Gun Fighter Part 21



Sebelum baca aku harap korang tahu longkang bawah tanah tuh macam mana ._.



Author P.O.V

Perempuan itu terpisat-pisat. Baru saja tersedar daripada tidur yang lena. Dirinya juga tidak tahu sama ada dia cuma terlelap buat seketika ataupun dia sebenarnya pengsan. Badan belakangnya terasa sakit. Bagai dihentak benda yang keras.

Tangannya cuba mencapai badan belakang tetapi dihalang oleh sesuatu. Apa ni ? gumamnya. Kedua-dua belah tangannya tidak dapat digerakkan. Dicubanya beberapa kali tetapi kedua-dua belah anggota spesifik itu masih tidak dapat digerakkan. Tetap berada di posisi yang sama. Tidak berganjak.

Dia, Jeon Ji Yoon, masih tidak dapat klu akan keadaan dirinya sekarang ini. Matanya hanya terbuka separuh. Kepalanya berdenyut-denyut tetapi dia tidak boleh mengurut dahinya.

Di bawah tapak kasutnya terasa basah. Malangnya dia tak dapat memeriksa punca kebasahan itu kerana badannya tidak dapat bergerak. Badannya terasa senak. Seperti diikat dengan sesuatu.

Tangannya masih tidak dapat digerakkan. Bala apa pula yang diterimanya hari ni fikir perempuan itu.

Tiba-tiba telinganya dapat menangkap suara-suara bising dari arah atas. Pelik. Kebisingan itu datangnya dari atas kepala. Lalu dia mendongak untuk melihat punca kebisingan itu. Serta-merta matanya menjadi segar-bugar. Terbuka luas tatkala menatap pemandangan di atas.

Bunyi-bunyi bising itu sebenarnya adalah bunyi kereta dan kenderaan-kenderaan yang lalu lalang. Imbasan cahaya bulan menerusi jeriji besi itu membantu penglihatannya. Pada mulanya memang dia bingung.

Mengapa pula ada bunyi kenderaan yang kedengaran beberapa kaki dari atas kepalanya? Kemudian setelah itu, mengapa pula ada petak segi empat tepat dan berjeriji besi dibina di atas tu?

Soalannya terjawab.

Dia rupa-rupanya diikat di sebuah kerusi. Sebab itulah dia tak dapat menggerakkan kedua-dua belah tangan dan kakinya. Bunyi-bunyi kenderaan yang lalu lalang dan percikan air yang terasa pada bawah tapak kaki pula jelas menandakan bahawa tempat ini adalah longkang bawah tanah.

Ah. Terasa seperti berlakon dalam filem. Tetapi yang membezakan situasi antara dia dan pelakon filem adalah situasi yang dihadapi Ji Yoon adalah reality. Tidak berlandaskan skrip. Tidak dijuga dilakonkan di hadapan kamera.

She’s all alone.

“Kau dah bangun Jeon Ji Yoon.” Satu suara menyapa dari dalam gelap. Ji Yoon tercari-cari arah suara itu.

“Masih keliru diri kau ada di mana ?” Suara itu bertanya.

Ji Yoon tidak menjawab. Dia tidak mahu memberi respon. Sehinggalah lembaga yang bersuara itu tadi menapak mendekatinya. Bunyi percikan air kedengaran. Makin lama makin dekat. Lembaga tersebut berdiri kaku di hadapannya. Memakai hood sehingga separuh daripada wajahnya tidak kelihatan.

Yang jelas hanyalah senyuman lembaga itu. Senyuman sinis.

“Kau tahu kenapa kau ada dekat sini?” soal lembaga itu. Ji Yoon hanya mencebik. Tidak mahu menjawab soalannya. Membiarkan lembaga itu bermonolog seorang diri.

Giliran lembaga itu pula mencebik. “Jual mahal. Okay. Tak apa. Kalau macam tu yang kau nak, aku tak kisah.” Lembaga itu menapak perlahan-lahan, mengelilingi Ji Yoon. Dari setapak, ke setapak, kemudian maju setapak lagi. “Mesti kau tertanya-tanya kan yang kau ada di mana sekarang?”

