Black Pearl Part 4

Hello people of the world ! Lama dah aku tak sambung kende alah ni. Chapter ni agak panjang sikit. Dah cuba untuk cut tapi jadi tak best. Then aku plan nak potong half then jadikan dua chapter tapi somehow dia jadi tak sedap pulak flow dia bila baca. So semua benda aku compile dalam satu chapter sahaja. Enjoy ^^














Author P.O.V

“Kau jangan dekat dengan aku.” Perempuan itu mengeluarkan amaran. Tangannya diseluk dalam kocek baju. Merenung lelaki itu tajam.

Lelaki tersebut terkebil-kebil. Barangkali tersentap dengan kata-kata perempuan di hadapannya itu.

“Sebab kau, aku jadi macam ni,” tambah perempuan itu lagi. Tangan masih di dalam kocek.

Lelaki itu masih tidak dapat menangkap maksud perempuan itu.

“Maaf tapi saya tak faham,” ujar Donghyuk kebingungan.

Ujin mencebik.

“Tak faham??” Nada suaranya mulai meninggi. Seolah-olah dia sedang mencuba sedaya upaya mengawal kemarahannya yang terasa semakin memuncak. Telinganya terasa panas. Terasa seperti terbakar mendengar beberapa patah perkataan yang diucapkan Donghyuk.

“Kau yang buat kepala aku jadi macam ni kan??” soal Ujin. Jemarinya menyebak helaian rambutnya yang hampir menutupi mata. Benjolan berwarna ungu kebiruan jelas terlihat pada kawasan antara keningnya dan tengah-tengah dahi.

“Sebab kau aku dihantar pergi klinik kan ??” soal Ujin dengan nada yang lantang. “Kau baling bola dekat muka aku kan ???”

Donghyuk sedikit tersentak. Bukan kerana soalan yang diutarakan Ujin tetapi kerana suara Ujin yang semakin lama semakin tinggi nadanya. Mujur saja tidak ramai manusia di kawasan perhentian bas itu. Kalau tidak, memang buat drama saja di tempat awam.

Turun-turun sahaja dari bas sudah kena herdik dengan seorang perempuan.

“Saya minta maaf tapi saya tak sengaja,” ujar Donghyuk. “Tapi saya rasa awak tak perlu beremosi sangat sebab bukannya cedera parah pun.”

Ujin hampir-hampir sahaja lepas laku tatkala mendengar ayat itu meluncur keluar dari mulut Donghyuk. Ingin sekali dia menumbuk muka lelaki itu sekuat hati. Biar pecah bibir dan hidungnya.

“Bukan cedera parah ? Sebab kau lah aku terseksa nak kena keluar rumah macam ni ! Sebab kau lah aku kena kurung dalam rumah sendiri ! Sebab kau juga aku kena…” kata-kata Ujin tergantung tatkala memorinya mengimbas kembali kejadian yang berlaku pada petang tadi.

Dia tiba-tiba sahaja tidak jadi mahu mengherdik Donghyuk.

Perlahan-lahan dia menyentuh pipinya. Masih terasa dengungannya. Tamparan Puan Jung ternyata masih berbekas.

Renungan tajam Ujin bertukar menjadi renungan kosong.

Donghyuk yang kelihatan serba salah bersuara. “Err… Saya minta maaflah sebab cakap macam tu. Tapi saya betul-betul tak sengaja.” Dia mengusap bahagian belakang lehernya. Terasa serba salah pula tiba-tiba.

Ujin mengeluh kecil.

“Nevermind,” ujar Ujin perlahan. “Lupakan sajalah semuanya…”

Donghyuk perhatikan Ujin tatkala perempuan itu mulai membuka langkah kecil meninggalkan kawasan perhentian bas. Cepat benar emosinya berubah. Baru sebentar tadi dia naik angin bagai nak rak.

Ujin sudah semakin jauh menapak. Entah ke mana perempuan itu mahu merayau malam-malam begini.

