Gun Fighter Part 24

Just a reminder, ini bukan final episode. Next part baru final episode. Aku sebenarnya menghadapi masalah dengan final episode. Ada benda yang tak kena. Aku tak tahu apa. Selewat-lewatnya aku akan post final episode pada malam new year. Means malam 31st December. So stay tune ... 


Author P.O.V

Pelajar-pelajar, guru-guru dan kaki tangan sekolah semuanya telah pun berkumpul di padang Seoul Paradise Private High School yang terletak tidak jauh daripada bangunan sekolah. Tidak juga dekat dengan bangunan sekolah. Namun begitu, mereka masih boleh melihat bangunan sekolah dari padang tersebut walaupun bukan sepenuhnya.

Walaupun padang terletak agak jauh dari Seoul Paradise, tetapi mereka semua mampu tiba ke lokasi dalam jangka waktu yang singkat. Masing-masing masing berasa terkejut akan pengumuman secara tiba-tiba yang dibuat oleh Myungsoo  di tengah-tengah majlis.

Ji Young P.O.V

Dengan bantuan Myungsoo, seluruh warga sekolah yang berada dalam sekolah, ke semuanya telah di evacuate daripada bangunan. Seoul Paradise sudah kosong sekosong-kosongnya.

Or so I thought…

“Hyun Seung…” aku menepuk bahu Hyun Seung yang sibuk menyusun atur pelajar dan memberi taklimat keselamatan dan menjelaskan perkara sebenar kepada warga guru Seoul Paradise.

Lelaki itu berhenti bercakap dengan salah seorang guru sekolah itu lalu menoleh memandang ku. Dia menjungkitkan keningnya.

“Ji Yoon mana ?” soal ku. Dada ku berdebar kencang. ‘Please jangan cakap dia tak ada Please jangan cakap dia tak ada,’ desis hati ku. Aku menggigit bibir.

Aku tak ternampak Ji Yoon di mana-mana pun. Tidak juga terlihat tubuhnya terselit di antara beratus-ratus pelajar Seoul Paradise yang terduduk, terbaring dan termangu di padang yang basah ini akibat hujan pada petang tadi.

Hyun Seung membulatkan matanya tatkala mendengar soalan ku. “Aku… Aku tak tahu…” jawabnya.

Oh tidak…

Aku membalas pandangan Hyun Seung sambil membulatkan mata.

“Ji Yoon masih berada dalam bangunan !!”jerit ku lalu berlari laju meninggalkan Hyun Seung. Meninggalkan padang sekolah.

