Gun Fighter Part 25 *Final

Maaf. Aku sepatutnya post benda ni dua jam yang lalu iaitu pada jam 9.00 malam tapi disebabkan kakak aku nak guna internet sebab nak tengok k-drama jadi aku mengalah jelah. Lepas tu tak cukup dengan tu, aku kena bebel pulak dgn mak aku. Finally dapat buat final part Gun Fighter ! *throws confetti* Tak ada byk benda yg menarik pun berlaku dalam part ni tapi hope be patient and teruskan baca ^^ 








Author P.O.V

Setahun kemudian …

Lokasi : Busan train station

Waktu : 9.00 pagi

~~~~~

Perempuan itu duduk termenung di atas bangku sambil menunggu kereta api yang perlu dinaikinya sampai. Dia meneliti sekali lagi alamat di tangannya untuk kali terakhir. Destinasi yang perlu ditujunya apabila berangkat ke Seoul nanti.

Dia mahu berjalan-jalan semula melihat-lihat di bandar Seoul di samping mengunjungi keluarga angkatnya iaitu keluarga Kim. Sudah lama dia tak datang bertanya khabar dengan Puan Kim dan kakak angkatnya iaitu Kim Taehee.

Kali terakhir dia contact keluarga Kim adalah dalam dua bulan yang lepas. Betapa dia rindu akan keluarga angkatnya walaupun mereka bukan keluarga sebenar.

Selain berangkat ke Seoul, dia juga ingin mengunjungi satu tempat di Seoul. Tempat yang banyak mengumpul memori pahit dan manis saat pertama kali menjejak kaki ke dalam sekolah itu.

Sudah setahun sejak peristiwa tersebut. Setahun sejak malam yang mengerikan itu. Setahun lamanya sejak dia membunuh seorang lelaki gila yang diberi nama Cho Junho.

Sebulan selepas kecederaan pada kakinya pulih, dia terus saja pergi menghilangkan diri. Tidak langsung bertukar khabar ataupun bertemu dengan ejen-ejen yang lain. Mungkin perbuatannya ini di anggap mementingkan diri buat sesetengah orang.

Tapi bagi dia tak. Dia tahu dia sudah tiada kena mengena lagi dengan KPI. Jadi buat apa dia susah-susah mahu berjumpa dengan semua orang. Kadang-kala apa yang Cho Junho cakap kepadanya dulu ada benarnya juga. Dia memang pembawa sial.

Kalau tak disebabkan dia, Cho Junho tak akan merancang benda ni semua. Kalau tak disebabkan dia juga, benda ni semua tak akan berlaku. Kecederaan yang menimpa IU juga sedikit sebanyak membuatkan dia rasa bersalah. Senang cerita, sekiranya dia tak wujud langsung dalam dunia ni, pasti benda ni semua tak akan jadi.

Ji Yoon mengeluh. Beg tangan dirapatkan pada badan. Dia tak nak mengingatkan benda tu semua.

Ceritanya sekarang, dia sedang menjadi pelajar sekolah menengah yang berumur 17 tahun di sebuah sekolah di Busan. Sebulan selepas dia pulih daripada kecederaan yang dialami, Ji Yoon terus berpindah ke Busan.

Dia berpindah seorang diri. Di sebuah rumah apartment. Separuh daripada perbelanjaan sekolah dan perbelanjaan harian serta keperluan diri ditanggung oleh Puan Kim manakala separuh lagi dia perlu bekerja keras sebagai part-timer. Dia tak mahu menyusahkan Puan Kim mahu pun sesiapa.

Hasrat Ji Yoon untuk menjalani kehidupan sebagai seorang remaja yang normal tercapai. Dia dapat ke semua yang dia inginkan. Dia gembira. Tetapi separuh lagi jiwanya berasa kosong. Kadang-kala dia berasa rindu untuk berjumpa dengan ejen-ejen yang lain terutamanya Sunggyu.

Lelaki yang baginya paling kelakar dan paling bodoh yang pernah dia jumpa. Kawan baiknya yang bernama Kim Sunggyu itu agak-agaknya rindu juga kah dengan dirinya yang hilang secara tiba-tiba selama setahun ni ?

Walaupun begitu, di sekolahnya dia mendapat ramai kawan baru. Sikapnya yang dingin itu dicuba kikisnya sedikit demi sedikit. Dia juga telah menjadi antara pelajar yang terbaik di sekolahnya.

Semuanya berkat atas ilmu-ilmu asas akademik yang dipelajarinya sewaktu menjadi trainee KPI dulu yang lebih advance dalam bab-bab pelajaran.

Bunyi kereta api yang bunyinya semakin kuat menjadi halwa telinga. Dia mendongakkan kepala. Earphone yang dipakainya ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam poket baju.

Kereta api tersebut berhenti pada platform. Pintu automatik terkuak buka. Dia melangkah masuk ke dalam kereta api yang tidak ramai penumpang itu. Ji Yoon mencari tempat duduk di tepi tingkap lalu dia melabuhkan punggungnya.

Seorang perempuan yang lebih kurang baya-baya dirinya duduk ralit dan khusyuk membaca novel di hadapan Ji Yoon. Tiba-tiba bookmark yang terselit di celah buku itu terjatuh. Ji Yoon membantu perempuan itu dengan mencapai bookmark tersebut. Perempuan itu turut membongkokkan sedikit badan ingin mencapai bookmark itu.

Tetapi Ji Yoon mencapai dulu bookmark itu lalu diserahkan kepada perempuan tersebut. Perempuan itu tergamam tatkala mata mereka bertemu. Perempuan yang sudah sekian lama tidak Ji Yoon bersua muka. Automatik segala kenangan yang berlaku pada tahun lalu menerjah kotak memorinya.

Perempuan itu adalah Kang Ji Young.

