Gun Fighter Part 19



Sebelum apa-apa, aku mintak maaf kalau chapter ni mengecewakan. Mianhae *-*



Author P.O.V

Major Top merengus geram. Sedari tadi lagi dia cuba menghubungi agent KPI iaitu Jeon Ji Yoon. Pembetulan. BEKAS agent. Ada benda yang baru sahaja KPI dapat ketahui. Major Top tidak pasti sama ada benda ini penting untuk diberitahu pada Ji Yoon atau tidak tetapi firasatnya berkata dia perlu.

Dia takut sekiranya ada apa-apa yang terjadi kepada perempuan itu. Sejak ayahnya mati, Major Top sudah bersumpah akan menjaga Ji Yoon. Menjaga keselamatannya.

Dia hanya mahu memastikan bahawa Ji Yoon berada dalam keadaan yang selamat. Di tempat yang selamat. Sejak semalam, hari di mana Jeon Ji Yoon meletakkan jawatannya, dia seolah-olah cuba mengasingkan diri dan menjauhi mereka semua.

Major Top sudah cuba menghubungi keluarga angkat Ji Yoon iaitu keluarga Kim. Tetapi mereka juga tidak tahu di mana Ji Yoon berada sekarang. Mereka cuma kata bahawa Ji Yoon ingin mencari ketenangan dan berpindah jauh dari bandar Seoul.

Buat ke julung kalinya Major Top merengus lagi apabila nombor telefon Ji Yoon tidak dapat dihubungi. Ji Yoon telah menutup telefonnya.

Kemudian lelaki itu mendapatkan bantuan daripada syarikat Celcom untuk menghantar voice mail kepada Ji Yoon. Special voice mail service. Dapat memasuki peti simpanan suara walaupun telefon tidak dihidupkan.

Sebab benda ini penting. KPI baru sahaja mendapat informasi mengenai anak Cho Kyuhyun. Cho Kyuhyun yang pernah mencipta sejarah hitam dengan membunuh ayah Ji Yoon. Ya. Anak lelaki Cho Kyuhyun masih hidup.

KPI dimaklumkan bahawa anaknya itu telah pun melakukan pembunuhan ke atas seorang lelaki bernama Dong Youngbae atau lebih dikenali sebagai Instructor Dong Youngbae yang bekerja sebagai seorang trainer di salah satu gun range di sekitar Seoul.

Penjenayah yang juga merupakan anak lelaki kepada Cho Kyuhyun itu tidak dapat ditangkap. Ghaib serta-merta. Apa yang membuatkan Major Top khuatir adalah kerana bimbang sekiranya anak lelaki Cho Kyuhyun itu sedang memburu Jeon Ji Yoon pada ketika ini. Dan mungkin juga akan membunuhnya.

