Black Pearl Part 1

Hello people ! So I'm back with a new fanfic XD Aku tak tahulah fanfic nih akan dapat sambutan ke tak sebab aku dah lama tak post apa2 dekat sini. Readers aku dah lari kot XD Readers ! Comeback juseyo !

By the way, this is another action/angst fanfic of mine. Fanfic poster belum ada lagi. Aku masih tengah carik orang yang sudi nak buatkan aku fanfic poster :D

Enjoy~



Black Pearl Part 1 



Author P.O.V

“Kematian ke sepuluh dalam masa seminggu tuan,” lapor seorang pegawai kepada seorang detektif.

Detektif itu tidak berkata apa-apa. Sekadar mengangguk kecil mengiakan kata-kata pegawai bawahannya. Fail yang mengandungi butiran mangsa diserahkan kepada deketif tersebut.

“Pyo Jihoon.” Nama mangsa dibaca.

“Cara dia mati agak tragis juga tuan,” ujar pegawai tersebut.

Detektif Jin Young Park memerhati mangsa daripada jauh. Pyo Jihoon. Mangsa ke sepuluh dalam kes pembunuhan bersiri yang seolah-olah tiada penghujungnya. Mangsa dipercayai dibunuh lewat malam kelmarin. Ketika dia baru pulang daripada kedai runcit 24 jam di seberang jalan.

Cara dibunuh sudah biasa di dengar tetapi masih mengerikan. Mangsa ditembak dari belakang kemudian dibelah dua pada bahagian pinggang. Badannya terbelah membuatkan organ-organ dalamannya terkeluar dan jelas kelihatan.

“Sebelum mangsa mati, ada beberapa lagi kematian yang turut berlaku. Dipercayai mangsa-mangsa yang dibunuh adalah keluarganya atau kenalan rapatnya.”

Kata-kata pegawai bawahan yang bernama Taecyeon itu mematikan lamunan Detektif Jin Young.

Kali ini dia tidak memberi respon kepada kata-kata Taecyeon. Dia menapak mendekati mayat Pyo Jihoon yang sudah diselubung dengan kain hitam, melepasi beberapa orang anggota polis yang sedang membuat catatan dan memeriksa kawasan yang dipercayai menjadi tapak pembunuhan Pyo Jihoon.

Pita berwarna kuning menjadi sempadan antara orang ramai yang datang memerhati dan anggota polis dan pihak yang terlibat dalam menjalani siasatan terhadap kes kematian Pyo Jihoon.

Detektif yang sedikit berumur itu  menyelak kain hitam yang menyelubungi mangsa. Membuat analisis terhadap wajah lelaki yang tidak bertuah itu. Mati pada usia yang muda dengan matanya terbeliak buka. Barangkali terkejut selepas  ditembak dari belakang dan terus jatuh rebah.

Dalam dia lelaki itu percaya bahawa ini bukan penghujungnya.

There is more to come.

***

 Mystery P.O.V

Aku berlari terkocoh-kocoh meninggalkan kawasan itu. Nafasku tercungap-cungap kerana terlalu laju berlari. Aku melihat ke kiri dan ke kanan. Memastikan tiada di antara ‘mereka’ yang mengikut aku.

Sesekali aku toleh ke belakang. Imej sebuah bangkai helicopter semakin lama semakin mengecil. Helicopter itu sepatutnya menghantar aku dan mereka semua ke safety camp. Malangnya ketika dalam perjalanan, helicopter kami diserang oleh pihak musuh.

Beberapa das tembakan dilepaskan secara bertubi-tubi menyebabkan helicopter tersebut hilang kawalan lalu terhempas di kawasan hutan di kaki bukit.

Aku menoleh ke hadapan semula. Dahiku terasa berdenyut-denyut. Darah tidak berhenti mengalir bercampur dengan air peluh yang membasahi wajahku.

Tangan kanan ku terasa membengkak dan seluruh badan ku  terasa perit. Kesan calar balar pada badan menambahkan lagi sengsara apabila darah mula mengalir keluar daripada kulit. Tercampak keluar daripada helicopter bukanlah satu pengalaman yang manis bagi aku.

 Sekarang ini, aku sendiri tidak pasti tujuan ku berlari. Tidak pasti arah tuju ku kini. Paling penting sekali, aku perlu berlari sejauh mungkin agar ‘mereka’ tidak dapat mencari aku.

Aku sampai di suatu tempat. Langkahku terhenti tatkala mata ku terlihat sebuah bangunan yang amat ku kenali.

Tempat tinggal aku dulu.

