Black Pearl Part 3


Hello :D Lama aku tak update benda ni. Okaylah. Straight to the point. Cerita ni aku tak nak focus kan banyak dekat JYP sebab I can't take him seriously sometimes so yeah XDD Enjoy~











Author P.O.V

Perempuan itu berjalan perlahan-lahan menyusuri koridor-koridor rumah agam itu. Lagaknya penuh misteri sekali. Sesekali dia menoleh ke kiri dan ke kanan memastikan tiada siapa yang terlihatnya.

Walaupun dia hanyalah pelajar sekolah, tetapi lagaknya umpama penjenayah bersiri tatkala dia menapak langkah demi langkah mengelak bertembung dengan sesiapa yang hidup sebumbung di dalam rumah agam tersebut.

Berjaya melepasi pengawal-pengawal peribadi Puan Jung, perempuan itu menghela nafas lega.

Lega kerana dia berjaya menyelusup masuk ke dalam rumah secara diam-diam.

Buat masa sekarang, dia tidak mahu terserempak dengan sesiapa pun. Risaunya menggunung dalam dada sekiranya perkara tersebut berlaku kerana berkemungkinan besar bala yang akan menimpa. Bala yang berpunca daripada dahinya yang lebam ini.

Sampai sahaja di hadapan kamarnya, dia menyelak daun pintu perlahan-lahan. Bimbang juga kalau-kalau ada pula pengawal peribadi Puan Jung yang sedang berselindung di mana-mana penjuru dalam biliknya.

Dia meraba-raba dinding di sebelah pintu tersebut. Mencari suis lampu.

Apabila punatnya ditekan, lampu langsung menyala sekaligus mendedahkan susuk tubuh seorang perempuan yang sedari tadi hanya berdiri dalam gelap, merenung ke luar jendela dalam kamar beradu tersebut.

Perempuan itu tidak mengeluarkan suara. Dia juga tidak berganjak daripada posisinya. Kedudukannya static. Berpeluk tubuh sambil merenung ke luar tingkap. Entah apa yang menarik sangat di luar sana Ujin pun tidak tahu.

Tanpa memandang ke arah Ujin, Puan Jung bersuara. “Kenapa dahi kau lebam…”

Soalan pertama yang diutarakan oleh ibunya kepada Jung Yoojin namun dengan nada mendatar.

Tanpa berteka-teki, Ujin sudah dapat mengagak bagaimana ibunya boleh tahu. Ini pasti kerja pengawal peribadi baru Puan Jung iaitu Lee Seunghoon. Private bodyguard Puan Jung yang berkemungkinan besar ditugaskan untuk mengawal gerak geri Ujin.

“Ujin tak tahu,” jawabnya ringkas.

“Macam mana pula kau boleh tak tahu…” soal ibunya lagi. Masih dengan nada mendatar.

“Ujin tak ingat.”

“Alasan.”

Ujin tidak memberi respon dengan kata-kata ibunya.

“Kau bergaduh lagi ?” soal Puan Jung. Perlahan-lahan dia menghadap Ujin yang tercegat di hadapan daun pintu. Matanya tajam merenung ke dalam mata Ujin yang bundar itu.

Ujin masih tidak bersuara.           

“Macam mana dahi kau boleh lebam?,” ujar Puan Jung.           

“Ujin dah cakap Ujin tak tahu,” jawab Ujin bosan.

Satu penampar hinggap pada pipinya.

“Pandai menipu sekarang.” Puan Jung berkata dalam dia menahan rasa amarahnya. “Kalau aku tahu kau bergaduh lagi, nahas kau. Aku buang kau dari rumah ni. Hidup menyusahkan orang… Bila kau nak keluar pergi mana-mana, pastikan jiran-jiran kita tak nampak lebam-lebam dekat dahi kau tu. Jangan malukan nama baik keluarga Jung. Faham?”

Ujin tidak mengangguk. Tidak pula membantah kata-kata ibunya. Dia hanya kekal terdiam. Dengan wajahnya yang tertunduk. 

