Gun Fighter Part 20

Aku sendiri tak sangka dah sampai Part 20. Rasa lama gila ._. 




Ji Yoon P.O.V.

Aku duduk di hotel sekarang ini. Hotel murah sajalah sebab aku tak mampu duduk hotel mahal.

Aku rasa tenang sekarang. Mungkin ketenangan ku ini tidak lama tetapi sekurang-kurangnya aku tak adalah rasa terbeban dengan apa-apa tanggungjawab yang aku perlu pikul. Sebab aku sudah bebas daripada tanggungjawab-tanggungjawab yang sepatutnya aku tak perlu fikir pun.

Paling penting sekali aku sudah letak jawatan. Seperti yang aku pernah cakap sebelum ni, aku tak tahu sama ada aku sepatutnya gembira atau bersedih sekarang. Yang aku tahu, aku sedang berbelah bahgi.

Jiwa muda ku kata tak perlu pulang ke pangkuan keluarga Kim tetapi fikiran ku yang lebih matang pula mengatakan yang perbuatan yang aku sedang buat ini adalah salah. Memang salah pun. Siapa yang kata melarikan diri dari rumah itu adalah perkara yang baik ? Siapa ? Tak ada siapa.

Aku mengeluh kecil sambil jemariku laju menekan punat pada remote control. Puaslah aku menekan-nekan remote kawalan jauh itu semata-mata untuk mencari rancangan televisyen yang menarik tetapi satu apa pun tak menarik perhatian aku.

Pendek kata, boring.

Tanpa menutup suis televisyen, aku terus-terusan berbaring atas katil merenung siling sambil memikirkan masa depan aku. Kedua-dua belah tangan diletakkan di belakang kepala manakala kakiku disilangkan.

Ada benda yang tak kena sekarang ni. Aku asyik mempersoalkan diri sendiri sama ada meletakkan jawatan pada saat-saat begini merupakan tindakan yang relevan atau tidak. Tapi Major Top tipu aku jadi buat apa aku masih mahu berada di situ kan?

Tapi…. Apa yang Major Top cakap semalam… Buat aku berfikir dua kali. Dia kata yang anak Cho Kyuhyun sedang buru aku sekarang. Sejauh mana kebenaran dalam kata-kata dia aku tak tahulah. Anak Cho Kyuhyun tu pun aku tak kenal siapa. Tapi kan… Hish.

Aku mengiring ke sebelah kanan. Bebola mata tertancap pada beg galas ku yang terletak di sebelah katil bersandarkan pada dinding. Tanganku mencapai beg tersebut lalu diseluk sedalam-dalamnya. Apabila sudah pasti bahawa apa yang dicari itu dijumpai, aku mengeluarkan objek tersebut.

Author P.O.V

Ji Yoon menatap kertas itu lama-lama. Kertas yang bertuliskan nota maut untuk dirinya. Kertas yang ditaip dengan huruf-huruf besar berwarna merah.

JEON JI YOON MUST DIE

Sepantas itu dia terus mencapai computer ribanya dan menghidupkan suis. Dia menatap lagi kertas itu.

“Kertas ni mungkin ada jawapan bagi segala-galanya,” monolog Ji Yoon.

Kertas tersebut dijumpainya terlekat pada cermin besar ketika lawatan ke muzium tempoh hari. Ketika dia berjalan dan merayau-rayau bersendirian dalam muzium. Dia tahu, memang ada yang sengaja menampal kertas tersebut pada cermin itu khas untuk tatapan dirinya seorang.

Ji Yoon membaringkan kertas itu dibawah lampu meja. Sarung tangan berwarna putih dipakai sebelum meneliti kertas itu sekali lagi.


Ada kesan tulisan yang tidak jelas pada kertas tersebut. Dia menekapkan magnifying glass pada sebelah mata. Membuat inspection buat kali kedua. Tetapi memang betul. Ada kesan tulisan pada kertas itu.

Mungkin kertas itu telah dijadikan sebagai alas untuk menulis maklumat lain di atas kertas yang berbeza sebab itulah dia meninggalkan kesan.

Ji Yoon mencapai pensel tulis di dalam beg nya lalu mewarnakan seluruh permukaan kertas dengan pensel hitam itu dan akhirnya dia mendapat sesuatu.

Brt92@koreamail.com

Ji Yoon P.O.V

E-mail ? Tetapi e-mail siapa pula ?

Mungkinkah e-mail ini akan memberikan klu kepada aku ?