Tetapi bangunan itu hanya tinggal tiang. Bumbungnya sudah tiada manakala dindingnya pula sudah roboh dan meninggalkan kesan-kesan asap dan debu berwarna hitam seolah-olah bangunan itu pernah terbakar sebelum ini.

Pelik. Setahu aku, kali terakhir aku lihat tempat itu, keadaannya masih elok. Dan paling penting sekali, mengapa kawasan ini seperti tidak dijaga ? Rumput-rumput sekelilingnya tidak dipotong. Semak samun sekeliling rumah itu tidak ditebas.

Tempat ini tidak seperti ini dahulu. Tempat ini meriah. Tempat ini adalah memori zaman kanak-kanak aku.

Tapi itu 4 tahun yang lampau. 4 tahun yang aku sendiri tidak pasti. 4 tahun yang terasa seperti 4 abad. Dalam tempoh masa yang lama itu, macam-macam boleh terjadi.

***

“Jung Yoojin…..” Satu suara menyapa ku.

“Jung Yoojin….” Suara itu menyeru lagi nama ku.

“JUNG YOOJIN ! BANGUN !”jerkah suara tersebut dengan kasar.

Aku tersentak lalu mata ku terbeliak buka.

Pandanganku meliar ke seluruh kawasan. Suara-suara pelajar yang mentertawakan aku menjadi halwa telinga. Ah ! Aku dalam kelas rupanya ! Jadi benda itu semua… mimpi ??

Mata ku terkelip-kelip memandang guru di hadapan ku ini. Puan Sandara Park. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. “Pergi basuh muka awak. Lepas ni jangan tertidur dalam kelas saya lagi,” arah Puan Park.

Aku menggangguk lemah lalu bangkit daripada kerusi.

***

Ujin P.O.V

Mimpi yang sama. Mimpi yang sama seperti sebelum ini. Aku tidak pasti bahawa aku ini mempunyai masalah otak atau pun masalah gangguan minda sehinggakan setiap kali aku tertidur, aku akan mimpi benda yang sama.

Dan tidak.

Ini bukan cerita How I Met Myself. Aku tidak bermimpi berjumpa dengan pelanduk aku atau pun bermimpi tentang sebuah bangunan yang akan musnah selepas dibom. Mimpi ini lain.

Mimpi tersebut bukannya setiap hari ‘ditayang’ dalam tidur ku seperti dalam novel nukilan David A. Hill.  Kadang-kala, mimpi ku biasa-biasa saja seperti mimpi-mimpi orang lain. Dan kadang kala juga, aku tidak memimpikan apa-apa langsung. Tetapi pada kebanyakan masa, setiap kali aku tertidur, mimpi itu jugalah yang akan menjadi mainan tidur ku.

Ah ! Jadi sewel aku macam ni !

Waktu terakhir sesi pembelajaran telah tamat. Aku bergegas mengemas peralatan ku lalu melangkah keluar daripada kelas seiring dengan pelajar-pelajar lain.

Minda ku menerawang entah ke mana. Berfikir apa yang akan aku buat selepas tiba di rumah nanti. Aku terasa seperti mahu meng update blog aku yang hebat tu. *sila muntah

Atau aku patut tengok tv ?

Aku terusan menapak  ke hadapan sambil berfikir.

Aku terlanggar bahu seseorang tanpa ku sedari.

“Ayyo kid ! Watch where you’re goin !” marah lelaki itu. Lelaki yang telah aku langgar tanpa sengaja.

Tanpa memandang wajahnya dengan betul, aku sekadar menundukkan badan dan mengucapkan maaf lalu menapak pergi.

“Woi ! Kerja kita belum settle lagi !” laung lelaki itu. “Kau tolak aku, kemudian blah macam tu je !”

Laungan lelaki itu aku tidak endahkan. Sesungguhnya aku sangat-sangatlah tiada mood mahu bergaduh dengan sesiapa. Rasa penat itu lebih menguasai diri. Lagi pun bukannya aku blah ‘macam tu je’. Aku minta maaf apa. Dia yang pekak agaknya.

“Woi junior ! Kurang ajar kau ya ! Sudahlah perempuan ! Kau tak kenal ke aku siapa hah ??” jerkah si gila itu lagi.

Aku berhenti menapak lalu menoleh ke belakang.

“Kenal,” jawabku pendek. Acuh tak acuh.

Lelaki yang aku langgar itu namanya Bobby. Bukannya nama sebenar. Nama glamor saja. Yalah, top dog sekolah mestilah kena ada nama glamor kan ? *sarcasm

Tapi serious. Nama glamor dia bukannya sedap sangat pun.