Lembaga tersebut berhenti di sebelah Ji Yoon. Perempuan itu tidak menjawab. As expected from Jeon Ji Yoon.

“Kau ada di longkang bawah tanah. Aku saja ikat kau dekat sini. Sebenarnya…” kata lelaki itu, membiarkan ayatnya tergantung. Wajahnya didekatkan pada Ji Yoon. Bau minyak wangi yang kuat menusuk hidung perempuan itu.

“..ada benda yang aku nak cerita dekat kau. Aku tahu kau tak akan suka tapi tak apalah.” Lelaki psiko itu menjauhkan wajahnya daripada Ji Yoon.

“Jang Dongwoo,” kata Ji Yoon. Lembaga itu berhenti menapak. Memalingkan wajahnya menghadap Ji Yoon.

“Kau Jang Dongwoo,”kata Ji Yoon lagi, nadanya serius.

“Ya,” jawab lembaga yang memakai hood itu. Dia membuka kain hood yang menutup separuh wajahnya itu. Menampakkan wajahnya yang sebenar.

“Aku Jang Dongwoo.”

~~~~~

Sunggyu P.O.V

Jadi tak keruan aku lepas dengar apa yang Ji Yoon cakap. Fikiran aku kusut. Aku terkejut juga sebenarnya. Aku tak sangka. I mean, Lee Sungyeol ? Lee Sungyeol adalah Cho Junho selama ni ? Budak Lee Sungyeol yang bodoh-bodoh tu adalah Cho Junho ? Aku merengus.

Kelajuan papan luncur ataupun bahasa orang putihnya, skateboard dipercepatkan. Lepas saja aku dapat call daripada Ji Yoon, aku terus berlari keluar rumah naik skateboard aku ni. Destinasi aku sudah semestinya rumah Prof Hyo.

Sebelum aku berangkat ke Seoul Paradise, aku nak jenguk dulu professor KPI yang seorang tu. Sebenarnya aku tengah naik syak ni. Bukannya apa, Ji Yoon tak bagitahu pun sebab apa aku kena halang semua orang daripada masuk ke dalam bilik kebal tu.

Yang dia Cuma cakap, Lee Sungyeol adalah Cho Junho dan Cho Junho akan letupkan sekolah tu malam ni. Gila betul. Entah Prof Hyo sudah tahu entah tidak. Lebih baik aku maklumkan dulu dengan Prof Hyo. Ji Yoon juga berpesan yang dia suruh aku contact yang lain.

Memang aku dah contact. Orang pertama adalah Hyun Seung tapi dia tak jawab. Kemudian aku call Ji Young tapi tak dapat sebab dia off telefon. Pada mulanya aku terfikir nak call IU tapi dia kan dekat hospital ? Jadi aku bantutkan niat aku untuk call IU.

Sampai saja ke satu selekoh, aku membelokkan papan luncur ke arah kanan. Memasuki taman perumahan yang terletaknya rumah Prof Hyo. Aku memberhentikan papan luncur kemudian mengangkat papan itu dengan tangan. Aku sudah tiba di perkarangan rumah Prof Hyo.

Pintu pagarnya terbuka. Tanpa segan-silu aku terus menerjah masuk pintu pagar rumahnya.

Aku tersentak. Mata membuntang besar tatkala terlihat tubuh yang tidak bernyawa di hadapanku.

Tubuh kepunyaan Prof Hyo.

Jasadnya terkulai di sebelah kereta. Pintu kereta ternganga luas. Sebilah pisau tertusuk tegak pada dadanya. Darah segar mengalir keluar dari tubuh. Mulutnya ternganga. Matanya terbuka besar.

Aku menekup mulut. Menahan diri daripada muntah. Kaki ku menapak perlahan-lahan mendekati jasad Prof Hyo. Aku duduk melutut lalu memeriksa nadinya.

Negative. Nadinya sudah tiada. Jantungnya tidak berdegup lagi. Prof Hyo sudah mati. Aku meraup wajah Prof Hyo. Menutup kedua-dua belah matanya yang terbuka.

Enjin keretanya masih menyala. Berderam kuat. Andaian ku, pasti Prof Hyo sedang membuka pintu kereta sebelum dia diserang. Aku berganjak ke tepi lalu bersandar pada dinding tembok. Buat beberapa saat aku rasa seperti orang yang hilang akal.

Mesti Prof Hyo tahu sesuatu mengenai Cho Junho. Disebabkan itu, Prof Hyo dibunuh. Itu sekadar telahan aku semata-mata tetapi telahan boleh jadi betul, tak ke begitu ?

Akhirnya aku berjaya mengembalikan semula kewarasanku setelah berdiri termangu buat seketika. Telefon bimbit dicapai dari dalam poket lalu aku segera mendail nombor KPI. Kemudian aku mendail nombor polis.