Tanpa membazirkan banyak masa, jemariku ralit menekan tetikus dan membuka satu software untuk memecah masuk sistem computer seseorang menggunakan e-mail. Lama dah aku download software ni tapi aku jarang-jarang guna. Nasib baiklah aku simpan lagi.  

Papan keyboard ditekan-tekan dan aku mengisikan bermacam-macam maklumat dan segala jenis code yang perlu dimasukkan. Butang ‘process information’ ditekan.

Sementara menunggu keputusan, aku bermain-main dengan pensel dijari sehinggalah aku mendengar bunyi daripada computer.

Pandanganku berkalih menatap skrin computer. Info yang selesai diproses ke dalam computer ditekan buka.

Aku membaca isi-isinya secara rawak. Mana-mana bahagian yang tidak penting tu aku skip. Malas nak baca banyak-banyak.

Aku scroll lagi page sampai ke bawah. Mataku semakin kuyu tatkala meneliti setiap baris ayat yang berjela-jela. Aku membaca lagi lalu menguap dan menongkat pipi dengan tangan. Sehinggalah ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Automatik mata aku jadi segar bugar.

Tak percaya dengan apa yang baru aku baca, aku refresh page. Masih info yang sama. Aku refresh lagi page. Maklumat masih tidak berubah. Lalu aku menekan butang refresh banyak-banyak kali. Tetapi keputusannya tetap static. Tidak berubah.

Aku kaku di hadapan computer buat beberapa saat. Sesungguhnya aku tak percaya dengan apa yang baru aku baca. Aku tak sangka… sungguh aku tak sangka dia adalah orangnya.

Aku….

Aku betul-betul tak sangka . 

~~~~~

Author P.O.V

Sementara itu di rumah Professor Hyoyeon, kelihatan wanita itu sedang merenung skrin komputernya ketika menunggu sesuatu.

“Aish. Lama lagi ke ni ?” soal Prof Hyo sambil mengelus rambutnya beberapa kali. “Biasanya tak adalah lama macam ni. 24 jam selepas menghantar laporan, pasti KPI akan menghantar e-mail reply secepat mungkin.”

Disebabkan terlalu bosan menunggu, dia menekan butang minimize pada tab. Kemudian setelah itu dia menekan semula butang maximize. Prof Hyo menekan lagi butang minimize. Kemudian mengulangi perbuatan seperti tadi iaitu menekan butang maximize.

Aktiviti minimize-maximize itu berterusan sehinggalah bunyi e-mail notification note didengari lantas dia membuka semula tab dan membaca nama pengirim e-mail yang baru sahaja masuk dalam inbox nya.

Dia bersorak dalam hati dan tersenyum-senyum sendirian. Manalah dia tidak gembira ? Setelah beribu-ribu tahun menunggu (kononnya) barulah dia mendapat balasan e-mail daripada KPI.

“Teruk betul KPI ni. Sudahlah tak layan surat-menyurat. Balas e-mail orang pula lambat.” Sempat Prof Hyo mengutuk syarikat KPI tempat dia bekerja itu sendiri. Segelas susu panas diteguknya sebelum menekan klik pada e-mail tersebut.

Pendek. Balasan e-mail daripada KPI kali ini adalah agak pendek dan tidak seperti selalu. Sekiranya di copy-paste ke Microsoft word, mungkin sehelai dua sahaja page yang memuatkan e-mail tersebut. Tetapi tidak mengapa. Asalkan KPI sudi membalas e-mail nya dia sudah bersyukur sangat.

Prof Hyo tersentap. Ah. Tak akanlah matanya mempermainkan dirinya pula ? Lagi pun baru sahaja jam 8.15 minit malam. Bukannya tengah-tengah malam buta pun. Dia pasti dia tak salah baca. Tetapi dia ragu-ragu juga sebenarnya.

Dia membaca semula e-mail tersebut buat kali kedua. Ayat yang sama diulang bacanya beberapa kali.
Tipulah. Ini semua karut ! Mana mungkin !

Sekiranya beginilah, sudah tak ada cara lain untuk meminta kepastian melainkan untuk menelefon pejabat KPI itu sendiri. Telefon bimbit Galaxy S III dicapainya di atas meja lalu Prof Hyo mendail nombor telefon ibu pejabat KPI.

Beberapa saat menunggu, talian disambungkan. Seseorang mengangkat telefon dihujung talian dan suaranya dapat didengari Prof Hyo dengan jelas.

“Selamat petang. Ini adalah headquarters KPI. Goo Hara di sini sedia membantu. Siapa di talian ?” Ayat lazim perempuan bernama Goo Hara jelas kedengaran.

“Cik Goo Hara, ini saya. Prof Hyo. Ada benda yang saya nak tanya sikit ni.” Tanpa berbasa-basi, Prof Hyo terus saja menyatakan sebab mengapa dia menelefon ibu pejabat KPI.

“Oh Prof Hyo. Boleh. Boleh-boleh sangat. Apa-apa yang Prof Hyo nak tahu, saya boleh bantu carikan maklumat,” jawab Goo Hara dengan penuh professional. Tersenyum manis di hujung sana walaupun Prof Hyo tidak dapat melihat wajahnya.

“Macam ni sebenarnya. Saya baru terima e-mail reply daripada KPI. Sebelum ni saya ada hantar laporan mengenai seseorang yang bernama Lee Sungyeol. Dia kata dia ejen back-up untuk kes Russian Red tu tapi apa yang KPI jelaskan dalam e-mail terbaru ni saya betul-betul tak faham,” jelas Prof Hyo. Rambutnya yang hampir-hampir menutup pandangan mata dieluskan ke belakang.

“Jadi Prof Hyo mahu saya cari apa?” soal Goo Hara. Tangannya sudah bersiap sedia diletakkan di atas keyboard. Hanya menunggu arahan daripada Prof Hyo.

“Tolong semak nama Lee Sungyeol.” Arahan ringkas daripada Prof Hyo.

“Baik prof. I’m on my way,” jawab Goo Hara. Gagang telefon dikepitkan antara pipi dan bahunya lalu jemarinya laju menaip nama ‘Lee Sungyeol’ dalam ruangan fail semakan pendaftaran.

Search is complete. There are no results to display.

Dia menaip semula nama ‘Lee Sungyeol’ buat kali kedua.

Search is complete. There are no results to display.

Keputusannya masih sama.

“Prof. Results are negative. There’s not even a single person with the name Lee Sungyeol in the specific folder,” lapor Goo Hara. Dahinya berkerut sambil tangannya menaip semula nama ‘Lee Sungyeol’ tetapi seperti tadi, keputusannya tetap zero. Langsung tiada jejak-jejak ‘Lee Sungyeol’.

“Specific folder?”

“Yup. Saya cari dalam fail semakan pendaftaran.”

“Kalau macam tu… cuba awak try cari dalam semua file?”

“Okay.”

Perempuan bernama Goo Hara itu menurut tanpa membantah. Sesekali dia mengetuk-ngetuk skrin computer apabila hasil pencariannya gagal. Malah, dia sanggup bersusah payah restart computer dan meneruskan pencariannya. Dia menggelengkan kepala. Buntu. Segala susah payahnya tidak langsung membuahkan hasil kerana end result nya tetap serupa.

“I’m sorry prof. Saya dah cuba apa yang saya mampu tetapi keputusan masih negative,” kata Goo Hara. 

