seraya tangan menggenggam pistol jenis revolver. Anak matanya berhenti pada sekujur tubuh langsing yang berdiri di celahan pengikutnya. Berambut merah darah dan memakai cermin mata berwarna hitam. G-Dragon bangkit dari kerusinya.



















Lalu dia menghalakan muncung pistol ke arah gerangan tersebut.

3 responses to Gun Fighter Part 17

  1. MilaDH says:

    OMg! What happen to IU. Sambung cepat weyyyyy!

  2. ninadomo says:

    Omo! Cepat sambung. Tak sabar ><

  3. AmyZana says:

    Mila : Lol. Tak nak tahu apa jadi dkt Ji Young ke :3

    Nina : haha relax~ raya dulu~ kemudian barulah sambung ;D