Gun Fighter Part 18

Aku minta maaf. Post ni terpanjang pulak. Mianhae T.T




Hyun Seung P.O.V 

Aku bersandar pada dinding kaca lut sinar itu. Aku menghentak dahi pada dinding kaca tersebut. Mujurlah tak retak. Atau lebih teruk lagi, pecah.

Kenapa boleh jadi macam ni ? Apa yang terjadi waktu aku tak sedarkan diri ? Macam mana sedar-sedar saja perempuan itu sudah tercedera teruk pada bahunya ?

Ah bodoh. Mengapa tanya soalan macam tu sedangkan jawapannya pun sudah jelas ? Akulah penyebabnya. Ini semua salah aku. Kalau aku tak bawa dia keluar dari rumah tadi, kalau aku kunci dia dalam bilik aku , benda ni semua tak akan terjadi.

Apa-apa pun semuanya sudah terlambat. Kini, aku hanya mampu melihatnya dari balik kaca lut sinar ini. Memerhatikannya dari luar. Tubuhnya kini sudah dicucuk dengan pelbagai wayar. Badannya juga sudah berbalut-balut pada bahagian bahu.

Banyak. Memang banyak darah pada bajunya. Tak sanggup aku nak ingat semuanya. Macam mana aku boleh tersedar. Macam mana aku boleh terjumpa tubuhnya yang terkulai lemah atas jalan raya. Macam mana keadaannya waktu aku selamatkan dia.

Kelihatan seorang jururawat sedang mencucuk kulitnya dengan alat picagari untuk mengambil darah. Kemudian tumpuanku beralih ke arah mesin nadi yang diletakkan berdekatan katilnya. Aku membaca data pada mesin tersebut dari jauh.

Bacaan pada mesin nadi masih tinggi. Membimbangkan. Tetapi sekurang-kurangnya bacaannya bukan mendatar seperti garisan panjang. Bermakna dia masih ada peluang untuk hidup. She can make it.

Maybe.

Telefon bimbit ku bergetar. Aku mencapainya dari dalam poket.

Hyun Seung : Hello...

Prof Hyo : Hyun Seung ?

Hyun Seung : Hmmm. Kenapa prof ?

Prof Hyo : Listen. Awak kena datang sini. Pihak KPI dah berjaya cekup mereka. Kwon Ji Young a.k.a. G-Dragon dan orang-orang bawahan dia. Target dapat ditangkap. Howon dan Dongwoo pun berjaya diberkas. Mereka akan dipenjarakan. Malam ni. Kami semua di hadapan markas Big Bang. Depan bangunan buruk tu. Saya dah mesej alamat dia dekat awak. Bawa IU sekali. Cepat sikit.

Jam tangan menunjukkan sekarang ini waktu 1.38 minit malam. Memikirkan keadaan IU, aku jadi serba salah hendak memberitahu.

Hyun Seung : Prof... IU tak boleh datang...

Prof Hyo : Kenapa ? Tak boleh. Tak ada pengecualian. Semua kena datang.

Hyun Seung : IU... dia... dekat hospital Prof..

Prof Hyo : Eh ?? Why ??? Apa yang awak dah buat dekat dia Hyun Seung.... Bukan ke saya suruh jaga dia ??? Awak keluar rumah ya ? Saya dah pesan kan JANGAN keluar rumah ???

Hyun Seung : Ada orang gila serang kami berdua okay ?! Saya dah cuba jaga dia tapi dia yang nak keluar ! Dia nak makan ais krim ! Kemudian orang tu cuba bunuh kami berdua ! Saya tak expect pun benda ni nak berlaku !

Aku separuh menjerit. Dengar macam aku nak salahkan IU tapi itu bukan niat aku. Cumanya, dia yang nak makan ais krim sangat. Dekat rumah aku mana ada ais krim. Aku tak sampai hati... Jadi aku bawalah dia keluar pergi Seven Eleven... I thought it was okay...

But no. Segala-galanya berakhir dengan tragedi.

Prof Hyo : Awak dah gagal galas tanggungjawab awak…

Aku mengeluh.

Hyun Seung : Saya tahu...

Prof Hyo : You've got some serious explaining to do Hyun Seung.

Nadanya kecewa bercampur risau.

Prof Hyo : Datang cepat.

Hyun Seung : K.

*beep*

Talian dimatikan.

Aku merenung siling. Kemudian menatap semula skrin telefon bimbit. 16 missed calls. Dan semuanya daripada Prof Hyo. Aku menatap IU yang terbaring di atas katil. Matanya masih terpejam.