~~~~~

Ji Yoon P.O.V

Aku tak sangka. Sungguh aku tak sangka. Aku tak sangka yang selama ni, orang yang berada dekat, terlalu dekat dengan aku, adalah Cho Junho yang sebenar. Sumpah aku tak menjangkakan apa-apa.

Kenapalah aku bodoh sangat ? Sekiranya aku lebih bijak, pasti perkara macam ni tak akan jadi. Aku tahu last minute pula !

Ya. Memang ya. Aku sudah baca segala-galanya yang ada dalam laptop lelaki jahanam tu. Segala perancangan dia semua aku dah tahu. Misi Russian Red is fake ! Like seriously, FAKE. Set up semata-mata. Paling sadis sekali sudah semestinya Gong Chan. Dipaksa menjadi kambing hitam.

Aku teringat kata-kata dia ketika selesai mesyuarat di makmal beberapa hari yang lalu. Dia kata yang dia tidak pandai menembak. Kemudian dia suruh aku ajar dia cara-cara untuk gunakan pistol.

Kalau aku lebih cerdik, dari situ lagi aku sudah dapat hidu motif dia, dan mungkin juga akan terus mengorek rahsia lelaki itu.

Lee Sungyeol adalah Cho Junho. Manakala Cho Junho adalah Lee Sungyeol. Mereka berdua adalah orang yang sama. Motif mereka adalah untuk membunuh aku. Cho Junho adalah anak kepada Cho Kyuhyun. Manakala Cho Kyuhyun adalah ayah kepada Cho Junho. Cho Kyuhyun pernah membunuh ayah aku. Dia juga telah menembak isterinya sebelum menembak diri sendiri. Dia telah meninggalkan seorang anak. Anaknya adalah Cho Junho.

