Runaway Sisters Part 1

Mianhaeyo. Aku dah private kan cerita The Sabotage. Aku rasa jalan ceritanya tak solid dan aku tak dapat feel sangat cerita tu sebab sepanjang cuti tahun lepas, aku cuma work lebih untuk cerita ni je. Dan aku rasa The Sabotage tuh cerita yg risky. Aku memang sukakan benda-benda yg berisiko tapi dalam kes ni, aku ketepikan dulu benda-benda yang berisiko sebab ending The Sabotage tuh samar-samar. Ending cerita nih pun samar-samar jugak sebenarnya tapi aku rasa The Sabotage tu lagilah samar-samar -______- 

Enjoy ...



Runaway Sisters Part 1




Mystery P.O.V

Selama aku hidup, aku tak pernah menyangka benda macam ni akan jadi dalam hidup aku.

Tetapi memandangkan sejak azali aku sudah dilahirkan dalam keluarga di mana ayah aku sendiri adalah seorang Pengarah Kanan dalam sebuah organisasi rahsia, aku memang sudah agak benda macam ni lambat-laun akan jadi juga.

Tapi aku tak pernah meramalkan bila dan pada tarikh berapa bala macam ni akan menimpa aku.

Biar aku mula cerita dari awal.

Pertama sekali izinkan aku perkenalkan keluarga aku. First there’s dad. Dia bekerja sebagai seorang Pengarah Kanan di sebuah syarikat rahsia peringkat swasta yang diberi nama KPI.

Korean Private Investigation Company.

Disebabkan peraturan dan policy syarikat, setiap kali orang bertanyakan mengenai pekerjaan ayah, kami sekeluarga terpaksa menipu demi keselamatan diri kami kerana sekiranya pekerjaan sebenar ayah terdedah, pasti syarikat KPI akan memburu kami sekeluarga.

Jadi selama bertahun-tahun aku hidup, aku terpaksa menipu kawan-kawan aku, menipu semua orang yang aku kenal mengenai pekerjaan ayah.

Baiklah. Nampak gayanya cerita aku ni lebih menjurus kepada rahsia keluarga tetapi percaya atau tidak itu bukan point utama yang aku nak cerita.

Suatu masa di mana tak silap aku kejadian ini berlaku dalam 3 tahun yang lalu, emak dengan ayah bercerai. Kalau sekarang aku berumur 20 tahun bermakna kejadian itu terjadi ketika aku berumur 17 tahun. Aku faham kenapa ayah dengan mak bergaduh.

Mak kata mak tak tahan menipu dengan atuk dengan nenek mengenai pekerjaan ayah. Mak tahan tipu seluruh keluarga dia mengenai pekerjaan ayah. Dia juga berasa beban dengan pekerjaan ayah di mana pada minimum 5 hingga 6 bulan sekali satu keluarga perlu pindah.

Policy KPI katanya.

Disebabkan pergaduhan itu juga, ayah dengan mak bercerai tak lama kemudian. Setelah itu baru aku sedar yang selama ni rupa-rupanya mak terseksa menjadi isteri ayah. Pelik. Sebab aku sebagai anak ayah, aku terima saja ayah aku yang seadanya dan aku tak kisah menipu demi keselamatan keluarga.

Tapi mak lain cerita. Mungkin kerana dia tak ada semangat yang kental.

Okay aku fast-forward sikit cerita aku.

Dalam dua tahun ayah menjadi duda akhirnya pada suatu malam yang malang, ayah membawa pulang seorang wanita yang pada pandangan aku umurnya dalam lebih kurang umur ayah.

Mereka berdua sudah lama berkenalan. KATANYA.

Waktu itu aku berumur 19 tahun atau lebih senang faham, peristiwa ini berlaku tahun lepas. Dalam diam aku marah juga dengan ayah. Dalam waktu yang bagi aku sangat singkat untuk ayah melupakan mak, tiba-tiba sahaja dia bawa pulang seorang wanita asing ke rumah.

Aku tak tahan.