"Aku pergi dulu..." bisik ku.

Walaupun aku tahu, dia tak akan dengar.                     

~~~~~

Author P.O.V
Huru-hara yang berlaku kira-kira 15 minit yang lalu itu akhirnya menemui titik noktah.

Pita berwarna kuning yang mempunyai tulisan "Police Line Do Not Enter" digantung dan diikat pada kawasan kejadian. Menandakan bahawa ini adalah kawasan larangan.

Pihak polis sibuk menjalankan penyiasatan. Berlegar-legar di sekeliling kawasan mengumpul keterangan. Menapak keluar dan menapak masuk ke dalam bangunan.

Suasana agak riuh rendah dengan kehadiran pasukan keselamatan dan ambulance. Unit CSI mendokumenkan tempat kejadian jenayah secara terperinci dan mengumpul sebarang bukti fizikal yang mereka temui untuk dibuat penyelidikan di makmal.

Penjenayah yang tertangkap sudah pun digari. Hanya tinggal untuk dihantar ke lock-up. Lelaki bernama Sunggyu itu duduk memerhati dari tepi.

Sunggyu P.O.V

Aku hampir-hampir mati tadi. Hampir-hampir. Tapi nasib menyebelahi aku. Kalau tak, memang dari tadi lagi aku jamin aku ada dalam van ambulance untuk ke hospital sekarang ni. Atau lebih parah, van mayat.

Tangan aku sakit. Darah tak berhenti mengalir keluar. Ini semua si Kwon Ji Young tu punya fasal. Mahu lebih tepat sekali, 'mendiang' Kwon Ji Young.

Yup. Aku dah bunuh dia. Panjang ceritanya. *mengeluh*

Aku melemparkan pandangan ku ke arah Ji Young. Perempuan itu sedari tadi lagi terduduk bersandar pada tayar kereta, selimut nipis tersarung pada badannya, sambil merenung angkasa.

Wajahnya calar-balar. Hidungnya berdarah sikit. Jururawat baru sahaja selesai merawati hidung dan mukanya tadi.

Kemudian pandangan kami bertaut.

Tak lama pun. Dia alihkan dulu pandangannya. Dia menggumam sesuatu yang tidak jelas. Dia mengangkat semula wajahnya. Menatapku. "Su.. Sunggyu sshi..." kata Ji Young. "Gomawo."

Aku tersenyum. "It's okay. Glad to help."

Ji Young tersenyum nipis. Dia menundukkan wajahnya semula. Barangkali dia berasa serba salah. Kemudian dia berkata lagi. "Thanks for... for saving my life," ungkap Ji Young perlahan. Kepalanya kekal tertunduk. Seboleh-bolehnya dia tak mahu bertentang mata dengan aku.

Aku tahu. Berkemungkinan besar dia rasa bersalah sebab hilangkan butang tu. Kalau tak, aku tak adalah tercedera macam ni semata-mata untuk selamatkan dia.

Sewaktu Ji Young dengan tidak sengajanya menghilangkan butang tu, aku tahu aku perlu buat sesuatu. Ketika itu aku dapat hidu bahawa GD sudah tahu akan kehadiran kami berdua. (tetamu yang tak diundang)

Jadi dia tembak Ji Young. Pembetulan. Hampir-hampir tembak Ji Young. Luckily I did something. Aku tembak dia dulu. It was a bulls-eye. Peluru mengenai tepat pada jantungnya. Straight.

Kemudian berlakulah huru-hara besar dalam bangunan. Pengikut-pengikut dia semua berpadu tenaga hentam aku dengan Ji Young. Jang Dongwoo jahanam tu tikam tangan aku dengan pisau. Dua kali. I mean, what the hell right ? Sakit gila !!

Aku sempat belasah dalam enam-tujuh orang lelaki walaupun sakit-sakit.

Tapi nasib Ji Young pun tak kurang tragisnya. Mereka hiris muka Ji Young. Kemudian dia ditumbuk. Aku tak tahu berapa kali. Tapi aku sempat selamatkan dia.