~~~~~

Lokasi : Di hadapan banguna sekolah Seoul Paradise
Waktu : 11.00 tengah hari

 Setahun telah berlalu, sekolah itu telah pun dibina semula dan kelihatan sama dan secetak seperti yang sebelumnya.

Sebelum kejadian letupan itu.

“Macam-macam benda yang jadi lepas kau pergi Ji Yoon,” ungkap Ji Young. Matanya masih ralit menghadap bangunan Seoul Paradise yang terletak di sebarang jalan.

Ji Yoon dan Ji Young duduk di bus stop di sebarang jalan berhadapan dengan sekolah itu.

“Yang lain semua macam mana keadaannya…” soal Ji Yoon tetapi suaranya mendatar. Dia tidak lepas-lepas memandang structure bangunan sekolah itu. Magisnya sentuhan seorang arkitek. Memang betul. Sekolah ini kelihatan secetak sama. Kalau ada pun yang berubah cuma gate sekolah dan jenis-jenis dan warna bunga yang ditanam di sekeliling kawasan.

“Mereka okay.. Tapi mereka rindu kau juga…” balas Ji Young, menghadap ke bawah sambil kakinya menguis-nguis lantai. “Lagi-lagi Sunggyu. Aku rasa antara kami semua, dia yang paling rindu kau. Dia kata dia rindu bestfriend dia…” Ji Young berbalas pandangan dengan Ji Yoon.

Ji Yoon mengeluh. “Aku minta maaf sebab buat keputusan terburu-buru. Aku tak boleh duduk lama-lama lagi di Seoul. Lagi pula, aku tiada kena-mengena lagi dengan KPI. Tapi aku rasa bersalah sebab tinggalkan korang semua…”

“Tahu tak pe. Kau tinggal lagi aku macam tu saja, aku akan bunuh kau dengan senapang Lee Joon macam dalam Music Video Mblaq  Its War !” seloroh Ji Young dengan nada mengugut.

“Tapi aku still terkejut…” celah Ji Yoon.

“Apa yang kau terkejut ?” soal Ji Young sambil memerhatikan beberapa kenderaan yang lalu-lalang di hadapan bus stop itu.

“About Prof Hyo’s death. Setahun sudah berlalu, sekarang baru aku tahu dia sudah lama tak ada. Tak ada sesiapa pun bagi tahu aku yang Prof Hyo sudah lama mati.” Ji Yoon berkata kepada Ji Young sambil tertunduk kecil sambil memusing-musingkan telefon bimbit di tangan.