“Faham atau tidak ??” Suara Puan Jung mulai meninggi tatkala mendapat zero respon daripada Ujin.

Perempuan itu menganggukkan kepalanya perlahan.

Puas hati dengan anggukan yang diberi, Puan Jung menapak keluar daripada kamar milik Jung Yoojin. Keletak keletuk bunyi hentakan kecil tumit tingginya tatkala dia mengatur langkah menjauhi bilik Yoojin dan akhirnya bunyi tersebut sudah tidak kedengaran lagi.

Ujin kekal berdiri. Beg galasnya perlahan-lahan direbahkan di atas lantai.

~~~~~

Author P.O.V

Malam itu Ujin sudah tidak tertahan lagi.

Dia berasa tertekan kerana duduk terkurung di dalam bilik sejurus saja pulang daripada sekolah. Pengawal peribadi ibunya banyak juga yang berjaga di pintu-pintu berdekatan terutamanya pagar.

Pada kebiasaannya, waktu-waktu petang selepas saja pulang daripada bermain bola keranjang, dia akan bersiar-siar di bandar. Tetapi untuk hari ini, nampak gayanya tidak seperti selalu.

Ujin mengusap pipinya perlahan. Pipinya yang sudah lali ditampar oleh Puan Jung. Walaupun sudah agak lama juga, kira-kira dalam lebih kurang 6 jam yang lalu, namun dengungan akibat tamparan itu masih bersisa.

Terasa seolah-olah pipinya masih baru-baru saja terkena tamparan pantas Puan Jung.

Dia mengeluh lagi entah ke berapa kali. Sesungguhnya dia benar-benar nekad mahu keluar daripada rumah ini. Dia terasa claustrophobic pula tiba-tiba. Walaupun baru 6 jam sejak dia pulang dan berkurung dalam bilik, namun terasa seperti 6 abad lamanya.

Terasa-rasa seperti watak utama dalam drama The Heirs iaitu Kim Tan. Dikurung dalam bilik tanpa rela. Namun yang membezakan dirinya dengan Kim Tan adalah, dia tidak sepenuhnya dikurung. Dia masih boleh keluar daripada bilik cuma dia sahaja yang tidak mahu.

Dia juga mempunyai alat perhubungan bersama-samanya seperti telefon bimbit dan televisyen. Berbanding Kim Tan, dirinya lebih bernasib baik.

Dia mahu keluar daripada rumah. Bukan takat keluar daripada bilik. Tetapi apa yang Ujin tahu, pengawal peribadi ibunya tidaklah sekeras pengawal-pengawal peribadi Kim Tan dalam drama tersebut.

Ujin mencari idea.

                                                                                                    ~~~         

Ujin P.O.V

Berjaya melepasi tembok tinggi rumah agam keluarga Jung, aku terus berlari menghilangkan diri dalam semak samun. Kawasan rumah agam ini memang penuh dengan hutan di hadapannya. Dan sekiranya berjalan lebih jauh ke dalam hutan dan menuruni cerun yang tidak berapa curam, seseorang itu sudah boleh nampak sebatang jalan yang penuh dengan kenderaan.

Aku berdiri tercegat di tepi jalanraya yang sibuk ini. Aku memusing ke belakang dan mendongak. Melihat sahaja rumah agam yang tersergam indah di atas bukit itu.

Aku telah berjaya menyelinap keluar.

Aku menyeluk poket ku.

Telefon bimbit sudah dipastikan berada bersama-sama sepanjang masa. Tidak dilupakan juga beberapa helai wang nota yang sempat aku ambil daripada meja belajar dalam keadaan terdesak.

Aku lupa pula aku letak wallet aku dekat mana. Dan disebabkan terlalu terkocoh-kocoh dan tamak menginginkan kebebasan, aku capai saja apa yang aku nampak atas meja belajar itu.

Ah tak apa.                                  

Bukannya aku mahu melarikan diri selama-lamanya. Lewat malam nanti pandai-pandailah aku balik.

Aku menapak mendekati bus stop di persimpangan jalan. Dalam kepala masih sedang merancang hendak pergi ke mana malam-malam begini. Aku mengerling jam. Malam masih muda kata orang. Masih banyak lagi waktu untuk buat kerja lain.

Sebenarnya plan aku simple saja. Pertama sekali, mestilah keluar makan. Kemudian lepas itu…. Hah yang itu aku tak tahu.

Bas yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Aku mendaki anak tangga bas lalu mengimbas punch card pada mesin pengimbas itu untuk membayar tambang secara peruncitan automatik.

Aku tercari-cari tempat duduk dan akhirnya melabuhkan punggung di seat paling belakang sekali. Bas pula bukannya ramai penumpang. Tidak mengejutkan kerana sekarang sudah jam 10.00 malam.

Esok pula bukannya hari minggu. Masih hari bekerja dan hari bersekolah.          

Aku mengeluh hampa mengenangkan peristiwa yang berlaku tempoh hari. Aku kena demerit lagi.

Alasannya ? Sebab aku belasah si Bobby.

Cikgu Yoon pesan, markah merit aku tinggal sedikit saja lagi. Sekiranya aku masih berkeras mahu jadi pelajar yang bermasalah dan membuat onar, markah merit aku berdikit-dikit ditolak dan akhirnya aku akan dibuang sekolah.

Nasib tak menyebelahi aku sejak aku pindah ke sini. Dulu aku tak macam ini. Aku tahu aku lain. Tapi entahlah. Bala datang bertimpa-timpa sejak aku pindah masuk dalam rumah keluarga Jung.

Bas yang dinaiki berhenti di salah satu perhentian. Aku tidak mengendahkannya kerana masih tenggelam dalam dunia khayanlan ku sendiri. Bas kemudiannya mula berjalan namun tersentak tiba-tiba apabila pemandunya membuat brek kecemasan.

Tubuhku teranjak ke depan sebelum terhempas semula pada kerusi. Aku menyumpah seranah dalam diam.

Seorang lelaki terkocoh-kocoh menaiki bas tersebut dalam keadaan agak kelam kabut. Setelah menaiki bas, lelaki itu segera mengimbas punch card nya pada mesin pengimbas lalu matanya melilau mencari tempat duduk.

Selaju pintasan takdir anak mata kami bertembung.

Aku membuntangkan mata ku. Sederas aliran air terjun memori ku pada lewat petang itu memenuhi kotak memori.