Dalam fikiran aku cuma ada satu, aku perlu bawa Ji Young  keluar daripada bangunan tu. Aku terjumpa butang yang Ji Young hilangkan tu  atas lantai. Tanpa membazir masa, aku terus tekan. KPI datang serbu tak sampai 3 saat kemudian.

And that was it.

Aku menatap wajah Ji Young. Dia masih tertunduk sambil bermain-main dengan hujung selimut itu.

"Ji Young..” sapa ku dengan suara lembut. “ It was really nothing..." tutur ku.

Automatik dia mengangkat wajahnya. "Benda tu bukan nothing. Kau selamatkan nyawa orang Sunggyu. It's not 'nothing.' But it is 'something.' Dan orang tu nak cakap terima kasih dekat kau tapi… tapi dia tak tahu macam mana..." Dia mengalihkan pandangannya lalu bangkit berdiri.

Ji Young hendak melangkah pergi. Tetapi dia terlanggar tubuh seseorang. "Ji Young !" jerit lelaki itu. "Mana pergi rambut palsu aku yang warna merah tu ?? Eh! Kenapa dengan muka kau ?" tanya lelaki tersebut sambil menekup wajah perempuan itu dengan tangan. Lelaki itu adalah Jang Hyun Seung. Kemudian bebola matanya menangkap kelibat ku. "Sunggyu ! Kau cedera !"

Jemarinya hendak mencapai lengan ku yang berbalut dan berdarah itu tetapi aku sempat mengelak. "Hey hey jangan sentuh. Sakit ni bro.."

"Mana Prof ? Mana Sungyeol ? Bukan ke semua ada di sini ??" soal Hyun Seung. Matanya meliar ke seluruh kawasan.

"Prof ada dekat dalam dengan polis. Sungyeol pula tak ada," jawab ku. "Kau tak payah harapkan dia lagi... Lee Sungyeol tak berguna..." kata ku. "Yang kau ni pula kenapa lambat ? Macam-macam dah jadi... Lee Howon dan Jang Dongwoo pun sudah diberkas... G-Dragon pula sudah jadi mendiang… Kau betul-betul missing in action."

Aku meneliti pakaian lelaki di hadapan ku ini. Bajunya mempunyai kesan-kesan darah pada bahagian lengan dan bahagian dada. Aku naik syak.

"Jang Hyun Seung!  Kenapa darah banyak pada baju kau ni ? Eh mana IU ??"

Air mukanya serta-merta berubah apabila mendengar nama IU.

 "Dia dekat hospital.. "

"What ?? How ?? Wh..What happened??"

Pada mulanya dia tidak mahu menjawab. Tetapi aku menggesa dia dengan menggoncang-goncangkan badannya.

“Okay okay aku cerita ! Janganlah goncangkan badan aku ! Peninglah !” marahnya. Dia menarik nafas dalam-dalam. Kemudian menghembuskannya keluar sebelum memulakan ceritanya.

"Kami berdua dalam perjalan pulang daripada Seven Eleven.. Kemudian ada orang ikut dari belakang... Dia pakai baju hood dan dia bawa pisau. IU dah cakap ada orang ikut dari belakang. Tapi aku tak percaya..” Hyun Seung menggelengkan kepalanya.
“Kemudian… kemudian aku tak ingat apa jadi. Dia belasah kami berdua. Tapi aku dapat sense, target dia IU. Dia belasah aku sampai pengsan. Waktu aku pengsan tu, ada benda yang berlaku.” Tangannya menggenggam baju ku. Anak matanya memandang ku dalam-dalam. Matanya membulat besar.

“Tapi aku tak tahu apa. Yang aku tahu.. bila aku bangun… IU dah cedera teruk…Dia kena tikam… dekat bahagian bahu…”

Mulutku melopong mendengar ceritanya. Nampaknya bukan aku dan Ji Young saja yang mengharungi malam yang tragis..

Mereka berdua juga..