Ke arah bangunan Seoul Paradise.

~~~~~

Author P.O.V

“Bodoh…” desis perempuan itu. Dia memeriksa semula tubuh di hadapannya ini. Mengambil langkah berhati-hati. Kalau-kalau dia akan bangun semula dan membunuh dirinya pula.

Beberapa saat berjaga-jaga, tubuh itu langsung tidak bergerak.

Yakin bahawa keadaan dan situasi sudah dapat dikawal, dia berjalan terhencot-hencot ke arah pintu. Dia berura-ura mahu memulas tombol pintu itu. Pintu masuk ke arah bangunan Seoul Paradise. Sekiranya dia cepat berlari turun tangga, dia mungkin sempat sampai keluar daripada bangunan ini dalam jangka waktu yang singkat.

Tetapi dia membantutkan niatnya. Nafasnya perlahan. Dia tidak jadi memulas tombol pintu itu. Kalau betul pun dia mampu lari cepat-cepat, ah tunggu, dia mana mungkin mampu. Dia mengerling ke arah kakinya yang cedera parah itu.

Kemudian akal logiknya mencelah, mengatakan yang dia tak akan selamat dan semuanya telah terlambat. Dia terduduk penat di samping tidak mampu menanggung kesakitan kakinya lagi dengan berdiri terlalu lama. Perempuan itu menundukkan wajahnya memandang simen. Dia pasrah….

Bunyi tombol pintu yang dipulas seseorang kedengaran. Automatik dia mengangkat wajahnya. Tombol pintu berpusing sebelum pintu tersebut terkuak buka.   

“Ji Yoon !” jerit perempuan yang tiba-tiba sahaja tersembul pada ambang pintu itu.

“Ji Young !” jerit Ji Yoon. Tanpa diduga, tiba-tiba sahaja tubuhnya dipeluk oleh Ji Young.

“Syukurlah kau selamat Ji Yoon ! Aku minta maaf !” ujar Ji Young. Pelukannya bertambah erat.

Ji Yoon P.O.V

“Aku okay je… Tapi macam mana kau tahu yang aku ada atas bumbung dengan dia ?” soal ku sambil mengerling sekilas ke arah jasad yang kaku terbaring lemah di atas lantai itu.

Bercerita fasal “jasad”, mayat tersebut adalah milik tuan empunya badan Cik Lee Sungyeol alias Cho Junho. Aku tak sangka dia boleh terpedaya dengan tipu helah aku.

 Aku sudah bunuh Cho Junho. Aku fikir keadaan akan menjadi rumit dan sukar tetapi tak. Rupa-rupanya dia masih seorang pembunuh hingusan yang mungkin tak banyak ilmu dan pengetahuan. Major Top juga pernah kata, “There is no countdown when you want to kill your enemy. You got the chance, you kill.”

Aku telah mengaplikasikan kata-kata itu dan mempraktikannya. Tetapi kalau misalnya aku benar-benar kira sampai angka tiga pun keadaan tersebut tak akan mengubah apa-apa. Ketika dia sedang sibuk berceloteh mengenai ayah dia dan ceritanya yang tragis [lah sangat itu], aku baru sedar yang pistolnya tiada peluru. Kosong. Ringan.

Adakah ini benar- benar suratan ataupun kebetulan aku juga tidak pasti.

Ji Young tersenyum. “Musuh kita akan gunakan kelemahan kita dan menjadikannya senjata untuk menghancurkan kita,” kata perempuan itu. “Kau kan gayat…”

“Pandai kau bermadah sekarang ya…” jawab ku sambil tersenyum. Senyuman ikhlas yang buat pertama kalinya aku hadiahkan untuk Ji Young. “Tapi.. kau tahu kan lebih kurang 1 minit 45 saat lagi sekolah ni akan meletup ?” soal ku skeptikal.

Ji Young mengangguk. “Sebab itu kita kena cepat-cepat pergi sebelum”

“Tak apalah Ji Young…” aku memotong katanya. “Kau pergi selamatkan diri dulu .. Aku waktu naik tangga tadi pun bertarung nyawa, inikan pula nak turun semula guna tangga. Aku rasa aku tinggal sini sajalah…” jawab ku sambil tertawa kecil dan menggeleng-gelengkan kepala. Dengan kaki aku yang sudah cedera ini… Mana mungkin aku boleh selamatkan diri.

Aku pasti akan melengah-lengahkan Ji Young.

Mungkin…

Mungkin hidup aku setakat sampai umur 16 saja kot..

“Aku rasa … sampai sini saja aku mampu bertahan…” Aku memandang Ji Young. Dadaku terasa sebak pula tiba-tiba.

“HOI ! SNAP OUT OF IT !” jerkah Ji Young. “Aku tak akan tinggal kan kau okay ! Dan siapa kata kita mesti kena guna tangga ??” Ji Young membuka jaket baju yang dipakai lalu mempamerkan badan belakangnya.

Omo ! Parachute !

“Kita larikan diri naik ni ??” tanya ku, biji mata terbeliak melihat lipatan parachute yang berwarna kuning terikat kemas pada badan belakang perempuan itu.

Ji Young mengangguk lalu dia memanjat tembok. Dia menghulurkan tangannya. “Cepat naik ! Nanti kau terlepas flight!” katanya sambil tertawa kecil. 

