Gun Fighter Part 23

Aku rasa part yang ini kelakar xD Aku tak mampu nak menafikan realiti itu. xD Oh bydeway, part yg Junho dgn Ji Yoon atas bumbung tuh macam.... dramatic sikit sebab dorang tak ada fight apa-apa pun. Bercakap je lebih. Please bear with me -________-



Author P.O.V

Lelaki itu keliru. Lelaki itu tidak memahami sebenar-benarnya situasi yang sedang berlaku. Tidak juga boleh meramalkan apa yang akan berlaku selepas ini.

Nafasnya tercungap-cungap. Berlari seolah-olah tidak cukup oksigen menuju ke arah dewan tertutup sekolah.

Kata-kata perempuan yang bernama Jeon Ji Yoon itu tadi betul-betul memberi impak yang mendalam ke atas dirinya.

Jadi selama ini Ji Yoon bukan pelajar S.P. ?

Selama ini juga Ji Yoon sebenarnya adalah undercover agent yang bekerja di bawah KPI ?

Dia sendiri tidak tahu KPI itu apa benda. Ah ! Merunsingkan jiwa lagi membebankan kepala otak untuk berfikir !

Siapa pula Cho Junho ?

Paling penting, kenapa dia mahu meletupkan sekolah ini pula ??

Myungsoo tiada pilihan lain selain menurut arahan Ji Yoon. Dia percaya perempuan itu. Walaupun boleh dikatakan tidak tercapai akal norma seseorang manusia, tetapi dia percaya juga.

Setibanya dia di hadapan pintu gerbang dewan Seoul Paradise yang gah lagi berhiaskan bunga itu, dia menolak pintu lalu meloloskan diri ke dalam dewan.

Rata-rata pelajar bersepah di dalam dewan. Menari seperti orang gila, ada juga yang duduk-duduk saja di meja sambil bersembang kosong dalam satu kumpulan. Tak kurang yang rela membazirkan masa yang penuh berharga dengan melahap semua makanan yang dihidangkan secara buffet.

Di hujung dewan dia terlihat dua orang pelajar. Kedua-duanya seperti sedang menarik perhatian orang ramai tetapi pelajar-pelajar buat endah tidak endah saja akan mereka berdua.

“You have got to believe us ! The whole school is in danger ! Sekolah ni akan meletup ! You can’t just sit around and have fun! Tell the others please!” Hyun Seung mendesak beberapa orang pelajar yang berhampiran tetapi dibalas dengan pandangan jelek dan ketawa sinis.

Ji Young juga sudah cuba beberapa kali tetapi gagal.

“Hyun Seung… Aku tak rasa mereka semua nak dengar cakap kita… Apa kita boleh buat ni ?? Tak ada siapa pun dalam dewan ni yang hiraukan kita ! Nak pinjamkan microphone pun tak kasi !” Ji Young meluahkan kerisauannya kepada Hyun Seung. Dia juga buntu.

“Aku tak tahu ! Kita kena cuba lagi kau faham tak ! Kita tak boleh biarkan ada seorang pun yang ada dalam dewan ni !” ujar Hyun Seung. Dia mengerling pada jam di tangan. Matanya terbeliak. “Kita ada lagi 3 minit ! Lagi 3 minit sebelum yang kedua!”

Myungsoo menepuk bahu Hyun Seung. “Kau perlukan bantuan ?”

Hyun Seung menoleh ke belakang. Tak disangkanya orang itu adalah Kim Myungsoo. Antara pelajar paling popular di Seoul Paradise dan juga salah seorang ahli W.M.S. Tetapi Myungsoo tidak mengenakan pakaian tuxedo mahupun uniform formal untuk majlis. Jadi kenapa dia ada di sini ?

“Kalau macam tu lah cara kau tarik perhatian orang… Kau memang tak akan berjaya…” kata Myungsoo. Dalam kata-katanya terselit sindiran kecil tetapi ekspresinya serius.

