Black Pearl Part 2

[Mukadimah yang agak panjang. Skip kalau tak nak baca]

Halluuu. Lama jugak aku biarkan fanfic ni terbengkalai. Pertama sekali, aku sebenarnya nak tunggu Winner debut baru aku update benda ni (sebab aku banyak guna budak2 Winner dalam fanfic yang ni). Tak best lah kalau buat cerita tapi orang tak kenal wataknya kan? 

Mula-mula aku ingatkan Winner nak debut at least akhir tahun 2013 lah sebab YG WIN dah lama habis. Tapi rupa-rupanya tak. Katanya bulan February 2014 atau at least awal bulan March baru dorang debut. 

Aku pun dah malas sangat nak tunggu (sebab aku dah terlampau teruja XD) maka aku akan tetap update benda ni walaupun Winner belum debut. Ohohohohoho. 

By the way, kalau perasan, Black Pearl part 1 aku dah upload sejak bulan November tahun 2013 lagi. Kemudian lepas tu aku dah tak update dah (tunggu Winner punya pasal) 

So sekarang aku akan update. Dalam chapter lepas aku ada masukkan watak namanya Bobby. Dia bukan Winner. Dia Team B. Tak kenal siapa Bobby ? [Klik sini]

(Fanfic poster thanks to Nur Najwa ^^)

Enjoy ~





Author P.O.V

Dia berjalan menyusuri koridor sekolah yang senyap sunyi menuju ke suatu tempat.

Tempat yang menjadi kegemarannya tatkala dia berasa kesunyian dan memerlukan ketenangan. Tetapi apabila difikirkan semula, dia memang senantiasa berada dalam kesunyian sejak akhir-akhir ini.

Lagi pula, bukannya dia punya teman.

Dia juga tidak berniat untuk membuat teman selagi dia masih menetap di sini.

Ujin menghela nafas berat sambil kakinya melangkah perlahan menuju ke arah indoor basketball court sekolahnya.

Seperti biasa, tempat itu memang kosong tanpa berpenghuni pada waktu-waktu begini. Ujin melihat jam tangannya. Pukul 4.00 petang. Waktu yang sesuai untuk dia bersendirian kerana dalam jam 5.00 petang nanti pada kebiasaannya gelanggang ini akan menjadi hak milik persatuan bola keranjang sekolah kerana mereka ada latihan bola keranjang sehingga jam 6.30.

Ujin mengeluarkan sebiji bola daripada beg sekolahnya dan mula mengebamnya di lantai gelanggang. Dia ingin melepaskan segala stress nya dengan bermain bola keranjang sehingga tidak ingat dunia.

Jika tidak disebabkan oleh Persatuan bola keranjang sekolah, memang dia mahu gunakan court ini sampai lewat malam. Lebih hebat sekiranya sampai jam 9.00 malam waktu Korea Selatan.

Tatkala dia sedang asyik menjaringkan gol dan bermain bola keranjang itu seorang diri, kelibat manusia yang tidak dikenalinya melangkah masuk dalam court itu tanpa disedari Ujin. Insan itu tidak berkata apa-apa.

Dia berdiri tercegat di tempat duduk penonton sambil memerhatikan Ujin dari jauh.

Setelah 15 jaringan berjaya dilakukan Ujin, manusia itu tiba-tiba sahaja berdiri dan bertepuk tangan.

Ujin menoleh ke arah sumber. Dia terkejut melihat lelaki yang berada tidak jauh daripadanya itu.

“Excuse me but what the heck are you doing here?” soal Ujin straight to the point tanpa bermadah berbicara.

“Sebenarnya saya yang patut tanya soalan tu dekat awak.” Lelaki itu tidak menjawab soalan Ujin.

“Huh?” Ujin masih keliru dengan kata-katanya.

“Tak silap saya, saya memang setiap hari gunakan gelanggang ini mulai jam 3.00 petang.” Lelaki itu berkata. Masih tidak berganjak daripada kerusi penonton.

“3.00 petang ? Tapi aku sampai sini tadi dalam jam 4.00 dan aku memang tak nampak sesiapa pun. Lagi pula, tempat ni memang aku yang selalu guna waktu-waktu macam ni. Kau ni budak bola keranjang ke ?” soal Ujin skeptikal sambil memeluk bolanya.