Tetapi mengapa ? Mengapa aku yang dicarinya ? Apa salah aku ?

Aku menggeleng kepala. Kesal. Kemudian aku teringat pula jenama pistol yang digunakan oleh Cho Junho.

Cho Junho menggunakan pistol Beretta92.

Di makmal tempoh hari, Lee Sungyeol juga telah menunjukkan pistol Beretta92 kepada aku.

Major Top dulu pernah berkata bahawa Cho Kyuhyun menembak ayah aku menggunakan Beretta92.

Dan e-mail itu pula adalah Brt92@koreamail.com .

Segala-galanya masuk akal sekarang.

Ini tidak boleh jadi, aku perlu segera pulang ke Seoul dan terus ke Seoul Paradise. Aku perlu. Hotel yang aku menginap sekarang ini adalah agak jauh daripada Seoul tapi walau apa pun, aku PERLU ke Seoul sekarang juga !

Terkocoh-kocoh aku mengemaskan alatan dan pakaian ku. Aku tidak mengemas barang ku dengan teratur. Semua barang kepunyaan ku yang ada depan mata disambar dan terus disumbatkan dalam beg baju. Kertas,laptop dan alatan menulis pula disimpan dalam beg galas.

Aku mengerling telefon bimbitku yang diletak kemas di dalam beg galas yang ku pegang. Sudah cukup sehari aku mematikan telefon. Langsung tidak menyentuhnya. Berdebar-debar jantung ku tatkala jemariku mencapai telefon bimbit tersebut.

Aku menghidupkan suis telefon. Telefon berwarna merah garang itu pun bercahaya. Beberapa saat selepas itu, telefon bimbit dapat berfungsi seperti biasa.

8 voicemails.

7 daripada voicemail adalah daripada Puan Kim manakala satu daripadanya adalah daripada private number. Aku menekan voicemail yang menggunakan nombor peribadi itu lantas menekapkan telefon pada telinga.


“Ji Yoon ! Listen to me!”

Suara Major Top… getus hati ku.

“Awak perlu balik ke KPI ! Cho Junho sedang buru awak Jeon Ji Yoon ! Sekarang ! Dia sudah berani bunuh orang sekarang. Mangsa terbaru dia adalah Dong Youngbae. Instructor Dong Youngbae pemilik gun range di bandar. You could be next. He won’t let you get away with it ! Dia juga adalah anak Cho Kyuhyun ! Please comeback. Tolong fikir-fikirkan keselamatan awak Jeon Ji Yoon. Saya merayu. Tolonglah pulang ke KPI”

Major Top merayu aku pulang. Dia bersungguh-sungguh suruh aku pulang. Perlahan-lahan dan agak lama baru aku sedar. Aku rasa bersalah. Aku yang bernama Jeon Ji Yoon rasa bersalah.

Terlambat. Itu saja yang aku mampu kata.

Tiba-tiba telefon bimbit ku bergetar. Ada incoming call.

“Hello.”

Prof Hyo : Hello Ji Yoon ! This is Prof Hyo ! Saya nak awak tahu apa yang baru saja saya tahu. Lee Sungyeol bukanlah ejen KPI. Dia menyamar ! Selama ni, dia menyamar !

Ji Yoon : Saya tahu… Lee Sungyeol sebenarnya adalah Cho Junho …

Prof Hyo : WHAT ?! Macam mana awak tahu Ji Yoon ???

Ji Yoon : Saya track e-mail dia tadi prof. Dia sebenarnya fake ! Apa yang lebih mengejutkan sekali adalah Gong Chan tak bersalah langsung dalam hal ni ! Tarikh lahir Gong Chan adalah 27 August. Sama juga dengan tarikh lahir Cho Junho. Disebabkan alasan itu, Gong Chan jadi alibi kepada Cho Junho !

Prof Hyo : APA ?!

Ji Yoon : Ya prof. Saya tahu pun last minute. Malam ni… Cho Junho … dia…

Prof Hyo : Dia apa ??

Ji Yoon : Dia akan letupkan sekolah tu ! Dia akan letupkan Seoul Paradise !

Prof Hyo : HAH ? !!! Awak dah bagitahu belum yang lain-lain ?!

Ji Yoon : Tak sempat prof. Tak sempat. Prof kena bergerak dulu pergi Seoul Paradise. Cho Junho expect saya akan berada di situ juga malam ni dan memang saya akan datang pun. Saya akan bersemuka dengan dia. Face to face. Kita kena halang sesiapa pun daripada pergi ke bilik kebal dan evacuate semua orang daripada bangunan ! Dalam bilik kebal tu ada bomb activator. We must NEVER touch it.