“Kim… Kim Myungsoo…” Ji Young menggumam perlahan namun dapat didengar jelas oleh Myungsoo. “Kau dah tahu yang”

“Aku baru tahu,” kata Myungsoo sekali gus memotong cakap Ji Young. “Ji Yoon bagitahu. Dia desperate gila tadi. Katanya ada orang yang cuba letupkan sekolah ni.”

Hyun Seung mengangguk.

“Kau tahu tak berapa masa lagi kita ada ?” tanya Myungsoo. Dalam diam cuba mengawal getaran dalam suaranya supaya tidak kelihatan gugup mahupun takut menghadapi situasi genting seperti ini.

Hyun Seung memeriksa jam tangannya. “Kita ada lebih kurang 2 minit 20 saat lagi!”

“Okay. Leave it to me,” kata Myungsoo lalu menyelit di celahan orang ramai dan berlalu ke tengah-tengah dewan.

Hyun Seung memandang Ji Young. “Aku pergi buka semua pintu dewan dan kau pula bunyikan loceng kecemasan dekat luar koridor dekat sana okay ? Cepat gerak!”

Arahan Hyun Seung diterima Ji Young lalu dia berlari sepantas kilat meninggalkan dewan. Lelaki itu pula bergerak pantas mendekati pintu gerbang yang pertama dan membuka pintu tersebut seluas-luas mungkin.

Sementara itu di tengah-tengah dewan….

Pelajar-pelajar yang menyedari kehadiran Kim Myungsoo mulai berbisik-bisik sesama sendiri. Tak kurang juga beberapa perempuan yang cuba mengajaknya menari tetapi semua ditolaknya mentah-mentah.

Apabila Myungsoo sudah berada di tengah-tengah dewan dan yakin beberapa orang sudah menyedari kehadirannya dan menumpukan perhatian ke arah dirinya, dia mulai bersuara.

“HOI BANGANG!!” jerkah Myungsoo. “KORANG TAK TAHU KE YANG SEKOLAH NI AKAN MELETUP DALAM MASA 2 MINIT DARI SEKARANG HAH ??? SEKOLAH NI DAH NAK MELETUP KAU TAHU TAK ! DAH NAK MELETUP ! JADI SEBELUM AKU YANG BUNUH KORANG SEMUA DEKAT SINI, LEBIH BAIK KORANG CEPAT BLAH DAN KELUAR DARI BANGUNAN NI !!! AKU KIRA SAMPAI TIGA!!”

Pelajar yang berdekatan sudah mulai angkat kaki sebelum Myungsoo mulai mengira.

“SATU !!!!!!!!”

Manusia-manusia yang membanjiri dewan mulai terkocoh-kocoh. Bertolak-tolak sesama sendiri untuk melolos diri keluar dari dewan. Orang-orang yang sibuk berkaraoke di atas pentas terus lesap pantas. Pemain-pemain muzik upahan yang sibuk bermain trumpet, viola dan piano juga berpusu-pusu meninggalkan dewan.

“DUA !!!!!!!!!”

Masing-masing mulai risau dan semain agresif bertolak-tolak pada ambang pintu. Pelajar-pelajar yang lahap tadi juga tidak ketinggalan menggendong sama dan mencuri makanan-makanan buffet yang tersedia sebelum berlari meninggalkan dewan.

Pelajar perempuan ada yang terkoyak-koyak kainnya kerana dipijak-pijak orang. Kain yang labuhnya umpama wedding gown pengantin, terus singkat sampai ke paras lutut.

“TIGA !!!!!!!”

Dewan sudah kosong.

Setiap penjuru dewan tiada sesiapa yang berdiri kecuali dirinya, Kim Myungsoo.

KRIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIINNNNNNNNNNNGGGGGGGGGGGGGGGG

Siren kecemasan yang panjang dan membingitkan telinga mulai kedengaran. Myungsoo manusia terakhir yang berlari meninggalkan dewan.

~~~~~

Sunggyu P.O.V

Polis dan pihak KPI menyusul beberapa minit selepas aku menelefon mereka. KPI maklumkan bahawa bom yang sudah aktif yang terkubur di bawah bangunan sekolah itu tidak dapat deactivate. Bermaksud sejurus saja bom sudah diaktifkan, there will be no turning back.

KPI tak boleh buat apa-apa. Dari situ baru aku tahu mengapa Ji Yoon suruh aku halang sesiapa pun yang masuk bilik kebal tu. Dalam bilik kebal itulah di mana timer bom berada dan timer itu sudah pun musnah dijilat api.

Aku dibawa oleh kereta polis peronda ke Seoul Paradise. Pihak polis dan KPI sudah pun mengepung sekolah itu dengan jarak minimum 600 meter dari arah sekolah. Kedua-dua pihak terbabit mengepung sekolah dalam satu bulatan yang jaraknya dalam lebih kurang 700 meter dari kawasan sekolah sebagai langkah berhati-hati.

Tetapi tugas tetap tugas. Walaupun sekolah itu di ambang bahaya, aku perlu masuk ke dalam bangunan dan memberi amaran kepada setiap manusia. Setiap bilik aku periksa sepantas kilat termasuklah bilik guru. Aku fikir malam prom tiada guru yang bekerja late night tetapi ada juga.

Dimaklumkan bahawa hampir semua pelajar Seoul Paradise berada dalam dewan sempena majlis prom sekolah. Tetapi sebelum itu [selain bilik guru] aku periksa dulu bilik-bilik kecil, tandas sekolah dan juga bangunan makmal sekolah kalau-kalau ada sesiapa yang masih berada dalam bangunan sebelum berangkat ke dewan sekolah.

They [KPI] said there are three active bombs around the school compound. Pertama berada di bilik kebal tetapi sudah meledak. Kedua pula di badminton court di belakang sekolah. Ketiga berada di tapak perhimpunan.

They said the bombs are specific bombs that could match it’s colours to the surroundings. Pretty much like that animal thing which I myself, can’t remember what it is… Chamo… Chami… Some sort.. I can’t remember the name of that animal.

Sudah siap memeriksa setiap bilik, aku bergegas menuju ke arah dewan sekolah. Dalam perjalanan aku terjumpa Hyun Seung yang kebetulan berlari laju arah bertentangan dari aku.

“Hoi Hyun Seung kau nak ke mana tu ?? Dewan ke sana !!” jerit ku ke arah Hyun Seung yang semakin lama semakin dekat berlari ke arah ku lalu tanpa ragu-ragu dia merentap tangan aku sepantas kilat lalu menjerit dengan suara panik, “Yang kedua dah nak meledak Sunggyu ! Dah nak meledak ! Kau tersilap jalan !”

Aku turut berlari sepantas panahan petir mengikut rentak kaki Hyun Seung.

Author P.O.V

BOOM !

Bunyi bom hampir memecahkan gegendang telinga dan menggugurkan jantung kedua-dua orang lelaki itu. Lantai di bawah kaki bergegar. Siling di atas pula menunjukkan tanda-tanda rekahan impak daripada letupan itu tadi. Letupan bom kedua yang meledak di badminton court sekolah itu ternyata lebih besar kuasanya berbanding yang pertama.

Walaupun terletak di belakang sekolah, berselang dengan bangunan makmal, gegaran itu jelas terasa seolah-olah ke seluruh bandar Seoul ini pula yang meletup.

Masing-masing mengangkat kaki cabut lari sepantas kereta pelumba F1 meninggalkan lokasi, menuju ke arah satu-satunya tempat yang lapang dan selamat serta agak jauh sedikit dari bangunan Seoul Paradise.

Padang sekolah.