Donghyuk menapak mengikuti perempuan itu.

~~~~~

Author P.O.V

“Nah. Makan.” Detektif itu menghulurkan sekotak makanan berisi doughnut.

Teragak-agak lelaki itu menyambut huluran ikhlas detektif.

“Terima kasih,” ujarnya penuh santun.

“Semalam bila kali terakhir awak makan?” Jin Young Park melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki tersebut. Sambil-sambil itu, dia menghirup secawan kopi yang baru dibelinya di Starbucks.

Jinwoo tidak terus menjawab. Dia mengunyah makanannya perlahan-lahan. Melihatkan keadaan itu, Jin Young yakin bahawa lelaki ini memang sudah trauma akibat kejadian tempoh hari. Mungkin tragedy itu terlalu dahsyat sehingga belum mampu diterima oleh Kim Jinwoo.

Jin Young Park menjamu matanya ke seluruh taman. Taman tiada langsung sesiapa. Pada waktu malam memang tiada siapa yang berjalan-jalan di tempat ini. Lagi pula esok bukannya hari cuti. Masing-masing pasti sudah pulang ke rumah. Bersiap-siap untuk menempuh hari seterusnya.

Detektif Jin Young Park menghirup kopi yang enak itu untuk membasah tekak. Waktu-waktu begini, memang dia gemar berminum kopi. Otak yang terasa bejat, akan berdikit-dikit tenang dan kurang kusut apabila air kopi itu turun ke tekaknya. Seolah-olah memberi nikmat yang sungguh asyik walaupun sementara. Disebabkan itu, dia gemar membeli kopi sehingga bercawan-cawan apabila ada kes rumit yang perlu diselesaikan.

 “Petang semalam.” Tiba-tiba Kim Jinwoo bersuara dalam kunyahannya yang perlahan.

“Pardon?” Jin Young tidak mengerti apa yang diperkatakan Kim Jinwoo.

“Petang semalam. Petang itu adalah kali terakhir saya makan.” Pemuda itu tidak memandang ke arah Jin Young ketika berbicara. Mulutnya mengunyah donut lembut itu perlahan-lahan. Antara berselera dan tidak. Kata orang, makan sekadar untuk mengalas perut.

“Ohh.”

“Donut ini rasa…. Rasa macam pernah saya makan,” akui Jinwoo tiba-tiba.

“Bila awak pernah makan benda ini ? Sebenarnya donut ini memang agak popular di kalangan penduduk di sini. Kedai dia tadi saya pergi pun ramai orang walaupun sudah dekat 10.00 malam.”

Jinwoo mengangguk kecil. “Saya tak selalu makan donut ini.” Dia mengunyah lagi donut itu perlahan-lahan. Seolah-olah cuba mengingati kembali di mana kali pertama dia makan donut itu dengan setiap cebisan yang ditelannya.

“Saya makan donut ini pada malam kejadian….”

Kata-kata Kim Jinwoo itu menarik perhatian detektif. Apabila dia berkata ‘malam kejadian’, Jin Young sudah agak malam kejadian itu merupakan malam pembunuhan seisi rumah milik Kim Jinwoo sekeluarga. Memang dahsyat sekali apabila diingatkan.

Sejurus polis memecah masuk rumah itu, mayat sudah bergelimpangan di ruang tamu. Belon warna-warni dilihat bergantungan di setiap penjuru rumah dan ada juga belon-belon helium yang terapung di siling.

Meja penuh dengan makanan yang sudah terusik. Alunan muzik jazz pula menjadi halwa telinga. Tidak ubah seperti parti orang kaya namun tidak ramai pula tetamu yang diundangnya.

Orang gaji mereka di dapur pula ada yang sudah nyawa-nyawa ikan. Ada pula yang sekadar pengsan tidak sedarkan diri berkemungkinan besar kerana terlalu terkejut. Jin Young sempat membuat imbasan suasana dalam dapur mewah itu.

Ada sebuah kek bertingkat-tingkat yang belum terusik oleh sesiapa. Terletak kemas di atas meja dapur seperti menunggu masa untuk dijamu.

Sekiranya tidak silap Jin Young, kek itu ada orang yang bawa pulang pada malam tersebut sewaktu pembersihan sedang dijalankan. Rasanya Taecyeon.

“Pertama kali saya makan donut ini pada malam tersebut.” Kunyahan Jinwoo beransur-ansur perlahan tatkala kotak memorinya berputar semula pada kejadian malam kelmarin. “Mak saya cakap dia yang buat donut ni.” Jinwoo tersenyum kecil mengenangkan penipuan ibunya.

Jin Young tidak pula menjawab.

“Sepatutnya saya potong kek malam tu….” ujar Jinwoo. “Tapi tak sempat…”

“Parti itu sempena apa Kim Jinwoo?” soal Jin Young.

“Hari jadi.” Perasaan sedih mulai menghambat jiwa. Sejurus, air mata jernih mula bertakung pada tubir mata dan akhirnya mengalir jua ke pipi. Jinwoo pantas mengesat titisan-titisan itu pada hujung lengannya. Jin Young Park yang melihatkan keadaan Jinwoo itu, tidak sampai hati pula mahu meneruskan perbualan.

Detektif itu bangkit daripada bangku taman.

“Mari ikut saya pergi ke suatu tempat,” ajaknya tiba-tiba.

“Kita mahu ke mana detektif?” soal Jinwoo.

“Ikut je.”