Prof Hyo : Okay I got it ! Apa-apa pun saya akan gerak dulu ke Seoul Paradise. Awak jangan lupa contact yang lain. Apa-apa masalah call saya.

Ji Yoon : Okay.

Telefon ditutup. Aku segera mendail nombor telefon Sunggyu. Telefon bimbit ditekapkan pada telinga.

Sunggyu : Hello ? Ji Yoon ? Ji Yoon ke ?? Oh my god Ji Yoon ! Aku rindu gila dekat kau !

Ji Yoon : Eh kau dengar dulu apa aku cakap. Sekarang ni aku nak kau dengar baik-baik. Kau contact Hyun Seung, IU dan Ji Young. Bagitahu mereka semua untuk pergi ke sekolah dan evacute semua orang daripada bangunan tu.

Sunggyu : Tapi kenapa ?? Sekarang kan dah malam ?? Dah 8.30 dah.

Ji Yoon : Cho Junho akan letupkan sekolah tu malam ni Sunggyu! 

Sunggyu : MWO ??! LETUPKAN SEKOLAH?? EH KAU TAU DARI MANA SEMUA NI JI YOON ??

Ji Yoon : Aku selidik sendiri.

Sunggyu : What about Sungyeol ?

Ji Yoon : Tak payah. Kau tak payah contact dia lagi. Dia tu bodoh, bahlul, tolol dan bengong. Dialah Cho Junho ! Dialah mastermind semua benda ni !

Sunggyu : HAH ????????? !!!!!!!!!!

Ji Yoon : Masa tak banyak sekarang ni. Apa-apa pun, buat apa yang aku suruh ! Kosongkan bangunan sekolah dalam kurang 15 minit ! Paling penting sekali, jangan bagi sesiapa pergi bilik kebal ! Ingat Sunggyu ! Bilik kebal !

Sunggyu : Bilik kebal ?

Ji Yoon : Ya. Bilik kebal. NOW !

*beep*

Sejurus saja talian dimatikan, loceng bilik pula berbunyi.

“ROOM SERVICE.” Suara lelaki di luar bilik kedengaran. Aku merengus. Aku tak pernah ingat pun ada panggil mana-mana room service tadi.Tapi memang aku perlukan perkhidmatan staff hotel untuk mengangkut barang-barang aku ni semua.

Pantas ku menapak ke arah pintu masuk lalu memulas tombol pintu dan menjengku ke luar bilik. 

Aku melihat ke kiri dan ke kanan.

Eh bukan ada orang yang cakap “ROOM SERVICE” ke tadi ? Orang manalah yang buat hal dengan aku ni. Aku sudahlah kena cepat untuk ke Seoul sekarang. Orang itu pula hilang entah ke mana.

Aku menapak keluar dari bilik. “Hello ?” laung ku dengan kuat di hallway yang kosong itu. Tiada sesiapa. “Hello ? Cik Room Service?” panggil ku lagi namun soalan ku disambut sepi.

Hmm. Sah ada orang yang nak main-main kan aku.

Aku memanjangkan leher tatkala mencari gerangan manusia yang mempermainkan aku itu.

Tiba-tiba badan ku dipukul kuat dari arah belakang.

Sakit.

Satu-satunya benda yang aku rasa sekarang.

Badan belakang ku terasa dipukul dengan sebatang kayu.

Badan ku terlampau sakit sehingga terjatuh menyembah lantai impak daripada pukulan yang kuat itu

























sebelum pandangan ku menjadi gelap.

6 responses to Gun Fighter Part 20

  1. ainy says:

    Wahh! Akhirnya update jugak..
    Btw waiting for the next chapter..

  2. AmyZana says:

    Exam dah habis. Tu yang update tuh xD Btw, thanks baca ! ^^ I'll update as soon as possible ! ^^

  3. Anis Zulhas says:

    Woohoo! Chapter ni memang mendebarkan. Btw, dah lama tunggu chapter ni. Next chapter, kay? ^^

  4. AmyZana says:

    Terima kasih kerana sudi menunggu dan mintak maaf sebab buat sis menunggu. Baru habis exam ;_; bydeway, thanks juga sbb drop comment ! Incoming chapter akan menyusul tak lama lagi ^^

  5. MilaDH says:

    Huhukk aku baru sempat baca....

  6. AmyZana says:

    Oh pembaca setia ku Mila. Terima kasih komen dan baca <3 <3