“Tak.” Lelaki tanpa nama itu menjawab dengan pendek. Dia kemudiannya menyangkut beg sekolahnya pada bahu dan bergerak daripada tempat duduk penonton.

“Cik Ujin, saya rasa awak yang kena periksa jam awak betul-betul.”

“Huh? Kenapa pula?” Ujin menjungkitkan kening. Dia melirik ke arah jam tangannya. “Sekarang ni jam 4.30 petang.”

Lelaki itu sekadar tersenyum kecil. “Jam awak salah. Cuba awak tengok jam dekat dinding tu.” Jari telunjuknya menuding ke arah jam besar pada dinding gelanggang.

Ujin segera menoleh dan membaca waktu pada jarum panjang dan jarum pendek jam tersebut.

3.30 petang.

“Eh ? Macam mana pula boleh jadi 3.30 petang ?” soal Ujin sambil matanya masih tertancap pada jam dinding tersebut.

“Awak tanya saya ? Kan saya sudah kata tadi. Jam awak yang salah,” ujar lelaki itu sambil tersenyum ke arah Ujin.

Ujin yang berasa agak terganggu dengan senyuman lelaki itu, terus meletakkan bolanya di atas lantai dan mengemas beg galasnya. Bersedia untuk melangkah keluar daripada gelanggang itu.

“Sorry. Aku tak perasan. Aku ingatkan tadi pukul 4.30 sebab aku memang guna tempat ni waktu-waktu macam tu,” jelas Ujin. Patutlah dia rasa macam dia terbangkit awal pagi tadi. Sampai sahaja di sekolah, langit memang betul-betul gelap.

Dalam kelas pula memang sudah lama tiada jam dinding kerana sudah lama rosak dan tiada seorang pun rakan sekelasnya yang terfikir untuk membeli yang baru. Jadi dia terasa macam semua benda berjalan dengan pantas. Cepat satu jam.

Sekarang barulah dia dapat jawapannya.

Ujin mengatur langkah. Menuju ke arah pintu gelanggang.

“Yoojin ! Awak lupa bola awak !” laung lelaki misteri itu dari belakang. Dia melontarkan bola tersebut ke arah Ujin.

Ujin yang baru sahaja menoleh ke arah lelaki itu, terkejut melihat sebiji bola keranjang melayang laju ke arahnya.

Lalu tanpa di duga, bola tersebut menghentam Ujin tepat mengenai dahi dan perempuan itu jatuh terjelopok ke belakang.

Lelaki tersebut bergegas pantas ke arah Ujin. “Yoojin ! Awak okey tak ? Ujin ! Can you hear me?”