~~~~~

Author P.O.V

“Kau boleh berhenti ikut aku tak ?” soal Ujin.

“Actually tak. Because first of all you’re a girl and you’re walking around alone. Second, it’s already 20 minutes pass  10.00 o’clock. You should be in bed. Sleeping.” balas Donghyuk.

Kata-kata lelaki itu membuatkan Ujin blur.

“Memang aku ni perempuan dan memang aku suka jalan-jalan seorang diri. Kenapa kau nak sibuk ikut orang? Kau ni stalker ke apa? Dan sepatutnya, kau cakap benda tu semua dekat diri kau sendiri sebab kau itu pun budak sekolah juga. Kena tidur awal,” ujar Ujin. Perempuan itu tidak lagi mengendahkan Donghyuk lalu dia melilau di dalam kedai serbaneka itu untuk mencari makanan.

Makanan-makanan yang dicarinya ini bukannya untuk makan pada malam ini tetapi sebagai bekalan sekiranya dia akan dikurung lagi dalam rumah. Di rumah agam Puan Jung tiada makanan yang enak-enak. Sekurang-kurangnya itu hanya pada pandangannya. Ujin lebih suka memakan snek dan mee segera.

Donghyuk memerhatikan sahaja tindakan Ujin. “Aku takkan mengalah,” gumamnya perlahan.

Selesai memilih segala makanan dan minuman, Ujin membayarnya di kaunter. Dia mengerling ke arah tingkap kedai serbaneka itu. Donghyuk masih berdiri tercongok di hadapan jendela, memerhatikannya dari luar.

Ujin mengepal penumbuk. ‘Masih nak ikut aku??’

Dia mulai rasa sebal. Mengingatkan kata-kata Donghyuk sebentar tadi membuatkan hatinya semakin membengkak. 

“Because first of all you’re a girl and you’re walking around alone.”

Ujin mengepal penumbuk. ‘Aku tahulah aku perempuan,’ desis Ujin. Perempuan bernama Ujin itu membuang pandang ke arah jendela itu lagi.

Donghyuk di luar mengulum senyuman kecil tatkala mata mereka bertemu. Ujin tidak membalas senyumannya. Dia merenung lelaki itu dengan tajam. 

Tidak selesa dengan pandangan maut yang diberi Ujin, Donghyuk mengalihkan pandangannya ke arah jalan raya. Melihat kenderaan yang lalu lalang. Pada malam itu tidak banyak pun kereta mahupun motor yang melalui kawasan itu. Logik juga apabila difikirkan memandang malam sudah semakin larut.

Mindanya berputar mengingati peristiwa beberapa hari lampau. Dia dipanggil oleh Cikgu Yoon. Guru lelaki itu memanggilnya ke pejabat. Pada ketika itu dia agak risau juga sekiranya ada apa-apa berlaku. Mana ada pelajar yang dipanggil ke pejabat untuk suka-suka. Pasti dia ada melakukan kesalahan.

Tatkala kakinya menapak dalam ruang tersebut, dia terlihat seorang perempuan sedang duduk di atas kerusi. Bobby yang terkenal sebagai gangster nombor satu sekolah pula duduk tertunduk di sebelahnya. Muka Bobby nampak teruk.

Bibir bawahnya pecah dan kesan tumbukan bertompok pada wajah.

Cikgu Yoon menggamit Donghyuk. Lelaki itu menapak mengikuti Cikgu Yoon memasuki dalam salah sebuah bilik dalam pejabat itu. Masuk sahaja dalam bilik, dia terlihat ada beberapa lagi pelajar. Kira-kira empat orang pelajar lain turut dipanggil Cikgu Yoon ke pejabat.