~~~~~

Author P.O.V

The next following day.

Lokasi di penjara KPI bahagian Utara tingkat tiga. Pada jam 7.30 pagi waktu Korea Selatan. Charge-man yang ditugaskan meronda kawasan penjara sedang menyemak senarai banduan di bawah pengawalannya pada pagi itu. Turut membantu adalah seorang pegawai bawahan lelaki.

"Lee Kiseop." Lelaki berpakaian ala-ala Men In Black itu menyebut nama penuh banduan sebelum menyerahkan jamuan ringan roti sebungkus dan secawan kopi panas kepada tahanan di sebalik jeriji.

"Andy Lee." Lelaki itu menapak ke hadapan.

"Kim Himchan."

"Lee Joon."

"Jang Wooyoung."

The list went on...... and on... until.

Lelaki tersebut membaca nama yang seterusnya. "Lee Howon."

"......"

"Lee Howon."

"...."

"Hello Lee Howon !" Dia teriak memanggil gerangan yang bernama 'Lee Howon.' Lelaki itu menapak mendekati jeriji besi. "Lee Howon ! Bangun !"

Tubuh tersebut tidak berganjak daripada katilnya. Kaku umpama patung. Badannya berkelubung dengan selimut. Wajahnya menghadap dinding.

Lelaki 'Men In Black' itu merengus. Segugus kunci dikeluarkan daripada poket lalu dicucuk ke dalam lubang pintu.

Eh ?

Tetapi pintunya tidak berkunci...

Lelaki itu memboloskan dirinya ke dalam sel lalu memeriksa katil Lee Howon. "Lee Howon." Selimut yang mengelubung 'tubuh' tersebut ditarik.

"What the.." 'Lee Howon' yang disebalik selimut itu bukan Lee Howon. Hakikatnya hanya sebiji bantal kepala dan bantal peluk di sebalik selimut tersebut selama ini. Membentuk ilusi seolah-olah ada sekujur tubuh yang tidur di atas katil.

"Sir ! Sir ! Jang Dongwoo pun tak ada !!" jerit pegawai bawahannya dari sel bersebelahan penjara Lee Howon. Lelaki itu bangkit mendapatkan rakan setugasnya di penjara sebelah. Mereka berdua tidak mempercayai apa yang berada di hadapan mata mereka. Situasi yang serupa seperti dalam sel Lee Howon.

Lelaki itu segera mencapai alat komunikasi walkie-talkie dari dalam coat nya.