“Itulah… Siapa suruh kau lari dulu…” sindir Ji Young.

“Aku minta maaf… Lain kali aku tak buat lagi,” kata Ji Yoon.

Perempuan yang bernama Ji Young itu menepuk-nepuk badan belakang Ji Yoon yang tiba-tiba saja berasa sebak. “Sudahlah tu Ji Yoon… Benda sudah lama jadi… Tak apa.. Lepas ni kita exchange phone number okay ? Kau kena janji untuk contact aku at least setiap minggu. Nanti aku bagi number Hyun Seung, IU dengan Sunggyu sekali. Ingat ! Jangan lupa contact ! Jangan lupa mesej aku tanya khabar!” pesan Ji Young berkali-kali.

Ji Yoon mengangguk beberapa kali. “Aku janji.” Ji Yoon mengangkat jarinya dan dia membuat pinky promise dengan Ji Young. Kemudian mereka berdua tergelak kecil.

“Kau sudah menunjukkan perubahan lah Ji Yoon. Kau kawan dengan budak-budak jenis apalah sampai kau tiba-tiba jadi macam ni…” kata Ji Young sambil meneliti Ji Yoon dari atas sampai bawah.

Sekiranya dulu Ji Yoon lebih gemar memakai kasut sneakers, berbaju jaket dan lebih suka memakai pakaian-pakaian yang berwarna gelap, kini dia lebih menggemari sandal, baju-baju yang berwarna putih dan nampak feminine.

“Lain sangat ke ?” soal Ji Yoon skeptikal sambil menelengkan kepalanya.

Ji Young mengangguk. “A’ah. Aura kau pun dah lain…”

“Aura?”

Ji Young mengangguk lagi. “Kalau dulu, dekat mana-mana kau pergi, mesti aura Lord Voldemort kau tu ikut kau sekali. Pandangan kerek di tambah pula dengan wajah yang 24/7 mendung macam orang ada masalah rumah tangga !”

“Eh berani kau kutuk aku ya ! Aku keluarkan semula aura aku nanti baru kau tahu !” tingkah Ji Yoon sambil mencucuk-cucuk pipi Ji Young dengan jari telunjuknya.

“Kenyataan weyh. Tapi aku lagi suka kau yang macam ni. Nampak feminine dan ceria serta mudah didampingi,” ucap Ji Young denga tulus dan jujur sampai melirik pandangan ke arah Ji Yoon.

Ji Yoon tersenyum lalu mengangguk. “Aku pun suka diri aku yang macam ni..” kata Ji Yoon sambil tersengih-sengih memandang Ji Young. “Kau tak busy ke ? Tak ada kes yang perlu kau handle?”

Perempuan di sebelahnya itu menggeleng. “Buat masa ni tak. Tapi aku tak kisah. Aku perlukan rehat juga sekali-sekala. Penat jadi agent ni. Selepas saja kes selesai, sekiranya tiada kes baru mesti kena masuk semula training camp dan berlatih lagi serta belajar benda-benda asas mengenai ilmu akademik. Kadang-kadang aku rasa IQ aku ni lagi tinggi daripada orang yang paling genius dalam dunia. Terlalu banyak informasi yang nak dimasuk sekali gus !”

“Haha ! Yelah tu … Oh ya.  Walaupun benda ni sudah setahun lamanya, tapi aku still tertanya-tanya lah… Dari mana kau dapatkan parachute untuk selamatkan aku tu ?” soal Ji Yoon.

“Oh yang tu…” Ji Young tersengih nakal. “Aku curik daripada van staff KPI.”