~~~~~

Ji Yoon P.O.V

Badanku masih terikat pada kerusi. Kedua-dua belah tanganku diikat ketat pada belakang badan manakala kedua-dua belah kaki pula diikat rapat-rapat dengan tali rafia. Ikatannya terlampau ketat sampai aku rasa seolah-olah darah tak mengalir langsung dan kaki ku mulai rasa kebas.

“Malam ni, kawan aku Lee Howon nak attack kawan kau, IU. Aku pernah cuba nak membunuh dia malam kelmarin tapi rupa-rupanya dia belum mati lagi. Tak apa. Sebab malam ni Howon akan serang dia di hospital. Dia akan selinap masuk dalam wad IU dan kacau system mesin nadi dan wayar-wayar yang tercucuk pada tubuhnya,” kata lelaki yang bernama Jang Dongwoo itu lalu dia tergelak kuat persis orang gila.

Aku naik sebal dengan lelaki di hadapan ku ini. Aku tak boleh biarkan Howon menyakiti IU tapi aku juga tak boleh buat apa-apa sebab seluruh badan ku terikat dan aku tak boleh bergerak. Aku menatap Jang Dongwoo dengan pandangan tajam.

“Kau tak ada pilihan lain Jeon Ji Yoon. Kau tak ada sesiapa lagi. Prof Hyo kesayangan kau tu sudah mati dibunuh Howon. Kau lemah. Kau tak boleh buat apa-apa,” provoke Jang Dongwoo. Lelaki itu menepuk-nepuk bahu ku.

“Jangan sentuh aku. Tangan kau kotor,” kata ku.

PANG !

Satu tamparan ganas menghinggap pipi membuatkan kepala ku terteleng ke sebelah.

Nafasku turun naik menahan marah. “Kurang ajar!” jerit ku. Aku bergerak-gerak di atas kerusi itu untuk membebaskan diri. Tamparan yang hebat itu membuatkan pipi ku berdenyut-denyut kesakitan.

“Diam !” jerkah Jang Dongwoo. Pisaunya dihunuskan mengenai anak tekak ku. “Kalau kau berani cakap apa-apa, aku sembelih leher kau!” Jang Dongwoo mengugut.

Dalam sakit-sakit begitu, aku masih mempunyai kekuatan untuk membidas. “Kau ? Nak sembelih aku ? Kau takkan berani. Kau nak tahu sebab apa ? Sebab kau pengecut. Kau cuma tahu untuk belasah perempuan ! Jang Dongwoo pengecut !”

Lelaki itu naik berang. Dia menusuk pisaunya ke dalam kaki ku. Aku menjerit kesakitan. Jeritan ku menggegarkan ruang. Peluh bermanik pada dahi.

“Aku tak pernah main-main dengan apa yang aku cakap,” kata Jang Dongwoo.

Seluruh badan ku terasa hangat. Darah mengalir keluar pada kaki. Peritnya tidak tertanggung. Aku hampir-hampir saja menangis. Tetapi air mata tiada satu pun yang keluar.
Selama ini, sudah cukuplah aku menangis mengenangkan ayah dan adik aku Ji Na. Hanya itu sahaja benda yang boleh buat aku menangis. Bukan ini. Perit di ulu hati ku lebih parah berbanding kaki aku yang cedera.