Anak lelaki Cho Kyuhyun itu adalah












Cho Junho.

~~~~~

Mystery P.O.V

Saat-saat yang aku nantikan selama ini. Perletakan jawatan ejen 01 Jeon Ji Yoon. Sudah lama aku nantikan waktu-waktu begini dan akhirnya ? Dia sendiri yang mengundur dari KPI. Aku dalam diam hanya mampu tersenyum meraikan kemenangan aku.

Selepas ini, mudahlah kerja aku untuk memerangkap dia. Aku tahu dia akan datang balik. Lagipun, dia adalah Jeon Ji Yoon. Ji Yoon the great. Ideanya terlalu banyak sampai kadang-kala aku naik muak dengan dia.

Tetapi aku perlu berterima kasih juga dengan dirinya. Sebab banyak ajar aku dan memberi tips sekali gus menaikkan taraf dan meningkatkan usaha aku untuk menjadi musuh dalam selimut yang produktif lagi genius.

Hari pertama aku jejakkan kaki di Seoul Paradise, orang pertama yang aku jumpa adalah Kang Ji Young. Seorang perempuan yang manis, baik hati dan mudah termakan dengan kata-kata aku. Dia tidak secilik Ji Yoon tetapi aku perlu puji sifatnya yang mudah percaya dengan tipu helah orang.

Membuatkan aku… semakin yakin.

Kemudian aku bertemu dengan beberapa orang ejen yang lain iaitu Sunggyu, Hyun Seung dan IU.

Memori pertama kali aku berjumpa dengan Ji Yoon tidak akan pernah ku lupa.

"Korang ejen rahsia dari K.P.I. kan?"  adalah soalannya yang pertama. Pada ketika itu aku tidak menyangka bahawa dia adalah orangnya. Perempuan yang aku nanti-nantikan akhirnya tiba jua. Pertemuan pertama kami di hadapan kiosk akan senantiasa di ingati.

Misi Russian Red pula? It was fake. A set up. A huge bogus.

Aku merancang tipu helah itu untuk mendapatkan Ji Yoon. Tentu sekali setelah KPI mendapat berita bahawa aku akan membuat rompakan besar-besaran berlian Russian Red milik pengetua sekolah S.P. Sir Son Suk Hee, mereka akan bertindak dengan menghantar ejen-ejen tersebut ke sini untuk mencari aku. Itulah peluang keemasan aku. Peluang aku untuk mendekatkan diri dengan Ji Yoon.

"Lagi satu, sekiranya kamu berdua tidak tahu, selepas sahaja dia mencuri barang paling berharga itu, Cho Junho akan meletupkan sekolah ini tau~" - aku - 

I wasn’t lying when I said that. Setelah penipuan ini semua mencapai klimaks nya, aku akan bom sekolah itu sekali gus membunuh semua orang dalam bangunan tersebut. Paling penting sekali, Jeon Ji Yoon juga akan turut MATI.

Jadi mudahlah urusan aku untuk melarikan diri. Tak ada saksi, maka tak adalah pembunuhan. Sebab apa ? *gelak sinis* Sebab semua ‘saksi-saksi’ yang berada dalam sekolah tersebut sudah pun mati dimamah api.

Caranya ?

A bomb activator was purposely attached at the back of the Russian Red diamond. Apabila berlian itu bergerak ataupun terusik walaupun dengan kuasa minimum, secara automatic akan meng-activate pengunci timer. 

Timer akan berdetik bermula dari minit ke 15:00 dan apabila mencapai 0:00 saat, bom yang berada di bawah tapak Seoul Paradise akan meletus, menghancurkan bangunan sekolah dan menghancurkan segala apa yang ada di dalamnya.

Mereka ada 15 minit untuk menyelamatkan diri tetapi itu juga akan menjadi satu cabaran kerana apa? Kerana pada malam itu akan diadakan majlis prom yang akan dihadiri oleh beratus-ratus pelajar SP.

Mengosongkan bangunan dalam masa 15 minit ? I don’t think so.

Di mana terletaknya berlian itu? Oh soalan yang senang. Berlian itu sebenarnya sudah disorokkan dalam bilik kebal sekolah. Bilik kebal yang menyimpan berhelai-helai kertas peperiksaan sulit lagi rahsia.

Untuk mendiamkan mulut Sir Son Suk Hee, aku mengugut akan mengebom sekolah ini dan membunuhnya. Dia tak ada pilihan lain selain menurut arahan ku. Motif ku dan tujuan aku mengugutnya adalah untuk menyalahgunakan berlian Russian Red miliknya untuk dijadikan umpan.

Pada hari yang lepas, Son Suk Hee cuba untuk membuat report polis.

Aku tidak boleh berdiam diri. Logik akal ku berkata bahawa aku tidak boleh percayakan dia lagi. Sebelum dia membuat report polis dan menggagalkan rancangan ini, aku terlebih dahulu membunuhnya. Mayatnya pula disorokkan di dalam almari pejabatnya lalu kuncinya dibuang.

Maklumat mengenai berlian itu pula sekarang ini ada pada Kang Ji Young. Dia akan cuba memecah masuk bilik kebal itu pada malam prom. Aku sudah dapat membayangkan reaksi wajahnya apabila dia akan dengan tidak sengajanya meng-activate timer itu. Memang tepat seperti yang aku inginkan.

Untuk menjayakan penipuan terhebat ini, aku juga memerlukan kambing hitam. Orang yang tidak bertuah itu adalah Gong Chan. Dipilih kerana dia mempunyai tarikh lahir yang sama dengan aku - 27 hari bulan August. Senang untuk mengaburi mata orang. Gong Chan dipaksa menjadi kambing hitam atau sekiranya tidak, aku akan membunuh keluarganya.

Aku juga sangat berterima kasih dengan Gong Chan kerana berjaya menjadi alibi aku yang paling berkesan. Sekarang ini, ejen-ejen itu semua syak Gong Chan adalah Cho Junho kerana tarikh tersebut.

Dua orang pengawal peribadi ku merangkap partner in crime iaitu Hoya (Hobaby) dan Dongwoo (D-Woo) turut memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi. Mereka berdualah yang bertanggungjawab dalam cubaan membunuh IU dan Hyun Seung malam kelmarin.

Tapi budak IU itu memang liat betul nak mati. Tak mengapa. Dongwoo akan uruskannya malam ini.

Namun aku tidak boleh bergembira lagi. Ada halangan besar yang perlu aku tumpaskan. Halangan itu adalah Professor Hyoyeon. Sejurus dia mendapat e-mail reply daripada KPI, pasti identity sebenar aku akan terbongkar. I won’t let her get away with it.

Ever.

 Pada saat ini, pada ketika ini, aku rasa puas hati. Puas kerana dendam aku akan terlerai dalam masa beberapa jam lagi. Cita-cita aku untuk memusnahkan hidup seseorang sebagaimana ayahnya telah memusnahkan hidup aku, akan terlaksana.

Nama aku?

*smirk*

Nama aku adalah Cho Junho.

And my fake name ?




























































































































is Lee Sungyeol.  

9 responses to Gun Fighter Part 19

  1. ninadomo says:

    Best!!!! Selalu ternanti-nantikan sambungan FF ni. Cepat sambung~!!

  2. AmyZana says:

    yeke ? hehe. terima kasihlah baca ~ :))

  3. ainy says:

    Best ^_^
    i am waiting for next chapter.

  4. AmyZana says:

    okay ^^ thanks sbb drop comment. actually tgh hiatus sekarang ni because my final exam is coming up soon. I'll update after my last paper ^^

  5. Anis Zulhas says:

    dah agak dah mesti Sungyeol. sebab mase die cerita pasal ejen KPI yg dia kenal tu, name Yeolliepop sorang je die tk sebut. and, pasal kat kiosk tu -smirk- tunggunsambungan^^

  6. AmyZana says:

    tepat tekaan anda! ^^ terima kasih drop comment ! jasamu dikenang ! <3 <3 <3

  7. MilaDH says:

    FF ni ada sikit kaitan dgn Bridal mask. Abang leegang to tuh sebenarnya bridal mask kan. Tapi ni sungyeol. Orang tak aku tak pernah sangkaa.

  8. AmyZana says:

    Tak sangka kan Sungyeol jahat ? Lalala ! Aku suka buat fanfic nih ! xD Tapi serius aku tak pernah tengok pun bridal mask xD

  9. MilaDH says:

    Aku pun tak tgk. Syarifah ceritaa. :DDDDD HAHAHA