“Ada apa Cikgu Yoon?” soalnya penuh santun. Daun pintu ditutup rapat. Dia mendekati kumpulan pelajar yang berdiri di hadapan meja itu.

“Saya ada tugas untuk awak,” balas Cikgu Yoon.

“Tugas?” tanya Donghyuk skeptikal.

Cikgu Yoon sekadar mengangguk.

“Saya ada tugas untuk awak semua.” Cikgu Yoon memperbetulkan ayatnya. “Awak nampak dua orang budak yang ada dekat luar sana tu?”

Mereka semua mengangguk.

“Awak semua terpilih untuk menjalankan tugas ini kerana di dalam sekolah ini, awak semua mempunyai rekod disiplin yang terbaik di samping rekod akademik yang cemerlang,” ujar Cikgu Yoon. “Kerja saya kasi ini tak susah mana. Saya Cuma mahu awak semua perhatikan mereka. Kawal tindak tanduk mereka mulai minggu depan. Atau dalam erti kata lain, jadi spy saya buat beberapa minggu.”

Tidak sempat Donghyuk bertanya lanjut, guru lelaki itu dipanggil dari luar oleh seseorang. “Cikgu Yoon Doojoon. Puan Jung mahu berjumpa.”

“Tunggu sebentar ya,” balas Cikgu Yoon kepada guru tersebut. Cikgu Yoon berkalih menghadap pelajar-pelajar itu. “Maaf. Saya ada hal yang perlu diselesaikan di luar. Nanti saya sambung balik.”

Pelajar-pelajar itu sekadar mengangguk. Dedaun pintu terkuak buka tatkala guru lelaki tersebut menapak keluar. Donghyuk sempat menjeling ke luar pintu. Perempuan yang duduk di bangku tadi kini sedang berdiri di sebelah seorang wanita  yang lebih berusia.

Cikgu Yoon seolah-olah sedang membincangkan sesuatu dengan wanita tersebut. Perbincangan mereka kelihatan serius di samping suasana perbualan yang tegang. Donghyuk mencuri pandang ke arah perempuan itu.

Lama juga dia memerhati.

Perempuan itu tersedar dirinya diperhatikan lalu dia menoleh ke arah sumber. Mata mereka bertemu. Donghyuk tidak mengalihkan pandangannya. Perempuan itu juga tidak mengalihkan pandangannya.

Pandangan mereka bertaut buat beberapa saat sehinggalah Cikgu Yoon yang meleraikannya. “Minta maaf tadi ada parent jumpa saya. Pasal anak dia.” Cikgu Yoon menapak masuk ke dalam bilik seraya menutup daun pintu yang terkuak buka. “Dekat mana saya tadi?”

"Cikgu tengah cerita fasal spy," ujar seorang pelajar dalam bilik itu, mengundang gelak tawa kecil dari pelajar lain. 

Donghyuk pula tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang sedang berlaku. Dia mencuri pandang ke arah jendela. Ingin melihat perempuan itu lagi tetapi malangnya dia sudah tiada. Barangkali sudah pulang dengan wanita berusia itu tadi. Yang tinggal hanyalah Bobby, masih duduk tertunduk di atas bangku. 

