Gun Fighter Part 22

Bagi yang tunggu updates untuk cerita nih, aku mintak maaf asyik update lambat. Kadang2 aku sendiri lupa yg aku ada buat fanfic xD Tapi cerita nih akan habis sebelum akhir tahun. Which means before the start of 2013. So yeah, setahun aku buat cerita nih -_____________-




Author P.O.V


Perempuan itu terjaga dari lenanya. Matanya terkelip-kelip seketika. Cuba mengadaptasi keadaan sekeliling. Bunyi mesin nadi menjadi halwa telinga.

Dia mengiring ke sebelah kiri. Rasa sakit menyerang bahunya. Oh dia lupa. Bahunya cedera dan dia tidak boleh mengiring dan perlu berbaring dalam posisi tegak saja.

IU mengeluh lemah. Perempuan itu bangkit duduk di atas katil. Dia meraup wajahnya sekali. Terpisat-pisat bangun. Lama juga dia tidur rupanya. Dari petang sampai ke malam. IU mengurut kepalanya yang sakit dan pening-pening lalat itu akibat tidur terlalu lama.

Dia mencabut wayar-wayar yang tercucuk pada tubuhnya. IU berusaha menuruni katil. Kedua-dua tapak kaki bersentuhan dengan lantai. Sejuk lantai itu. Lalu dia menyarungkan selipar hospital pada kakinya dan menapak perlahan-lahan, selangkah demi selangkah ke arah tingkap.

Cermin tingkap disentuh dengan telapak tangan. Dahinya bersentuhan dengan cermin. Dalam hatinya dia berasa risau akan keadaan Hyun Seung dan rakan-rakannya yang lain. Kini mereka kekurangan seorang ahli. Mampukah mereka menyelesaikan misi ini tanpa bantuannya ?

Perempuan itu menapak menjauhi cermin tingkap. Perutnya tiba-tiba meragam tadi. Mungkin itulah sebabnya dia terjaga daripada tidur. Ini semua gara-gara panggilan alam. Dia mahu ke tandas.

Setapak demi setapak dia berjalan. Gayanya tidak ubah seperti orang tua yang lanjut usia. Tombol pintu dipulas lalu dia meloloskan diri ke dalam tandas.

Beberapa minit selepas melepaskan hajat, IU keluar daripada tandas lalu dengan penuh susah payah dia memanjat semula katil hospital dan terbaring malas seperti beruang kutub pada musim sejuk.

Dia memejamkan matanya. Mindanya menerawang entah ke mana-mana. Siap sedia untuk ke alam fantasi. Alam mimpi. Alam yang indahnya hanya untuk seketika.

Angin sejuk yang bertiup membuatkan dia semakin asyik tenggelam dalam dunia mimpi. Selimut hospital berwarna putih itu ditarik sehingga menutup seluruh tubuh IU kecuali bahagian kepala. Hembusan angin umpama angin  bayu itu tidak berhenti-henti menyejukkan seluruh tubuhnya.

Tiba-tiba dia tersentak. Matanya terkelip buka. Baru sebentar tadi matanya kuyu, kini sudah segar-bugar. Dia keras pada posisinya.

Terasa-rasa pipinya ditiup angin yang sejuk. Angin malam. Angin yang nyaman. But that’s not the problem.

Masalahnya sekarang…. Kenapa ada angin ? Kenapa dia terasa kehadiran angin pada malam-malam sebegini sedangkan dia berada dalam bilik hospital ? Tambahan pula dia bukannya berkongsikan bilik ini dengan sesiapa. Hanya dia seorang saja yang menghuni.

Perlahan-lahan dia memusingkan kepalanya.

Cermin tingkap itu terbuka.

Dia mengelipkan matanya beberapa kali. Tidak percaya. Tapi masih, tingkap itu masih terbuka. Padahal bukankah tadi tingkap itu tertutup ?

Ah. Dia merengus. Jangan-jangan waktu dia dalam tandas tadi, ada jururawat yang menjenguk dan membuka tingkap itu kerana panas.