“Itu kaki. Bukannya leher,” kata ku. Memandangnya dengan penuh kebencian.

“Kalau berani kau cakap lagi sekali,” kata Dongwoo. Menapak mendekati ku bersama-sama pisau di  tangan.

“Aku cakap, ITU KAKI! BUKANNYA LEHER!” jerit ku lagi.

Dongwoo mengangkat tinggi pisaunya. Dia ingin menikam ku pada dada. Aku mengelak. Pisaunya tersasar lalu terkerat tali rafia yang mengikat tanganku. Aku bebas ! Tanganku menggenggam penumbuk sebelum melepaskannya pada wajah Dongwoo. Dongwoo terjatuh ke atas permukaan air. Bunyi percikan menjadi halwa telinga.

Tanpa membazirkan masa, aku segera membuka ikatan tali pada kaki ku. Bibir bawah diketap. Darah tidak berhenti mengalir keluar. Pantas ku bangkit lalu memanjat kerusi. Aku perlu keluar dari sini. Lubang berbentuk petak ini adalah satu-satunya jalan keluar yang aku ada.

~~~~~

Author P.O.V

Jang Dongwoo menarik kaki kerusi. Kerusi tersebut bergegar lalu menjatuhkan Ji Yoon. Perempuan itu terjatuh bergolek. Bajunya basah terkena air.

Lelaki itu mencapai pisaunya yang terjatuh lalu bangkit dan mahu menikam Ji Yoon. Perempuan itu bangkit pantas lalu menendang wajah Dongwoo tetapi terlepas. Dongwoo mencapai kaki Ji Yoon. Badan Ji Yoon dibalikkan lalu perempuan itu terhempas semula pada lantai yang dibasahi air.

Ji Yoon menyadung kaki Dongwoo. Lelaki itu tersungkur. Ji Yoon bangkit lalu menghempap tubuh Dongwoo nak mencekik lelaki itu. Dongwoo mencepuk wajah Ji Yoon. Mereka bergelut sesama sendiri. Kolar baju Dongwoo ditarik Ji Yoon lalu badannya dihempas pada dinding terowong.

Kemudian dia menarik rambut Dongwoo lalu menghentakkan wajahnya berkali-kali pada dinding. Darah mulai mengalir keluar dari hidung lelaki itu. Bibirnya juga pecah akibat hentakan yang kuat. Maruah dia sebagai seorang lelaki sudah tercabar. Dia dikalahkan oleh perempuan !

Dongwoo menyiku abdomen Ji Yoon dengan kuat lalu melibas wajah Ji Yoon dengan kaki. Perempuan itu terhuyung ke belakang. Bibir mungil Ji Yoon pecah impak libasan kaki Dongwoo. Cecair berwarna merah merembes keluar dari bibirnya. Dia mengesat darahnya pada lengan baju. Ji Yoon melirik ke arah sesuatu di sebelahnya. Kerusi.

Tangannya mencapai kerusi tersebut lalu kerusi itu dibaling ke arah Dongwoo sekali gus menghempas kepala lelaki itu. Pisau yang dipegang Dongwoo terlepas dari genggaman tangan.

Lelaki itu memanggung kepalanya. Menahan sakit. Ji Yoon tidak melepaskan peluang. Dia berjalan pantas ke arah target lalu mencapai pisau yang dilepas Dongwoo.

“Goodbye,” bisik Ji Yoon. Lalu menusuk pisau tersebut pada dada Jang Dongwoo. 

Lelaki itu tersentak-sentak. Darah tersembur keluar dari mulut. Tangannya menggigil. Ji Yoon tidak melepaskan pisau. Dongwoo terjatuh melutut. Lalu rebah di hadapan Ji Yoon. Banyak darah yang keluar.

Air longkang itu kini sudah menjadi campuran substance berwarna merah. Umpama syrup. Dia tidak melepaskan pandangannya. Jasad Dongwoo diperhatikan buat beberapa saat.

Jang Dongwoo tidak bergerak. Ji Yoon menendang kepala Dongwoo. Hanya untuk memastikan bahawa Dongwoo sudah benar-benar mati. Namun Dongwoo tidak bergerak.

Perempuan itu meraup wajahnya. Lega.