~~~~~

Author P.O.V

Pembunuhan berlaku lagi.

Tapi kali ini salah seorang daripada mereka bernasib baik. Mungkin pembunuh itu tidaklah secekap seperti yang disangkakan. Berlaku ‘kesilapan technical’ dalam agenda menyebabkan pusat target terlepas daripada menjadi korban seperti kebanyakan yang lain.

Mangsa itu duduk terdiam di atas kerusi.

Jin Young Park pula sekadar memerhatikan dia dari luar. Belum masanya untuk dia memulakan sesi memandangkan lelaki itu seperti dalam keadaan belum bersedia.

Tetapi sememangnya itu merupakan lumrah.

Tiada siapa yang bersedia untuk menjawab soalan apabila diheret masuk ke dalam bilik soal siasat polis. Hanya berbekalkan cahaya daripada mentol yang bergantungan, Jin Young Park dapat melihat wajah lelaki itu walaupun bukan menyeluruh.

Detektif tersebut meneguk secawan kopi sebelum ditegur oleh pembantunya.

“Bila tuan mahu soal siasat budak tu ?” Taecyeon bertanya. Matanya juga tertancap pada susuk tubuh manusia yang berada dalam bilik gelap tersebut.

Menerusi cermin lut sinar itu, dia dapat melihat tingkah laku Kim Jinwoo yang seperti orang biul.

“Sekejap lagi. Tunggu kopi ini habis. Lagipun dia nampak trauma,” ujar Jin Young. Kopinya dihirup beberapa kali.

“Trauma ? Tuan pasti ke ? Jangan-jangan dia berpura-pura,” duga Taecyeon serkap jarang.

“Mungkin,” jawab Jin Young ringkas.

