Hiatus yang Melampau Panjangnya

Assalamualaikum semua. Anda semua apa khabar ? Sihat ?



Hahahaha. Ter skema an aku punya mukadimah.

Okay baiklah. Hiatus yang melampau panjangnya (bak tajuk post ini). Aku pun tak sangka yang aku akan hiatus lama gila. Last aku buat post adalah pada bulan Januari lepas iaitu bersamaan dengan lebih kurang 9-10 bulan yang lampau. LAMA TU ! KE MANA AKU MENGHILANG ??

Tak hilang memana pun. Dekat sini je. Aku hiatus sebab exam. Aku ingatkan boleh balance kan masa antara blogging dengan study rupa-rupanya tak. Specifically "blogging" yang aku maksudkan dalam konteks ini adalah MENULIS FANFIC :D

Yes. Menulis fanfic. Aku rindu nak tulis fanfic. Aku rindu sangat nak taip laju-laju atas keyboard tatkala idea fanfic mencurah-curah datang bak hujan lebat yang membasahi bumi. Kerinduan itu semakin menebal apabila aku kadang-kala tetiba je terkenangkan fanfic aku yang aku pernah tulis dulu.

Ah ! Rindu segala-galanya ! \flips YG/

So sekarang aku sudah kembali menulis fanfic lagi sebab aku boring =___________= Sesiapa yang pernah baca cerita aku yg Runaway Sisters tuh, duka cita dimaklumkan bahawa fanfic itu akan di-hiatus-kan. Aku nak rombak semula jalan cerita. Story line biasa-biasa sangat. Aku nak something yg fresh.



Tbh aku pun tak tahulah ada atau tidak orang yang nak baca lagi blog fanfic aku nih sebab dalam dunia fanfic, hiatus 10 bulan tu dah umpama macam hiatus 10 abad. Bila mula menulis balik, seolah-olah tak ada siapa yang nak membaca XD

Tapi kadang-kadang aku tak kisah pun. Kalau dapat satu comment yang positif pun aku dah cukup bersyukur. Apa-apa pun, stay tune untuk fanfic aku yang akan datang wahai readers halimunan XD

Tata !