~~~~~

Ji Yoon P.O.V.

Aku berjalan terhencot-hencot. Tangan ku mencapai kerusi itu lalu mengheretnya di bawah petak jeriji tersebut. Aku mendongak ke atas. Petak itu tinggi tapi aku mungkin boleh mencapainya dengan kerusi ni.

Walaupun aku berkemungkinan besar akan digilis kereta sekiranya aku tidak berhati-hati apabila keluar nanti, namun aku tiada pilihan lain. Aku memanjat kerusi lalu menjengketkan kaki. Tanganku dapat mencapai jeriji besi tersebut lalu mengangkatnya. Besi itu ditolak ke tepi.

 I stucked my head out. Aku memeriksa keadaan. Jalan raya agak sunyi tanpa kenderaan. Aku membantu diri sendiri meloloskan diri keluar dari dalam lubang. Separuh badan ku sudah berjaya keluar kini hanya tinggal untuk mengeluarkan kedua-dua belah kaki. Tetapi entah di mana silapnya, badan ku termasuk semula ke longkang bawah tanah itu.

Seseorang yang tidak dikenali asal usulnya mencapai kedua-dua belah tangan ku.  Manusia baik hati tersebut menarik ku keluar dari dalam lubang itu.

Kini, seluruh tubuh ku telah berjaya keluar dari lubang bawah tanah tersebut. Nafasku turun naik. Terlalu penat. Kaki ku pula terasa semakin sakit dan pedih. Aku mengerling ke arah manusia yang menyelamatkan aku.

“Yah Jeon Ji Yoon ! Kenapa kau berhenti dari KPI hah ?? Kau tahu tak, sejak kau tak ada, huru-hara kes ini dibuatnya!” marah lelaki itu sambil mencekak pinggang.

Nafasnya juga turun naik. Mungkin sebab aku berat sangat sehingga hampir kesemua tenaganya telah dikerah semata-mata untuk menarik aku keluar dari lubang tu.  

“Hyun Seung…” Aku mengucap namanya. “Thanks,” kata aku lalu ku memeluk tubuhnya.

“Hey hey hey ! Sudahlah. Jangan nak berdrama lagi di sini. Lepaskan badan aku. Kita ni sudahlah berada di tengah-tengah jalan , kau pula peluk-peluk aku bagai. Nanti orang fikir apa pulak…” bebel Hyun Seung. Aku meleraikan pelukan ku pada tubuh Hyun Seung.

Setelah menyedari bahawa kami berdua sebenarnya sedang berdiri tercongok di tengah-tengah jalan, aku segera menarik lengan Hyun Seung dan mengheretnya ke sebarang.

“Macam mana kau tahu yang aku ada dekat longkang bawah tanah tu??” soal ku skeptikal.

“Aku tak tahu pun yang kau ada dekat longkang bawah tanah tu. Aku one the way ke Seoul Paradise. Ini kan jalan sehala untuk ke sekolah Seoul Paradise?” kata Hyun Seung. Dia terlihat kaki ku yang berdarah. Hyun Seung mengeluarkan sehelai sapu tangannya lalu membaluti luka tersebut. Dia mengikat luka ku ketat-ketat dengan sapu tangannya. Kemudian aku teringat sesuatu.

“Aku ada benda nak bagitahu kau,” kata ku. “Fasal Sungyeol.”

“Tak payah susah-susah bagitahu. Aku sudah lama tahu. Malah, aku berani jamin yang aku adalah orang pertama yang tahu bahawa Lee Sungyeol adalah Cho Junho,” jelas Hyun Seung. Aku membulatkan mata ku. Hyun Seung orang pertama yang tahu ??