"Prisoners code 035 and 036 have escaped! I repeat. Prisoners have escaped!"

~~~~~

  Author P.O.V

Waktu : 7.00 malam
Lokasi : Penjara KPI bahagian Selatan

"Hello Gongchan dearest," sapa Hyun Seung. Ekspresi sinis tertampal pada wajahnya.

Lelaki yang digelar Gongchan itu tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya duduk memeluk lutut. Mengasingkan diri di balik jeriji. Terenjut-enjut ke depan dan ke belakang. Seolah-olah kehadiran Hyun Seung bagaikan tidak memberi impak buatnya.

"Gongchan." Hyun Seung mengulang suara.

Beberapa saat selepas itu, individu yang terkurung dalam penjara itu masih tidak bersuara. Pasif. Gongchan kekal pasif tanpa memberi respon.

Hyun Seung mulai naik bosan dengan Gongchan. "Hey. I come in peace. Aku tak bawa sesiapa pun dengan aku." Hyun Seung mengangkat kedua-dua belah tangannya. "Hands-free. Tak ada pistol."

Perlahan-lahan Gongchan mengangkat wajahnya. Memastikan kebenaran dalam kata-kata Hyun Seung. Betul. Dia memang tidak membawa sesiapa.

"Kau nak apa ?" tanya Gongchan.

"Aku rasa kau tahu aku nak apa," jawab Hyun Seung sambil menyilangkan tangannya. Badannya bersandar pada jeriji besi. Menatap Gongchan yang sadis itu dari luar.

"Aku bukan Cho Junho," kata Gongchan. Dia kekal duduk memeluk lutut. Rocking his body back and forth.

Hyun Seung mencebik. "Aku tak kata pun yang kau ni Cho Junho."

Gongchan shot him a look. "But everyone said so."

Hyun Seung menjungkitkan bahunya. "Apa boleh buat ? Bukti banyak ada dekat kau ... Now tell me. Honestly. Siapa 'Cho Junho' ni?" Hyun Seung memulakan soal jawabnya dengan suspek.

"Aku bukan Cho Junho," jawab Gongchan.

"Aku tahulah~ Berapa kali kau nak cakap~" kata Hyun Seung.

"Tak." Gongchan menggeleng. Matanya tajam membalas pandangan Hyun Seung. "Kau tak tahu. Kau memang tak tahu apa-apa. Kau buat-buat macam kau tahu tapi hakikatnya ? Kau tak tahu apa-apa." Pandangannya jatuh tertunduk menghadap lantai. Gongchan menggenggam birai katil. Mencengkamnya dengan kuat.

"Fine. Aku tak tahu apa-apa. Tetapi ingat Gongchan. Kau adalah yang tertuduh. Kalau betul kau bukan Cho Junho, kau kena tolong aku. Tolong aku cari tahu siapa dia."kata Hyun Seung.

Dia sebenarnya memberontak dalam diam. Rupa-rupanya susah juga mahu bersoal-jawab dengan suspek. Lagi-lagi yang macam Gongchan ni. Susah diajak bekerjasama.

"Fail ni." Hyun Seung mengangkat sebuah fail berwarna hitam. "Ini peta untuk ke berlian tu kan?" tanya Hyun Seung. Dia mengambil langkah aktif untuk memprovok Gongchan dengan fail tersebut. Mungkin dengan kuasa fail itu, Gongchan akan memberitahunya sesuatu.

"Mana kau dapat fail tu." Gongchan mencerunkan matanya. Meneliti fail tersebut. Logo KPI tercetak pada hadapan fail.

Hyun Seung mencebik. "Huh. Kau betul-betul tak ingat ? Hari yang kami semua datang rumah kau. Hari kita pergi Domino World. Sebenarnya itu semua tipu helah. Kami datang rumah kau sebab ada ‘urusan’. Dan kami berjaya. Fail ni aku jumpa bawah meja laci kau. Sebab fail ni juga kau dipenjarakan."

"Sebab fail tu juga aku dapat tahu yang kamu semua ni penipu," tingkah Gongchan. Tetapi nadanya perlahan. "Nak berkawan dengan aku konon. Huh. Pandai betul kamu semua berlakon. Terutamanya IU. I really fell for it. Rupa-rupanya dalam diam kamu semua nak tangkap aku."

Hyun Seung menjawab. "Nama pun kerja. Eh Gongchan. Kau boleh tak jangan cuba menyimpang daripada topik sebenar? Aku tanya fasal fail ni, tapi kau melencong pergi ke situ pula. Sekarang aku nak kau jawab betul-betul. Dalam fail ni ada peta untuk ke berlian itu kan?"

Kini giliran Gongchan pula mencebik. "Lurus. Satu-satunya perkataan yang tepat untuk menggambarkan kamu semua. Memang itu peta untuk ke berlian tu pun."

Hyun Seung membeliakkan biji matanya.'Finally ! Dia mengaku ! Yeah ! Kes ini akan selesai ! Hanya tinggal Cho Junho saja lepas ni,' sorak Hyun Seung dalam hati tetapi ekspresinya cuba dikawal agar tidak terlalu ketara.

"Don't get too excited.” Gongchan memberi amaran. “Peta itu ada motif.” Gongchan mengelus rambutnya dengan kasar. “ It's not about the diamond Hyun Seung,” ujar Gongchan sambil menggelengkan kepalanya. “It is something else. Benda tu perangkap."

"Mwo?" Berita tersebut mengejutkan Hyun Seung.

"Perangkap," ulang Gongchan.

"Tapi Ji Young dah ikut petunjuk dalam fail tu..." Hyun Seung perlahankan suaranya sambil mindanya ligat memproses maksud disebalik kata-kata Gongchan.

"It's a bomb."

"What ?!"

"Look. Masa kau tak banyak Hyun Seung. Inilah yang Cho Junho rancang. Insiden berlian tu hanya untuk mengaburi mata semua orang. Dia ada motif lain. Dia nak bunuh salah seorang daripada kamu.”