Tapi dalam bilik wad ini bukannya panas pun masalahnya. Sejuk semacam. Sudahlah cuaca di luar dingin. Air conditioner yang menurunkan suhu bilik ini lagilah membuatkan dia berasa sejuk. Dia merengus lalu bangkit dari katil perlahan-lahan dan menapak ke arah tingkap.

Tangannya memegang hujung tingkap. Mahu menolaknya ke bawah dan menutupnya.

Sudah. IU sudah menutup tingkap itu. Dia memusingkan badannya ke belakang, menapak ke arah katil.

Tiba-tiba kakinya disadung orang lantas dia terjatuh menghentak simen. Bahunya kembali berdenyut-denyut kesakitan. Belum sempat dia bangkit kakinya ditarik orang dari bawah katil. Tangannya terkapai-kapai mahu menarik langsir tingkap yang hampir mencecah lantai itu tetapi tidak sempat.

IU menendang wajah lelaki yang menarik kakinya itu lalu dia merangkak keluar ingin mencapai remote kecemasan untuk menghubungi nurse yang bertugas. Ada lelaki psiko dalam wad nya dan lelaki itu seperti bersungguh-sungguh ingin mencederakan dirinya. 

Belum sempat IU bertindak, lehernya dijerat dengan rantai besi dari arah belakang. Dia tersentak-sentak dan bergerak-gerak dengan kasar minta diri dilepaskan. Dia, Lee Howon, makin seronok menjerat leher IU dengan lebih kuat tatkala melihat IU berusaha untuk membebaskan diri dari jeratannya.

IU mencucuk biji mata Howon dengan jarinya. Howon menjerit kesakitan lalu melepaskan besi tersebut. Lelaki itu memegang kedua-dua belah matanya sambil menggigit bibirnya menahan sakit.

IU merampas rantai besi yang terjatuh atas permukaan lantai itu lalu melibas Howon sebelum memberi tendangan pada wajahnya. Howon terhuyung sedikit ke belakang tetapi dia belum lagi lemah. Dia berlari ke arah IU lalu menumbuk wajah perempuan itu.

IU terjatuh ke belakang. Howon menarik kolar baju IU, memaksa perempuan itu berdiri lalu menumbuknya sekali lagi membuatkan wajah perempuan itu terhentak pada meja kecil di sebelah katil.

Tangannya meraba-raba di atas permukaan meja. Tangannya bersentuhan dengan sesuatu. Dia mencapai pasu bunga di atas meja tersebut lalu di baling ke arah Howon.

SMASH ! bunyi kaca bersepai. Wajah Howon sudah berdarah pada pipi dan dahinya. Lelaki itu berlari ke arah IU lalu menerkam perempuan itu. Mereka bergolek-golek di atas lantai. Kepala IU terhentak pada kaki katil.

Howon mengeluarkan pistol dari poket, mengacunya ke arah IU. Perempuan itu menepis pistol tersebut lalu objek itu tercampak dan terseret jauh dari mereka. Dia menghentakkan kepalanya pada dahi Howon. Lelaki itu tersentak ke belakang. Mengerang kesakitan sambil memegang dahinya.

IU bangkit dengan penuh susah payah. Dia tidak boleh bergerak dengan lebih laju kerana denyutan pada bahunya semakin terasa-rasa sehingga memberi impak pada kepalanya. Seluruh badannya pula yang terasa berdenyut-denyut.

Percubaannya gagal apabila dia terjatuh semula. Tidak mampu berdiri, dia mengesot ke arah pistol tersebut lalu mencapainya dengan satu tangan. IU berusaha bangkit dari posisinya. Kakinya bergetar kecil menampung berat badannya yang bergetar-getar menahan sakit itu.

 Dia mengacukan pistol ke arah Howon tetapi lelaki itu sudah tiada.

Tiba-tiba badannya ditolak dari arah belakang. Howon menolak IU ke arah tingkap. Wajah perempuan itu terhentak pada cermin tersebut. Lelaki itu membuka cermin tingkap itu menyebabkan separuh daripada badan IU terkeluar dari tingkap.

Matanya terkelip-kelip melihat ke bawah. Kalau tersilap langkah, dia mungkin boleh terjatuh dari bilik wadnya yang berada pada tahap ketinggian 3 tingkat dari ground floor.