Aku tersenyum lebar. Aku tak sangka Ji Young ni baik hati juga. Mungkin aku telah tersalah nilai Ji Young dari awal. Pada mulanya, dialah orang yang paling menyampah sekali. Tetapi ternyata orang yang paling aku menyampah inilah yang tolong aku dan memberi aku harapan untuk aku di saat dalam kesempatan begini.

 Aku berusaha memanjat tembok dinding dengan bantuan Ji Young.

Satu kaki sudah berjaya dinaikkan, kini tinggal kaki lagi satu. Aku hampir berjaya ….. Hampir-hampir berjaya…..

Tiba-tiba terasa ada tangan asing yang mencapai kaki ku.

 “Kau nak lari ke mana tu Ji Yoon ?? Aku belum habis lagi dengan kau ! Kau mesti mati dengan aku ! MATI !!!!” Cho Junho mengilai seperti hantu. Lalu bersungguh-sungguh menarik-narik kaki ku. Kaki aku yang cedera itu.

Aku fikir dia sudah mampus tetapi macam mana pula dia boleh hidup lagi ni ??

“Ikut aku masuk neraka ! Ikut aku masuk neraka ! HAHAHAHAHA.” Junho Si Gila menteriak-teriak lagi. Aku menjerit dan meraung-raung kesakitan.

Rupa-rupanya aku tidak menembak Cho Junho dengan tepat. Aku menembak dadanya tetapi bukan pada jantungnya sebab itu dia masih mampu bertahan.

“Ji Young !!! Kang Ji Young !!” jerit ku memanggil nama Ji Young. Aku diheret ganas oleh Cho Junho sehingga kepala ku terhantuk pada tembok. Darah mengalir keluar daripada dahi. Kepala aku berdenyut-denyut kesakitan. Pandangan ku mulai kabur.

TAM !


Ji Young P.O.V

Bunyi tembakan bergema. Cho Junho tersentak. Tembakan itu khas untuk dirinya.

Aku melepaskan lagi beberapa das tembakan. Kepala, dahi, badan, kaki. Cho Junho terduduk melutut.  Darah banyak keluar dari mulutnya. Kemudian dia jatuh terbaring di atas simen. Seluruh badannya tersentak-sentak. Vibrate beberapa kali sebelum nyawanya terputus dari jasad. Aku menyimpan semula pistol ku yang dibuat untuk membunuh Cho Junho itu di belakang baju.

Segera ku berlari ke arah Ji Yoon yang mamai-mamai antara sedar dan tidak. Aku mengangkat tubuhnya lalu mengheretnya sepantas kilat. Aku kena cepat ! Aku kena cepat ! Kang Ji Young kena cepat ! Kira-kira 30 saat atau 20 saat lagi bom terakhir akan meletup.

Tubuh badan Ji Yoon di angkat ganas tanpa belas kasihan ke atas tembok. Aku kena cepat ! Aku kena cepat ! Aku turut memanjat tembok lalu ku memeluk tubuh Ji Yoon dan melilitkan tangannya pada leher ku dan kakinya pada badan ku.

Aku meng – adjust parachute ku buat kali terakhir. Aku mendukung Ji Yoon lalu menerjun bangunan empat tingkat itu.

Di saat kami berdua menjunam jatuh, tali pada parachute ku tarik lalu parachute tersebut terbuka besar. Kami seolah-olah berterbangan di udara. Aku memeluk Ji Yoon dengan lebih erat sambil tangan sebelah memegang tali mengawal arah tuju parachute tersebut. Angin malam terasa-rasa membelai muka. Parachute berwarna kuning itu terus terapung di udara membawa kami berdua jauh-jauh dari bangunan Seoul Paradise.






BOM !


Author P.O.V.

Bunyi bom terakhir meledak. Memusnahkan segala-galanya. Memusnahkan setiap yang hidup, mahupun jasad yang mati. Memusnahkan sebuah sekolah yang gah lagi berprestij. Setiap penjuru sekolah mahupun cafeteria tidak terkecuali.

Sehingga binatang-binatang kecil seperti cengkerik dan semut juga mati dijilat api. Hilang sudah satu kebanggaan dan kemegahan yang berdiri kukuh dan teguh di bandar Seoul, tetapi kini tidak lagi. Segala-galanya musnah dibaham api.

Setiap pelajar Seoul Paradise yang berkumpul dan menyaksikan peristiwa tersebut tergamam menyaksikan sekolah mereka musnah dalam sekelip mata. Kemusnahan besar itu memberi kesan mendalam pada diri setiap pelajar.

Sekolah di mana memori pahit dan manis mereka dikongsi bersama, sekolah di mana mereka menimba ilmu, mendapat kawan baru, bersukan, beriadah, bergelak-tawa mahu pun bergurau senda dengan teman-teman.

Kini tiada lagi…

 Pasti mereka akan mengingati kejadian ini sampai bila-bila. Malam yang tercatat sejarah hitam bagi pelajar-pelajar Seoul Paradise. Ketika sekolah mereka musnah di hadapan mata namun tiada seorang pun yang mampu berbuat apa-apa.

























Seoul Paradise kini hanyalah sebuah nama…

4 responses to Gun Fighter Part 24

  1. MilaDH says:

    Part Sungyeol tuh gila dohh. Hahaha.

  2. AmyZana says:

    Well.. dia kan psiko :p

  3. Anis Zulhas says:

    Hoh. Tragik sungguh. LOL! Tak sabar nak tunggu 31/12 ! Nak baca finale Gun Fighter! ^^

  4. AmyZana says:

    Anis Zulhas : Terima kasih sekali lagi sebab sanggup baca cerita yg panjang berjela2 nih xD