Itulah merupakan kali pertama lelaki bernama Kim Donghyuk itu melihat Jung Yoojin.

~~~~~

Author P.O.V

Seorang lelaki yang bertuxedo merayau-rayau sekitar bandar menaiki kereta Mercedes Benz yang berwarna hitam metallic. Matanya memerhati suasana sekeliling. Misi mencari masih diteruskan. Malam-malam begini, perempuan itu tak akan pergi jauh, desisnya dalam hati.

Telefon bimbitnya berbunyi buat kali yang entah ke berapa. Lelaki itu melihat ID pemanggil. Orang yang sama yang telah menelefonnya dari tadi. Kali ini dia tidak menjawab. Bahkan dia terus menekan butang ‘end call’ kerana rimas dengan panggilan-panggilan itu.

Beberapa saat lepas dia berbuat demikian, telefon bimbitnya bergetar lagi. Dia merengus. Jemarinya menekan butang pada telefon bimbit itu. Panggilan segera dijawab.

“Hello?” Lelaki itu bersuara.

“Kau sudah jumpa perempuan tu?” Suara dari hujung telefon kedengaran.

“Tak. Belum lagi. Aku rasa dia merayau-rayau area sini saja. Dia tak akan merayau tempat lain. Lagi pun wallet dia masih ada dalam bilik,” balas lelaki tersebut.

“Kau cepat sikit cari dia. Boss sudah naik angin,” kata suara dari hujung telefon itu.

“Aku tahulah. Tapi aku rasa kalau kau berhenti telefon aku setiap 2 minit, misi mencari ni akan berjalan dengan lebih lancar,” rengus lelaki itu bosan.

Suara dari hujung talian tertawa kecil. “Aku minta maaflah menyusahkan kau malam-malam macam ni. Tapi kau kena ingat. Kau tu orang baru. Sudah berapa ramai yang kena pecat dengan boss kerana tak betah dengan perempuan tu.”

“Aku professional. Dia tak akan mungkin pecat aku,” jawabnya yakin.

“Jangan confident sangat. Mungkin malam ni akan jadi malam terakhir kau.” Suara itu berkata lagi.

Lampu traffic bertukar warna menjadi merah. Lelaki itu memperlahankan kenderaannya sehingga kenderaan itu berhenti. Telefon bimbit masih berada dalam genggaman.

Perbualan dengan suara di hujung talian itu tergantung tatkala bebola matanya menangkap susuk tubuh seseorang di kedai seberang jalan.

“Aku rasa aku dah jumpa dia,” kata lelaki itu. Dia menekan butang ‘end call’ tanpa menunggu suara di hujung talian memberi jawapan balas. Telefon itu dicampak di atas tempat duduk sebelah.

Lampu traffic bertukar hijau. Dia memecut kenderaannya.

~~~~~

Author P.O.V

Lelaki yang berpakaian tuxedo itu bergerak pantas. Memasuki satu premis demi satu premis di kawasan itu. Tujuannya hanya satu. Ingin mencari seorang manusia yang telah menyusahkannya pada malam ini. Namun setiap kali dia menapak masuk ke dalam sesuatu kedai, susuk tubuh yang baru sahaja dia terlihat sebentar tadi tidak juga kelihatan.

Membuatkan dia, Lee Seunghoon, menjadi semakin tidak keruan. Sekiranya perempuan itu tidak berjaya ditangkap, ini akan sangat-sangat mencemarkan imejnya sebagai pengawal peribadi yang cemerlang. Dia paling banyak pengalaman jika dibandingkan dengan pengawal-pengawal peribadi yang lain di tempat kerjanya itu.

Dia diupah menjadi pengawal secara eksklusif. Sebelum ini pernah menuntut di maktab ketenteraan di samping pernah berkhidmat untuk menteri besar negara. Sedangkan penjenayah mampu ditumpasnya, inikan pula seorang perempuan sekolah menengah.

Bayaran yang ditawarkan kepadanya agak lumayan juga berbanding bayarannya sebagai pengawal peribadi menteri. Mungkin kerana majikannya yang baru ini bukan calang-calang orang. Majikannya ini merupakan antara orang yang berpengaruh dalam dunia perniagaan serta merupakan antara orang kaya negara.

Lee Seunghoon merengus kencang tatkala dia menapak keluar daripada salah sebuah kedai 24 jam di situ. Perempuan itu masih tidak dijumpai. Tetapi baru sebentar tadi dia lihat susuk tubuhnya berlegar-legar di kawasan ini. Mungkin dia tersalah pandang agaknya.

Seunghoon melanggar-longgarkan tali lehernya yang terlalu ketat. Kepalanya tertoleh ke kiri dan ke kanan. Nafasnya turun naik. Kedua-dua belah tangannya mencekak pinggang sambil hidungnya menyedut oksigen secara rakus.

“Mana pula dia pergi malam-malam macam ni ?!” Lelaki itu mendengus.

Telinganya menangkap bunyi suara.

“Ujin ! Jung Yoojin ! Tunggulah!” laung seorang lelaki dengan kuat dari arah kiri.

Lee Seunghoon memerhatikan lelaki tersebut dari jauh. Suaranya yang kuat memecah keheningan malam. Lelaki itu baru keluar daripada salah sebuah kedai makan di tepi jalan. Kedai makan yang terkenal dengan kelazatan ramyunnya.