Dia melirik ke arah Howon. Lelaki itu tersenyum. IU dapat menghidu motifnya. Howon mahu mengangkat kedua-dua belah kaki perempuan itu lalu menghumbannya keluar tingkap. Pistol masih berada dalam genggaman IU tetapi nyawanya diambang bahaya.

Howon mencengkam kedua-dua belah kaki IU. Bersedia untuk menolak perempuan itu jatuh dari bangunan. Belum sempat dia berbuat demikian, kemaluannya disepak IU.

Lalu perempuan itu melepaskan tembakan pada dahi lelaki tersebut. IU melepaskan lagi tembakan tepat pada jantung Lee Howon. Howon mundur beberapa tapak ke belakang sambil tangannya memegang dada. Howon melihat darah pada tangannya lalu dia memandang ke arah IU.

Mulutnya terbuka. Kesakitan yang tidak dapat ditanggung. Howon terduduk melutut, sebelum jatuh terbaring di atas lantai.

Seluruh tubuh Lee Howon tersentak-sentak sebelum jasadnya terkulai lemah di sebelah kaki katil. Darah mengalir deras. Mengotori lantai bilik.

IU tercungap-cungap. Pistolnya masih diacukan ke arah jasad itu. Peluh dingin menitis membasahi dahinya. Dadanya turun naik menahan debar. Antara percaya dan tidak, dia sudah membunuh Lee Howon. Dia, IU, sudah membunuh Lee Howon.

Dia berjalan terseret-seret ke arah katil lalu dia mencapai remote kecemasan yang tercampak di atas katil itu lalu menekan butang warna merah. Memanggil jururawat. Atau lebih tepat lagi, bantuan. 

~~~~~

Author P.O.V

Lokasi : Seoul Paradise Private High school

Jam : 9.30 malam waktu Korea Selatan

Ji Yoon P.O.V

“Hyun Seung… I… I don’t think I could go any faster…” Aku bersandar pada tembok pagar, nafas tercungap-cungap umpama tak cukup oksigen. Kecederaan kaki makin lama makin memakan diri. Tak kuat untuk meneruskan perjalanan.

“What do you mean you can’t go any faster ? You’re Jeon Ji Yoon for god sake ! C’mon!” bentak Hyun Seung lalu menarik tangan aku dan mengheret ku masuk ke dalam kawasan sekolah sehingga kami betul-betul berada di hadapan pintu masuk bangunan akademik.

Aku melepaskan genggaman tangannya. “Aku serius Hyun Seung. Kaki aku sakit… Aku… Aku tak tahan…” kata ku, separuh merayu. Aku rasa lemah sangat sekarang. Lemah dan sadis. Aku benci perasaan ni.

Aku bukannya orang yang macam ni. Tapi darah tak berhenti-henti mengalir dan sapu tangan yang dibuat untuk mengikat kaki aku ni jelas tak dapat menampung darah-darah yang banyak keluar.

“Aku minta maaf Hyun Seung… Aku rasa sampai sini je aku boleh tolong kau…” kata ku dengan suara lemah. Kaki terasa letih lalu ku perlahan-lahan jatuh duduk, bersandar pada dinding. Wajahku ditundukkan. Aku mengetap bibir. Kaki aku sakit. Kaki aku sakit sangat.

“Tak apa,” jawab Hyun Seung.

Aku mendongakkan kepala. “Kau… Kau okay dengan keputusan aku?” tanya ku, kepala ku ditelengkan sambil memerhati wajah Hyun Seung.

Lelaki itu mengangguk. “Kau tak larat tak akanlah aku perlu paksa dan heret kau. Tak apa. Kau duduk sini. Tapi nanti bila amaran kecemasan keluar, kau cepat-cepat keluar bangunan. Okay?” Lelaki itu menunjukkan thumbs up.

Aku mengangguk memahami.

“Good. Aku pergi dulu,” kata Hyun Seung lalu berlari sepantas kilat memasuki bangunan akademik. Destinasinya tidak lain dan tidak bukan adalah dewan tertutup. Di mana majlis prom sedang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang yang mana aku pasti kegemilangannya tak akan kekal lama apabila memikirkan yang sekolah ini akan meletup.

Dan aku pula ? Hanya mampu terduduk berlunjur sambil bersandar di sini.

Aku mengeluh hampa. Hyun Seung sudah hilang dari pandangan. Tiba-tiba aku rasa tak layak pula pegang jawatan Agent 01. Hyun Seung lebih layak berbanding aku.

Peluh menitis setitik demi setitik. Membasahi seluruh wajah ku.

Di saat aku rasa seperti dunia aku sudah kelam, aku tiba-tiba menjumpai sinar harapan apabila memikirkan sesuatu benda.

Sesuatu benda yang boleh tolong aku.