“HAH ?!”

~~~~~ 

Setahun yang lalu...

Lokasi : Tapak letupan bom di Seoul Paradise


Author P.O.V

Sejak tiga hari yang lepas, kaki tangan KPI dan unit polis masing-masing bergegas membuat analisa dan penyelidikan di tapak letupan itu. Pihak bomba juga turut membantu memadamkan api-api kecil yang masih menyala impak daripada letupan yang berlaku beberapa hari sebelumnya.

Beberapa orang daripada unit CSI dan beberapa orang pegawai KPI menjumpai beberapa tulang dan rangka  manusia yang terkubur di dalam tanah.

Rumput-rumput yang menghijau kini telah mati semuanya dan bertukar warna menjadi hitam manakala bunga-bunga segar yang suatu ketika dulu di tanam keliling sekolah juga turut musnah dan hanya meninggalkan debu.

Keadaan sibuk sekali di tapak tersebut. Ada yang berlari ke sana ke mari mengangkut barang-barang bukti dan rangka yang dijumpai. Pihak polis pula memfailkan rekod kejadian letupan itu kelmarin. Ada juga pihak KPI yang sibuk mengambil beberapa gambar di tapak letupan itu untuk disiasat dan dibuat analisa lanjut di makmal.  

Seluruh kawasan itu telah ditanda dengan tape berwarna kuning.

Seorang pekerja KPI yang bertugas membersihkan kawasan dan mencari lagi bahan bukti dan serpihan-serpihan benda yang berharga, menapak mendekati batu bata dan serpihan kayu yang bersepah berdekatan bangunan kecil yang hangus hitam.

Salah satu bangunan yang berada dalam kawasan sekolah itu sebelum sekolahnya meletup.

Dia memeriksa bangunan itu. Beberapa cebisan kertas-kertas kecil bertaburan atas tanah. Dia mendekati pula satu kawasan dalam bangunan kecil yang hangus itu. Kawasan yang telah ditimpa dengan batu bata.

Sarung tangan dipakai lalu dia mengangkat batu bata tersebut. Benda kecil bersinar-sinar di bawah timbunan batu bata itu menyilaukan pandangan matanya tatkala sinaran mentari menyinari permukaan alat tersebut.

Lelaki itu mengangkat lagi batu-bata yang menimpa alat itu. Separuh daripada alat tersebut tertanam ke dalam tanah. Dia mengorek dan menguis-nguis tanah yang hangus itu.

Seluruh penjuru alat itu kini bersinar-sinar memantulkan cahaya matahari yang mengenai seluruh permukaannya. Lelaki itu mengangkat alat tersebut untuk dianalisis dengan lebih dekat.

Menggunakan sarung tangan yang dipakai, dia membersih-bersihkan permukaan alat.

“Eh…” tutur lelaki itu. Terkejut melihat alat yang berada dalam genggaman tangannya ini bukan sekadar alat. Bahkan sejenis objek yang sangat bernilai dan mahal harganya. Barang yang paling dikehendaki di pasaran gelap. Barang yang dicari-cari oleh penjenayah-penjenayah di serata negara.

“Ini….” Lelaki itu cuba mengingati nama alat tersebut.





















“Ini berlian Russian Red !”





- TAMAT -  



Yeay dah tamat ! Lepas ni aku nak update fanfic baru tapi tak frequently update sebab aku nak PMR. Antara cerita-cerita yang aku nak buat adalah :

1. 24 Hours Flight 
2. The Sabotage 
3. Runaway Sisters

Mana yang aku rasa best nak start, aku akan start buat fanfic baru. Terima kasih bagi sesiapa yang rajin baca fanfic ni sampai habis. Korang memang daebakk ! 

6 responses to Gun Fighter Part 25 *Final

  1. MilaDH says:

    thank 'gyu' sebab update. Nanti genre FF kau yang baru mcm mana?

  2. AmyZana says:

    Genre nya sama jugak action thriller ~ Aku mana boleh buat fanfic cinta ;_;

  3. Anis Zulhas says:

    Hoho. Dah habis baca. Tak sempat nak baca malam tu sebab internet takda ._. Btw, best! Tak sabar nak tunggu ff unnie yg seterusnya! Fighting! ^^

  4. AmyZana says:

    Gomawo sebab baca ya ! ^^ Nanti ada masa kita update cerita baru tuh xD

  5. Aida Farzana says:

    panjangkanlah sikit.. buat pasal Sunggyu dengan Ji Yoon.. apa2 pun.. fanfic ni daebak!!

  6. AmyZana says:

    Mianhaeyo tak tahu nak panjangkan pasal Ji dgn Gyu macam mne xD Ape2 pun thanks baca ! Saya sangat menghargainya ! ^^