Melihat saja Ujin tidak bergerak, lelaki itu sudah mulai gelabah dan tidak tentu arah. ‘Alamak… Aku sudah bunuh Jung Yoojin ke…’


~~~


“Doctor… Dia okay ke doctor?”

“Okey sahaja. Dia cuma pengsan kerana  terkejut dengan hentakan kuat yang terkena pada dahinya. Ada kesan  lebam sedikit pada bahagian atas mata impak daripada hentakan tu. Tetapi secara keseluruhan, dia okay.”

Donghyuk menghela nafas lega. “Terima kasih doctor.”

Mati-matian dia ingat dia sudah membunuh Jung Yoojin. Nampak gayanya Jung Yoojin masih lagi hidup. Fuh.

Ujin perlahan-lahan mengusap matanya. Terpisat-pisat bangun.

Melihat Ujin sudah mulai sedar, Donghyuk segera menghampiri Ujin yang terbaring lemah di atas katil klinik. “Yoojin ! Awak okay ke ??”

Perempuan itu bangkit daripada katil dan mengurut-urut dahinya. Terlupa sebentar tentang apa yang terjadi padanya kira-kira 20 minit yang lalu.

“Apa yang dah jadi….” soal Ujin dengan nada mendatar.

“Er…. Urm… Bola awak…” Donghyuk menghulurkan bola keranjang berwarna oren milik Ujin. Serba salah lelaki itu dibuatnya.

“Bola ? Eh.. Kenapa aku dekat sini…” Ujin masih lagi keliru. Matanya dikecilkan tatkala dia mengimbas seluruh ruang tempat yang terasa asing itu.

“Awak berada di klinik sekolah,” jawab doctor tersebut bagi pihak Donghyuk. “Awak terkena bola-“

Donghyuk memberi isyarat mulut kepada doctor itu agar tidak meneruskan kata-katanya. Bimbang sekiranya Ujin tiba-tiba naik angin pula jika dia tahu apa yang terjadi. Biarlah perempuan itu ingat-ingat sendiri.

Doctor Hoon berdehem. Tidak jadi untuk meneruskan kata-katanya.

Ujin bingkas bangun daripada katil. Mahu segera keluar daripada tempat ini. Dia melihat imbasan dirinya pada cermin besar sebelah katil klinik.

Dia mengeluh. Ada kesan benjolan pada dahinya dan sedikit lebam berwarna ungu yang perlahan-lahan memunculkan diri.

“I have to go. By the way thanks doctor who!” ujar perempuan itu lalu segera bergegas keluar daripada bilik tersebut.

Donghyuk hanya mampu tersengih janggal ke arah Doctor Hoon tatkala kelibat Ujin sudah tidak lagi kelihatan.

Donghyuk menunduk 90 darjah ke arah Doctor Hoon. “Minta maaf doctor. Yoojin ni pelik sikit orangnya. Agaknya dia salah baca nama doctor ...”

“Never mind. Tapi kalau awak jumpa Jung Yoojin tu lagi, tolong beritahu dia yang nama saya Doctor Hoon. Bukannya Doctor Who. ‘Doctor Who’ tu nama cerita…”

Donghyuk menunduk lagi beberapa kali. “Okay doctor. I will. Terima kasih sebab tak beritahu dia apa yang jadi sebenarnya.”

Donghyuk segera bergegas keluar daripada klinik. Mahu cepat-cepat menyaingi kepantasan kaki Jung Yoojin berlari. Namun hampa kerana ketika itu, kelibat Ujin sudah tidak lagi kelihatan di mana-mana. Jung Yoojin sudah lesap penuh misteri. 


~~~


Sekali lagi Jin Young Park berada di kawasan jenayah buat entah ke berapa kali dalam hari yang sama. Pembunuhan yang apabila dikira-kira, ada dalam 20 pembunuhan dalam masa satu hari. Namun demikian Kesemua pembunuhan tersebut tidak berlaku di tempat yang sama.

Malah jenayah itu berlaku di tempat yang berbeza tetapi masih berkait rapat dengan seorang mangsa yang bernama Park Jimin.

Setakat ini Park Jimin merupakan mangsa terakhir kes pembunuhan yang tiada penghujung itu. Mangsa-mangsa lainnya pula merupakan pelajar di institusi pengajian tinggi swasta yang berdekatan. Ada juga di antara mereka merupakan ahli keluarga Park Jimin itu sendiri.

Mangsa-mangsa yang merupakan pelajar universiti itu dipercayai merupakan sahabat Park Jimin yang juga belajar di tempat yang sama. Beberapa lagi pembunuhan turut berlaku di Busan, Incheon dan Daegu.