~~~

Author P.O.V

Lokasi : Atas bumbung bangunan Seoul Paradise Private High School

Jam : 9.46 minit malam

~~~

Masa yang ditunggu akhirnya tiba jua. Angan-angan dan cita-cita lelaki yang bernama Cho Junho itu hampir tercapai. Mereka bertentang mata. Masing-masing membalas pandangan benci. Berkomunikasi melalui mata.
Junho mencebik.

“Akhirnya Jeon Ji Yoon. Kau tahu juga siapa diri aku yang sebenar… Rupa-rupanya kau ni tak adalah bodoh yang disangka. Tapi bila aku teringatkan balik kebodohan kau yang senang ditipu oleh manusia mulia macam aku ni, aku jadi geli hati,” sindir Junho.

Ji Yoon mengetap bibirnya geram. Tangannya berura-ura mencapai pistol di belakang bajunya tetapi dia menangguh dulu niatnya. Walaupun begitu, sebenarnya dalam diam dia takut-takut juga. Matanya sesekali melihat ke kiri dan ke kanan.

Tekanan yang dihadapinya ini semakin lama semakin memakan dirinya. Bukan tekanan kerana takut menghadapi Cho Junho, tetapi tekanan kerana dia gayat. Beberapa titis peluh membasahi dahi. Namun dia mengekalkan ekspresi serius.

“Kau memang gila,” jawab Ji Yoon. Terlupa sebentar akan kakinya yang sakit tatkala berhadapan dengan manusia yang bernama Cho Junho di hadapannya ini. “Kali ini kita berhadapan lagi antara satu sama lain. Sebagai orang yang berbeza. Aku bukan lagi Ji Yoon kawan kau. Dan kau juga bukan Lee Sungyeol. Kau pembunuh.”

“Bapak kau yang pembunuh !” tingkah Junho serta-merta sambil mengacukan pistolnya pada Ji Yoon. Lelaki itu menapak beberapa langkah ke hadapan, membuatkan Ji Yoon juga turut mundur beberapa langkah ke belakang. Sehingga tumitnya bertemu tembok penghujung.

Tidak boleh mundur lagi ke belakang. Ji Yoon mengerling kecil ke bawah. Dia meneguk air liurnya. Satu-satunya kelemahan perempuan itu – ketinggian.

Dia mengalih pandangannya menatap Cho Junho semula. Angin malam meniup dan menyejukkan badan mereka berdua. Cahaya rembulan yang samar-samar menerangi kegelapan suasana.

“Kenapa Ji Yoon sayang ?” soal Junho sambil tertawa kecil seorang psiko. “Kau gayat ya ?”

Junho mencengkam pistolnya dengan lebih kuat. Anak matanya tidak berkalih walau sesaat pun menatap Ji Yoon.

“Anak beranak pun sama. Dua kali lima. Tidak sama tapi serupa,” kata Ji Yoon. Kali ini dia pula tersenyum sinis. “Sudah ayahnya melakukan pembunuhan, sekarang anaknya pula… Memang seiras dengan sikap bapaknya sendiri. Sama-sama pembunuh. Sesuailah tu.. Manusia macam tu memang layak digelar binatang ..”

“DIAM!” jerkah Junho. “Bapak aku bunuh bapak kau bersebab ! Keluarga kau yang rosakkan kebahagiaan dia ! Sampai aku besar, keluarga aku tak pernah aman ! Mak bapak aku asyik bergaduh ! Balik-balik topik yang sama ! Pasal mak kau ! Ini semua salah keluarga kau ! Pembawa bala !” Lelaki itu jerkah lagi serupa orang gila yang tidak bertamadun.

“Aku baru 10 tahun masa tu… Waktu malam… Bapak aku tinggalkan aku dengan mak dekat rumah berdua… Dia keluar… Aku tak tahu dia pergi mana. Kemudian beberapa jam lepas tu, dia balik rumah semula… Aku yang sambut dia pulang sebab aku happy ! Aku tak tahu kenapa setiap kali aku sambut dia dekat depan pintu aku gembira sangat…” Penceritaan Cho Junho penuh perasaan.