~~~~~

Author P.O.V.

Lelaki itu bergolek-golek malas di atas katil. Tiada apa yang menarik pun hendak dibuat malam-malam begini. Lagipun semua orang di sekolah pasti sedang berseronok-seronok sekarang. Nasiblah.

Memang dia sendiri yang tak ingin pergi ke majlis prom tu. Tapi dia tak menyesal. Bermalas-malasan di rumah lebih berfaedah dan untung berbanding menghabis tenaga menari macam orang gila di sekolah.

Myungsoo menapak mendekati meja belajarnya. Bukannya ada yang menarik pun cuma tiba-tiba dia rasa nak siapkan kerja sekolah. Tambahan lagi, dia memang bosan. Jadi lebih baiklah siapkan homework. Tak payah tangguh-tangguh sampai esok.

Tiba-tiba dia teringatkan Woohyun dan Sungjong. Dua orang rakan baiknya merangkap ahli kedua dan ketiga geng WooMyungJong atau singkatannya W.M.S . Pasti mereka berdua sedang berjoli dan menari-nari tak ingat dunia. Myungsoo tersenyum kecil memikirkan mereka berdua.

Dari ekoran matanya dia terlihat sejenis device berwarna kuning oren yang terbaring kemas di sebelah lampu meja. Kemudian dia teringatkan perbualan dia bersama dengan perempuan bernama Jeon Ji Yoon lebih kurang seminggu yang lepas.


"Pen-drive ni bukan pen-drive biasa. It's an e-drive." – Ji Yoon –




"E-drive?" – Myungsoo –

"Short form for Emergency Pen-drive. Bila-bila masa pen-drive ni berkelip-kelip tidak henti selama 5 minit, kau cepat-cepat cucukkan benda alah ni pada mana-mana laptop, desktop etc. Tapi kau perlu bertahan sikit bila pegang benda alah ni. Bila waktu dia berkelip-kelip tu, suhu pen-drive ni akan jatuh dan benda ni akan jadi sejuk seperti  besi." – Ji Yoon –


Myungsoo mencapai pen-drive tersebut. Dia membelek-beleknya beberapa kali. “Macam ada yang tak kena je dengan benda ni,” gumam lelaki itu sendirian. Pen-drive pada tangan diteliti di setiap penjuru.

Tiba-tiba

“Weyh bapak ah sejuk gila !!” Myungsoo separa jerit lalu mencampak pen-drive itu ke atas katilnya. “Sejuk gila ah… Aduh… Nasib baik tak beku tangan aku…” Myungsoo mengibas-ngibas tangannya di udara untuk menghilangkan kesejukan yang mendadak itu. Mana taknya. Sewaktu dia memegang pen-drive tu, tak adalah rasa apa-apa. Tiba-tiba saja suhu pen-drive itu menurun drastic.

Myungsoo memandang tajam ke arah alat berwarna kuning oren yang terbaring lemah di atas katilnya. Dia mencapai alat tersebut lalu dicucukkan pada laptop. Seperti yang Ji Yoon pernah memberitahunya sebelum ini.

Pen drive itu berkelip-kelip sedari tadi. Lama-lama kelipannya berhenti. Satu maklumat aneh berbentuk segi empat seperti navigator pada GPS muncul pada skrin laptop. Dia mencerunkan matanya membaca maklumat pada navigator itu.

“You are here”

Titik merah berbentuk bulat terkelip-kelip pada tengah-tengah peta itu. “You are here ? Tapi inikan rumah aku,” gumam Myungsoo. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Titik merah pada peta itu bergerak. Beberapa saat kemudian titik tersebut berhenti pada satu koordinat pada peta.