Mayat-mayat itu semua sudah dibawa ke makmal forensic.

~~~

Setelah dibuat siasatan lanjut, ternyata pembunuhan yang turut berlaku di Busan, Incheon dan Daegu itu juga berkait dengan kematian Park Jimin.

Mangsa yang terbunuh dalam kemalangan yang dirancang di Daegu itu merupakan sahabat Park Jimin yang berkemungkinan besar tinggal berjauhan. Tetapi dipercayai mereka masih berhubungan sebelum kedua-duanya mati pada hari yang sama.

Kematian beberapa orang pekerja separuh masa di kafe di Incheon juga ternyata berkait dengan mangsa yang bernama Park Jimin itu. Dipercayai salah seorang daripada mereka merupakan bekas teman wanitanya.

Berdasarkan catatan dan analisis yang dibuat oleh Park Jin Young, keluarga Park Jimin yang terbunuh merupakan kedua-dua ibu bapanya sahaja. Jimin mempunyai seorang kakak.

Namun yang membuatkan kejadian tersebut aneh adalah kakaknya tidak terbunuh malah tidak langsung diugut atau menunjukkan tanda-tanda bahawa dia berkemungkinan besar diancam pembunuh.

Ketika pihak polis melawat kakak kepada Park Jimin, perempuan itu kelihatan biasa-biasa saja. Tetapi kakak kepada Park Jimin yang bernama Park Ha Sun itu tidak mengetahui langsung tentang kematian adiknya.

Kakaknya kelihatan terkejut namun seperti dikawal-kawal agar tidak terlalu ketara. Sempat juga Jin Young Park menemu bual atau dalam Istilah yang sering digunakan oleh polis, ‘menyoal siasat’ kakaknya mengenai Park Jimin.

Ternyata kakaknya memang tidak tahu akan kehidupan Jimin sejak dia tidak lagi tinggal bersama-sama keluarganya.

 Jin Young tidak pula menyentuh soal peribadi. Dia tidak pula bertanyakan lebih lanjut tentang hubungan Park Ha Sun dengan keluargnya tetapi perempuan itu laju saja memberikan maklumat.

Difahami bahawa beberapa tahun lepas ada pergaduhan besar berlaku dalam keluarga Park sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan drastic untuk hidup bersendiri. Mengaku Park Ha Sun lagi, sudah kira-kira 5 tahun sejak dia berhubung dengan keluargnya.

Tidak dapat dibendung kesedihan yang makin mencengkam perasaan, Park Ha Sun akhirnya menangis ketika soal siasat sedang berjalan. Penceritaan perempuan itu semakin tersekat-sekat dan akhirnya Detektif Jin Young Park mengambil keputusan untuk menamatkan sesi tersebut.

Jin Young memusing-musingkan pen biru pada jarinya. Berfikir lebih lanjut mengenai permasalahan yang sedikit sebanyak membejatkan kepala otak.

Sedari pulang daripada kerjanya di tapak-tapak pembunuhan, dia tidak dapat duduk dengan tenang. Mindanya asyik berfikir bagaimana untuk menyelesaikan kes ini. Fikir Jin Young, pembunuh ini bukan calang-calang orang.

Pembunuh kejam itu ternyata lebih bijak dan lebih cekap. Pantas bertindak. Semua itu hanya dapat dilakukan dalam masa satu hari sahaja.

Agak sukar untuk melakukan pembunuhan serentak namun tiada apa yang mustahil.

Sama dengan kes kematian Pyo Jihoon dan juga beberapa lagi mangsa yang lain, Jin Young mendapati ada perkara yang agak serupa dalam cara pembunuh itu menentukan targetnya.

Sebagai contoh, Park Jimin. Dia seolah-olah menjadi pusat penentuan target. Daripada Park Jimin, pembunuh itu akan menetukan siapa lagi mangsa-mangsa seterusnya yang berkait.

Disebabkan hal tersebut, keluarga dan teman-teman rapatnya menjadi mangsa.

Tapi bagaimana pula dengan kakaknya iaitu Park Ha Sun ? Mengapa ahli keluarga terdekatnya yang lain terkorban, tetapi Park Ha Sun itu pula selamat ?

Mungkin kerana pembunuh hanya target orang yang benar-benar rapat dengan mangsa.

Ini bermakna, walaupun seseorang itu merupakan ahli keluarga, tetapi sekiranya dia tidak rapat dengan mangsa, dia tidak akan menjadi korban pembunuhan.

Jin Young membuat konklusi.

Bebannya sedikit berkurangan apabila dia dapat jawapan kepada permasalahan itu walaupun teorinya itu tidak semestinya tepat. Namun demikian dia tidak mudah berpuas hati kerana satu soalan lagi masih belum terjawab.































Siapa target seterusnya ?




3 responses to Black Pearl Part 2

  1. Jung says:

    aku ada sense yang Donghyuk ko pairing kan dgn Ujin Omg aku ship hahaha Dong-jin??? BTW, kenapa Park Jimin kenapa kenapa hahaha tolong sambung ye

  2. AmyZana says:

    Kenapa pulak tak boleh ? Ke kau nak aku bunuh V dalam cerita nih :pp

  3. Jung says:

    jangan jangan lebih baik jimin hahaha