Berdasarkan pemerhatiannya, lelaki itu seperti pelajar sekolah menengah. Lelaki tersebut seolah-olah memanggil ke arah seorang perempuan di hadapannya. Perempuan itu pula tidak mengendahkan kehadiran lelaki tersebut malah semakin laju dia mendapak seolah-olah ingin menjauhkan diri dari lelaki itu.

Agak lama Lee Seunghoon memerhati sebelum dia tersedar sesuatu.

“Jung Yoojin,” gumamnya perlahan. Lee Seunghoon bergegas menapak ke arah perempuan yang berjalan pantas dari arah bertentangan itu.

~~~~~

Ujin menjimbit beg plastik yang mengandungi snek dan minuman ringan. Berjalan pantas ingin menjauhi lelaki yang membuatnya sebal itu. Dari perhentian bas, sehingga ke kedai makan lelaki yang tidak dikenalinya itu mengikuti dirinya tanpa mengenal erti putus asa.

Sudahlah awal petang tadi dia telah “direjam” dengan bola keranjang. Ini semua lelaki itu punya fasal. Kalau tidak disebabkan lelaki itu, tak adalah Ujin dikurung dalam rumah berjam-jam lamanya.

Kakinya makin laju menapak. Sederas mulutnya yang menghamburkan segala kata cacian terhadap lelaki itu namun khas untuk pendengaran dirinya sahaja. Dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki terasa bahang impak daripada perasaan marah dan geram yang bercampur baur dengan rasa sebal kemudian diadun pula dengan sakit hati yang teramat sangat.

Mana tidaknya. Fikir apabila sudah masuk ke dalam kedai makan, lelaki itu akan berhenti mengikutnya. Rupa-rupanya tidak. Dia dengan selamba duduk semeja dengan Ujin kemudian makan bersama-sama seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Ujin cuba membuang segala rasa geram itu dengan menyingkirkan imbasan-imbasan kejadian yang baru sahaja berlaku tadi. Suara lelaki itu masih kedengaran namun sudah semakin sayup-sayup tatkala Ujin semakin laju menapak.

Aku harap aku tak jumpa dia lagi dekat sekolah, gumam Ujin.

Derapan kakinya terhenti secara beransur-ansur tatkala dia terpandang akan kelibat manusia yang berjalan dari arah bertentangan. Manusia yang tidak sepatutnya dia terserempak. Manusia yang akan menyebabkan dia ditimpa bala yang lebih besar. Ujin terasa gugup pula tiba-tiba. 

Kelibat pengawal peribadi yang bernama Lee Seunghoon itu membuatkan dia tertegun seketika sebelum mindanya dapat berfungsi dengan betul semula. Dia menapak ke belakang perlahan-lahan. 

‘Macam mana pula dia boleh jumpa aku dekat sini…’ desis hatinya yang semakin berdebar-debar. Sesungguhnya ini merupakan petanda buruk buat dirinya. Dia memang berniat untuk pulang ke rumah setelah pergi mengisi perut tetapi dia tidak mahu tertangkap. Pasti jadi isu besar nanti.

Jarak antara dia dan pengawal peribadinya yang bernama Lee Seunghoon itu semakin kecil. Tanpa membazir waktu, Ujin membuka langkah seribu berlari sekuat hati menjauhi Lee Seunghoon.

“Jung Yoojin!” laung Lee Seunghoon. Lelaki bertuxedo itu turut membuka langkah seribu apabila Ujin semakin pantas melarikan diri.

















































































































"JUNG YOOJIN ! BERHENTI!"

2 responses to Black Pearl Part 4

  1. Jung -sshi says:

    semoga dongjin aku berbaik and ko update sentiasa lol lepas tgk the heirs winner, aku takleh bayangkan lee seunghoon dlm karakter begitu. aku terperangkap dlm karakter dia dlm the heirs hahahaha susah betul hidup aku ni T^T

  2. AmyZana says:

    Itulah. Kau sepatutnya tgk gambar2 photoshoot dia. Aku dah tergoda. Dia nampak smart gila weyh !! I cannot with ma feels. Dahlah dalam Team B sekarang aku asyik bayang2 June. Dalam Winner pulak aku asyik terkenangkan Seunghoon. Bias list aku corrupted