Pop-up window kecil saiz note pad pula muncul pada skrin. Myungsoo membaca alamat yang tertera pada note pad tersebut.

“Eh..” Dia menggaru-garu lagi kepalanya yang tak gatal.

“INIKAN ALAMAT SEKOLAH AKU ??”

~~~~~

Sudah 5 minit yang lalu sejak Jeon Ji Yoon membuat panggilan kecemasan menggunakan pemetik api. Alat itu bukannya pemetik api pun sebenarnya. “Pemetik api” itu perlu dipetik untuk memberi signal kepada emergency pen-drive yang telah diberinya kepada Myungsoo.

Tetapi lelaki itu tak muncul-muncul lagi. Dia semakin hilang harapan. Ji Yoon menghentakkan kepalanya pada dinding beberapa kali.

“Jeon Ji Yoon !!!” Suara lelaki memanggilnya dalam gelap. Semakin lama suara itu makin dekat. “Hoi ! Jeon Ji Yoon !!”

Kelibat yang memanggil namanya itu semakin menampakkan diri.

Sinar harapannya.

Kim Myungsoo.

“Kenapa kau buat emergency call tuh ?” tanya Myungsoo sambil tercungap-cungap. Penat berlari dari rumah sehingga ke sekolah. Tengah-tengah perjalanan tiba-tiba baru dia teringat yang dia ada motor. Tetapi terlambat. Dia berlari juga sampai ke sekolah.

Ji Yoon yang tersandar pada dinding berusaha bangun. Myungsoo menolong perempuan itu.

“Kau dah kenapa ni ?? Kaki kau banyak darah keluar!” soal Myungsoo sambil melihat-lihat kaki Ji Yoon.

“Long story. Kau tak perlu tahu. Sebelum apa-apa aku nak cakap terima kasih sebab kau sudi datang. Memang ada emergency sekarang ni! Kau kena tolong aku !” Suara Ji Yoon seperti mendesak.

“Okay okay. Nada suara kau lain macam je. Apa benda yang emergency sangat ?”

“Aku cakap ni kau kena percaya. Dan aku nak kau tahu yang aku tak tipu.” Ji Yoon menarik nafasnya dalam-dalam. “Aku sebenarnya bukan pelajar sekolah ni.”

Myungsoo tercengang.

“Huh?”

“This is gonna sound weird and maybe a little too bizarre for a normal living human like you but this is FACT,” tegas Ji Yoon. “Aku bukan budak sekolah ini. Aku undercover agent yang bekerja di KPI iaitu Korean Private Investigation. Aku datang sini untuk track down penjenayah bernama Cho Junho yang menyamar jadi pelajar di sekolah ini. Dan aku dah tahu dah dia siapa. Dia adalah Lee Sungyeol. Percaya atau tidak, pada malam ini, dia akan MELETUPKAN SELURUH SEKOLAH!.”

*bunyik cengkerik* Myungsoo melopong.  *bunyik cengkerik*

“Please trust me Myungsoo. Ini bukan masanya untuk kau meragui benda-benda yang aku cakap tadi. Please….” Ji Yoon merayu.

*bunyik cengkerik* 

“A-a-a-aku… T-t-t-tahu apa n-n-nak cakap. A-apa yang aku boleh bantu ?” Tergagap-gagap lelaki itu bersuara. Matanya membulat besar. Dia percaya. Pada masa yang sama dia ragu-ragu. Tiba-tiba juga dia berasa takut apabila Ji Yoon kata yang lelaki itu akan meletupkan sekolah Seoul Paradise.

“Ada satu benda yang kau boleh buat.”  

~~~~~

Lokasi di bilik kebal sekolah yang diasingkan dengan bangunan lain. Terletak berdekatan dengan bangunan pejabat. Jam 9.40 minit malam.

Ji Young P.O.V.

Tangan aku terketar-ketar. Fikiran aku bercelaru.

“Apa aku dah buat ni…” gumam ku perlahan. “Kang Ji Young… Apa yang kau dah buat…” Aku menyoal diri aku sendiri.