Ji Yoon kekal berdiam diri. Membiarkan si gila di hadapannya ini berkata-kata. Lagi pun dia tidak boleh buat apa-apa. Sekurang-kurangnya bukan sekarang. Tangannya perlahan-lahan mencapai pistol di belakang bajunya.

“Tapi dia pegang pistol kemudian dengan tak ada perasaannya dia pergi bunuh mak aku !!! YA ! BAPAK AKU SENDIRI YANG BUNUH MAK AKU DEPAN MATA AKU!!” Junho meninggikan suaranya. Tangannya mula terketar-ketar. Menahan perasaan sebak yang tiba-tiba sahaja mencengkam dan mengusik jiwanya. “Walaupun macam tu… Aku gembira…” Senyuman lebar menitik bibir lelaki itu tiba-tiba sambil dia bergelak ketawa. “Aku gembira sangat ! HAHAHA!” Lelaki itu tergelak lagi.

“Rupa-rupanya yang dia bunuh tu adalah bapak kau ! Bagus ! Memang bagus! Sekurang-kurangnya dua pembawa sial sudah mati ! Apa aku boleh buat lagi ? Sebelum mak kau mati, hubungan parents aku memang dah keruh. Kemudian selepas mak kau mati… hubungan mereka bertambah tragis sehingga ayah aku ambil keputusan untuk bunuh bapak kau pula! HAHAHAHAHA! Memang padan muka bapak kau!”

Ji Yoon P.O.V

Aku mengetap bibir geram. Pistol yang berada pada belakang badan dicengkam dengan lebih kuat. Pistol yang diberi oleh Hyun Seung selepas dia selamatkan aku dekat dengan longkang bawah tanah tu.

Jangan fikir aku tak berani bunuh lelaki gila ni. Cumanya aku nak tunggu dia habis cerita. Aku nak tahu apa alasan dia untuk bunuh aku. Kemudian lepas tu, barulah aku tembak sedas dua.

Tapi ceritanya tak ubah macam drama. Cumanya lebih tragis dan lebih bersifat realistic kerana kejadiannya benar-benar berlaku dalam kehidupan lelaki malang ini.

“Mula-mula aku fikir keluarga pembawa sial ni sudah mampus kesemuanya… Tapi tak… Ada lagi yang masih hidup….” Ujar Cho Junho. “Kau…..”

Sepantas kilat aku mengacukan pistol ke arahnya. Kami sama-sama mengacukan pistol antara satu sama lain. Aku mengacukannya tegak ke arah Junho manakala dia juga mengacukan pistolnya tegak ke arah aku.

“Macam ni lah orang gila… Apa kata kita bertarung dulu. Sesiapa antara kita berdua yang paling cepat melepaskan peluru, dia lah pemenangnya. Bagi yang lambat, dia kalah.” Aku tersenyum sinis lalu mencebik. “Permainan kalah mati,” ujar ku pendek.

Cho Junho mencebik.

“Aku kira sampai tiga….” Kata ku lagi. Tangan digenggam kemas. Jari telunjuk dirapatkan pada picu pistol.

“Satu….”

Kami bertentangan mata.

“Dua…”

Setitis peluh menitik jatuh.

Tiba-tiba






TAM !






Author P.O.V

Tanpa diduga salah seorang daripada mereka telah melepaskan sedas tembakan tanpa menghabiskan pengiraan. 
























to be continue 

5 responses to Gun Fighter Part 23

  1. MilaDH says:

    part HOi bangang!tu Daebak. Hahaha.

  2. ainy says:

    Yeah! Akhirnya update jugak.
    Tak sabar2 nak baca next chapter. good job dear ^^

  3. AmyZana says:

    MilaDH : Thanks baca wahai mila xD

    Ainy : Gomawo unnie ! I'll update today kalau internet connection laju -__-

  4. Anis Zulhas says:

    Haha! Takleh blah waktu part 'HOI BANGANG! SEBELUM AKU YANG BUNUH KORANG BAIK KORANG KELUAR!" XD Daebak unnie! ^^

  5. AmyZana says:

    Anis Zulhas : Gomawo sebab baca ya ! *menangis selautan* ;_;