Perasaan bebal dan meluat itu membuak-buak dalam diri tetapi aku kawal. Sebab ayah nampak bahagia. Mungkin aku juga tak boleh terlalu mengikut perasaan aku sendiri. Aku kena hormat keputusan ayah.

Jadi aku mengalah. Aku membiarkan saja ayah dengan wanita asing itu berkahwin. Perkahwinan mereka berlangsung dengan gilang-gemilang di sebuah hotel yang sangat mewah. Aku tak sanggup nak duduk lama-lama dalam dewan jadi satu jam sebelum majlis tamat aku orang yang pertama keluar dewan.

The fact that I have to call that stranger my “mom” makes me wanna vomit. I can’t stand it. She doesn’t deserve my dad. AT ALL. And I don’t even know why I hate her so much.

Aku terserempak dengan anak ibu tiri aku ketika aku keluar dari dewan. Rupa-rupanya bukan aku seorang saja yang tidak menerima perkahwinan mereka tetapi anak wanita itu juga.

Nama dia Gong Minzy. Umur dia dua tahun lagi muda dari aku. Jadi sekiranya sekarang aku berumur 20 tahun, dia sekarang 18 tahun. Kami bertentangan mata buat masa yang agak lama tetapi dia mengalihkan pandangannya dulu.

Judging by the way she looked at me, I already knew that she didn’t even like me. Not one bit.

Tapi aku tak kisah. Aku juga yakin yang aku juga bukannya suka dengan dia sangat sebab dia anak perempuan tu.

Setahun sejak perkahwinan ayah dengan perempuan “asing” tersebut, aku sudah makin dapat menerima wanita itu menggantikan tempat ibu aku. Tetapi masalah aku sekarang bukan perempuan tu, tapi anak dia.

Namun demikian, walaupun sudah setahun sejak ayah berkahwin dengan dia, perempuan itu dan anaknya Gong Minzy masih tidak didedahkan dengan rahsia besar ayah dan aku. Rahsia yang mungkin akan mengubah hidup mereka berdua. Rahsia yang aku yakin akan memecah-belahkan kebahagiaan rumah tangga ini macam yang pernah berlaku dulu.

Ayah tak mahu memberitahu rahsia tersebut kepada dia dan Minzy.

Dia tak mahu sejarah yang lama berulang. Dia tak mahu mak tiri ku meninggalkan dirinya sebagaimana mak aku yang sebenar telah meninggalkan dia. Jadi kami terpaksa menipu Minzy dan ibunya.

Tetapi rahsia bukan boleh selama-lamanya menjadi rahsia. Yang itu aku akan cerita kemudian.

Suatu masa, mak tiri ku dengan ayah bercadang untuk pergi honeymoon di Busan. Mereka akan menginap di vacation house milik ayah selama 4 hari. Bagi aku 4 hari itu terlalu lama, lagi-lagi sekiranya aku perlu duduk berdua di bawah bumbung yang sama dengan manusia yang bernama Gong Minzy.

Huru hara hidup aku. Tambahan pula mak tiri ku memberi tugasan dan amanat kepada ku agar menjaga makan minum Minzy dan menjaganya dengan baik.

Tetapi aku bersyukur tiada benda yang buruk berlaku sepanjang aku tinggal berdua dengan Minzy selama 4 hari….

Masuk malam pada hari keempat, suatu benda yang aneh mulai berlaku. Aku perasan yang kedua-dua ibu bapa ku tidak pulang-pulang dari honeymoon mereka. Tidak juga meninggalkan apa-apa pesanan kepada kami berdua seperti hari-hari sebelumnya.

Puas sepanjang malam aku berjaga pada malam hari keempat menunggu kepulangan mereka berdua tetapi keputusannya menghampakan. Mereka tidak pulang-pulang hingga matahari terbit.

Aku mulai naik risau apabila masuk hari keenam. Tidak putus-putus aku menelefon mereka dan menghantar mesej dan voice mail tetapi tak ada satu pun yang mereka balas. Aku cuba menenangkan hati aku. Mungkin mereka tak ingin diganggu oleh sesiapa selama mereka pergi berbulan-madu di Busan jadi ayah dan ibu menutup telefon bimbit masing-masing.