Aku mundur beberapa tapak ke belakang. Lalu berlari keluar dari bilik kebal. Dada aku berdebar-debar. Aku menyalahkan diri aku. Lagi pantas kaki aku berlari, lagi rancak aku menyalahkan diri. Aku bersalah. Aku ternyata bersalah. Aku memang tak guna !!

BOM !!

Bunyi bangunan meletup. Aku jatuh berguling ke dalam semak mengelak dari serpihan besi melayang mengenai ku. Telinga aku rasa hendak tercabut. Jantung ku seolah-olah gugur dari tangkainya. Getaran di dada kian terasa.

Muka ku berdebu tempias asap yang terhasil dari letupan itu. Aku terbatuk-batuk kecil. Aku memberanikan diri untuk melihat ke belakang.

Musnah.

Seluruh bangunan musnah. Api marak membakar. Aku memalingkan wajah ku menghadap rumput di bawah. Titisan air mata bergenangan. Aku rasa sangat bersalah. Aku tak berguna. Aku memang tak berguna.

Aku kena keluar dari tempat ini. Aku kena bagitahu semua orang.

Aku berusaha berdiri lalu beredar dari lokasi.

~~~~~

Hyun Seung P.O.V

Puas aku cari Ji Young satu bangunan akademik. Dia tak ada. Atau mungkin dia masih berada di bilik kebal. Aku menepuk dahiku. Ah bodoh aku ni. Patutnya bilik kebal itu lokasi pertama untuk aku cari Ji Young. Bukannya bangunan akademik. Sah-sah dia tak ada.

Aku percepatkan langkah. Menuju bilik kebal sekolah. Aku menarik handle pintu dan meloloskan diri keluar dari bangunan akademik melalui pintu belakang. Tubuhku terlanggar seseorang. Perempuan itu jatuh terjelopok.

“Minta maaf ! Aku tak perasan !” Kata ku lalu membantu perempuan itu bangun. “Ji Young !” Rupa-rupanya perempuan itu adalah Ji Young.

Dia menangis teresak-esak. “A..aku minta maaf…” Dia tersedu-sedu. “Aku tak sengaja ! Sumpah aku tak sengaja !” Dia berkata lagi.

Aku memegang bahunya. “Kau… dah terusik timer tuh ke ?”

Perempuan itu mengangguk laju. “Ba-bangunan tu… Bangunan tuh dah meletup...” Ji Young menggeleng-gelengkan kepalanya. Kesal.

“Relax Ji Young okay. Ini bukan salah kau. Bukan sepenuhnya salah kau. Satu team bersalah sebab awal-awal tak tahu fasal benda ini. Lee Sungyeol adalah Cho Junho,” kata aku kepada Ji Young. Dia membeliakkan biji matanya.

“W-what ? How???”

“No time to explain. Ceritanya panjang,” kata ku. “Tapi sekarang kita tak ada masa banyak. Kita kena cepat-cepat kosongkan bangunan ni.” Aku memeriksa jam tangan. Bom kedua tak lama lagi akan meledak. Diikuti dengan yang ketiga.

“Tapi bom sudah meletup di bilik kebal tadi ? Kenapa pula kita kena kosongkan bangunan sekolah ??” soal Ji Young sambil mengesat sisa-sisa air matanya.

Aku tak menjawab pertanyaannya. Aku merentap tangan Ji Young lalu kami berdua mulai berlari sepanjang koridor, menuju ke dewan tertutup di mana majlis prom itu berlangsung.

Ji Young tercungap-cungap. “Hyun Seung ! Janganlah lari laju sangat ! Kau tak jawab soalan aku tadi !”

Aku memeriksa jam tangan ku. Sikit saja lagi akan berlaku letupan yang kedua. Kaki aku berlari lebih laju sepanjang koridor sambil mengheret Ji Young.  


























“The first one is not the last.” 




2 responses to Gun Fighter Part 22

  1. Anis Zulhas says:

    Syok doh part ni ! Berdebar debar baca . Btw, lama jugak la eden tunggu update ff ni. keke Update soon! *first comment XD

  2. AmyZana says:

    Hoho terima kasih sudi komen wahai Anis Zulhas ^^ Nanti kita update xD