Seolah-olah mempunyai kuasa telepati, dia menjawab persoalan yang bermain dalam minda aku. “Aku tahu daripada Gong Chan. Aku interview dia petang tadi. Dia yang bagitahu segala-galanya. From scratch. Daripada sekecil-kecil kuman sehinggalah sebesar-besar giant.”

“Kau soal siasat dengan Gong Chan ??”tanya ku meminta kepastian.

Hyun Seung menganggukkan kepalanya. “A’ah. Kemudian aku pergi ke balai polis. Aku tengok semula rakaman CCTV seminggu lalu. Kau ingat lagi tak waktu Ji Young cakap yang dia stalk budak Gong Chan dekat satu jalan tu ?”

Jujur cakap aku sebenarnya tak ingat jalan mana tapi aku mengiakan saja. “Ingat. Kenapa dengan jalan tu?”

Hyun Seung menyeluk koceknya lalu mengeluarkan rakaman pita video. “Ini buktinya yang Lee Sungyeol adalah Cho Junho. Aku periksa semula rakaman CCTV ni. I enhanced the image on the car window. And guess who ? Lelaki itu adalah Cho Junho. Lelaki yang bawa kereta itu adalah Cho Junho.”

Minda ku seolah-olah baru saja disambar petir dan automatic aku ingat segala-galanya. “Ohhhh!” Aku memetik jariku. “Yang hari kita kena stalk semua pelajar sekolah yang tarikh lahirnya 27 August tu eh ? Hari yang Sungyeol kata Ji Young pengsan tengah-tengah jalan tu kan ?”

Hyun Seung mengangguk. “A’ah. Hari yang tu. Aku cakap jujurlah dengan kau. Sebenarnya dari hari yang dia suruh kau ajar dia guna pistol tu, sejak hari tu aku dah naik syak dengan Lee Sungyeol. Yalah. Mustahil dah bertahun-tahun jadi trainee dekat KPI, dia masih tak reti nak guna pistol. It’s ridiculous !

Kemudian aku combine semua benda yang aku tahu fasal Lee Sungyeol. Dia selalu cakap yang mak angkat dia tak kasi dia buat kerja lebih waktu padahal dalam kontrak dah tulis yang setiap ibu bapa angkat WAJIB benarkan semua ejen buat kerja lebih waktu.

Since then I realized that something is fishy with that Lee Sungyeol guy. He is so odd and weird. Dahlah selalu tak datang mesyuarat. Lagilah aku naik syak.”

Wah. Aku kagum. Hyun Seung jelas lebih bijak dan lebih cepat tangkap situasi dan keadaan berbanding aku.

“Eh kau tak tak yang Cho Junho nak letupkan sekolah Seoul Paradise malam ni ?” soal Hyun Seung. Dia membonceng basikalnya lalu mengikat safety helmet pada kepala.

“Aku tahu,” jawab ku. Aku mengimbas basikal ini dari atas sampai ke bawah. Basikal ini berwarna merah jambu terang dan mempunyai riben yang berjuntai-juntai pada handle. “Basikal siapa ni Hyun Seung?”

Wajah lelaki itu memerah. “Entah. Paling penting bukan basikal aku. Cepatlah naik.”

Aku tidak berganjak. Aku menjungkitkan kening.

“Janganlah pandang aku macam tu Ji Yoon,” ujar Hyun Seung. “Ya. Aku mengaku. Aku curi basikal ni daripada budak perempuan mana entah sebab aku terdesak nak cepat. Tapi nanti aku pulanglah basikal ni semula dekat orang tu~”

Aku menjungkitkan kedua-dua belah kening dan mencekak pinggang. 

“WHAT ?!” bentak Hyun Seung.

Aku tersengih. “Tak ada apa-apa,” kata ku lalu membonceng basikal itu di tempat duduk belakang.

“Hold on tight,” ujar Hyun Seung. Lalu memecut basikal dengan laju.
































To be continued




2 responses to Gun Fighter Part 21

  1. MilaDH says:

    Basikal adik akuuuu. Hahaha :DD

  2. AmyZana says:

    Hahaha ! Basikal adik kau warna pink ? ._.