Jiwa aku mulai tidak tenteram apabila masuk hari ke lapan. Mereka tak pulang-pulang ! Walhal sudah lebih daripada 2 hari sejak mereka berkata yang mereka akan pulang semula ke Seoul. Aku sudah mula tidak senang duduk. Seluruh jiwa raga aku berbolak-balik memikirkan mereka.

Aku tak pernah putus hubungan dengan ibu bapa aku lebih daripada 2 hari. Tetapi ini sudah melanjut hingga hari ke lapan. Hari ke lapan sejak kali terakhir aku melihat mereka berdua. Minzy juga jelas risaukan akan ibunya tetapi aku lihat dia cuba control cool dan cover di hadapan aku.

Jantung aku mulai berdebar. Aku mulai jadi paranoid dengan keadaan sekeliling. Aku terlampau berhati-hati dengan setiap benda yang aku buat. Aku rasa seolah-olah ada mata yang sedang memerhatikan setiap gerak-geri kami di dalam rumah itu. Aku dan Minzy tak selamat.

Namun malang tidak berbau. Kemalangan tidak dijangka. Bala juga tidak dapat diramal.

Pada malam hari ke lapan….. sebuah tragedy yang ngeri menimpa aku dan Minzy… Malam di mana kami berdua hampir-hampir saja dibunuh. Malam di mana kami berdua diburu oleh sekumpulan penjenayah. Malam di mana kehidupan kami berubah 360 darjah….. Malam di mana kesetiaan kami sebagai adik dan kakak, sebagai adik-beradik, sebagai keluarga dipersoalkan…



Dan nama aku…..

































Heo Gayoon.

14 responses to Runaway Sisters Part 1

  1. Eylaa says:

    wuuu best jugak cerita action macam nih ;_; bestt n__n

  2. AmyZana says:

    Eylaa : Anda orang pertama komen. Terima kasih ya ^^ *bows 90 degrees*

  3. Afiedafirdan says:

    done reading . teruskan usaha!
    -_____________-

  4. AmyZana says:

    Afiedafirdan: Thanks baca and sudi datang lepas dijemput :)

  5. aishah says:

    FUYOH FUYOHH FUYOHHH!! SERIOUSLY COOL. FIRST TIME BACA GENRE CERITA MACAM NI DAN FIRST TIME JUGAK DATANG SINI LOL *O* RASA MACAM TENGOK MOVIE ACTION PUN ADA. TERUSKAN USAHA DAN MOHON SAMBUNG LOL :b

  6. faten.banana says:

    Bila sampai ayat 'dan nama aku...' dalam hati den dok 'jangan keluar gambar hantu, jangan keluar gambar hantu'. Lol ;AAAAAAAA;

    Btw, this quite good. Buat orang rasa nak tahu apa lagi yang bakal berlaku ;DD

  7. AmyZana says:

    aishah : Alamak rajinnya komen dgn capslock XD First time baca genre macam ni ? Cerita kita yg lagi satu pun mcm ni jugak. Lol kalau rajin baca lah~ Apa-apa pun terima kasih ya baca dan komen ^^

    faten.banana : Haha takdenyalah gambar hantu. Eden sendiri pun takut nak letak gambar hantu pelik2 dalam blog ni sebab takut ! Thanks comment dan jasa baik anda membaca cerita ni dihargai ^^

  8. . says:

    Minzy jadi jahat ke? Saje tanya. Sebab Minzy bias saya. lol :D

  9. AmyZana says:

    Oh dia tak jahat tp dia annoying xD anyway thanks drop comment ya ^^

  10. NNR says:

    Bila nak update ni? T_T

  11. AmyZana says:

    huargh mianhae chingu ! Actually tengah hiatus sekarang. Mampu approve comments je tapi nak update tu blom mampu lagi ;~:

  12. Nur Najihah says:

    wah,best gila,teruskan usaha anda,ni kena bookmark ni,best sangat..

    http://yayaomeyy.blogspot.com/

  13. AmyZana says:

    Thanks. Actually I'm on hiatus right now cuz of PMR so update fic nih lepas bulan sepuluh. Hehe ^_^