“Tapi kita kena ingat tuan. Walaupun dia merupakan target yang terlepas, tapi kita tidak boleh pandang ringan kerana kemungkinan dia merupakan salah seorang daripada ‘mereka’.” Mereka yang dimaksudkan Taecyeon adalah orang-orang yang menjadi dalang pembunuhan tersebut.

“Saya tahu itu.” Detektif tersebut menyerahkan cawan kopinya kepada Taecyeon. Sejurus, dia melangkah masuk ke dalam bilik soal siasat yang kelam itu.

Jin Young Park mengambil tempat duduk di hadapan Kim Jinwoo, lelaki yang merupakan satu-satunya manusia yang terselamat dalam tragedy berdarah di rumah banglo tokoh korporat Kim.

“Apa khabar Kim Jinwoo,” sapa Jin Young ringkas.

Jinwoo tidak membalas sebaliknya dia hanya memandang Jin Young dengan renungan kosong.

“Saya akan bertanyakan awak beberapa soalan jadi saya harap awak dapat memberi kerjasama.”

“Saya tidak mahu berdalih-dalih lagi tambahan pula kita memang kesuntukan masa sekarang jadi lebih baik saya straight to the point okay?” tambah Jin Young.  

“So tell me Kim Jinwoo.” Detektif Jin Young memulakan sesi soal siasatnya. “What actually happened the other night…”

Soalan yang ringkas dan tidak rumit namun susah bagi Kim Jinwoo membuka mulutnya bercerita. Tragedi pertumpahan darah pada malam kelmarin masih berputar dalam kotak memorinya. Walaupun mulutnya tidak bersuara, namun dia sebenarnya sedang menceritakan segala-galanya dalam hati.

Dia masih ingat lagi apa yang terjadi pada malam itu.

Walaupun hatinya galak berbicara, hakikatnya mulut masih diam seribu bahasa. Terkatup tanpa kata.

“Macam mana ibu bapa awak boleh terbunuh ? Dan mengapa rakan-rakan awak semua berada di rumah awak ketika kejadian ? Adakah awak yang merancang segala-galanya Kim Jinwoo ?”

“Saya… saya tak pasti..”

Jin Young mengeluh dalam diam. “Apa yang awak tak pasti Kim Jinwoo ?”

“Saya tak pasti macam mana mereka boleh terbunuh.”            

“Awak ada di tempat kejadian. Macam mana pula awak boleh cakap awak tak pasti…” Jin Young mengekalkan nada serious.

“Saya… saya…” Suaranya tersekat-sekat. Menahan sebak di dada. Kesedihan yang sepatutnya diterjemahkan dalam bentuk air mata tetapi tidak mampu diluahkan malah tersekat di kerongkong pula membuatkan dia, Kim Jinwoo,  sukar untuk berbicara.

“Kawan saya… Dia…” Jinwoo menelan sebak. Dia tertunduk. Tidak memandang ke arah Jin Young. Anak matanya bergerak-gerak seolah tidak focus kerana sedang ligat memutar kembali memori malam kelmarin.

“Dia?” Jin Young menjungkitkan kening.

 “Dia yang bunuh mak ayah saya,” jawab Jinwoo perlahan. Separa dengar dan tidak.                   

“Awak cakap fasal siapa ini Jinwoo ? ‘Dia’ ? Kawan awak ?” Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Kim Jinwoo.

Pemuda itu tidak banyak bercakap. Dia sekadar mengangguk. “Kawan saya... Dia... 

































































Dia bunuh semua orang.”






2 responses to Black Pearl Part 3

  1. Jung says:

    omygod jung xD hahaha thanks sebab update. Actually aku nak buatkan poster utk ko tapi aku masih baru dlm menggunakan photoshop lol nanti aku tunjuk preview hahaha btw aku suka cerita ko.

  2. AmyZana says:

    Lol jangan perasan. Jung tu bukan kau XD Tangguhkan dulu poster tuh boleh tak weyh? :(( Buku fanfic aku hilang :(( Aku tak ingat siapa main characters nya. Jalan cerita pulak aku ingat highlights nya je. In detail aku tak ingat so aku tak dapat update banyak.