“What are you talking about Gongchan ? Menipu adalah sesuatu yang serius. Kau tahu kan?” soal Hyun Seung dengan nada skeptikal bercampur baur dengan perasaan ingin tahu. This is something new. Really new. Tapi Gongchan tu… boleh percaya ke ?

“Aku TAK tipu. This is real. VERY real. Boleh bagi aku habis cakap??” Gongchan mulai naik angin dengan Hyun Seung. Lelaki bernama Hyun Seung itu tidak menjawab. Gongchan bangkit daripada katil lalu menapak mendekati jeriji besi.

“Dia tahu untuk membunuh seseorang yang berada di bawah KPI bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi dia menggunakan jalan yang susah. Asalkan dia dapat bunuh target. The diamond, everything, it was all a set up. Mengenai berlian itu pula, pada badan belakang berlian itu telah dilekapkan sejenis alat yang dipanggil timer.



Benda tu sangat sensitif dengan gegaran. Kau usik berlian tu, timer pada badan belakang berlian akan turut dapat effect. Gegaran itu akan mengaktifkan timer tersebut. Kemudian alat itu akan mengira waktu bermula daripada minit ke 15… sehingga bom terakhir meletup.”

Hyun Seung sudah mulai tergamam. Hilang kata. Tersentap. Terkesima. Setiap perkataan yang sesuai untuk menggambarkan orang yang berasa terkejut. Dia terasa seperti ditindih dengan kata-kata lelaki bernama Gongchan. Antara percaya, dan tidak.

“Kenapa aku cakap 'terakhir'? Sebab bom nya bukan ada satu Hyun Seung.” Matanya mencerun menatap Hyun Seung. Pandangannya redup, namun ada makna. “Tetapi tiga.”

“Ti-tiga?” Sekelumit perasaan ‘gemuruh’ menyerang Hyun Seung. Situasi di penjara itu kini tegang.

“ Yang pertama di bilik kebal. Yang itu akan meletup dulu pada minit ke 5. Kemudian bom yang kedua di sekitar badminton court di belakang sekolah akan meletup pada minit ke 10.

Terakhir, bom ketiga, berada di bawah dataran perhimpunan.. Meletup pada minit ke 15. Think about it. 15 minit ? 15 minit tak cukup Hyun Seung. Tak cukup. Kau tahu kan malam ni ada apa di sekolah?”

Hyun Seung membeliakkan matanya. “Malam prom…” Dia mati kata. Betul-betul mati kata mendengar penjelasan panjang lebar oleh Gongchan. Benarkah selama ini mereka sebenarnya tertipu ? Siapa pula ejen di antara mereka yang diburu Cho Junho ? Adakah dirinya ?

“That’s right Hyun Seung. Dan jika betullah macam yang kau cakap tadi Ji Young sedang dalam perjalanan untuk ke berlian tu, means you have less than three hours. Three hours sebelum Ji Young menemui berlian itu. You must stop her. Semua warga Seoul Paradise yang datang ke prom itu dalam bahaya Hyun Seung ! Bom tu akan meletupkan seluruh sekolah!”

Sukar untuk Hyun Seung mempercayai kata-kata Gongchan. Gongchan adalah suspek! Suspek boleh menipu. Tetapi, makin lama, kata-kata Gongchan semakin meresap dalam dirinya. Semakin dapat terima oleh akalnya. It all makes perfect sense !

“Tapi Gongchan, macam mana kau boleh tahu semua ni ??” soal Hyun Seung.

“Aku… aku kena ugut… oleh Cho Junho,” jawab Gongchan. “Tarikh 27 August tu kau masih ingat ?”

Hyun Seung mengangguk laju.

“We share the same ’27 August’. Cumanya Cho Junho dilahirkan pada tahun yang berbeza. Alasan itu digunakan untuk menjadikan aku kambing hitamnya. Aku minta maaf kalau kamu semua syak aku adalah Cho Junho.” Nadanya menggambarkan perasaan sesal yang menebal. “Memang patut pun. Aku sepatutnya lebih berani. Tapi tak.

Sampai dia ugut nak bunuh keluarga aku kalau aku bagi tahu sesiapa. Dia pernah cuba kelar tangan aku ! Aku masih tak boleh nak buat apa-apa selain menjadi pak turut. Aku takut… keluarga aku Hyun Seung… mereka tak tahu apa-apa…”

Gongchan menggenggam jemarinya pada jeriji besi. Dia menatap Hyun Seung dengan penuh pengharapan. Berharap agar Hyun Seung mengerti situasinya yang sebenar. Dia bukan penjahat. Malah, tak pernah berniat untuk menjadi penjahat. Dia tak bersalah. Dia tak sepatutnya berada dalam bilik kecil yang dipanggil ‘penjara’ ini. Dia mahu keluar ! Dia tak bersalah !

“Aku.. aku minta maaf juga Gongchan. Aku tak sangka… tak sangka cerita sebenarnya adalah begini.  Aku juga tak boleh buat apa-apa Gongchan. Aku tak boleh tolong kau. Sekurang-kurangnya bukan sekarang. Tapi Gongchan, kau masih tak menjawab soalan aku yang pertama.” Dia berhenti seketika untuk mengambil nafas.

“Siapa Cho Junho yang sebenarnya?”

Lelaki bernama Gongchan itu tersentap. Dia meneguk air liurnya. Bibirnya bergetar. Dadanya berdebar. Dia takut. Tapi dia perlu juga bagitahu.  Dia tak boleh simpan rahsia ini lama-lama. Lambat laun akan ketahuan juga.

“Cho Junho tu… se-sebenarnya…” 
























to be continued... 

3 responses to Gun Fighter Part 18

  1. Kunjungan malam hari...
    nice artikel

  2. MilaDH says:

    Kenapa weh? Kenapa kau buat aku makin takut baca FF kau nih. Tolong sambung wehh tolonglahh!

  3. AmyZana says:

    wargh ! mintak maf buatkan kau takut ! baiklah bos ! Aku akan sambung ! *askar tegak*