Si Bobby ni kaki buli dekat sekolah ni. Tak ada siapa yang berani lawan cakap dia. Sedangkan kawan dia yang lagi dua ekor tu pun kecut dengan dia, inikan pula orang lain. Tapi sumpah aku penat gila hari ini dan aku pun memang tak berniat langsung nak langgar dia.

Sudahlah banyak benda yang aku terlepas waktu Cikgu Park ajar. Banyak pula tu kerja rumah yang dia kasi. Fikiran aku rasa sempit dan otak aku rasa seperti mahu pecah. Aku terlalu penat. Tambahan pula apabila aku asyik terkenang-kenangkan mimpi aku yang tadi tu.

Bobby menapak ke arah ku dengan lagak samseng. Pelajar-pelajar yang sepatutnya pulang ke rumah perlahan-lahan berhenti untuk melihat free show yang berlaku di tengah-tengah tapak perhimpunan ni.

Aku mengeluh dalam diam.

“Oh kau kenal aku rupanya. Ingatkan kau tak kenal. Kau nampak ada apa dekat baju aku ni?” soal si Bobby sambil jari telunjuknya menuding ke arah lengan bajunya.

“Tak ada apa-apa pun,” jawab ku spontan membuatkan Bobby semakin naik darah.

“Cuba kau tengok betul-betul. Kotor baju aku ! Ini semua sebab kau lah junior !” Dia menolak bahu ku membuatkan aku terjatuh ke belakang. Hampir-hampir saja wajah ku tersembam mencium tanah. Kurang ajar punya lelaki. Sesungguhnya dia sudah cari hal dengan orang yang salah.

Dada ku turun naik menahan amarah. Pelajar pula semakin ramai berkumpul. Aku bangkit dengan pantas. Menapak ke arah Bobby lalu melepaskan tumbukan pada wajahnya. Dia jatuh tersembam.

Aku menendang bahagian perutnya dengan kuat kemudian mencengkam kolarnya. Aku melepaskan penumbuk pada wajahnya buat kali terakhir.

Dia tersentak dan tidak mampu berlawan. Atau barangkali dia berasa malu kerana maruahnya telah dipijak dan dipenyek-penyek sehingga leper oleh seorang perempuan.

Mujur saja sidekick si Bobby yang dua orang itu tiada di sisinya. Kalau tidak, tak adalah aku seberani ini nak menentang Bobby. Agaknya dia tak kenal lagi siapa Jung Yoojin. Suka hati mak bapak dia je tolak aku. Mungkin sebelum ini dia rasa dia paling hebat sangat kerana dia lelaki, nah ! Rasakanlah !

Bobby yang seperti nyawa-nyawa ikan itu terketar-ketar melihat aku yang semakin mendekatinya. Aura hitam yang meresap keluar dari tubuh ku menakutkan Bobby.

“Lain kali,” bisikku pada telinga Bobby. “.. jangan cari pasal dengan aku, okay?” Aku tersenyum di akhir kata. Senyuman lebar. Senyuman palsu. Senyuman yang hanya boleh dilihat apabila aura jahat ku keluar.

“JUUUUUUNNNNNGGGGG YOOOOOOOOOJJJJJIIIIIINNNNNNNNN !!!!!”

Tiba-tiba satu suara yang seperti halilintar membelah bumi menggegarkan seluruh ruang sekolah. Pelajar yang tadinya berkumpul, masing-masing berlari bertempiaran. Cepat-cepat mengangkat kaki meninggalkan kawasan tapak perhimpunan. Gerun mendengar suara tersebut. Suara yang membawa petanda bahawa benda buruk akan berlaku.





























































































“JUNG YOOJIN ! MY OFFICE ! NOW !”



2 responses to Black Pearl Part 1

  1. nurnajwa says:

    Time tengah baca = mood serious, matikan lampu dalam bilik, makan roti, minum air teh. Ahahahahha, ini serious eh. Sebab akak kan memang suka buat cerita macam ni. Dan dan, your reader here are not running away. So keep smiling. And and, reader ada buatkan poster untuk cerita ni. Simple poster la. Kalau sudi, ambil lah. hehehe /malu taik kucing konon.

    http://4.bp.blogspot.com/-OqHwkDJ8rYo/UoxQ0CHiNyI/AAAAAAAAFAE/JhAMtcIJvd8/s1600/Untitled-3.gif

    Hope terus buat cerita macam ni. And keep updating! Hwaiting!

  2. AmyZana says:

    WAKAKAKA TERIMA KASIHLAH BACA XD And yup. Ini cerita serious. Tapi nak selit2kan sikit humor dgn komedi. And thanks for not running away like the others lol. And by the way,

    THANKS SOOOOOOOOO MUCH FOR THE POSTER ! *MUAH ! BALING BIAS DEKAT ANDA!